Anda di halaman 1dari 40

MODUL MARI MEMBACA 2010

]TEMA 1 : MANUSIA DAN MASYARAKAT

SOALAN 1

Bandingkan konsep manusia mengikut pandangan Arab Jahiliyah dan Islam.

A. Pengenalan ( 3 Markah )

1. Pandangan ahli sosiologi tentang manusia


2. Pandangan Barat tentang manusia – Teori Evolusi dan kelemahannya

B. Perbandingan Konsep Manusia

Pandangan Arab Jahiliyah ( 5 X 2M =10 Markah )

1. Antara pandangan Arab Jahiliyah berhubung dengan manusia pula ialah golongan ini
percaya akan wujudnya suatu kuasa yang agung yang menciptakan mereka, namun mereka
enggan mengkajinya sebaliknya hanya menggunakan akal fikiran yang dipengaruhi oleh
hawa nafsu untuk mencipta serta menyembah Tuhan – tuhan mereka. Oleh sebab itulah,
maka pada zaman ini muncul pelbagaia agama seperti penyembahan berhala,
penyembahan api, penyembahan cakerawala dan sebagainya.

2. Selain itu, ada kalangan mereka menghargai dan mendewa – dewakan kuasa alam
sekitar, sehinggakan timbul tanggapan bahawa adanya Tuhan Lelaki, Tuhan Perempuan,
Tuhan Baik dan Tuhan Jahat. Bagi penganut agama penyembahan cakerawala, mereka
mendakwa kononnya bulan mendakwa Tuhan Perempuan manakala Tuhan Lelaki merujuk
kepada matahari.

3. Mereka juga percaya adanya Tuhan, namun tidak beriman kepada Tuhan Yang Esa,
kerana enggan terikat dengan suatu bentuk kepercayaan yang dikatakan mengongkong
kehidupan mereka.

4. Masyarakat ini percaya adanya kelahiran dan keturunan tetapi tidak tahu asal usul
manusia di sisi Tuhan, begitu juga soal kematian namun tidak percaya adanya hidup
selepas mati dan akhirat.

5. Selain itu bagi masyarakat sebelum islam inii, manusia dicipta di dunia hanyalah untuk
berseronok – seronok ; dengan lain perkataan hidup mereka tiada matlamat.

6. Masyarakat ini juga hanya menghargai kehidupan diri dan sesama suku dan kabilah,
enggan campur tangan dengan suku ataupun kabilah lain.

7. Ciri - ciri kemanusiaan Arab Jahiliyah terpancar dalam bidang kehidupan mereka, yang
dikaya disanjung sedangkan orang miskin dihina. Oleh sebab itulah, maka mereka amat
menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. iaitu konsep persamaan taraf dan
persaudaraan.

1
MODUL MARI MEMBACA 2010

Pandangan Islam( 5 X 2M =10 Markah )

1. Manusia berasal daripada tanah yang diistilahkan sebagai al tin, al turab, al salsal , dan
al hama. Terdapat dalil nakhli yangmenunjukkan keadaan ini, antaranya firman Allah yang
bermaksud:
“Antara tanda – tanda kebesaran Allah, iamenciptakan kamu daripada tanah ( al turab )”
[Surah al Rom (20)]
2. Ulama menyatakan terdapat empat peringkat penciptaan manusia, iaitu pada peringkat
awalnya Allah akan menghimpunkan semua unsur, diiikuti unsur – unsur tersebut diadun
menjadi sejenis tanah, kemudian diadun sekali lagi seterusnya dikeringkan sehingga
berubah warna. Sebatian tadi kemudian diadun sekali lagi agar merupai manusia dan
dikeringkan sekali lagi. Proses yang terakhir ialah Allah akanmeniupkan roh agar dapat
bernyawa dan bergerak.

3. Pun begitu, hanya Nabi Adam yang melalui proses sebegini ( terus dari tanah ), kerana
manusia seterusnya dijadikan daripada titisan air mani; pun begitu ia juga berasal dari
sebatian tanah hasil makanan yang dimakan oleh manusia, hal ini turut diakui oleh ahli
sains dan teknologi barat.

4. Para ulama juga bersepakat mengatakan terdapat tujuh proses pembentukan bayi
dalam rahimatau kandungan, iaitu nutfah ( air mani ), alaqah ( segumpal darah ),
mudghah ( seketul daging ), ‘izan ( tulang ), tulang dibalut daging, lembaga yang lengkap (
jasad ), dan roh yang diberikan nyawa.

5. Manusia yang sempurna kemudiannya dilengkapkan dengan jasad ( tubuh badan ), roh
iaitu yang menggerakkan jasad, akal agar manusia berfikir dengan berpandukan wahyu,
nafsu ( musuh akal ), mahukan yang enak dan lazat sahaja dan hati yang menjadi penentu
sama ada akal atau nafsu yang menguasai manusia

6. Terdapat hikmat ataupun kelebihan Allah menciptakan manusia daripada tanah,


antaranya memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan mukabumi kelak,
menyedarkan manusia agar tidak angkuh serta bekerja sama antara satu sama lain bai
menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah serta memakmurkan mukabuni ini dengan
berpandukan syariat-Nya.

7. Di antara tanggungjawab utama manusia di muka bumi ini ialah menjadi khalifah di
muka bumiini; menjadi tuan, pemerintah, pemilik dan pengguna ke atas segala kejadian di
muka bumi sama ada di darat, laut dan udara sebagaimana yang dinyatakan dalam al
Quran dan agar mereka beriman serta bertaqwa kepada Allah yang menjadikan mereka
pelbagai bangsa dan warna kulit.

2
MODUL MARI MEMBACA 2010

D. Kesimpulan ( 2 Markah )
1. Sememangnya pandangan Barat lebih kepada suatu ideologi atau sentimen golongan
atheis atau orientalis yang sememangnya bersikap anti ajaran sebarang agama khususnya
agama Islam. Sementara bagi perspektif Jahiliyah pula, amnya kehidupan masyarakat ini
kehidupan bercirikan primitif dari sudut pandangan atau ukuran Islam.

3
MODUL MARI MEMBACA 2010

SOALAN 2

Konsep Manusia Menurut Al-Quran :

Pengenalan

Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam

al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk

kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka

bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua

kejadian sama ada di darat, di laut atau di udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat

begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa manusia berasal

daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek

termasuklah Aristotle, Anazimander dan Epidocles. Namun demikian, teori ini

dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia bukanlah

suatu kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.

Manusia Menurut al-Quran

Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia

adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah

dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan

nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah

daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi

hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan

Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik

manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses

pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut

sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber

makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini,

jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan

pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.

4
MODUL MARI MEMBACA 2010

Fungsi Manusia Menurut al-Quran

1. Beribadat kepada Allah

Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia

dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu, Islam telah

menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada

dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu

dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan,

contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah

ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan

kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya, contohnya melakukan sembahyang

jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.

2. Memelihara Alam

Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya.

Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia

boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia.

Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan

oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang

boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan kerosakan di

muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain

termasuklah binatang.

3. Mengenali di Antara Satu Sama Lain

Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama

dan keturunan. Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat

mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri, sombong dan

takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam

menghadapi sebarang masalah. Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk

manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan

Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba

5
MODUL MARI MEMBACA 2010

membahayakan orang-orang Islam. Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan

di antara mereka.

4. Memakmurkan Muka Bumi

Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi

ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera

yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir

bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang

boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian

tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di dasar lautan juga

terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang

menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. Selain untuk

dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.

5. Mentauhidkan Allah

Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-

kerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau

menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah

melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik,

manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya.

Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.

6. Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi

Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini.

Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia

hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain.

Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya

hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Hal ini sesuai dengan tugas yang

diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan

dan mencegah kemungkaran).

6
MODUL MARI MEMBACA 2010

Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai

tanggungjawab yang sangat besar. Sekiranya manusia berjaya melaksanakan

tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini

dengan penuh kebahagiaan. Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-

hara pasti tidak dapat dielakkan.

SOALAN 3

7
MODUL MARI MEMBACA 2010

Kehidupan manusia di zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan

Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk

kepada masyarakat Tanah Arab.

Pendahuluan [3 Markah]

 Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh.

 Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al

Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.

 Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut:

I. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk

II. Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun.

III. Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

IV. Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Isi-isi Penting (5 X 4 Markah)

1. Perbezaan konsep ketuhanan

i. Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima

agama yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian,

Hanif dan Animisme.

ii.Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa

ajaran agama mengesakan Allah S.W.T

2. Perbezaan aspek politik

i. Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.

ii.Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.

iii.Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa

al- Rasyidin.

iv Berasaskan al-Quran dan Sunnah

8
MODUL MARI MEMBACA 2010

3. Perbezaan aspek ekonomi

i. Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar

mengusahakan kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing. Di

kawasan subur seperti Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur.

ii.Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan

pertukangan, membuat patung dan membuat senjata.

iii.Terlibat dalam kegiatan perdagangan.

iv.Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang

menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli.

v.Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang

jual beli dalam bentuk riba dan paksaan

4. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan

 Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Kebanyakan

mereka merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka

lebih berdasarkan naluri dan emosi.

 Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya

kira-kira 17orang sahaja.

 Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti golongan

bangsawan dan perkembangan ilmu pengethuan berlaku dalam bentuk lisan

 Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat

Islam wajib mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial

dan budaya.

5. Perbezaan aspek sosial

i. Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras,

berzina dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan

keturunan seperti atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu

rendah dan dijadikan barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan

adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani.

9
MODUL MARI MEMBACA 2010

ii.Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan

menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem

ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan

diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka

yang paling beriman di sisi Allah S.W.T.

Kesimpulan [2 Markah]

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar

kacir dengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup masyarakat

Tanah Arab mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial.

Soalan 4

10
MODUL MARI MEMBACA 2010

Bandingkan Ciri-Ciri Masyarakat Arab Pada Zaman Jahiliyah Dengan Masyarakat


Islam Pada Zaman Nabi Muhammad Saw Di Semenanjung Tanah Arab.

A. Pengenalan (3 Markah)

1. Zaman Jahiliyah

Zaman Jahiliyah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup

pada zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak

yang buruk. Jahiliyah bermaksud jahil atau bodoh berasal daripada perkataan Arab

“jahlun”, “jahalatun”. Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad

SAW iaitu bermula daripada kejatuhan empangan Maa’rib sehingga kedatangan Islam.

2. Perkembangan masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad saw

Nabi Muhammad saw telah dilantik menjadi rasul semasa baginda berumur 40 tahun.

Dakwah Islam berlangsung selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Selama

23 tahun, Islam telah berkembang dan masyarakat Islam berjaya dipimpin oleh Nabi

Muhammad saw di bawah pentadbiran negara

Islam Madinah.

B.ISI-ISI PENTING (5 Isi X 4 Markah = 20 Markah)

1. Kepercayaan

a) Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya

mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap

berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah

berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran

animisme, Sabiah, Majusi, Nasrani dan Yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat

dengan kepercayaan karut.

b) Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar

secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk

memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan

11
MODUL MARI MEMBACA 2010

dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi

kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2. Hubungan masyarakat

a) Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap

individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang

lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira

sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan

masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.

b) Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah

tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan

dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya, Nabi berjaya mempersaudarakan orang

Ansar dengan Muhajirin.

3. Peperangan

a) Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan

masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas

dendam sering berlarutan. Contohnya, Perang al- Basus berlarutan selama 40 tahun.

b) Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan

Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam

peperangan Al- Buath kerana merebut kepimpinan Kota Madinah. Peperangan yang wujud

di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan Negara

Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan

pengkhianatan orang Yahudi.

4. Kelas masyarakat

a) Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan

merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah

amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri

sendiri. Mereka dikehendakinberkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba

12
MODUL MARI MEMBACA 2010

berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba

tidak mengikut kehendak mereka.

b) Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia

dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaanya

kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

5. Kedudukan wanita

a) Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka

hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan

ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak- anak lelaki suami

mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi

mengelakkan mereka dipandang rendah.

b) Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita.

Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan

yang sama pentingnya dengan golongan lelaki.

6. Akhlak

a) Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina,

melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan

mereka.

b) Islam menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al- Aqabah 1 masyarakat

Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi Berjaya mengikis

segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

7. Politik

a) Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih

bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat

golongan Badwi mengamalkan sistem politik kabilahmasing-masing. Sementara itu,

masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.

13
MODUL MARI MEMBACA 2010

b) Kerajaan Islam Madinah wujud berasakan perlembagaan Madinah. Undang- undang

utama yang digunakan ialah Al- Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep

syura. Masjid menjadi institusi yang penting dala kerajaan Madinah.

8. Nilai-nilai positif

Dalam masyarakat Jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu,

berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada nabi Muhammad SAW.

Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai

Islam.

9. Pendidikan dan ilmu pengetahuan

Masyarakat Arab Jahiliyah tidak tahu membaca dan menulis. Berdasarkan catatan

sejarah, dikatakan hanya 17 orang sahaja yang tahu membaca dan menulis. Masyarakat

Arab Jahiliyah tidak dapat membina semula empangan Maarib selepas runtuh.

Masyarakat Islam pula menitikberatkan ilmu pengetahuan. Wahyu pertama menekankan

aspek membaca atau mempelajari ilmu pengetahuan. Kesannya, masyarakat Islam lahir

sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan.

10.Amalan ekonomi

Amalan ekonomi masyarakat Arab berdasarkan amalan riba, penindasan, dan kezaliman.

Mereka sering menindas golongan miskin, menipu dalam sukatan dan timbangan.

Masyarakat Islam pula menjalankan perniagaan berlandaskan syarak dengan

mengharamkan riba. Sistem zakat dilaksanakan bagi membantu golongan miskin.

11. Identiti masyarakat

Keutamaan pada bangsa ditekankan pada zaman Jahiliah. Pada zaman Islam, ditekankan

aspek persaudaraan Islam.

C. KESIMPULAN (2 Markah)

Apa-apa sahaja yang berkaitan.

14
MODUL MARI MEMBACA 2010

Soalan 5

Jelaskan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab selepas

kedatangan Islam.

A. Pendahuluan (3m)

1. Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman jahiliah. Zaman ini muncul

15
MODUL MARI MEMBACA 2010

selepas berakhirnya era kerajaan Saba’ iaitu pada kira-kira 300 tahun sebelum kelahiran

Nabi Muhammad s.a.w dan berakhir setelah turunnya wahyu dan kerasulan Nabi

Muhammad s.a.w.

2. Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima wahyu pertama , iaitu surah al-Alaq, ayat 1

hingga 5 pada hari Isnin bersamaan 17 Ramadan (6 Ogos 610 M) melalui malaikatJibrail.

Penerimaan wahyu pertama ini menandakan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai

nabi dan rasul bagi seluruh umat .

3.Kedatangan agama Islam telah membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat

B. Isi-isi Penting (5 x 4 m = 20 m)

Perubahan-Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab selepas kedatangan

Islam

1. Aspek Agama dan Kepercayaan

• Kesesatan agama di kalangan masyarakat Arab Jahiliah mempunyai kaitan rapat dengan

ketiadaan petunjuk dan pedoman daripada kitab suci dan rasul pada masa itu sehingga

mereka tunduk kepada kuasa berhala dan menganut agama berhala (wathani). Agama

menyembah berhala adalah agama yang paling dominan dan banyak diamalkan oleh

masyarakat Arab Jahiliah. Antara nama berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Uzza,

al- Manat dan Hubal. Agama lain yang diamalkan ialah agama Majusi, Yahudi, Nasrani dan

agama Hanif. Selain itu kepercayaan animisme, kepercayaan karut serta mengamalkan

tilik nasib turut diamalkan.

• Perubahan dari aspek agama dan kepercayaan selepas kedatangan Islam dapat dilihat

apabila konsep akidah iaitu mentauhidkan Allah menjadi asas utama ajaran yang

disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam juga telah berjaya membentuk

satu masyarakat yang berasaskan satu kepercayaan dan satu cara hidup yang meliputi

segala aspek kehidupan. Daripada konsep tauhid lahir sifat ta’abbud iaitu penyerahan

diri kepada Allah melalui konsep ibadah. Kepercayaan karut yang menjadi unsur

peraturan tradisi masyarakat jahiliah tidak lagi wujud .Apa yang digunakan sebagai asas

16
MODUL MARI MEMBACA 2010

panduan peraturan dalam semua aspek kehidupan ialah undang Allah yang disyariatkan

melalui wahyu.

2. Dari segi sosial

• Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan pelbagai amalan buruk seperti

minum arak, berzina, bergaduh dan sebagainya . Mereka mengamalkan sistem berkabilah,

iaitu unit sosial yang bertanggungjawab mengawal keseluruhan kehidupan masyarakat

Arab. Sistem ini berasaskan pertalian darah dan perhubungan (assabiyah), iaitu

berbangga dengan kabilah sendiri dan memandang rendah pada kabilah lain .Keadaan ini

menyebabkan sering kali berlaku peperangan antara kabilah.Selain itu mereka juga

mengamalkan kehidupan berasaskan kelas-kelas tertentu, contohnya golongan hamba

mempunyai status yang paling rendah dan mereka akan dipergunakan sesuka hati.

Mereka juga memandang rendah kepada kaum wanita dan oleh itu mereka menanam bayi

perempuan hidup-hidup.

• Selepas kedatangan Islam, perubahan dari aspek sosial dapat dilihat apabila Islam

sangat menekankan pembentukan akhlak yang mulia. Perkara-perkara seperti hak untuk

hidup , hak untuk bebas, pemeliharaan maruah dan peribadi, hak berfikir dan

mengeluarkan pendapat, dan hak untuk mendapat keadilan. Misalnya,dari segi hak untuk

hidup, seseorang manusia tidak boleh membunuh sesuka hati. Lebih penting lagi, Islam

telah menghapuskan semangat assabiyah dan ditukar dengan konsep ukhwah Islamiah.

• Perhambaan dihapuskan dan kedudukan wanita di pertingkatkan .Ini membantu ke arah

pembentukan imej masyarakat yang bertamadun. Bermula dengan perjanjian Aqabah 1,

masyarakat Arab Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi

Muhammad s.a.w telah berjaya mengikis amalan akhlak yang buruk di kalangan orang

Islam di Madinah.

3. Dari segi politik

17
MODUL MARI MEMBACA 2010

• Politik masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam adalah tidak seragam. Masyarakat

Badwi mengamalkan sistem politik berkabilah. Syeikh kabilah merupakan ketua yang

bertanggungjawab ke atas segala yang berkaitan dengan kabilah. Masyarakat Arab yang

tinggal berhampiran dengan kuasakuasa asing seperti Rom dan Parsi sering dijajah.

Hanya kota Mekah sahaja yang bebas dari sebarang penjajahan . Secara umumnya

perbezaan ini berlaku kerana kedudukan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa-

kuasa asing yang menjajah.

• Perubahan berlaku dalam politik Islam yang berasaskan kepada konsep khalifah.

Seseorang khalifah bukan hanya diamanahkan untuk memerintah dan memimpin rakyat

bahkan mentadbir alam dan menegakkan keadilan. Pemerintah bertanggungjawab

menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kerajaan Islam Madinah adalah

berasaskan kepada Perlembagaan Madinah yang dibentuk oleh Nabi Muhammad

s.a.w..Segala keputusan negara diputuskan dan dilaksanakan melalui konsep syura.

Undang-andang utama yang digunakan untuk menjalankan pemerintahan negara adalah

berasaskan undang-undang al-Quran.

4. Dari segi ekonomi

• Pada zaman masyarakat Arab Jahilah, keadaan ekonomi agak meruncing akibat

daripada penjajahan kuasa asing dan peperangan sesama sendiri. Keruntuhan empangan

Maarib di Yaman telah menyebabkan kegiatan pertanian terjejas .Walau pun kegiatan

perdagangan masih lagi berjalan, namun amalan riba dan penipuan di amalkan secara

berleluasa.Bagi orang Badwi yang hidup secara nomad,mereka banyak bergantung kepada

penternakan kambing biri-biri .Walau bagaimana pun kerana tekanan hidup mereka

tururt menjalankan aktiviti merompak kafilah-kafilah perdagangan .

• Perubahan ekonomi selepas kedatangan Islam dapat dilihat apabila Islam menjalankan

ekonomi berasaskan syariah bagi melindungi rakyat daripada penindasan dan ketidak

adilan . Keadaan ini membolehkan aktiviti ekonomi di jalankan dengan baik dan harmonis

kerana manusia takut akan balasan Allah di akhirat kelak jika mereka melakukan

penipuan dan amalan riba dalam perniagaan mereka .Penerapan nilai ekonomi Islam di

Madinah pada zaman nabi sehingga menjadikan kota tersebut sebagai pusat perdagangan

18
MODUL MARI MEMBACA 2010

yang penting. Perlaksanaan ekonomi Islam yang bebas daripada unsur riba dan penipuan

itu telah menarik pedagang –pedagang luar untuk datang berniaga di Madinah.

5. Hubungan masyarakat

• Masyarakat Arab Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan kaum masingmasing.Setiap

individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang

lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira

sama ada mereka dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah

permusuhan antara kabilah yang berpanjangan.

• Masyarakat Arab di Madinah selepas kedatangan Islam berjaya membentuk sebuah

masyarakat ummah tanpa mengira kaum dan keturunan. Kesetiaan kepada kaum tidak

wujud dan diganti dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya nabi Muhammad s.a.w.

berjaya mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin.

6. Ilmu Pengetahuan

• Masyarakat Arab Jahiliah tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi. Menurut al-

Baladhuri pada masa itu hanya terdapat 17 orang yang pandai menulis dan membaca. Ilmu

pengetahuan hanya untuk golongan bangsawan sahaja dan perkembangannya pula adalah

dalam bentuk lisan.

• Masyarakat Islam selepas kedatangan Islam melalui penurunan al-Quran telah

mewajibkan seluruh umatnya untuk mempelajarinya tanpa mengira latar belakang diri.

Al-Quran mengandungi segala ilmu mencakupi ilmu agama,politik ekonomi dan sosial.

Kesannya Tanah Arab mencapai kemajuan dengan Madinah menjadi tumpuan untuk

mempelajari ilmu pengetahuan.

C.Kesimpulan (2 m)

1.Kehidupan masyarakat Arab sebelum dan selepas kedatangan Islam adalah

menunjukkan perbezaan yang ketara.

2.Kedatangan Islam telah mengubah corak masyarakat Arab terutamanya di Madinah

19
MODUL MARI MEMBACA 2010

dimana masyarakat yang harmoni dan sejahtera dapat dilihat. Amalan serta nilai-nilai

murni mengantikan amalan tidak bermoral masyarakat Jahilah serta melahirkan

masyarakat Islam yang bertamadun..

SOALAN 5

Bincangkan ciri-ciri daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan faktor

penentangan ajaran tersebut oleh kaum Quraisy Makkah.

Pendahuluan (3 markah)

 Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu semasa baginda beribadat di gua Hira’ ketika

berusia 40 tahun.

20
MODUL MARI MEMBACA 2010

 Dalam tiga tahun pertama seruan Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan

seruan secara sulit dan didapati hanya sebahagian kecil sahaja orang Arab Quraisy

yang beriman kepada baginda dan Islam.

 Setelah menerima perintah (wahyu) Allah supaya membuat seruan secara terang-

terangan, maka bermulalah satu sejarah baru dalam seruan Islam.

 Tiga tahun pertama seruan Islam secara sulit, tidak berlaku penentangan daripada

kaum Quraisy.

 Setelah Nabi Muhammad menyerang berhala-berhala kaum musyrikin dan

mengatakan bahawa bapa-bapa mereka mati adalah rugi, mereka membenci Nabi

Muhammad s.a.w dan terus menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Isi Penting

A. Ciri-ciri Ajaran Nabi Muhammad s.a.w (3 isi X 3 markah = 9 markah)

1. Aspek aqidah

 Menyentuh tentang tauhid iaitu ajaran tentang ketuhanan yang menyeru ke arah

Penyembahan Tuhan yang Esa (satu) yang serba sempurna dan menguasai alam ini.

 Ajaran monoteisme ini menentang segala bentuk amalan syirik atau penyembahan

tuhan-tuhan sampingan seperti menyembah berhala dan alam persekitaran.

 Ajaran tentang aqidah menyentuh rukun-rukun seperti mempercayai adanya

Malaikat-malaikat, kitab-kitab Allah, para rasul, hari akhirat serta qadak dan

qadar.

 Manusia diajar tentang konsep keadilan yant diak dapat dipengaruhi oleh mana-

mana kuasa di dunia. Semua manusia akan diberikan balasan yang setimpal di

akhirat kelak mengikut amalannya di dunia.

 Turut menyentuh tentang ajaran kehidupan selepas kematian, iaitu mempercayai

kewujudan hari pembalasan, syurga dan neraka, timbangan amal, titian sirat dan

sebagainya.

2. Aspek Akhlak

 Ajaran ini membentuk sifat-sifat peribadi Islam yang sejati.

21
MODUL MARI MEMBACA 2010

 Nabi Muhammad meggesa umatnya agar meninggalkan segala jenis akhlak

mazmumah atau akhlak yang keji dan tercela yang menjadi kebiasaan masyarakat

Jahiliyyah pada waktu itu seperti membunuh, berzina, mencuri, memakan bangkai,

menindas sesama manusia dan merompak.

 Nabi juga menggesa umatnya agar mengamalkan akhlak-akhlak mahmudah iaitu

akhlak mulia dan terpuji seperti amanah, tidak mungkir janji, jujur, ikhlas,

bermoral tinggi dan seumpanya.

3. Aspek Ibadah

 Merupakan satu bentuk amalan atau upacara keagamaan yang khusus sebagai satu

bentuk sistem berkomunikasi dan menghambakan diri kepada Tuhan. Antaranya

ialah bersembahyang, membaca al-Quran dan berzikir.

4. Kisah-kisah lama

 Merupakan ajaran tentang kisah-kisah masyarakat pada zaman silam yang

diceritakan semula dalam al-Quran sebagai satu pengajaran untuk manusia.

Antaranya kisah kesombongan Firaun, sifat tamak Qarun dan kezaliman Namrud.

Faktor-faktor penentangan Quraisy terhadap seruan islam (4 isi X 3 markah = 12 m)

a) Konflik Aqidah

 Kaum Quraisy menentang seruan Islam keranan perbezaan dasar agama dan

kektuhanan.

 Islam adalah ajaran monoteisme – konsep ketuhanan yang esa – tidak boleh

disektukan dengan apa bentuk penyembahan yang lain.

 Kaum Quraisy menyembah tuhan-tuhan berhala daripada pelbagai jenis dan

bentuk – lebih mendekatkan diri ataupun perantaraan dengan Tuhan.

b) Takut akan Hari Kebangkitan

 Kebanyakan kaum Quraisy telah bergelumang dengan dosa berasa takut akan

cerita-cerita yang dibawakan oleh Islam tenang penyeksaan dan pembalasan yang

bakal diterima oleh orang seperti mereka pada hari akhirat kelak.

 Ajaran Islam di Mekah banyak menceritakan kebangkitan semula manusia untuk

dikira setiap amalan mereka dan diberikan pembalasan yang setimpal.

22
MODUL MARI MEMBACA 2010

 Menurut kaum Quraisy, hal ini merupakan satu gambaran yang kejam dan

menggerunkan.

 Kaum Quraisy tidak memahami atau menerima konsep taubat – menolak ajaran

Islam yang dianggap menakutkan itu.

c) Konflik Sosial

 Kaum Quraisy menentang konsep persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam

kerana bertentangan dengan amalan feudal Jahilah yang mereka amalkan.

 Menurut Islam, semua manusia tidak mengira bangsa, keturunan dan warna kulit

adalah sama tarafnya berdasarkan ketaqwaan kepada Allah.

 Kaum Quraisy juga menentang konsep persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiyah)

kerana bertentang dengan amalam assabiyah bangsa Arah.

 Menurut Islam – semua manusia adalah bersaudara dan umat yang sama.

 Kaum Quraisy mentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam dalam

kehidupan seharain kerana bertentang dengan kebiasaan hidup mereka.

 Islam – melarang segala jenis akhlak yang keji seperti berjudi, membunuh,

memakan bangkai, berzina dan pelacuran.

d) Sifat Taqlid kepada amalan tradisi

 Bangsa Arab amat taqlid dan menuruti secara membabi buta segala amalan tradisi

nenek moyang mereka tanpa mengira sama ada amalan itu baik atau buruk.

 Fahaman konservatif menyebabkan mereka sentiasa mengagungkan tradisi lama

dan menentang segala pembaharuan.

 Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dilihat sebagai usaha untuk

merubah kehidupan tradisi mereka.

e) Konflik Politik

 Kaum Quraisy tidak dapat membezakan antara konsep kenabian dan kekuasaan.

 Mereka menyangka bahawa patuh kepada Nabi Muhammad samalah seperti patuh

kepada pengaruh Bani Hashim.

23
MODUL MARI MEMBACA 2010

 Kaum Quraisy menuduh Nabi Muhammad memperjuangkan pengaruh politik Bani

Hashim semata-mata.

 Mereka menuduh ajaran dan gerakan Nabi Muhammad hanya memecahbelahkan

perpaduan masyarakat Mekah.

 Mereka bimbang Mekah menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh bangsa-bangsa

asing.

f) Konflik ekonomi

 Sebahagian besar daripada penduduk Mekah terdiri daripada golongan yang

mencari rezeki melalui usaha mengukir dan menjual patung-patung berhala –

perniagaan yang amat menguntungkan kerana kota Mekah merupakan kota suci

yang dikunjungi oleh bangsa Arab pada setiap tahun dalam musim haji.

 Mereka menentang Islam kerana Islam melarang penyembahan berhala yang

boleh membawa kepada kemerosotan perniagaan mereka.

 Mereka menuduh ajaran Islam sebagai menutup pintu rezeki mereka.

 Golongan penjaga Kaabah turut menentang seruan Islam – khuatir jawatan

tersebut akan dikuasai oleh orang-orang Islam dan segala berhala di sekitar

Kaabah akan dihancurkan – merugikan mereka kerana golongan penjaga Kaabah

menerima kedudukan yang mulia dalam kalangan bangsa Arab.

Kesimpulan (1 markah)

 Pelbagai cara yang dilakukan oleh kaum musyrikin menentang Nabi Muhammad s.a.w

dan umat Islam agar Nabi Muhammad tidak menjalankan aktiviti dakwah Islamiah

kepada masyarakat di kota Makkah.

 Namun begitu, Nabi Muhammad dan umat Islam tabah menghadapi segala

penentangan tersebut dan tidak gentar dengan segala azab yang ditimpakan kepada

mereka.

24
MODUL MARI MEMBACA 2010

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Soalan 1

Bandingkan sistem pemerintahan di antara kerajaan khulafa al-Rasyidin dengan kerajaan Melayu
Melaka.

Pendahuluan [3 markah]

- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin bermula selepas kewafatan Rasulullah pada 632 M.

Saidina Abu Bakar Al Sidiq menjadi khalifah pertama, diikuti Khalifah Omar Al

Khatab,Khalifah Othman Al Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.

25
MODUL MARI MEMBACA 2010

- Kerajaan Khalifah Al Rasyidin berakhir pada 633M apabila Muawiyah Bin Abu Sufian

mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.

- Sebaliknya kerajaan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramasewara pada 1404M

- Kerajaan ini terletak diperkampungan nelayan selat Melaka. Kerajaan Melaka menerima

Islam apabila Paramaswara berkahwin dengan puteri Raja Pasai pada1414M. Melaka

mencapai kegemilangan pemerintahan Islam pada Zaman Mansor Syah dan Sultan

Muzaffar Shah.

- Kerajaan Melaka berakhir pada 1511M apabila diserang oleh Pertugis.

Isi-isi Penting ( 5X4 =20 Markah )

1. Perbandingan Politik

- Kerajaan Khalifah ar Rasyidin mengamalkan konsep Syura dan Bai’ah. Wujud pemusatan

kuasa dengan Khalifah dalam hal perlantikan pegawai kerajaan penglima perang dan

gebnor Wilayah. Khalifah akan bertindak berdasarkan persetujuan syura. KAR

menekankan konsep jihad dan penaklukan bagi meluaskan pengaruh Islam. Contohnya

pada zaman Khalifah Umar al- Khatab terdapat lima belas wilayah Islam seperti Mesir,

Iraq, Iran,Syria dan Palestin

- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan Monarki.kuasa sultan tidak

terbatas.Rakyat mesti taat kepada pemerintah.

- Rakyat tidak boleh menderhaka kerana raja mempunyai daulat, Kerajaan Melaka

mengamalkan sistem pembesar seperti Bendahara, Laksamana, Temenggung, Pembesar

lapan dan Pembesar enam belas

2. Perbandingan Ekonomi

- Di zaman KAR,bentuk ekonomi Islam telah diamalkan sepenuhnya tanpa ada unsur-

unsur ekonomi Jahiliah seperti judi,riba,penipuan dan sebagainya dihapuskan.

- Pemimpin mengamalkan hidup sederhana dan tidak mengawal ekonomi untuk

kepentingan peribadi

- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan konsep perbendaharaan negara dan ekonomi

Islam tidak secara menyeluruh.

26
MODUL MARI MEMBACA 2010

- Ini kerana sistem ekonomi bercampur dengan bentuk ekonomi tradisi dan undang-

undang adat

- Konsep Baitul Mal dan pelaksanaannya diamalkan sepenuhnya bagi meningkatkan

ekonomi Islam. Baitul Mal merupakan tempat mengumpul harta kerajaan Islam.

- Terdapat pegawai yang khusus untuk menguruskan Baitul Mal dan khalifah tidak

terlibat secara langsung dalam mengawal harta kerajaan

- Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan sistem ufti terhadap negeri yang dijajah.Ufti

dibayar dalam pelbagai bentuk seperti emas,senjata,makanan,persalinan dan sebagainya

- Lambang penindasan terhadap negeri yang lemah

- KAR, pelaksanaan cukai dan zakat dijalankan dengan baik seperti

jizyah,kharaj,Usyur,zakat dll.

- Kerajaan Melayu Melaka, pengurusan semua kerajaan diletakkan di istana Sultan,

Semua harta adalah milik mutlak pemerintah dan berhak menggunakan untuk

kepentingan peribadi dan keluarga.

- Biasanya pemerintah hidup mewah melalui cukai dan kutipan hasil yang dikenakan

terhadap rakyat.

- Tidak ada bukti zakat dilaksanakan di Melaka

3. Aspek Sosial.

- Di Zaman KAR, sistem sosial dijalankan dengan baik.Tidak ada masalah pilih kasih,

penindasan atau perkauman

- Mengamalkan konsep persamaan taraf antara kaum Arab dari pelbagai keturunan dan

antara kaum Arab dengan Islam Mawali ( bukan Arab ) seperti

Farsi,Mesir,Afrika,Qubti,Iraq dll

- Usaha penyebaran Islam dijalankan dengan penuh hikmah

- Kerajaan Melayu Melaka, mengamalkan konsep susun lapis dalam masyarakat iaitu

golongan pemerintah dan golongan yang diperintah

- Pemerintah terdiri daripada Sultan dan golongan bangsawan manakala golongan

diperintah terdiri daripada pembesar, rakyat merdeka dan hamba

- Wujud amalan pilih kasih dalam perlantikan pegawai kerajaan dan pembesar.

27
MODUL MARI MEMBACA 2010

4. Aspek Pendidikan

- Di Zaman KAR, pendidikan Islam telah diutamakan dimana khalifah menekankan

pendidikan kepada semua rakyat tanpa pilih kasih

- Khalifah membina kemudahan pendidikan seperti sekolah,masjid,madrasah dan

sebagainya

- Contoh Khalifah Umar telah membina banyak masjid untuk dijadikan pusat pendidikan

kepada semua rakyat

- Kerajaan Melayu Melaka, Perkembangan pendidikan Islam agak berkembang di

Melaka.Walaubagaimanapun perkembangan adalah terhad dikawasan istana. menjadi

pusat keilmuan,perpustakaan dan intelektual.Contoh Sultan Melayu Melaka menjadi

Istana untuk menyimpan kitab-kitab dan buku-buku daripada Timur Tengah. Terdapat

juga bukti, perkembangan pendidikan berlaku diluar istana seperti di

masjid,madrasah atau sursu.kebanyakan dilakukan oleh tokoh-tokoh Arab seperti

Maulana Abu Bakar di zaman Sultan Muzaffar Syah.

5. Aspek Perundangan

- Di zaman KAR. Undang-undang Islam dijalankan sepenuhnya mengikut hukum-hukum

yang ditetapkan dalam al-Quran seperti hukuman potong

tangan,rejam,bunuh,qisas,takzir dll

- Hakim dilantik dikalangan mereka yang benar layak dan mahir dalam bidang

perundangan.

- Khalifah terletak dibawah undang-undang dimana khalifah dan kaum keluarga boleh

dihukum seperti rakyat biasa sekiranya mereka melakukan kesalahan

- Kerajaan Melayu Melaka . Pelaksanaan undang-undang Islam agak terhad dan

bercampur dengan pelaksanaan undang-undang adat.Contoh hukum Kanun Melaka dan

undangundang laut Melaka hanya terdapat kira-kira 45% sahaja undang-undang Islam

seperti hukum potong tangan,sebat,bunuh dan lain-lain

- Di Melaka, Sultan mengatasi undang-undang. Ini bermakna pelaksanaannya tidak

termasuk kepada sultan dan golongan pemerintah

28
MODUL MARI MEMBACA 2010

Kesimpulan ( 2 Markah )

Apa sahaja yang berkaitan.

Soalan 2
9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah
s.a.w di Madinah.

Pendahuluan (3m)
1. Hijrah bermaksud ‘pindah’. Dalam kontek sejarah perkembangan Islam ia bermaksud

perpindahan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dari Mekah ke Madinah berikutan

banyaknya

halangan untuk menjadikan Mekah sebagai tapak perkembangan Islam, terutama dalam

bentuk penentangan Quraisy. Dari segi istilah ia membawa makna perpindahan dari suatu

29
MODUL MARI MEMBACA 2010

keadaan yang tidak diredhai ke keadaan yang sentiasa diredhai Allah.

2. Latarbelakang hijrah – berlaku pada 622M iaitu selepas 13 tahun Nabi Muhammad

s.a.w

dilantik sebagai Rasulullah.

3. Faktor-faktor hijrah seperti penerimaan wahyu, tentangan dan kekejaman Quraisy,

implikasi

Perjanjian Aqabah, keinginan mencari tapak baru bagi penyebaran Islam dll.Rasulullah

s.a.w. berhijrah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah dan hanya berhijrah setelah

menerima wahyu yang menerangkan mengenai komplot Quraisy untuk membunuh baginda.

Jika rancangan Quraisy ini berjaya, perkembangan Islam boleh tersekat.

4. Penghijrahan ke Madinah pada 622M iaitu setelah 13 tahun kerasulan baginda amat

penting dalam perkembangan Islam dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Setelah berlakunya

hijrah ini, banyak perubahan berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan Islam.

Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m)

1. Kepentingan Keagamaan

- Pengislaman Madinah: Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan di Madinah. Madinah

berkembang sebagai pusat penyebaran Islam.

- Perubahan arah kiblat

- Permulaan ibadat zakat dan puasa

- Penyebaran Islam: Islam telah dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab dalam suasana

yang lebih aman dan mudah. Untuk tujuan tersebut, Rasulullah s.a.w telah menjalin

hubungan dengan kuasa-kuasa dan kabilah-kabilah Arab luar Madinah dengan cara

menghantar utusan-utusan dakwah kepada mereka.

- Wahyu yang baginda terima lebih menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan

manusia.

- Kebebasan beragama dapat diwujudkan di Madinah.

2. Kepentingan Politik

- Hijrah telah menyebabkan terbentuknya Negara Islam Madinah. Kewujudan Negara

Islam ini membolehkan kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara, keamanan umat

SULIT

30
MODUL MARI MEMBACA 2010

20 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat – JPN Johor

Islam terjamin, dasar-dasar Islam dapat dilaksanakan dan Islam di Madinah dapat

memberikan saingan kepada Quraisy di Mekah.

- Perlantikan baginda sebagai ketua negara membuktikan bahawa baginda bukan sahaja

seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan.

- Piagam Madinah yang dibentuk oleh baginda juga telah membolehkan usaha-usaha

penyebaran Islam, penyatuan kaum dsb dilaksanakan dengan mudah

- Berlaku juga pertukaran kuasa politik Tanah Arab dari Mekah ke Madinah.

- .Kewujudan keamanan kerana negara Islam yang ditubuhkan oleh baginda tidak

didasarkan kepada keturunan, sebaliknya pada dasar persamaan kepercayaan dan

persaudaraan Islam. Keamanan yang diharapkan oleh para penduduk Madinah

sebelumnya ternyata berjaya diwujudkan.

3. Kepentingan Sosial

- Penyatuan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai keturunan dan

kepercayaan.menerusi semangat persaudaraan Islam dan Piagam Madinah. Rasulullah

s.a.w. juga berjaya mengubah corak corak kehidupan masyarakat Madinah dan

menyatupadukan mereka. Piagam Madinah yang digubal atas dasar ajaran-ajaran

Islam telah berjaya mengatasi pelbagai masalah sosial. Semua umat Islam telah baik

golongan Ansar (Auz dan Khazraj) dan Muhajirin (yang berpindah dari Mekah), hidup

dalam satu kesatuan ummah dan semangat persaudaraan Islam, saling bantumembantu

dan tiada perbezaan taraf. Sementara golongan bukan Islam seperti orangorang

Yahudi pula telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya.

- Pembinaan masjid sebagai institusi ibadat dan sosial Islam telah mengeratkan

hubungan sesama Islam.

4. Kepentingan Ekonomi

- Ekonomi: Madinah mula menjadi pusat perdagangan utama Tanah Arab yang

seterusnya telah menjejaskan peranan yang selama ini dipegang oleh Mekah Umat

Islam Madinah juga berjaya menguasai laluan perdagangan di antara selatan (Mekah

dan Yaman) dan utara (Syam). Penguasaan ini juga telah menjadi faktor utama

meletusnya beberapa siri peperangan antara Islam dan Quraisy.

31
MODUL MARI MEMBACA 2010

5. Kepentingan Pertahanan dan Ketenteraan

- Hijrah ke Madinah telah membolehkan Rasulullah s.a.w. membentuk umat Islam yang

lebih kuat dan mantap. Buktinya Rasulullah s.a.w. dan umat Islam telah berjaya

menewaskan Quraisy dan sekutu-sekutunya dalam beberapa peperangan.

- Dari sudut ketenteraan, baginda berjaya membina pasukan tentera dalam tempoh yang

singkat. Hanya setelah dua tahun berhijrah, sebuah pasukan tentera Islam berjaya

ditubuhkan, berbanding ketika 13 tahun berada di Mekah,

- Musuh-musuh Islam berjaya ditewaskan. Musuh-musuh Islam baik di luar mahupun di

dalam Madinah berjaya dibersihkan. .

6. Permulaan Kejatuhan Quraisy

- Perjanjian Hudaibiyah merupakan antara peristiwa penting setelah peristiwa hijrah.

Tindakan Quraisy yang mengusulkan dan mengusahakan pementeraian perjanjian

tersebut menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf baginda sebagai Rasulullah

s.a.w., mengiktiraf kewujudan Islam, mengiktiraf kewujudan negara Islam dan

mengiktiraf

Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara dan umat Islam. Semua pengiktirafan ini tidak

baginda perolehi ketika masih berada di Mekah.

SULIT

21 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat – JPN Johor

- Perluasan kuasa dan pengaruh Islam sekaligus menyebabkan kejatuhan pengaruh

Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w. dan umat Islam bergerak ke Mekah untuk

membukanya sebagai kota Islam sebagai akibat dari tindakan Quraisy yang melanggar

Perjanjian Hudaibiyah, pihak Quraisy telah gagal menghalangnya kerana kedudukan

mereka yang telah lemah itu.

Penutup (2m)

- Peristiwa hijrah pada 622M jelas telah menyebabkan pengaruh Islam berkembang

sehingga Islam menjadi kuasa tunggal di Tanah Arab. Ini membuktikan bahawa

Hijrah merupakan satu strategi dalam usaha untuk memperkembangkan Islam.

- Kedudukan Islam terus dimantapkan oleh para pengganti Rasulullah s.a.w.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

32
MODUL MARI MEMBACA 2010

10. Jelaskan kandungan Piagam Madinah dan implikasinya kepada penyelesaian

sosiopolitik

masyarakat di Madinah.

Pengenalan : ( 3 markah )

a. Latar belakang Piagam Madinah - Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun

ke-2H, merupakan perlembagaan bertulis yang tertua di dunia walaupun sebelum

kemunculan tamadun Islam telahpun wujud pelbagai tamadun dunia lain seperti

Mesir, Yunani, Rom dan sebagainya. Piagam Madinah berbeza dari tulisan – tulisan

peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu

Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk

Madinah. Piagam ini merupakan satu undang – undang tertinggi di Madinah, selain

itu Al – Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia

berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi

amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen

Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak – kanak raja. Ia

juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan

pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Maurya, yang hanya menjadi buku teks

pembelajaran untuk anak – anak raja waktu itu;

a. Syahifah Madinah mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian. Bahagian

pertama mengandungi 23 fasal menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam

sesama Islam (Muhajirin dan Ansar). Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal

membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam

Madinah. Di dalam Perlembagaan Madinah ini telah digariskan beberapa prinsip umum

tentang dasar pentadbiran masyarakat (ummah) dan negara Islam Madinah yang

dianggotai oleh pelbagai kaum, puak dan kepercayaan, mengikut keperluan semasa.

Isi-isi Jawapan:

1. Kandungan Piagam Madinah ( 5 markah )

- Agama Islam menjadi asas kepada Piagam Madinah

- Nabi Muhammad s.a.w. diiktiraf sebagai ketua negara dan ketua hakim.

- Keselamatan orang Islam dan bukan Islam adalah dijamin di Madinah.

33
MODUL MARI MEMBACA 2010

SULIT

22 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat – JPN Johor

- Kebebasan beragama kepada semua penduduk Madinah.

- Setiap masyarakat Madinah sama ada Islam atau pun tidak harus bekerjasama untuk

memajukan ekonomi Madinah.

- Semua penduduk Madinah bertanggungjawab mempertahankan Madinah dari musuh.

2. Kesan PM kepada penyelesaian penduduk Madinah (5 isi x 3m)

a. Penyelesaian masalah penyatuan penduduk yang berbilang keturunan dan

kepercayaan.

- Piagam Madinah telah mendamaikan permusuhan suku-suku Arab yang telah lama

berlaku. Suku Auz dan Khazraj hidup aman dalam persaudaraan Islam.

- Sesama Islam digalakkan saling bantu-membantu, hidup secara aman dan ditegah

membantu musuh untuk menyerang sesama Islam..

- Orang – orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman

dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan

berpihak kepada musuh – musuh Islam.

b. Penyelesaian masalah keagamaan

- Perlembagaan ini membolehkan syariah Islamiah dilaksanakan di Madinah secara

total. Pelaksanaan syariah Islamiah merupakan matlamat utama penegakan negara

Islam. Syariah Islam tidak akan dapat ditegakkan tanpa penubuhan sebuah negara

Islam.

- Kebebasan beragama – umat Islam dan bukan Islam bebas untuk mengamalkan

kepercayaan masing-masing – memberi peluang kepada umat Islam dan bukan

Islam untuk bergaul dan sekaligus menarik minat mereka kepada Islam.

c. Penyelesaian masalah keamanan dan keselamatan

- Fungsi Syahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman,

mencegah jenayah, maksiat dan kemungkaran dll.

- Semua penduduk bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan

negara – tidak meletakkan tanggungjawab ini kepada umat Islam sahaja.

- Yahudi tidak boleh membuat pakatan dengan Quraisy Mekah dan mereka diwajibkan

34
MODUL MARI MEMBACA 2010

juga mempertahankan negara dari ancaman luar.

- Jaminan keselamatan ke atas semua penduduk selagi mereka mematuhi perjanjian /

perlembagaan tersebut.

- Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana – mana

pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum

seberat – beratnya tanpa mengira bangsa atau agama.

d. Penyelesaian masalah kepimpinan kota Madinah

- Pengakuan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua

negara yang wajib dipatuhi dan dihormati.. Sebagai ketua negara baginda

mempunyai kuasa di dalam urusan pemerintahan negara dan sebagai ketua agama

bagi umat Islam. Bagaimanapun setiap ketua kaum mempunyai hak untuk

menyelesaikan masalah dalam kaum masing-masing.

- Yahudi secara tidak langsung telah mengiktiraf kewujudan Islam, Madinah sebagai

negara Islam dan Nabi sebagai Rasulullah s.a.w.

SULIT

23 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat – JPN Johor

e. Penyelesaian masalah perhubungan antara Islam dan bukan Islam (Yahudi)

- Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai sebuah

masyarakat (ummah) yang mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama

terhadap negara Islam Madinah. Setiap anggota syahifah hendaklah menjalin

hubungan yang erat sesama mereka tidak kira agama atau asal keturunan.

Umpamanya umat Islam tidak boleh membiarkan saudara-saudara mereka dibebani

hutang. Mereka mesti menolong dengan jalan yang benar apabila timbul soal-soal

membayar tebusan wang dan darah.

- Penganut Islam dan Yahudi mestilah hidup bersama di dalam bentuk

kewarganegaraan dengan hak yang sama dalam lingkungan konsep ummah.

- Terhapusnya ancaman Yahudi sebagai musuh dalam selimut dalam kerajaan Islam.

Golongan Yahudi iaitu Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa’ yang

mengkhianati Madinah telah dapat dihapuskan kerana mengkhianati Syahifah

Madinah yang telah mereka persetujui. Contohnya apabila mereka membantu pihak

35
MODUL MARI MEMBACA 2010

Quraisy dalam Perang Ahzab (5H).

f. Penyelesaian masalah perundangan:

- Wahyu Allah yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. merupakan sumber utama

undang-undang negara.

3. Penutup: ( 2 m )

- PM ternyata satu wadah berkesan mengatasi pelbagai masalah penduduk Madinah.

- Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Khulafa ar-Rasyidim terus mengamalkan politik

Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Syahifah Madinah juga dikekalkan. Ini

terbukti dengan beberapa tindakan yang diambil oleh mereka untuk mengatasi

golongan-golongan yang mengancam kedaulatan negara Islam. Namun begitu

beberapa pertambahan struktur pentadbiran telah dilakukan, tetapi tidak

bertentangan dengan Islam dan Syahifah Madinah.

- Apa sahaja yang berkaitan.

………………………………………………………………………………

SULIT

24 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat – JPN Johor

11. Penerimaaan Rasulullah s.a.w terhadap Perjanjian Hudaibiyah telah

menimbulkan

pelbagai reaksi di kalangan umat Islam. Jelaskan syarat-syarat perjanjian dan

bagaimanakah perjanjian tersebut merupakan kemenangan yang nyata di pihak

Islam.

Pendahuluan (3m)

a. Perjanjian Hudaibiyah (PH) merupakan perjanjian damai antara Islam (diwakili

Rasulullah s.a.w.) dan Quraisy Mekah (diwakili Suhail b. Amru) pada Zulkaedah 6H

atau Mac 628M di perkampungan Hudaibiyah (pinggir Mekah).

b. Peristiwa-peristiwa ke arah perjanjian:

 Keinginan Rasulullah s.a.w dan kira-kira 1500 orang pengikut untuk

melaksanakan ibadat haji dan menziarahi kaum keluarga di Mekah.

 Salah anggap Quraisy dan tindakan cuba menghalang kedatangan umat Islam

dengan menghantar tentera pimpinan Khalid al-Walid – Rasulullah

36
MODUL MARI MEMBACA 2010

menggunakan laluan lain.

 Peristiwa Bai’ah ar-Ridwan

Isi-isi Jawapan

1.Kandungan Perjanjian (3m)

i. Gencatan senjata selama 10 tahun.

ii. Kebebasan menjalin hubungan dengan pihak lain.

iii. Tidak boleh menceroboh atau mengkhianati harta benda di antara satu dengan lain.

iv. Golongan Quraisy yang masuk Islam dan berpindah ke Madinah tanpa izin walinya

hendaklah dikembalikan ke Mekah.

v. Pengikut nabi yang berpaling tadah kepada Quraisy tanpa izin walinya tidak perlu

dikembalikan ke Madinah

vi. Umat Islam tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji pada tahun tersebut tetapi

dibenarkan pada tahun berikutnya ( 7 H ) dengan syarat melaksanakan ibadat haji

tidak lebih 3 hari, memasuki Mekah tanpa senjata terhunus dan memasuki Mekah

setelah Quraisy keluar dari kota tersebut.

SULIT

25 Kertas jawapan ini SULIT sehingga peperiksaan tamat – JPN Johor

2.Kemenangan-kemenangan yang pihak Islam perolehi. (6 isi x 3m)

a. Jaminan Allah: Firman Allah dalam Surah al-Fath : “Sesungguhhnya Kami telah

memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi keampunan

kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta

menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus” (Ayat

1-2). Wahyu di atas Rasulullah saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke

Madinah setelah selesainya PH dipersetujui dan ketika umat Islam merasa gelisah

dengan tindakan Rasulullah s.a.w mempersetujui kandungan PH yang dikemukakan oleh

Quraisy kerana pada pandangan umat Islam PH seolah-olah memberi kemenangan

kepada Quraisy.

b. Kemenangan dari sudut pengikhtirafan iaitu Quraisy mulai mengakui kewujudan ugama

Islam, mengikhtiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul dan mengakui kewujudan

Negara Islam – sebelumnya Quraisy tidak mengikhtiraf kewujudan Islam dan kerasulan

37
MODUL MARI MEMBACA 2010

baginda . Ini menjatuhkan kedudukan dan maruah Quraisy.

c. Kemenangan dari aspek penyebaran Islam. Gencatan senjata selama 10 tahun

membolehkan Rasulullah s.a.w. mengadakan hubungan diplomatik dengan kabilahkabilah

/ kerajaan luar dan menyampaikan Islam kepada mereka. Utusan-utusan

diplomatik dihantar ke seluruh Tanah Arab,Kerajaan Byzantine dan Yaman. Hasilnya

berlaku pertambahan jumlah umat Islam dalam tempoh dua tahun iaitu dari 1500 kepada

10000 orang. Ramai pemimpin Quraisy juga mula menerima Islam. Antaranya ialah

Khalid al-Walid. Akibatnya pengaruh dan pengikut Quraisy mulai merosot.

d. Gencatan senjata juga telah mengujudkan keamanan dan ia memberi kesempatan

kepada Rasulullah s.a.w untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan mengatasi

masalah yang timbul.

e. Kemenangan dari aspek pengguguran syarat perjanjian: Tindakan mengembalikan

semula umat Islam ke Mekah kerana pengislaman mereka tidak mendapat izin walinya

juga menguntungkan Islam kerana jika mereka telah menjadi Islam sejati mereka dapat

menyebarkan Islam di Mekah dan boleh menjadi pengintip terhadap sebarang

perancangan Quraisy untuk menghancurkan Islam. Syarat ini akhirnya digugurkan

apabila

Quraisy mendapati ia merugikan Quraisy, terutama apabila Abu Basyar yang

diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke Mekah (untuk mematuhi

perjanjian) telah bertindak menubuhkan pasukan kecil untuk mengganggu perjalanan

kafilah-kafilah Quraisy yang berulang-alik antara Mekah dan Syam. Akibatnya ekonomi

Mekah mengalami kemerosotan dan akhirnya Quraisy sendiri yang meminta syarat ini

digugurkan.

f. Membersihkan musuh dalaman: Syarat yang mengkehendaki agar orang-orang Islam

yang berpaling tadah kepada pihak Quraisy supaya tidak dikembalikan ke Madinah juga

menguntungkan Islam kerana ia sekaligus dapat membersihkan ‘musuh dalam selimut’.

g. Kebenaran menunaikan ibadat haji: Pada tahun berikutnya umat Islam telah

dibenarkan

menunaikan ibadat haji di Baitullah. Kebenaran ini amat besar ertinya setelah tujuh

tahun

38
MODUL MARI MEMBACA 2010

mereka tidak melaksanakannya. Sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut, tingkah

laku mereka sentiasa dicuri pandang oleh Quraisy yang semakin berbelah bagi terhadap

kepercayaan tradisi mereka dan akhirnya telah mendorong semakin ramai orang Mekah

tertarik kepada Islam termasuk pemimpin Quraisy sendiri yang sebelumnya begitu kuat

menentang Islam seperti Khalid al-Walid.

h. Pembukaan kota Mekah sebagai kota suci Islam. Kemenangan seterusnya ialah

berikutan

tindakan Quraisy mencabuli syarat yang menetapkan larangan menceroboh mana-mana

pihak atau sekutunya. Pada 8H Quraisy secara sengaja telah membantu sekutunya iaitu

Bani Bakar untuk menyerang sekutu Islam iaitu Bani Khuzaah. Quraisy sengaja

melakukan tindakan tersebut setelah menyedari segala kandungan perjanjian yang

mereka tetapkan sebenarnya lebih menguntungkan Islam. Tindakan Quraisy itu

menyebabkan Rasulullah s.a.w. berserta kira-kira 10000 orang umat Islam bergerak ke

Mekah dan akhirnya berjaya menawannya.

3.Penutup (1m)

i. Perjanjian Hudaibiyah merintis kea rah pembukaan Mekah pada 8H

ii. PH membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. berpandangan jauh.

iii. Tentangan dan pengaruh Quraisy lenyap setelah Mekah ditakluki Islam.

39
MODUL MARI MEMBACA 2010

40

Anda mungkin juga menyukai