Anda di halaman 1dari 2

ISTIADAT LAUNG AGUNG

 § Akela berteriak 'Pek' semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam keadaan
sedia.
 § Akela berteriak 'Pek!', 'Pek!','Pek!'.
 § PKK akan menyahut panggilan Akela 'Pek!!!!!!!!!!!' sambil berlari mengelilingi
Akela.
 § Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK membuat
bulatan besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan besar. Bila bulatan
telah tersedia, PKK menjatuhkan tangan.
 § Akela mendepakan tangan sekali lagi, PKK mengangkat tumit, Akela rapatkan
tangan ke peha, PKK mencangkung dengan kedua-dua belah tangan mencecah ke
tanah, kepala diangkat dan terus berteriak 'Akela, Kami Buat Habis Baik'
 § Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam
keadaan sedia.
 § Petugas mencabar dengan hormat kepada Akela. Petugas berteriak dengan
intonasi mencabar.
 § ‘Kamu Buat Habis Baik?'
 § PKK berdiri hormat pada akela dan terus menjawab: ‘Kami Buat Habis Baik.'
 § Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuhkan tangan mereka sehingga
Akela selesai membalas hormat.
 § Ketua sekawan membuat laporan kepada Akela.
 § Istiadat diteruskan dengan :
o Bacaan doa / Bertakafur
o Persetiaan Pengakap
o Istiadat mengibarkan bendera
o Ucapan dan arahan untuk meneruskan aktiviti.PKK keluar baris dan bergerak
kepada Sekawan untuk meneruskan aktiviti.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai


maruah dan kehormatan dirinya.
2. Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang
Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-
pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.
3. Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan
menolong orang pada setiap masa.
4. Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara
kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan
agamanya sekalipun.
5. Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan
sentiasa berbudi.
6. Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah
dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-
pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8. Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis
mukanya dalam kesusahan.
9. Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
10. Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya.

Anda mungkin juga menyukai