Anda di halaman 1dari 14

Modul Ulangkaji 6 Geografi Alam sekitar Fizikal

Tingkatan Enam

BAB 3: SISTEM ATMOSFERA


1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahang bumi dan bahang matahari. [6 markah]
b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan
bumi. [10 markah]
c)Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?
[8 markah]

2. a)Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera. [6 markah]


b) Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran danangin baratan dunia. Bagaimanakah angin-angin
inimengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan? [10 markah]
c) jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini [10 markah]

3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedo. [5 markah]


b) Jelaskan sebab-sebab wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar Bandar.
[13 markah]

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan. [5 markah]


b) Huraikan proses-proses yang menyebabkan berlakunyakehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan
mataharidi atmosfera. [10 markah]
c) Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar. [10 markah]

5 a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan arah angin. [8 markah]
b) Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia Tenggara. [10 markah]
c) Bagaimanakahsistem angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau Asia. [7 markah]

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba. [5 markah]


b) Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi. [10 markah]
c) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba. [10 markah]

7 a) Terangkan konsep pulau haba. [5 markah]


b) Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan
sedemikian. [8 markah]
c)Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal. [12 markah]

8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijau. [5 markah]


b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global. [10 markah]
c) Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau. [10 markah]

9 a) Berikan huraian ringkas tentang El Nino. [5 markah]


b)Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara? [10 markah]
c) Berikan cadangan untuk mengatasi masalah jerebu terutamanya di bandar-bandar perindustrian negara ini.
[10 markah]

10 a) Terangkan ciri-ciri pembentukan hujan salji. [6 markah]


b)Huraikan pelbagai fenomena yang berkaitan dengan salji di ruang atmosfera dan di kawasan cerun pergunungan.
[9 markah]
c)Jelaskan kesan-kesan ribut salji terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar. [10 markah]
11 a) Takrifkan tekanan udara. [5 markah]
b)Huraikan tiga kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran am atmosfera.
[12 markah]
c)Jelaskan empat kesan siklon. [8 markah]

12 a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan? [5 markah]


b)Terangkan proses pembentukan dua jenis hujan. [8 markah]
c)Bincangkan enam kesan lebihan air terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [12 markah]

13 a) Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera. [5 markah]


b) Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi. [10 markah]
c)Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusia. [10 markah]

14 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global. [5 markah]


b) Huraikan kesan pemanasan global terhadap sistem geomorfologi. [10 markah]
c) Jelaskan bagaimana kesan pemanasan global mempengaruhi aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.
[10 markah]

15 a) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep perubahan iklim. [5 markah]


b) Jelaskan faktor yang mempengaruhi perubahan iklim dunia. [10 markah]
c) Huraikan kesan perubahan iklim terhada alam sekitar fizikal. [10 markah]

16 a) Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatan. [5markah]


b)Jelaskan pembentukan bayu laut dan bayu darat. [8 markah]
c)Huraikan kesan kejadian bayu laut dan bayu darat ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. [12 markah]

17 a) Takrifkan siklon tropika. [5 markah]


b) i) huraikan proses pembentukan siklon di kawasan tropika. [6 markah]
ii) nyatakan empat ciri siklon tropika. [4 markah]
c) Jelaskan lima kesan kejadian siklon kepada aktiviti manusia. [10 markah]

SKEMA JAWAPAN : MODUL 6 SISTEM ATMOSFERA


BAB 3: SISTEM ATMOSFERA

1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bahang bumi dan bahang matahari.


1.Bahang bumi = Haba bumi yang diterima drp cahaya matahari. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan
bumi. Permukaan bumi yang dipanaskan akan mengeluarkan bahangan yeng dipanggil bahang bumi yang
akan dipantulkan ke atmosfera.
2.Bahang matahari = merupakan sinaran matahari yang mengeluarkan bahangnya dan dipindahkan melalui
gelombang pendek elektromagnet atau pancaran insolusi untuk sampai ke permukaan bumi. [6 m]

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan
bumi.
1.Bentuk muka bumi- ketinggian,laut, tasik
2.Litupan permukaan bumi- tumbuhan, bangunan, awan, salji
3.kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan yang berbeza-beza-suhu
berbeza-beza.
4.Nilai albedo permukaan bumi yang berbeza-beza
5.kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza
6.jangkamasa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang
7.Aspek – cerun yang menghadap matahari dengan cerun yang terlindung
8.Angin – angin sejuk seperti angin Mistral merendahkan suhu, angin panas seperti Angin Cinuk dan Fohn
meningkatkan suhu.
9.Arus lautan- pergerakan arus lautan panas dapat menaikkan suhu dan arus sejuk menurunkan suhu. [10 m]

c) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?
1. Memahami konsep edaran umum atmosfera- satu proses untuk seimbangkan bahangan di permukaan bumi
dimana kawasan panas(Khatulistiwa) yang bertekanan udara rendah(mengembang) lalu naik serta dipindahkan
secara mendatar ke lapisan atas ke kutub yang sejuk. Kekosongan udara yang naik di Khatulistiwa akan diisi oleh
udara sejuk dari kutub.

2. Ketidakseimbangan bahangan bersih yang diterima di antara garis lintang dunia menyebabkan perbezaan
taburan suhu.

3. Perbezaan suhu menyebabkan perbezaan kecerunan tekanan.

4. Perbezaan tekanan udara menyebabkankewujudan sel tekanan.


5. Kewujudan kecerunan tekanan antara sel menyebabkan pergerakan udara. [8 m]

2 a) Huraikan gangguan-gangguan terhadap sistem atmosfera.


1. Letusan gunung berapi- pelbagai jenis gas dikeluarkan semasa letusan sepertikarbon dioksida, hidrogen, sulfida,
klorin, flurin yang mengandungi 65-95% wapair(stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air
menjadi asidsulfurik lemah yang membunuh tumbuhan di kawsaan sekitarnya. Hujan yangturun menjadi berasid
dan tanih menjadi tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi

2. Aktiviti manusia – berlaku pencemaran, pembakaran bahan api, penebangan hutan dsbnya.

3. Bahan-bahan pencemar ini akan menjadi penebat kepada gelombang pendek (cahaya matahari) dari angkasa
masuk ke atmosfera bumi dan juga menebat gelombang panjang (Bahang bumi) daripada keluar ke angkasa

b) Putaran bumi menyebabkan pembentukan angin timuran dan angin baratan dunia.
Bagaimanakah angin-angin ini mengubah keadaan cuaca sesuatu kawasan?

1. Kejadian fros – angin timuran kutub Utara menyebabkan fos di kawasan prairie Kanada tiba lebih awal musim
bunga. Ini menyebabkan tanaman gandum rosak. Hal ini juga berlaku di kawasan penanaman anggur di Perancis.
2. Hujan lebat – Pada musim angin monsun timur laut/angin timuran utara membawa hujan lebat ke kawasan
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Angin Timuran selatan ke Bangladesh dan india, badai selari di pantai timur
Johor.
3. Banjir dan kemarau – Angin timuran selatan myebabkan keadaan kemarau di Equador dan hujan lebat di Asia
Tenggara, fenomena La Nina dan EL Nino.
4. Ribut taufan dan tornado – taufan di kawasan lautan tropika dan tornado di lembangan Missisippi.
5. Laut bergelora - pertemuan angin timuran utara dan angin timuran selatan menyebabkan gelombang besar di
Filipina dan hurikan di Amerika Tengah.

c) Jelaskan bagaimanakah manusia menghadapi perubahan cuaca ini.


1. Projek sistem pengairan dan telaga.
2. Program sistem perparitan dan sungai.
3. Membuat kerja sampingan alternative.
4. Penyelidikan benih hadapi ancaman fros.
5. Projek pembenihan awan.
6. Stesen ramalan cuaca.
3 a) Huraikan secara ringkas tentang albedo.
Albedo adalah pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari yang sampai oleh sebarang satah
permukaan ke atmosfera. Kadar albedo berbeza-beza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran matahari

b) Jelaskan sebab-sebab wujudnya perbezaan suhu antara kawasan bandar dengan kawasan luar Bandar.
1. Keadaan fizikal bandar terdiri daripada konkrit dan bitumen.
2. Kurangnya litupan tumbuhan di bandar berbanding luar Bandar.
3. Pembakaran bahan api fosil(kenderaan, kediaman, kilang).
4. Kadar sejatan yang rendah di bandar kerana air larian yang banyak dan pesat.
5. Pencemaran udara banyak berlaku di bandar yang bertindak sebagai blanket.
6. Bilangan manusia yang lebih ramai-pembebasan haba kalori.
7. Alat hawa dingin yang banyak.
8. Angin permukaan di bandar yang halajunya lebih rendah.

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan.


Imbangan bahangan ialah kadar/jumlah bahangan yang diterima/masuk adalahsama atau seimbang dengan kadar/
jumlah bahangan yang dikeluarkan oleh bumi.Bahangan mataharimasuk ke sistem bumi melalui gelombang pendek
pada waktusiang manakala bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam bentuk gelombang
panjang.

b) Huraikan proses-proses yang menyebabkan berlakunya kehilangan sebahagian daripada jumlah bahangan
matahari di atmosfera.
1. Proses penyerapan :Kehilangan sebahagian jumlah bahangan apabila diserap oleh atmosfera seperti gas-gas
oksigen, karbon dioksida dan ozon, partikel/habuk, wap air, awan, hablur ais.
2. Proses penyerakan:Kehilangan sebahagian jumlah bahangan kerana bahangan diserakkan ke pelbagai arah
apabila bertemu dengan partikel seperti habuk, molekul gas dan manik air. Langit berwarna biru kerana
proses serakan terhadap gelombang sinaran suria yang berukuran 0.45 mikron oleh molekul udara yang terampai.
Langit kekuningan apabila serakan oleh partikulat di udara spt habuk, debu dan jerebu.
3. Proses pembalikan/pantulan:Kehilangan sebahagian jumlah bahangan apabila berlaku pembalikan atau pantulan
oleh awan terutamanya. [10 m]

c)Jelaskan kesan peningkatan suhu terhadap alam sekitar.


a. kesan terhadap alam sekitar fizikal:
• Penggurunan- apabila suhu meningkat proses luluhawa fizikal akan meningkat, struktur tanah menjadi peroi dan
longgar dan ini akanmeningkatkan hakisan layangan angin.Di kawasan gurun kombinasi antaraluluhawa fizikal dan
hakisan layangan angin membolehkan kawasanpinggiran gurun membesar.Contohnya di Gurun Sahel.
• Peningkatan aras laut/air akibat pencairan aismeningkatkan paras laut dan meningkatkan kadar hakisan ombak
di pinggir pantai.
• Kemusnahan sistem ekologi –tumbuhan, hidupan laut/plankton dan polip karang.
• Menganggu keseimbangan hidrologi –kadar sejatan yang tinggi dan cepat akan menyebabkan fenomena kemarau,
paras air sungai menyusut, paras air tanah menurun dan tanih kehilangan kelembapandengan ketara.
• Mengganggu kelembapan atmosfera seterusnya mewujudkan udara kering. Peningkatan suhu sekitar lazimnya
menyebabkan cuaca menjadi panas. Di bandar fenomena pulau haba berlau.
• Pulau haba terutama di bandar-bandar besar

b. Kesan terhadap alam sekitar manusia.


• Ketidakselesaan/dehidrasi atau kehilangan air dari badan secara berlebihan menyebabkan badan cepat letih
dan tidak bermaya.
• Penyakit- suhu meningkat menyebabkan penyebaran penyakit misalnya taun dan denggi.
• Menjejaskan kegiatan pertanian- mengurangkan bekalan makanan kerana produktiviti pertanian khususnya padi
sawah akan terjejas. [10 m]
5 a) Terangkan jenis-jenis daya yang menentukan kelajuan dan arah angin.
i. Daya kecerunan tekanan- menggerakkan angin daripada kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.
ii. Daya Coriolis – putaran bumi membias angin ke kanan di Hemisfera Utara dan terbias ke kiri di Hemisfera
Selatan dan semakin meningkat ke laut.
iii. Daya geseran- mempengaruhi angin apabila ia bergerak ke atas sesuatupermukaan.Kesan daya geseran adalah
berbeza-beza mengikut keadaanpermukaan bumi. Permukaan yang kasar spt bergunung ganang, kawasan
bandarraya dan kawasan berhutan tebal menyebabkan tiupan angin menjadi lemah kerana daya geseran
tinggiberbanding kawasan lapang seperti kawasan padang serta kawasan lautan.

b)Jelaskan pengaruh angin monsun musim panas kepada kegiatan ekonomi di Asia Tenggara
(angin monsun musim panas merujuk kepada angin monsun barat daya)
i. Pertanian –luar musim di Dataran Kelantan lebih kering membolehkantembakau di tanam di sawah dan alur tanah
beris. Di Pantai Barat SemenanjungMalaysia-tanaman padi dijalankan.
ii. Pelancongan – pelancongan musim panas lebih giat dipantai timur kerana keadaan laut yang tenang, memudahkan
aktiviti skuba, snokerling, berkayak dll.
iii. Perikanan – lebih banyak tangkapan pada musim panas berbanding semasa tiupan angin monsun timur laut.
iv. Pembalakan – penebangan hutan pada musim panas kerana tiada gangguan cuaca hujan.
v. Industri kecil dan sederhana – batik, keropok, ikan kering dapat dijalankandengan baik. Cuaca panas
membolehkan barangan yang dihasilkan bolehdikeringkan dengan cepat. [10 m]

c)Bagaimanakahsistem angin monsun mempengaruhi aktiviti penduduk di rantau Asia.


Terdapat 2 sistem angin monsun di rantau Asia iaitu Angin monsun baratdaya (mei-sept) dan angin Monsun Timur
Laut (Nov-mac) yang akan mempengaruhi kegiatan penduduk.

a. Kegiatan pertanian: Angin monsun membawa intensiti hujan yang berbezamengikut musim misalnya di kawasan
pantai timur semenanjung Msia dan SelatanThai hujan lebat pada musim monsun timur laut menyebabkan kawasan
ini banjir.Kesannya tanaman seperti padi sawah dan tembakau musnah, kegiatan menorehgetah tidak dapat
dijalankan. Sebaliknya di kawasan pantai barat semenanjungMsia mengalami hujan lebat pada musim mnsun barat
daya menyebabkankegiatan pertanian tergendala.
b. Kegiatan perikanan: Di kawasan pantai timur semenanjung kegiatan perikanandijalankan semasa tiupan angin
monsun barat daya manakala pada musimmonsun timur laut tiupan angin kencang, ombak besar menyukarkan
kegiatanperikanan. Musim ini dikenali sebagai musim tengkujuh. Aktiviti nelayan padamusim ini lebih tertumpu
kepada membaiki pukat, bot yang rosak sementaramenunggu musim tengkujuh berakhir.
c. Kegiatan pelancongan: Pada musim monsun timur laut kegiatan pelancongankurang aktif di kawasan pulau dan
pantai kerana ombak besar dan laut bergelora.Pada masa ini kawasan Kelantan, terengganumengalami banjir
menyukarkanpelancong ke sesuatu tempat kerana sistem pengnagkutan terputus.
d. kegiatan ekonomi lain: perkhidmatan pengangkutan khususnya air dan daratakan tergendala akibat musim
banjir pada masa tiupan konsun timur laut. Darjahketersampaian menjadi rendah dan mengganggu aktiviti
perniagaan sepertiperniagaan borong dan runcit. Selain itu musim kering yang dialami oleh kawasanpantai timur
semasa tiupan angin monsun barat daya menggalakkan aktivitipengeringan batik, memperoses garam di pattani
Thailand, menggalakkan Iks sptindustri ikan kering, kraf tangan dll oleh penduduk tepi pantai. [7 m]

6 a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba [5markah]

Bajet haba ialah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi melalui pelbagai proses daripada bahangan
matahari (gelombang pendek) adalah sama / seimbangan dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula melalui
bahangan bumi (gelombang panjang)

b)Dengan bantuan gambarajah, huraikan bagaimana bajet haba terjadi


i. Bahangan matahari yang masuk ke atmosfera bumi akan sampai ke permukaan
bumi melalui pelbagai proses iaitu:
• Secara terus ke permukaan bumi.
• Melalui atmosfera- diserap, dibalikkan, diserak dan dipantulkan

ii. Bahangan yang dibebaskan oleh permukaan bumi akan melalui pelbagai proses iaitu:
• Secara terus keluar ke angkasa lepas.
• Diserap oleh atmosfera seperti dibalikkan, diserakkan dan dipantulkan terutama pada waktu malam.
[10markah]

c)Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba.


i. Litupan awan: litupan awan akan menyebabkan bajet haba tidak seimbang
ii. Penipisan lapisan ozon- bahang UV matahari lebih banyak masuk ke atmosferaiii. Gas rumah hijau – menyerap
dan menyimpan haba di atmosfera. Lut sinarterhadap gelombang pendek dan legap terhadap gelombang panjang
iv. Jerebu- mengurangkan penerimaan bahangan
v. keadaan permukaan bumi yang berlainan- albedo permukaan. [10markah]

7 a) Terangkan konsep pulau haba.


Fenomena Pulau haba ialah keadaan iklim di kawasan tengah-tengah bandar yang mempunyai suhu atau haba yang
lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. Keadaan iklim yang terbentuk adalah berbeza dari kawasan sekitar dari segi
jumlah hujan, suhu harian, keamatan cahaya matahari, kelajuan angin dan kelembapan udaranya. [5 m]

b)Suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Jelaskan mengapa berlaku keadaan
sedemikian:
1.kawasan pusat bandar mempunyaisuhu yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya kerana
a.Morfologi pusat bandar yang padat dengan bangunan, bahan binaan yangterdiri drp bahan batu bata, simen,
logam dapat menyerap dan menyimpan haba.
b.Industri perkilangan, ekzos kenderaan mengeluarkan ga karbon dioksida, karbon monoksida yang bertindak
sebagai penebat haba menyebabkan suhu tinggi.
c.Haba daripada penduduk yang ramai dan penggunaan alat pendingin udara meningkatkan suhu Bandar.

2.Kelembapan udara di kawasan bandar lebih rendah/kering daripada kawasan sekitarnya kerana
a.Sebarang haba drp pembakaran akan cepat meresap ke udara dan tidak menggalakkan kelembapan/pembentukan
wap air.
b.kadar turapan permukaan yang tinggi mempercepatkan laroian air ke sistem saliran dan keluar drp bandar-
sejatan kurang berlaku/terhad.
c.Turapan permukaan tidak membenarkan air tersimpan oleh lapisan tanih untuk disejat sebagai wap air. Udara
menjadi kering.
d.Kurang tumbuhan –kurang sejat peluhan untuk menyumbang kepada wap air.

3.kerpasan /hujan di bandar lebih banyak daripada di kawasan pinggirnya kerana;


a.banyak bahan pencemar yang bertindak sebagai nukleus higroskopik yang menarik wap air dan mengumpulkannya
sebagai awan.
b.Tiupan angin secara turbulen(naik dan berpusarke atas) menghasilkan perolakan udara ke atas dan
menggalakkan proses pemelowapan.
c)Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal
i. Udara berdebu/tercemar – menutup permukaan liang stoma daun dan mengganggu proses fotosintesis .
Ini akan membantutkan pertumbuhan pokok.
ii. Suhu yang tinggi – meningkatkan kadar sejatan dan merendahkan kelembapan bandingan.
iii. Bahan pencemar menghasilkan banyak nukleus higroskopik dan meningkatkan kekerapan hujan.
iv. Kandungan asid dalam air hujan bertambah mengakibatkan gangguan terhadap ekosistem, badan air dan
tanih. [12 m]
8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan gas rumah hijau gas rumah hijau-( kumpulan gas yang menghalang dan
memerangkap haba bumi dari terbebas keluar ke atmosfera bumi ) =3m (seperti gas karbon dioksida,CFC,
metana, ozon dan wap air) sekurang-kurangnya 2 gas (2m). [5 m]

b) Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global.


1. kegiatan perindustrian
2.Kegiatan pembakaran hutan secara semulajadi/kegiatan manusia
3.pembakaran bahan api fosil
4.Aktiviti gunung berapi
5.Pembalakan secara meluas
6.kegiatan pertanian- padi(metana)
7. ternakan- najis(metana)
8.pembakaran secara terbuka di tapak pelupusan
9. Sisa domestic. [10 m]

c)Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan akibat rumah hijau.
1. penghutanan semula
2.mengurangkan pembakaran bahan api fosil
3.menggunakan sumber tenaga mesra alam
4.perundangandan peraturan/garis panduan
5.mencegah pembakaran terbuka
6.persefahaman antara negara
7.pendidikan formal atau tidak formal
8. kempen. [10 m]

9 a) Berikan huraian ringkas tentang El Nino. [5 m]

Satu fenomena luarbiasa yang melibatkan perubahan arus permukaan dan tiupan angin di Lautan Pasifik yang
menyebabkan perubahan cuaca dunia.
Proses kejadian
1.Tumpuan pancaran matahari di lautan Pasifik /tropika menyebabkan pemanasan permukaan lautan yang luar
biasa.
2.Arus permukaan bergerak ke barat
3.Arus permukaan lautan pasifik bertukar arah ke timur
4.Ia menyebabkan perubahan tekanan udara dan perubahan tiupan angin
b)Bagaimanakah El Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara
Asia Tenggara?
1.keadaan kering dan tiada hujan, kemarau berpanjangan
2.kebakaran hutan secara semulajadi akibat kemarau
[10 m]
c)Berikan cadangan untuk mengatasi masalah jerebu terutamanya di bandar-bandar
perindustrian negara ini
1.penguatkuasaan undang-undang pembakaran terbuka, perkilangan dan
kenderaan bermotor
2.Kempen/pendidikan formal dan tidak formal
3.kawalan makenikal(penapis asap, penapis ekzos, cerobong asap)
4.Penanaman pokok(hutan bandar)
5.meningkatkan kelembapan udara(banyakkan fauntain/pancutan air)
6.hujan tiruan-pembenihan awan
7.kurangkan penggunaan bahan api fosil
[10 m]
10
a)Terangkan ciri-ciri pembentukan hujan salji
Salji ialah hablur-hablur ais halus yang terbentuk secara langsung dari wap air
dalam udara
Salji terbentuk apabila keadaan takat beku sampai ke paras 300m dari permukaanbumi dan suhu udara yang
kurang 4 C. Kumpulan hablur ais seni ini tidak sempatcair kerana suhuyang berdekatan permukaan bumi adalah
dibawah takat beku.Hablur ais yang terbentuk dibawah suhu 0˚C , saljinya lebih halus dan ringan. Jikasuhu lebih
0˚C , salji yang terbentuk adalah lembap dan berat.
[6 m]
b)Huraikan pelbagai fenomena yang berkaitan dengan salji di ruang atmosfera dan di
kawasan cerun pergunungan
1. Fenomena Hujan beku: kerpasan yang terdiri daripada campuran hujan dan saljiyang berlaku apabila udara
dekat permukaan bumi ialah 1.5 ˚C. Jika suhu di awanantara -12 C hingga – 15 C, salji akan dihasilkan. Sebaliknya
jika suhu dekatpermukaan bumi lebih 1.5 C akibatkan kerpasan dalam bentuk air.
2. Salji berkilat (thunder-snow): berlaku pada awal musim dingin, angin sejukmelalui kawasan air panas di tasik-
tasik besar di Amerika Utara. Bahagian bawahangin sejuk ini dipanaskan lalu wap air diserap ke dalam bahagian
dasar anginsejuk yang panas. Udara panas dan lembap naik ke atas membentuk awan dantitisan air seni awan akan
ditukarkan kepada salji kerana keadaan yang amat sejuk.Semasa salji turun, kilat juga memancar
3. Runtuhan salji:
4. Ribut salji:
[9 m]
c)Jelaskan kesan-kesan ribut salji terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar
[10 m]
11
a)Huraikan sebab-sebab terjadinya penipisan lapisan ozon
Sebab-sebab semulajadi
1.Tompok matahari: Edaran solar pada paras maksimum menyebabkanbanyak kejadian tompok matahari yang
meninggikan intensiti cahayabertambah. Ini menggalakkan banyak ozon dibentuk. Edaran solar padaparas minimum
menyebabkan kurang tompok matahari lalu intensisticahaya dikurangkan. Jadi proses pembentukan ozon
dikurangkan. Oleh itulapisan ozon menjadi nipis.
2.Pertukaran arah angin: Ozon banyak dihasilkan di Khatulistiwa tetapi ditiup
angin ke latitud yang lebih tinggi spt di Kutub.
3.Letusan gunung berapi: Letusan gunung berapi mengeluarkan aerosolsulfat yan g ditiup angin ke kawasan
Antartika oleh sistem angin dunia.Aerosol sulfat bertindak menyerakkan cahaya matahari dan
mengurangkanintensiti cahaya. Ini mengurangkan peghasilan ozon. Aerosol sulfat jugamenyebabkan atom klorin
bebas dan menyerang dan memusnahkan ozon.
4.Suhu yang sangat sejuk: Pembentukan hablur ais oleh awan stratosferaAntartika pada suhu negatif 80˚ C.
Hidrogen klorida dan klorin nitrat beradabersama-sama awan sejuk ini yang akanbertindakbalas dengan ozon.
Sebab-sebab kegiatan manusia
1.Kegiatan industri dan CFC: Industri membuat foam kusyen, bantal, tilam,Industri membuat pelarut untuk
membersihkan alatan komputer, industriaerosol, penyembur cat, racun serangga, Industri servis peti
sejukmenggunakan gas CFC yang akan bertindakbalas dengan ozon
2.Penerbangan kapal terbang supersonik: Kapalterbang ini terbang tinggi di
lapisan
stratosfera
mengeluarkan
gas
nitrogen
oksida
yang
mempercepatkan penipisan lapisan ozon oleh atom klorin CFC.
3. Kegiatan pertanian: Baja nitrogen mengeluarkan nitrus dioksida yang
mempercepatkan penipisan lapisan ozon
4.Pembersihan hutan: Pembersihan hutan mengurangkan imbangan gasterutama oksigen. Pengurangan oksigen akan
mengurangkan bekalan atomoksigen untuk pembentukan ozon.
b)Huraikan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap alam sekitar.
Kesan terhadap alam sekitar
1.kenaikan suhu dunia
2.Kenaikan aras lautan
3.ribut taufan lebih kencang
4.banjir besar kerap berlaku
Kesan terhadap alam sekitar manusia
1.penyakit barah kulit
2.gangguan sistem pengimunan badan manusia
3.kecacatan bayi dalam kandungan
4.sistem pelalian haiwan berubah
5. katarak mata
6.mengurangkan penghasilan pengeluaran pertanian
c)Jelaskan langkah-langkah mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.
1.mencari alternatif untuk CFC
2.kawalan peringkat antarabangsa
3.kawalan peringkat nasional
4.kawalan peringkat pengguna/konsumer
5. kempen kesedaran.
11
a)Tekanan udara ialah daya yang dikenakan oleh jisim udara ke atas satu titik di atas
permukaan bumi, diukur dalam unit milibar (mb)
b)Kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran am
atmosfera
a.Tekanan udara berbeza mengikut garis lintang

Tekanan udara bertambah mengikut garis lintang

Mewujudkan perbezaan kecerunan tekanan

Menghasilkan perubahan tekanan udara tinggi dan tekanan udararendah yang berselang seli mengikut garis lintang
(5 di Hemisferautara, 5 di Hemisfera Selatan dan 1 di Khatulistiwa)
b.Tekanan berbeza menghasilkan pergerakan angin

Menghasilkan pergerakan angin menegak dan mendatar
(pertemuan dan lencongan)

Menghasilkan pergerakan angin dari kawasan tekanan tinggi ke
kawasan tekanan rendah di atmosfera dan di permukaan bumi
c.Edaran am atmosfera

Pergerakan ini akan membentuk kitaran udara di kawasan tropika
dan sub tropika

Proses ini akan membentuk edaran am atmosfera yang
mewujudkan angin timuran dan angin baratan
c) Kesan siklon

Kemusnahan harta benda

Kehilangan nyawa, kecacatan

Kehilangan mata pencarian- nelayan, pertanian

Kesan psikologi/trauma

Wabak penyakit- taun

Kemusnahan infrastruktur
12
a)Kerpasan adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalampelbagai bentuk cecair(hujan)
dan pepejal (salji/hujan batu) denganintensiti/keamatan yang berbeza
b) Hujan perolakan

Udara panas menjalankan proses sejatan di permukaan bumi

Wap air dibawa naik ke atas lalu mengalami proses pengembangan dan
penyejukan

Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar kepada bentuk cecair dan turun
sebagai kerpasan
Hujan perenggan

Pertemuan mendatar arus udara yang wujud di kawasan tekanan udara
rendah

Udara panas naik ke atas

Udara sejuk yang tumpat turun ke bawah

Hujan bukit

Kenaikan udara akibat cerun banjaran gunung yang selari dengan pantai

Udara lembap dipaksa naik akibat tiupan angin dari arah laut ke arah
kawasan gunung/tanah tinggi

Udara lembap dipaksa naik ke kawasan terdapat halangan seperti banjaran
gunung

Mencapai titik pemeluwapan dan ditukar kepada bentuk cecair dan turun
sebagai hujan bukit
Hujan batu

Panas yang ekstrim dan perolakan kencang

Bekalan air lampau sejuk

Arus ribut

Arus menurun
c) Pertanian terjejas
Perhutanan – pembalakan terjejas
Perlombongan terjejas
Perikanan terjejas- akuakultur
Pengangkutan terjejas- jalan rosak
Industri/IKS terjejas
Pelancongan terjejas
13
a)Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera
Jawapan
Atmosfera ialah lapisan nipis yang tidak sama tebal mengikut garis lintang terdiridaripada pelbagai gas yang
melekat kepada bumi kerana daya tarikan graviti danbergerak bersama-sama pergerkan bumi mengelilingi
matahari
[5 m]
b)Huraikan peranan atmosfera dalam mengawal suhu permukaan bumi
Jawapan
1. penebat – atmosfera bertindak sebagai penebat kepada bahangan –membenarkan kemasukan bahangan
gelombang pendek waktu siang tetapimenghalang bahangan bergelombang panjang/terestrial bebas ke angkasa-
menstabilkan suhu permukaan sehingga tidak begitu panas pada waktu siang dantidak terlalu sejuk pada waktu
malam/ tindakan lapisan stratosfera atau lapisan ozon.
2. Penapis – menapis bahangan ultra ungu/ ultra lembayung yang membahayakan
kepada semua bentuk kehidupan di bumi dan meningkatkan suhu permukaan
3. Pemantul – memantul, menyebar, menyerap dan menyerakkan bahangan yangsampai di bahagian atas atmosfera-
mengurangkan kadar pemanasan permukaanbumi
4. Pengatur suhu/ bahangan- bertindak sebagai pengatur haba bumi denganmewujudkan edaran umum atmosfera-
kawasan tropika (Khatulistiwa yangberlebihan haba) tidak ekstrem panas dan kawasan sederhana sejuk dan
sejukdunia(kawasan kurang haba) tidak ekstrem sejuk
5. Penyebaran semula/serap dahulu/penyerapan
[10 m]
c)Jelaskan bagaimana atmosfera tercemar oleh tindakan manusia
[10 m}

-
kekurangan tumbuhan / hutan-pertambahan gas-gas karbon dioksida.
-
peningkatan gas- gas rumah hijau- menghalang pengeluaran sinaran/
bahang bumi ke angkasa.
-
peningkatan gas-gas CFC – berlaku penipisan lapisan ozon /
pertambahan sinaran ultra unggu ke bumi.
-
pertambahan bilangan penduduk dunia – pembebasan haba
metabolisme.
-
pertambahan bilangan bangunan pengcakar langit – menghalang
pergerakan mendatar angin
-
pembakaran / kebakaran hutan
-
letusan gunung berapi
-
penggunaan bahan kimia dan racun dalam pertanian
c)Huraikan kesan perubahan iklim terhada alam sekitar fizikal
Jawapan
-
Pencairan salji- peningkatan aras laut
-
Peningkatan suhu dunia
-
Kemusnahan ekosistem/ habitat
-
Peningkatan/ berkurangan kerpasan
-
Kemarau panjang / peningkatan pencemaran udara
[10 m]
16
a)Apakah yang dimaksudkan dengan angin tempatan
Jawapan
Angin tempatan merujuk kepada angin yang bergerak pada skala yang kecil dandi kawasan yang kecil( seperti
kawasan pinggir laut ) disebabkan perbezaantekanan antara kedua kawasan yang berhampiran lalu
menyebabkanwujudnyacerun antara dua kawasan tersebut
[5markah]
b)Jelaskan pembentukan bayu laut dan bayu darat
Jawapan
Bayu laut
-
merujuk kepada angin yang bertiup dari laut ke darat.
-
pada waktu siang, daratan cepatpanas berbanding permukaan laut.
-
tekanan udara rendah wujud di darat manakala tekanan udara
tinggi wujuddi laut.
-
kecerunan tekanan udara menghala ke darat menyebabkan pergerakan
angin dari laut kedarat.
Bayu darat
-
merujuk kepada angin yang bertiup dari darat ke laut.
-
pada waktu malam, daratan akan cepat menjadi sejuk berbanding
permukaan laut.
[8
markah]
56
-
tekanan udara tinggi wujud di darat manakala tekanan udara
rendah wujud di laut
-
kecerunan tekanan menghala ke laut menyebabkan pergerakan angin
dari darat ke laut.
c)Huraikan kesan kejadian bayu laut dan bayu darat ke atas alam sekitar fizikal
dan manusia
Jawapan
kesan ke atas alam sekitar fizikal
-
bayu laut akan menyederhanakan suhu kawasan daratan berhampiran
pinggir pantai.
-
bayu darat akan menyederhanakan suhu kawasan permukaan laut
berhampiran pinggir pantai.
-
Menggalakkan pertumbuhan plankton / menggalakkan pembiakan ikan
Kesan ke atas alam sekitar manusia
-
semasa bayu darat bertiup,nelayan akan
turun ke laut dan pulang semasabayu laut.
-
mengalakkan kegiatan pelancongan – kejadian bayu laut dan bayu darat
menyebabkan udara di kawasan pinggir laut lebih nyaman.
-
Kawasan pinggir laut yang sentiasa berangin mengalakkan kegiatan
sukan dan rekreasi seperti permainan laying-layang.
[12
markah]
17
a)Takrifkan siklon tropika
Jawapan
Siklon tropika merujuk kepada angin ribut
kencangyang berpusardengan kelajuan
melebihi120km / jamyang berlaku di
perairan tropika akibat daripada wujudnya sel-
sel tekanan rendah yangmelampau di kawasan
tersebut
[5
markah]
b)i) huraikan proses pembentukan siklon di kawasan tropika
Jawapan
-
Pemanasan permukaan laut oleh sinaran matahari menyebabkan udaraberada dalam keadaan yang tidak stabil lalu
mewujudkan sel tekananrendah yang melampau.
-
Udara yang lembap dan tidak stabil ini kemudiaannya berputar-putar di
sekeliling sel tekanan rendah tersebut.
-
Angin yang berputar ini akan membawa banyak wap-wap air ke atas.
-
Pembebasan haba pendam akan memanaskan udara persekitarannyamenyebabkan udara yang panas dan lembap ini
akan naik ke lapisanyang lebih tinggi.
-
Tekanan udara rendah ini kemudiannya berkembang dengan pesat
menyebabkan angin kencang berputar di sekitarnya.
[6
markah]
57
ii) nyatakan empat ciri siklon tropika
Jawapan
1.Garisan setekanan rapat – menunjukkan kecerunan tekanan yang
curam akibat daripada tekanan udara rendah yang melampau.
Angin kencang berputar di sekeliling pusattekanan rendah.
3.Halaju angin melebihi 120 km/jam.
4.Angin berputar mengikut arah lawan jam di emisfera utara dan
mengikut putaran jamdi hemisfera Selatan.
5.Disertai hujan yang lebat dalam tempoh yanglama.
6.Di bahagian pusat ribut, angin tenang.
[4
markah]
c)Jelaskan lima kesan kejadian siklon kepada aktiviti manusia
Jawapan
1.Pertanian – mengganggu aktiviti pertanian-
hujan yang lebat menyebabkan kawasan pertanian
ditenggelami air.Ribut menyebabkan tanaman
tumbang / musnah.
2.Perikanan – perikanan laut terhenti – ribut
menyebabkan laut bergelora dan keadaan ini
berbahaya kepada nelayan.
3.Penternakan ( akuakultur ) - aktiviti
akuakultur terganggu- ribut yang disertai dengan
hujan yang lebat akan menyebabkan banjir-
kawasan ternakan ( kolam ) akan tenggelam.
4.Pengangkutan – pengangkutan air terganggu
– ribut menyebabkan aktiviti pergangkutan
seperti bot dan feri terpaksa menghentikan

Anda mungkin juga menyukai