Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.t. salam muhibah, salam damai.

Bismillahhirrahmanirrahim…

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.w.t, kerana dengan payung rahmatnya, dapat kita
bernaung di bawah suatu langit bahagia, sebuah tanah gemburan segar, sebuah
masyarakat multibudaya yang memegang entiti keunikannya yang tersendiri.

Alhamdulillah. Saya Nursuhaila bt Alias, calon bagi tampuk kerusi fakulti


Pengurusan Ekonomi berdiri di sini untuk menyampaikan manifesto saya yakni “
apa isu utama?”

Pasti fikiran jelata Upsi diburu soalan yang terburu-buru menerjah, untuk apa
manifesto berkaitan ICT? Mengapa tidak isu kpm, praktikal, cuti mahupun
sebagainya? Sedar atau tidak, percaya atau tidak, kita sering memandang jauh
tanpa melihat titik mula, titik awal. Orang suka memperbesar isu yangt kecil, tanpa
mengetahui hujung pangkalnya, lalu saya mengambil inisiatif mengetengahkan isu
sistem maklumat sebagai wadah wacana penyebar maklumat kita hari ini.

Fakulti pengurusan dan ekonomi, segah namanya , pasti sahaja mengundang bicara
hangat mengenai sistem pengurusannya dan kegiatan ekonomi yang meningkatkan
pendapatan fakultinya yang hebat-hebat belaka. Benar. Lalu apa gunanya
manifesto ini? Dunia di hujung jari memerlukan proses asimilasi para mahasiswa
pendidik yang bakal hadir sebagai guru pendidik untuk muncul dan tampil
berpengatahuan ilmu maklumat yang mahir. Pasti sahaja nanti kita bakal
berhadapan dengan para pelajar yang jauh lebih sofistikated daripada kita. Justeru
bagaimana untuk memperoleh maklumat dan memperlengkap diri sekiranya
kemudahan yang disediakan sering berhadapan dengan proses tergendala atau
masalah teknikal yang terang nyata. Lihat sahaja masalah mudah di fakulti
pengurusan dan ekonomi yang padanya disediakan makmal komputer untuk tujuan
kuliah, memberi maklumat kepada para palajar FPE. Lalu apabila sistemnya
tergendala, siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikannya segera?
Dimanakah Tempat mengadu meraih pertolongan? Menyalahkan pihak
pengurusan? Cukup, berhenti menuding jari dan memperbesar isu. Makanya
kehadiran saya di sini ialah untuk mewar-warkan bahawasanya saya akan bertindak
sebagai orang tengah atau penghubung kepada permasalahan ini dan mendengar
rintih hati para pelajar mengenai isu ICT. Saya mendengar dan saya bersedia
bertindak dengan ketangkasan dan kudrat yang disediakan. Dengan izin Allah yang
Maha Kuasa.

Dengan izin Allah yang Maha kuasa juga yang telah memberi tulang empat kerat
ini , saya akan menggerak dan mengerahkan segala jentera tenaga untuk
berhadapan dan mengusulkan perkara berkaitan dengan pihak pentadbiran
mengenai permasalahan ini. Penyelesaian segera dan tindakan yang pantas bagi
kebajikan bersama.

Saya, calon bagi kerusi Fakulti Pengurusan dan ekonomi menegaskan sekali lagi
bahawasanya manifesto yang dibawa semat-mata bernawaitu, berniat untuk
kebajikan para pelajar iaitu “ apa manifesto?”

Saya ulangi, kebajikan pelajar jadi keutamaan.. “ mahasiswa pendidik untuk


mahasiswa”.

Terang bulan bersalut cahaya,

Jalan bertar disimbah hujan,

Mahasiswa pendidik untuk mahasiswa

Tingkatkan ict, tingkatkan kemahiran,

Sekian.

Teks disediakan..

Siti Rossikin bt Sahari 