Anda di halaman 1dari 15

2.

0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

1.                Matlamat Pendidikan Persekolahan

Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar


secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

  

2.                Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia.

  

3.                Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk


membolehkan untuk membolehkan murid:

i.                    menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa


Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii.                 menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa pengantar sekolah;

iii.               menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya
dalam menyelesaikan masalah harian;

iv.                menguasai kemahiran belajar;

v.                  menguasai kemahiran berfikir;

vi.                bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras


dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii.             memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii.           membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;


ix.               mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap
manusia dan alam sekitar;

x.                  menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi.               memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,


kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii.             menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii.          menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap
keusahawanan dan produktiviti;

xiv.           menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-


ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv.              menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan


akhlak mulia;

xvi.           membina semangat patriotisme;

xvii.         mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii.      mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang
menjadikannya asas bagi amalan hidup.

 4.                Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:-

i.           Pendekatan Bersepadu;

ii.          Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii.        Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv.         Pendidikan seumur hidup.

v.      murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui
aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka,
justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan
pengalaman hidup mengikut peringkat
vi.      suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi
sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid

vii.      aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran


kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses
menguasai kemahiran asas

viii.     aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

ix.      penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

x.      penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

xi.     penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik
darjah

Ciri-Ciri KBSR

 
5.                Penekanan

Fokus Tahap I

i.                    Penguasaan kemahiran asas berbahasa

(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii.                 Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii.               Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-
Quran;

iv.                Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

  

Fokus Tahap II

i.                    Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii.                 Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;

iii.               Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv.                Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v.                  Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

vi.                Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

  

6.                Struktur  KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i.                    Komunikasi;

ii.                 Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii.               Perkembangan Diri Individu.

 
Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada
struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i.                    Kemahiran Asas;

ii.                 Manusia dengan Persekitaran;

iii.               Kesenian dan Kesihatan;

iv.                Kerohanian, nilai dan sikap

v.                  Kemahiran Hidup; dan

vi.                Kokurikulum

 
7.    Bidang Pelajaran

    Matapelajaran
Fasa 1 Fasa 2
Bidang Komponen
    Bahasa Melayu Bahasa Melayu

    Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris

Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Cina Bahasa Cina

Bahasa Tamil Bahasa Tamil


Matematik Matematik
    Pendidikan Islam Pendidikan Islam

Manusia dan Sikap , Nilai Pendidikan Moral Pendidikan Moral


Persekitaran   Sains
dan Spiritual Kajian Tempatan
-
Perkembangan   - Kemahiran Hidup
Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik
 Diri Individu Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Pendidikan Seni
Pendidikan Pendidikan
Seni dan Riadah
Jasmani dan Jasmani dan
Kokurikulum Pendidikan Pendidikan
Kesihatan Kesihatan

     
     Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i.                    Bidang Komunikasi

1.                   Bahasa Melayu;

2.                 Bahasa Inggeris;

3.                 Bahasa Cina;

4.                 Bahasa Tamil; dan

5.                 Matematik.

ii.                 Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

1.                   Pendidikan Islam;

2.                 Pendidikan Moral;

3.                 Sains; dan

4.                 Kajian Tempatan.

iii.               Bidang Perkembangan Diri Individu

1.                   Kemahiran Hidup;

2.                 Pendidikan Muzik;

3.                 Pendidikan Seni;

4.                 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

 
 8.         Peruntukan Masa

  

Mata Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan


Pelajaran Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2
Perkara 1 2 3 4 5 6 1 2 3 4 5 6
Bahasa 450 450 450 300 300 300 270 270 270 150 150 150
Melayu
Bahasa 240 240 240 210 210 210     60 90 90 90
Inggeris
Bahasa             450 450 450 300 300 300
Cina/Tamil
Sains       150 150 150       150 150 150
Matematik 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210 210
Pend. 180 180 180 180 180 180 150 150 150 150 150 150
Islam/Mor
al
Pendidikan 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Seni
Pendidikan 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60 60
Muzik
Kemahiran       60 60 60       60 60 60
Hidup
Kajian       120 120 120       120 120 120
Tempatan
Pend. 90 90 90 60 60 60 90 90 90 60 60 60
Jas. &
Kes.
Perhimpun 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30 30
an
Pilihan 30 30 30       30 30 30      
Guru
Besar
JUMLAH 135 135 135 144 144 144 135 135 135 144 144 144
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

 
9.         Teras KBSR

i.                    Penggabungjalinan;

ii.                 Penyerapan;

iii.               Penilaian;

iv.                Pengkayaan; dan

v.                  Pemulihan.

10.   Penekanan Dalam KBSR

       Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-

i.                    Kemahiran asas;

ii.                 Kemahiran berfikir;

iii.               Nilai Merentas Kurikulum;

iv.                Bahasa merentas kurikulum;

v.                  Patriotisme merentas kurikulum;

vi.                Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;

vii.             Penilaian berterusan;

viii.           Pemulihan dan pengayaan;

ix.               Prinsip mudah ubah; dan

x.                  Sains dan teknologi merentas kurikulum

 
 11.                Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang
guru seharusnya;

i.                    mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;

Kemudahan fizikal kelas

        ruang pembelajaran yang selesa;

        sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;

        ruang pameran hasil kerja;

        bahan rujukan untuk penggunaan murid;

        bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.

 Aspek emosi sosial

        penggunaan bahasa yang mesra;

        keupayaan guru memahami muridnya;

        penggunaan teknik yang pelbagai.

ii.                 mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.

        Melibatkan murid secara aktif;

        Menjalankan penilaian yang berterusan;

        Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;

        Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan


tugasan;

        Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang


kali dalam situasi yang berlainan;
        Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid
membuat keputusan secara rasional;

        Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat


membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;

        Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran


berfikir;

        Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran


murid.

iii.               Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna,


berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang
melibatkan murid secara aktif.  Guru boleh mengelolakan secara kelas,
kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan
kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan
yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;

                    Simulasi

                    Lakonan

                    Permainan

                    Tunjuk ajar

                    Lawatan

                    Bercerita

                    Projek

                    Sumbangsaran

                    Main peranan

                    Pidato
 

12.           Penilaian

i.                    Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)

        Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

                   ii.       Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

13.  Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan
berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula
untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru
Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan
matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan
pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada
November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.

Antara perubahan besar dalam KBSR ialah

i)           penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran

ii)          penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian

iii)        menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling
kompleks mengikut topik

iv)         mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran

v)         mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik


berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat

vi)        mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan
Kajian Tempatan
vii)       pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran
teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari
2003 serta

viii)      pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains

14.   Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)

Mentafsir adalah

memahami dan menhargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap positif, beriltizam untuk
mengembangkan kurikulum : membaca , memahami, organisasi pengalaman & menhargai objektif
sukatan)

mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, panduan khas oleh PPK, mengubah suai dimana perlu)

memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluan

Merancang adalah

rancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan pembelajaran, topic dan
kandungan, strategi, penilaian)
mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran
(Gagne & Briggs, 1979)

pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai
hasil yang di inginkan

Mengubah suai adalah

berdasarkan keperluan (murid , persekitaran)

sumber yang ada

penggunaan ICT

Melaksanakan adalah

Melaksanakan didalam bilik darjah

Penilaian adalah

untuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasi

analisis keputusan

mendapat maklum balas untuk pengubahsuaian

 
15. Rumusan

     Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan
penguasaan

     3M  dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta
pembinaan

    dan  kandungan sains yang kukuh

     Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif
Falsafah

     Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.

     Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk

     menginterpretasi,  merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai