Anda di halaman 1dari 4

TAFSIR

MENGERJAKAN IBADAT HAJI


SURAH AL-HAJ ( AYAT 27-28 )

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

‫﴾ ليشهدوا منافع لهم‬٢۷﴿ ‫وأذن فى الناس بالحج يأتوك رجال وعلى كل ضامر يأتين من كل فج عميق‬
٢۸﴿‫﴾ويذكروا اسم ال فى أيام معلومات على مارزقهم من بهيمة النعام فكلوا منها واطعموا الباس الفقير‬

TERJEMAHAN AYAT

“ Dan serulah kepada manusia supaya mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka itu datang kepada
engkau dengan berjalan kaki mengenderai unta kurus. Mereka itu datang dari segenap ceruk
rantau yang jauh untuk menyaksikan beberapa manfaat bagi mereka dan menyebut ( mengingati )
nama Allah pada hari-hari yang ditentukan atas rezeki yang Allah berikan kepada mereka dari
binatang ternakan. Makanlah kamu daripadanya dan berilah makan golongan fakir dan miskin yang
menderita.”

ERTI PERKATAAN

Dan serulah kepada manusia dengan


mengerjakan haji
‫وأذن فى الناس بالحج‬
Nescaya mereka itu datang kepada engkau
dengan berjalan kaki
‫يأتوك رجال‬
Dan mengenderai ( menaiki ) unta yang kurus ‫وعلى كل ضامر‬
Mereka itu datang dari segenap pelusuk
rantau yang jauh
‫يأتين من كل فج عميق‬
Untuk menyaksikan beberapa manfaat bagi
mereka
‫ليشهدوا منافع لهم‬
Dan menyebut nama Allah ‫ويذكروا اسم ال‬
Pada hari-hari yang tertentu ‫فى أيام معلومات‬
Atas rezeki yang telah Allah berikan kepada
mereka daripada binatang ternakan
‫على مارزقهم من بهيمة النعام‬
Makanlah kamu daripadanya ‫فكلوا منها‬
Dan berikan makan golongan fakir miskin
yang menderita
‫الباس الفقير‬
MAKSUD POTONGAN AYAT

1
1) ‫وأذن فى الناس بالحج‬
Ertinya: Dan serulah kepada manusia supaya mengerjakan ibadat haji.

Huraiannya:
Allah telah memerintahkan Nadi Ibrahim A.S. supaya menyeru dan mengajak semu manusia pergi
ke Baitullah Al Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat haji yang menjadi rukun Islam yang
kelima. Perintah ini kemudiannya disambung oleh Nabi Muhammad S.A.W.

2) ‫يأتوك رجال وعلى كل ضامر‬


Ertinya: Nescaya mereka datang kepada engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang
kurus.

Huraiannya:
Mereka sudah tentu akan datang untuk mengerjakan ibadat haji dengan pelbagai cara sama ada
dengan berjalan kaki ataupun dengan menunggang unta yang kurus dan mengunakan kenderaan
yang lain.

3) ‫ليشهدوا منافع لهم‬


Ertinya: Untuk menyaksikan beberapa perkara yang manfaat bagi mereka.

Huraiannya:
Apabila mereka pergi menunaikan ibadat haji, mereka juga melihat tempat-tempat yang
berfaedah yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T seperti para syuhada, makan nabi Ibrahim,
Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk mengukuhkan keimanan.

4) ‫فى أيام معلومات‬


Ertinya: Dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.

Huraiannya:
Semasa mengerjakan haji umat Islam dapa berzikir, bertahmid memuji-muji kebesaran Allah
S.W.T di tempat-tempat tertentu seperti di Ararah, Mina, Muzdalifah atau semasa tawaf di
Baitullah, semasa mengerjakan saie dan lain-lain lagi papd hari yang telah ditentukan.

5) ‫على مارزقهم من بهيمة النعام‬


Ertinya : Atas rezeki yang telah allah berikan kepada mereka daripada binatang ternakan.

Huraiannya:
Umat Islam digalakkan mengerjakan korban dengan menyembelih seekor kambing atau kibas atau
unta, sebagai lambing kebesaran Allah S.W.T pada Hari Raya Aidil Adha terutama ketika berada
di Kota Mekah.
6) ‫فكلوا منها واطعموا الباس الفقير‬
2
Ertinya: Maka makanlah dan berilah makan golonga fakir dan miskin yang menderita.

Huraiannya:
Daging yang dibuat korban itu bolehlah dimakan dan sebahagiannya disedekahkan kepada fakir
dan miskin yang dalam kesusahan dan kepayahan serta menanggung berbagai-bagai penderitaan.

KEFARDHUAN IBADAT HAJI

Difardhukan semenjak Nabi Ibrahim A.S lagi setelah Allah memerintahkan membina Kaabah dan
mengorbankan anaknya Ismail A.S
Kemudian kefardhuan haji disambung oleh Nabi Muhammad S.A.W

HUKUM-HUKUM YANG TERDAPAT PADA AYAT INI

Wajib mengerjakan haji sekali seumur hidup.


Sunat mengerjakan korban pada hari-hari Tasyrik
Sunat dimakan oleh pembuat korban sebahagian daripada daging korbannya.
Wajib disedekahkan daripada daging itu kepada fakir miskin.

FAEDAH / HIKMAT MENUNAIKAN HAJI

Kepada Individu:
 Dapat mengukuhkan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah kerana berada disisi
Kaabah dan melihat kesan sejarah.
 Menghilangkan sifat-sifat tamak dan pentingkan diri sendiri
 Ibadat haji dapat melatih diri bersifat jujur, rendah diri dan sabar dari sebarang
ujian.
 Dapat menambah ilmu pengetahuan kerana tempat berkumpul para ulama. Manusia
disisi Allah semuanya sama. Perasaan sombong , angkuh dan bangga diri akan
hilang.
 Menguatkan keimanan dan bertaqwa kepada Allah melalui kerja dan amalan yang
ditetapkan.

Kepada Masyarakat:
 Umat Islam dari serata dunia dating berkumpul disana. Mereka dapat berkenal
mesra maka terjalinlah tali persahabatan diantara mereka.
 Umat Islam dari serata dunia dapat berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Dan
ini dapat mewujudkan perkembangan peradaban Islam diperingkat antarabangsa.
 Pemimpin di seluruh dunia dapat berkumpul dalam satu ijmak untuk berbincang
dalam usaha meninggikan kemajuan pelbagai bidang.

PERANAN IBADAT HAJI DALAM MEMBENTUK PERPADUAN UMMAH

3
Ibadat haji melambangkan konsep sama taraf terutama semasa memakai ihram. Ini dapat
melahirkan persefahaman yang secara langsung dapt mewujudkan perpaduan.
Semasa bulan haji, mereka berkesempatan berbincang diantara pemimpin dari seluruh
Negara Islam. Keadaan ini akan dapat mewujudkan perpaduan dikalangan masyarakat Islam.
Pertemuan pelbagai bangsa yang pelbagai rupa dan warna kulit dalam satu pegangan
kepercayaan. Keadaan ini sudah tentu akan merapatkan ikatan persaudaraan dikalangan
masyarakat Islam.

HIKMAT KORBAN SEMASA MENGERJAKAN HAJI

Dapat memperingati kembali sejarah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah supaya
mengerbonkan anaknya Ismail.
Fakir miskin yang datang mengerjakan haji dapat bersama-sama menikmati makanan di Tanah
Suci.
Memberi peluang kepad jemaah haji mendapat gandaan pahala daripada Allah disamping
mengerjakan ibadat haji.

PENGAJARAN AYAT

Umat Islam diwajibkan menunaikan haji sekali seumur hidup apabila cukup syarat-syaratnya.
Ibadat haji mula diperintahkan kepada Nabi Ibrahim, kemudian disambung kepada nabi
Muhammad S.A.W.
Umat Islam disunatkan meningati dengan berzikir dan bertahmid, menyebut nama Allah pada
hari dan tempat yang tertentu dalam ibadat haji.
Jemaah haji digalakan berkorban semasa di tanah suci pada hari-hari Tasyrik.
Banyak faedah yang akan diperolehi oleh jemaah haji apabila berkesempatan mengerjakan
haji