Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIRIH

Terlebih dahulu saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana limpah kurniaNya

saya dapat menjalankan tugasan kursus ini dengan baik. Juga terima kasih kepada ibu

bapa saya kerana menyokong saya dari belakang untuk membantu saya dari segi

kewangan dan bimbingan moral.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pensyarah Tamadun Islam & Tamadun

Asia (TITAS), Uztaz Mohd Rusdi AB Majid atas kuliah yang dijalankan bagi

memantapkan lagi pengetahuan kami dalam TITAS, beliau sememangnya

berpengetahuan luas dalam bidang ini dan mampu untuk menyampaikan kuliah dengan

berkesan. Tidak ketinggalan kepada semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu saya menjayakan tugasan kursus ini, jasa

mereka sangatlah berharga.

Tugasan ini mengandungi hasil penulisan ilmiah saya dalam topik Islam dalam

Tamadun Melayu yang memperincikan kesan serta pengaruh Islam dalam Tamadun

dalam aspek politik, sosial dan ekonomi dengan memetik fakta-fakta daripada rujukan-

rujukan yang pelbagai.

Akhir kata, semoga tugasan ini membolehkan saya untuk memahami serta

mengaplikasikan segala ilmu yang terdapat dalam TITAS untuk kegunaan akan datang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai