Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 1: JAHILIYAH

MAKSUD.

 Bahasa – “Jahala” bermaksud tidak tahu/bodoh/tidak berilmu pengetahuan.


 Jahiliyah yang dimaksudkan oleh Al-Quran itu ialah di mana keadaan jiwa mereka yang menolak
hidayah dan petunjuk Allah ( keadaan yang bersifat menentang hukum Allah).

CIRI-CIRI JAHILIYAH.

 Tidak beriman kepada Allah dengan sebenarnya.


 Melaksanakan hukum berdasarkan kepada hawa nafsu.
 Wujudnya Thaghut dalam diri.
(perkara dimana ia tidak senang melihat manusia mengabdikan diri dan taat kepada Allah)

PERBEZAAN JAHILIYYAH DULU DAN KINI.

Masyarakat jahiliah
KUNO MODEN
Ciri-ciri
Politik  Sistem kabilah berasaskan  Penganiayaan terhadap
semangat assobiyyah golongan lemah dengan
menjadikan perbuatan syirik
sebagai kuasa.
Ekonomi  Riba’  Rasuah
 Penipuan  Riba’
 Penindasan golongan lemah  Penindasan golongan lemah
 Berjudi
Sosial  Penindasan terhadap  penyebaran unsur khurafat
golongan lemah melalui media massa
 Merendah-rendahkan  mengeksploitasi kaum wanita
martabat kaum wanita  zina
 Zina
 Assobiyyah
Pegangan/anutan  agama wathani  Unsur khurafat dalam
(Penyembahan berhala) kehidupan
 animisme (pemujaan alam;  Ideologi-ideologi
cth:pokok) - sekularisme
 samawi (yahudi, nasrani) - liberalisme dll.
 kepercayaan khurafaat (Tilik
nasib, sihir)

SEJARAH JAHILIYYAH

 Politik
 Ekonomi
 Agama dan akhlak
 Ilmu pengetahuan

TINDAKAN UNTUK MENANGANI JAHILIYYAH MODEN.

 Menyeru semula masyarakat berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


 Peranan pemimpin dalam melaksanakan amar makruf nahi munkar.
 Memperbanyak dan memperluas aktiviti dakwah dalam khalayak umum.
 Menutup segala pintu kemaksiatan (judi, kilang arak, kelab malam, dsb)

TAJUK 2: SEKULARISME

Definisi Sekularisme

- Berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘saeculum’ yang bermaksud masa dan tempat.

- Dari Kamus Dewan : Fahaman (doktrin) yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri
keagamaan di dalam urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama.
- Dari buku Daa`ratul Maa`rif al Brithoniah “Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yg
bertujuan memalingkan manusia daripada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata.

Asal-Usul Sekularisme

Ia merupakan cetusan pemikiran golongan pekerja di Eropah yang tidak puas hati dengan pemerintahan
pihak gereja, lalu mereka memisahkan bidang kuasa gereja dan pemerintahan untuk mencapai
matlamat mereka.

Pecahan Sekularisme

I. Nasionalisme- Fahaman yang meniupkan semangat kebangsaan diamana ia meletakkan


kesetiaan dan ketaatan manusia kepada negara, melebihi kepentingan lain dan Islam tidak
menjadi asas kepada kesetiaan, ketaatan, dan kasih sayang tetapi bangsa dan negara menjadi
asas dan kecintaan.

II. Kapitalisme- Fahaman yang memperjuangkan hak kebebasan berekonomi tanpa batasan.
Kesannya, wujudlah golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus miskin.

III. Sosialisme- Fahaman yang memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang bawahan dan
nasib buruh. Ganjaran yang sama diberikan walaupun dengan usaha yang banyak.

IV. Komunisme- fahaman sosialis ala Karl Marx yang memperjuangkan nilai kekuasaan untuk
membina sistem kesamarataan. Sistem ini menafikan hak mencari harta bagi yg mampu
sebaliknya harta seseorang diagih kepada orang ramai tanpa usaha golongan yang menerima
itu.
Kesan-kesan Sekularisme

I. Politik- Menghapuskan syariat Islam dari pemerintahan dan menjadikan undang-undang yang
memerintah dan kekuasaan yang mengawal manusia ialah kekuasaan yang lain dari Allah
SWT,yang lain dari syariat Islam.
II. Ekonomi- Kemungkaran dan maksiat terus berkembang contohnya konsert 2 terbuka diadakan
dengan alasan dapat menjana ekonomi, tanpa merujuk kepada Islam kerana agama dipisahkan
dari cara hidup.
III. Pendidikan- Penyelewengan banyak berlaku seperti fakta-fakta sejarah islam dan sebagainya
kerana pendidikan dipisahkan daripada Islam.Pendidikan akan hanya sekadar mendidik dan
bukan mendidik kearah mentaati Allah SWT.

TAJUK 3 -DAKWAH ISLAMIYYAH TERAS KEBANGKITAN UMMAH

DEFINISI DAKWAH

 Bahasa : Menyeru atau memanggil sama ada kepada yang haq atau yang batil.
 Menurut Syara’ :
i. Seruan ke jalan Allah SWT.
ii. Mengajak untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, menjauhi taghut, melakukan
yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.

‫ومن أحسن قوال ممن دعا إلى هللا وعمل صلحا وقال إننى من المسلمين‬
Maksudnya :“ Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru ke
jalan Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata: “Sungguh aku termasuk dalam orang-
orang yang menyerah diri (muslimin) ” (Fussilat 41:33)

Hukum Berdakwah ialah :


i. Fardhu Ain : Sesetengah ulama’ mengatakan bahawa melaksanakan dakwah
merupakan Fardhu Ain mengikut kadar kemampuan masing-masing.
ii. Fardhu Kifayah : Terdapat juga sebahagian ulama’ yang mengatakan bahawa
melaksanakan dakwah itu ialah salah satu dari fardhu kifayah ke atas masyarakat
Islam.

MATLAMAT DAKWAH

 Membawa manusia kepada pengabdian yang menyeluruh kepada Allah.


 Pengabdian yang menyeluruh hanya dapat dicapai di dalam sebuah masyarakat yang
berpegang dengan Iman dan Taqwa, betul-betul bertawajjuh (menghadapkan diri) kepada
Allah. Dengan kata lain, pengabdian yang mutlak hanya dapat dicapai dengan tertegaknya
Daulah Islamiyyah.
 Ketika wujudnya negara Islam, maka matlamat dakwah adalah untuk memastikan kekalnya
negara Islam dan penyebaran Islam ke negara-negara yang masih engkar
 Dalam keadaan tidak tertegaknya negara Islam, maka matlamat terakhir dakwah ialah
menegakkan sebuah negara Islam.
RUKUN-RUKUN DAKWAH

1)Uslub / Method 2)Mad’u 3)Maudhu’ 4)Da’ie

PERIBADI DAN PEMBINAAN SEORANG DA’IE

i) Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.


ii) Iman yang mendalam.
iii) Bersifat amanah.
iv) Keikhlasan yang tnggi.
v) Muhasabah dan mujahadah.

TAJUK 4 : AMAR MA’RUF DAN NAHI MUNKAR

DEFINISI

 Amar Ma’ruf – Perintah / dorongan untuk melakukan perkara2 kebaikan.


 Nahi munkar – Perintah / dorongan untuk meninggalkan perkara2 munkar (keburukan).

DALIL TUNTUTAN AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang
beruntung. (Aali ’Imran : 104)

Maksudnya : Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab
beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik. (Aali ’Imran: 110)

TAHAP-TAHAP CEGAHAN KEMUNKARAN


 Dengan tangan (kuasa / pemerintahan)
 Dengan lidah / lisan / ucapan
 Nasihat / peringatan
 Penerangan
 Penulisan
 Dengan hati (membenci dan tidak meredhai

KESAN KETIADAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR

 Hidup dalam kemurkaan Allah.


 Doa tidak dimakbulkan.
 Kehidupan dan suasana kacau bilau.
 Masyarakat tidak aman dan harmoni.
 Jenayah makin meningkat.

TAJUK 5 : TUNTUTAN BERORGANISASI DALAM ISLAM

DEFINISI JEMAAH
-segi bahasa
bilangan yang ramai dari manusia tertentu yang berkumpul di atas satu tujuan.
-segi syara
satu jamaah yang dibentuk oleh ulama’ yang terdiri daripada ahli al-Ahli wa al-Aqdi yang berhimpun di
atas mandat seorang khalifah bagi seluruh umat Islam.Ia dibina di atas kesepakatan dalam urusan Islam
yang dipimpin oleh ahli-ahli Islam dan jamaah ulama’ mujtahidin dengan seorang ketua atau amir.

ELEMEN JEMAAH

Sekumpulan individu
Elemen penting
Bergerak melalui tanzim yang munazzamah
bagi sebuah jamaah
Mempunyai manhaj tertentu

Bermatlamatkan keredhaan Allah

Matlamat jamaah adalah untuk menyampaikan misi dakwah.Tujuan dakwah adalah mengembalikan
ubudiah(pengabdian) makhluk kepada Allah semata-mata

MANHAJ JAMAAH

 Al-Quran
 As-Sunnah
 Pendapat Fuqaha’
 Sirah sahabat
 Pengalaman Ahli
CIRI-CIRI JAMAAH YANG SAH

 Bersifat rabbaniyyah (bermatlamatkan Allah,mengajak dan membawa manusia kembali ubudiyyah


kepada Allah,mengikat hati-hati manusia kepada Allah )
 Bersifat alamiyyah ( untuk seluruh manusia tanpa mengira jantina,bangsa,warna kulit mahu pun
batasan geografi.
 Terbinanya jamaah itu adalah atas dasar kesedaran umat Islam.
 Melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar
 Jamaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas Al-Quran
dan Hadith.

ADAB-ADAB DAN AKHLAK BERJAMAAH

● Ikhlas ● Kerahsiaan
● Husnu al-thiqah biLlah AKHLAK ● Tidak leka dengan pencapaian yang ada.
● Istiqamah ● Tunaikan janji dan beriltizam
● Taat BERJAMAAH
● Tidak melampau
● Ukhwah

TAJUK 6 : KEMBALI KE MADRASAH RASULULLAH

MUQADDIMAH

 Rasulullah saw tidak mempunyai manhaj selain Al Quran. Baginda tidak mempunyai universiti,
fakulti, institusi, sekolah untuk mendidik selain masjid. Murid-muridnya adalah Abu Bakar, Umar,
Uthman, Ali, dan sahabat-sahabat lainnya. Dari madrasah itulah peradaban Islam bertolak untuk
mengubah dunia dengan manhaj-nya dan dari madrasah itulah juga lahir orang paling cerdas dan
berwibawa yang pernah dikenal dunia, yang menjadi guru dunia dalam segala keutamaan dan ilmu
pengetahuan. Itulah madrasah yang dicurahi rahmat, dibacakan padanya ayat-ayat, bersinar di
dalamnya cahaya Rabbul-‘Alimin, sehingga kelak para mad’u-nya pula menjadi guru-guru dunia. 

SUMBER

Sumber tarbiyyah Rasulullah saw adalah Al-Qur’an (kalamullah). Dalil yang menyatakan tarbiyyah
Rasulullah adalah dari ALLAH SWT ialah :

Maksudnya: Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak
kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah
memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang kafir. (surah al-maidah: 67)

CIRI-CIRI GENERASI AL-QUR’AN


Antara ciri-ciri generasi Al-Qur’an yang dibina di marasah tarbiyyah Rasulullah saw :
i) Kekuatan aqidah.Berpegang teguh dan bersikap tegas dengan prinsip
ii) Berkasih sayang sesama mukmin
iii) Mendokong sepenuhnya dakwah dan jihad.
iv) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasulnya.

TAHAP-TAHAP DAKWAH DALAM SISTEM (MANHAJ) MADRASAH RASULULLAH

 pembangunan AQIDAH
 Perlaksanaan iman dan waqie’ hidup muslim sebenar. (penekanan ibadah dalam aspek kehidupan)
 Menjadi sebahagian gerakan Islam bagi menegak, menerus dan mempertahankan masyarakat dan
daulah Islam.

KEPENTINGAN MENCONTOHI GENERASI AL-QUR’AN

Sekiranya kita kembali kepada perjalanan sejarah, kita dapati bahawa Rasulullah SAW telah mendidik
umat Islam yang pertama melalui hidangan Al-Qur’an melalui tarbiyyahnya. Mereka umpama tiang-tiang
dan paksi yang kuat yang dibangunkan atasnya Daulah Islam.

TOPIK 7: ASAS-ASAS ILMU HARAKI

1- Amal islami
 Matlamat perjuangan yang jelas
 Jalan menuju matlamat yang jelas
 Berpegang teguh dengan matlamat dan jalan yang jelas.

Matlamat Amal islami

 Matlamat asas 'amal Islami ialah menta`abidkan/mengembalikan manusia, samada sebagai


individu mau pun masyarakat, supaya menjadi hamba hanya sanya kepada Rabb mereka, Allah
swt.

2- Amal Jama’i

Amal Jama'i dapat dierti dan dicirikan sebagai kegiatan-kegiatan yang lahir bersumber dari sesuatu
jamaah yang teratur (berorganisasi), menepati skema tertentu dan menjurus ke arah matlamat tertentu.
Kegiatan jama'i tidak semestinya dijalankan oleh seluruh anggota jamaah, tetapi mungkin ianya hanya
dijalankan oleh seorang anggota jamaah. Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang
panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan
yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)
3- Wala dan Taat

 Wala’ bererti: penjaga, pemimpin, pelindung, dan penyerahan


 Wala terkandung dalam tiga unsur:
1- Kasih sayang
2- Tolong menolong
3- Persefahaman

 Batasan Ketaatan
Dari Ibn `Umar r.a.: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu
muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara
maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4- Syura
Secara asasnya syura bereri mesyuarat. Perkataan syura berasal dari perkataan bahasa arab syawara-
yusyawiru yang bererti menjelaskan, menyatakan, dan mengambil sesuatu. Syura atau musyawarah
adalah saling menjelaskan dan berunding atau saling meminta dan menukar pendapat mengenai
sesuatu perkara. Asas prinsip syura adalah beradasarkan firman Allah yang bermaksud:

“ …Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan…”-Ali-Imran:159

5- Ukhuwwah

 Ukhuwwah berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud persaudaraan. Ukhuwwah
islamiah adalah tautan hati dan jiwa dengan aqidah yang sama. Ia merupakan jalinan yang
menghubungkan sebahagian dengan sebahagian ummat islam yang lain.
 Kepentingan Ukhuwwah
- Mempertautkan ikatan hati-hati dan roh-roh alhi sekalian dengan ikatan aqidah dalam setipa
gerak kerja dan perancangan dalam mewujudkan penyatuan amal dan penyatuan fikiran.Agar
perjalanan dakwah dan tarbiyyah berjalan dengan lancer dan teratur tanpa sebarang masalah
khususnya komunikasi.
 Langkah – langkah meningkatkan ukhuwwah
 Persaudaraan
 Membantu menyelesaikan kerja ahli lain apabila tugasan sendiri telah selesai
 Mendoakan ahli-ahli yang lain terutama tanpa pengetahuannya
 Kasih –saying
 Bermaaf-maafan
 Berlapang dada apabila ditegur dan bersangka baik.
6- Jihad dan Pengorbanan

 Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna "menggunakan
segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu".
 "Jihad" dalam definisi shari’ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir
di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da’wah bagi menjadikan
kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".
 Pengorbanan menurut Imam Hasan al-Banna ialah menggunakan (mewakafkan) diri , harta,
waktu dan kehidupan untuk mencapai matlamat. Tiada jihad tanpa disertai pengorbanan.
 Menurut Imam Hasan al-Banna : ”Ahli-ahli ilmu yang terdiri daripada mujtahidin, muqallidin,
salaf dan khalaf telah sepakat (ijma’) mengatakan jihad adalah fardhu Kifayah untuk
mengembangkan dakwah dan fardhu Ain untuk menangkis serangan kuffar”.

7- Thiqah

 Thiqah bermaksud keyakinan seorang pendakwah terhadap pemimpin pada kemampuan dan
keikhlasannya , dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih ,
penghargaan , penghormatan dan ketaatan .
 Kepentingan Thiqah
Membentuk satu persefaham yang tinggi antara pemimpinh dan pendakwah dalam semua segi
seperti pendapat dan ketetapan , supaya dapat menghalang keraguan yang diwujudkan oleh
musuh Islam.

8- Sir Wa Hazar

Sir berasal dari perkataan arab yang bermaksud rahsia. Manakala hazar bermaksud waspada.

Dari seluruh tindakan-tindakan waspada yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. dapat
dirumuskan bahawa matlamatnya adalah untuk menjaga perjalanan da’wah dan penyebaran
risalah yang dipimpinnya.

Anda mungkin juga menyukai