Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) dulunya disebut Fasafah Pendidikan

Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK
ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami, dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual yang
sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI .

Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur
terseput, yakni tidak boleh emosi lebih penting daripada rohani atau sebaliknya.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
di kenali sebagai FPK. Dengan ada FPK, maka system pendidikan Negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuana dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-
dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insane yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara.

Menurut Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi, konsep Falsafah Pendidikan


Kebangsaan berteraskan kepada proses pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia dan
juga selari dengan era pembangunan yang memecu Negara. Manakala, menurut
pendapat Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab dalam buku mereka Aliran
Pendidikan(1995) mereka menyatakan tujuan pendidikan di Malaysia adalah Negara
memerlukan warganegara yang terpelajar, rasional, dedikasi, berpengetahuan luas dan
sentiasa mambantu dan mendorang kea rah pembangunan dari segi sosio ekonomi dan
politiknya.
Berdasarkan Fasafah Pendidikan Kebangsaan yang tertera di atas, dapatlah
dikenalpasti bahawa matlamat pendidikan Negara bertujuan melahirkan insan yang
sempurna serta menghayati ciri – cirri seperti percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu
pengetahuan , berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan
Negara, memili sahsiah yang seimbang dan sepadu dan akhirnya memupuk perpaduan
di kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain itu, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamatnya


seperti, Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya
sebagai seorang warganegara, menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produtif dan
sempurna, melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima prinsip-prinsip dan
cita-cita demokrasi mengikut pertambangan, melahirkan rakyat yang taat setia kepada
raja dan cinta cinta kepada Negara dan akhirnya ialah melahirkan rakyat yang
memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun Negara dan bersikap toleransi
dami mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Bagi merialisasikan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, banyak sekolah telahpun mengadakan pelbagai program dan aktivitinya.
Antaranya ialah setiap sekolah di Malaysia mengadakan perimpunan bagi untuk
membaca rukun Negara pada setiap pagi. Buktinya di sekolah yang saya pergi untuk
pbs iaitu sekolah jenis kebangsaan tami ladang gunung kuang chemor Perak, pihak
pentadbiran sekolah terseput setiap hari pada waktu pagi akan mengadakan
perimpunan untuk membaca Rukun Negara. Melalui membaca Rukun Negara setiap
hari para pelajar bukan sekadar menghayati tetapi merekan akan mengaplikasikan
dalam kehidupan harian mereka. Contohnya para pelajar akan percaya kepada tuhan
dan mereka akan sembayang setiap hari. Selain dari itu, mereka juga akan cinta kan
Negara dan sanggup berkorban nyawa untuk Negara. Melalui ini kita dapat
merialisasikan matlamat FPK.

Anda mungkin juga menyukai