Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 10, LEKIR

32020 SITIAWAN, PERAK.

MINIT MESYUARAT
AJK INDUK SUKAN TAHUNAN SKBS KALI KE-19 2011

Tarikh : 10 Januari 2011


Masa : 1.30 Petang
Tempat : Makmal computer
Kehadiran :
1. En. Ismail b. Nayan
2. Pn. Asmida bt. Abd. Wahab
3. Pn. Hjh Rashidah bt. Abdul Mohid
4. Pn. Hjh Ainun Jariah bt. Mohd Noor
5. En. Asrul Afendi b. Mohd Yusof
6. En. Nor Azman b. Muhamad Noor
7. Pn. Nor Hafizah bt. Mohd Rode
8. Pn. Rohani bt. Zakaria
9. Pn. Salmiah bt. Osman
10. En. Ahmad Azrin b. Ghazali
11. Pn. Nor Mazidah bt. Musman
12. Pn. Nur Fadhilah bt. Ghazali
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Perlantikan AJK Induk
3. Penetapan Tarikh
4. Latihan Rumah Sukan
5. Merentas Desa
6. Saringan
7. Raptai
8. Acara Sukan Tahunan
9. Hal-hal Lain
10. Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke mesyuarat Ajk Induk Sukan
Tahunan Sekolah dan berharap mesyuarat dapat dijalankan dengan lancar.
1.1 Pengerusi menerangkan tentang dasar baru kementerian iaitu ‘1Murid 1Sukan’.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah wajib mangadakan sukan pada
setiap tahun.
1.3 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar setiap aktiviti ko-kurikulum yang
dijalankan mestilah dilaksanakan dibawah pengawasan guru.
1.4 Pengerusi juga memaklumkan supaya setiap aktiviti yang melibatkan murid
hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu
3. Pengesahan Perlantikan
3.1 Pengerusi mengesahkan perlantikan AJK Induk Sukan Tahunan SKBS Yang
Ke-19.Beliau berharap agar ajk yang terlantik dapat menjalankan tugas dengan
sebaik mungkin dan penuh tanggungjawab.

Tindakan : Semua AJK


4. Penetapan Tarikh
4.1 Pengerusi mengumumkan tarikh-tarikh yang berkaitan Sukan Tahunan.Semua
AJK bersetuju sebulat suara.

BIL AKTIVITI TARIKH


1 Taklimat Sukan Tahunan 17 Jan 2011
2 Perjumpaan Rumah Sukan 18 & 19 Jan 2011
3 Latihan Merentas Desa 24 & 25 Jan 2011
4 Sukan Merentas Desa 27 Jan 2011
5 Latihan Rumah Sukan 1 Feb – 18 Feb 2011
6 Acara Saringan 21 Feb – 23 Feb 2011
7 Raptai Penuh 23 Feb 2011
8 Acara Sukan Tahunan 24 Feb 2011

Tindakan : Setiausaha & Ketua-ketua Rumah

5. Latihan Rumah Sukan


5.1 Ahli mesyuarat bersetuju bahawa setiap rumah sukan berpeluang menjalankan
latihan sekurang-kurangnya 2 kali.

ISNIN DAN RABU - RUMAH BIRU DAN MERAH


SELASA DAN KHAMIS - RUMAH HIJAU DAN KUNING

Masa : 2.30 petang – 5.30 petang

5.2 Pengerusi meminta supaya surat kebenaran dihantar kepada ibu bapa dan sekolah
agama.
Tindakan : Setiausaha
6. Merentas Desa
6.1 Pengerusi mengingatkan supaya semua guru yang terlibat supaya mengambil
langkah-langkah keselamatan murid agar tidak berlaku sebarang
kemalangan.Beliau juga berharap agar guru-guru patuh kepada tarikh yang
ditetapkan.

Tindakan : Semua Guru


7. Saringan
7.1 Pengerusi menasihatkan agar Ajk yang terlibat dapat menguruskan acara dengan
teratur supaya acara dapat diselesaikan di dalam jangka masa yang ditetapkan.

Tindakan : Ajk Berkaitan

8. Raptai
8.1 Raptai penuh diadakan pada 23 Feb 2011 bermula pada pukul 8.00 pagi dan
berakhir pada pukul 10.00 pagi.

Tindakan : Ajk Berkaitan & Guru Rumah Sukan

9. Acara Sukan Tahunan


9.1 Pengerusi berharap Sukan Tahunan dapat dijalankan mengikut masa yang telah
ditetapkan iaitu bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30
petang.

Tindakan : Semua Guru

10. Hal-hal Lain


10.1 En.Azman menyarankan agar semua guru melaksanakan tugas yang telah
ditetapkan dengan baik supaya perjalanan sukan tahunan berjalan dengan
lancar.

Tindakan : Semua AJK

11. Ucapan Penangguhan


11.1 Pengurusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru semasa
mesyuarat berlangsung dan berharap semua guru dapat memberikan komitmen
yang terbaik dalam menjayakan Sukan Tahunan SKBS Yang Ke-19.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 3.20 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

_________________________ ________________________
( ASRUL AFENDI B. MOHD YUSOF ) ( EN. ISMAIL B. NAYAN )
Setiausaha Sukan Guru Besar,
SK Batu Sepuluh, Lekir. SK Batu Sepuluh, Lekir

Anda mungkin juga menyukai