Anda di halaman 1dari 2

Inah dan 

Tawarruq
Posted 23 Julai 2010 by darululumonline in Sembang Hukum. Tinggalkan Komen

 
 
Rate This
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN
 
Sistem kewangan dalam negara kita dan seluruh dunia semakin pesat berkembang. Institusi-
institusi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam industri kewangan nampaknya begitu aktif
dalam memainkan peranan masing-masing dalam menggerakkan sistem kewangan negara.
Justeru, dalam berhadapan dengan situasi persaingan yang begitu mencabar ini, institusi-
institusi kewangan Islam seperti bank Islam dan takaful begitu agresif mengeluarkan produk-
produk baru.

Namun, dalam keghairahan mengeluarkan produk-produk baru, mereka perlu lebih berhati-
hati. Ia agar produk-produk berkenaan bukan sahaja menepati kehendak pengguna, namun
turut selari dengan prinsip dan nilai-nilai syariah.
Ini bermakna, terdapat banyak faktor yang perlu dinilai dalam proses pembangunan produk
sehinggalah ia berada di pasaran.
Tetapi, faktor utama yang perlu dititikberatkan adalah sejauh mana produk-produk
berkenaan mematuhi syariah.
Elemen kepatuhan syariah inilah yang menjadi keistimewaan produk-produk kewangan
Islam.

Bai’ Inah adalah antara kontrak produk yang masih terdapat ruang perbincangan sehingga
hari ini tentang keharusannya. Ia biasanya digunapakai oleh sesetengah perbankan Islam di
Malaysia sebagai kontrak asas menyediakan pembiayaan peribadi.
Bai’ Inah berlaku apabila seseorang menjual barangan secara tangguh dan membeli secara
tunai kemudiannya dengan harga yang lebih murah.
Sebagai contoh, Hanif menjual komputernya kepada Ramlah dengan harga RM5,500 dengan
bayaran secara tangguh. Ramlah kemudiannya menjual kembali komputer tersebut dengan
harga RM5,000 kepada Hanif secara tunai.

Ini bermakna, Ramlah telah mendapat wang tunai sebanyak RM5,000 dan dia perlu
membayar hutangnya secara ansuran kepada Hanif sebanyak RM5,500.
Melalui transaksi itu, kita dapat memahami bahawa Bai’ Inah digunakan untuk memperolehi
tunai, bukannya untuk memanfaatkan barang yang dibeli.
Justeru, kebanyakan ulama berpandangan Bai’ Inah tidak diharuskan kerana bercanggah
dengan maqasid syariah di sebalik keharusan kontrak jual-beli.
Bai’ Inah biasanya digunakan oleh sesetengah perbankan Islam di Malaysia untuk
menyediakan produk pembiayaan peribadi, kad kredit dan ia turut digunakan dalam pasaran
modal Islam.

Contohnya, pelanggan ingin mendapatkan kemudahan produk pembiayaan peribadi


sebanyak RM30,000 daripada bank. Pelanggan akan membeli sebuah aset daripada bank
dengan harga RM35,000 secara ansuran.

Setelah selesai transaksi yang pertama, pelanggan seterusnya menjual semula aset berkenaan
kepada bank dengan harga RM30,000 dengan bayaran tunai.
Ini bermakna, pelanggan akan mendapat RM30,000 dengan segera dan pada masa yang
sama mempunyai komitmen untuk membayar kepada bank sebanyak RM35,000 kepada
bank selama sembilan tahun. Keuntungan kepada bank adalah RM5,000.

Bai’ Inah juga membantu bank-bank Islam dalam menyediakan kemudahan kad kredit
kepada pelanggan. Bank Negara Malaysia (BNM) memantau dan mengawal operasi kad
kredit ini dengan penguatkuasaan Garis Panduan Kad Kredit-i pada 1 Ogos 2004.
Apabila pelanggan ingin mendapatkan kemudahan kad kredit, pihak bank akan menjual
sesuatu aset miliknya kepada pelanggan dengan harga tangguh. Seterusnya pihak bank akan
membeli balik aset itu daripada pelanggan secara tunai.
Pihak institusi kewangan kemudian mengkreditkan jumlah tunai itu ke dalam akaun khas
atas nama pelanggan dan memberikan kad kredit kepada pelanggan. Pelanggan berhak
menggunakan jumlah tunai dalam akaun melalui penggunaan kad kredit ini.
Sekiranya penggunaan kad kredit melebihi had pengeluaran tunai, maka bank akan
memberikan qard hasan (pinjaman tanpa faedah).

Pandangan yang mengharuskan Bai’ Inah lebih cenderung kepada elemen-elemen zahir yang


perlu ada kepada sesebuah kontrak. Oleh kerana Bai’ Inah melengkapi keseluruhan rukun
kontrak jual beli, maka hukumnya adalah harus.
Pandangan ini dikemukakan oleh Mazhab Hanafi, Zahiri, Imam Abu Yusuf dan Imam
Muhammad dari mazhab Hanafi. (rujuk Dr. Wahbah Az-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa
Adillatuhu, jilid 4, ms 468).

Majlis Penasihat Syariah BNM dalam mesyuarat ke-8 memutuskan bahawa Bai’


Inahdiharuskan dengan syarat mengikut garis panduan dan pandangan Mazhab Syafie.
Bai’ Inah juga tidak boleh dilaksanakan kepada barang-barang ribawi seperti emas dan perak.
Di samping itu, kontrak jual dan beli semula mestilah berasingan dan tidak digabungkan
bersama.

Anda mungkin juga menyukai