Anda di halaman 1dari 2

Namaku Nurnilamsari bt. Nordin.

Umurku 42 tahun dan aku telah berkhidmat


sebagai guru selama 14 tahun setelah habis pengajianku di Maktab Perguruan
Sultan Idris Tanjung Malim. Sepanjang 14 tahun aku berkhidmat di sekolah
rendah, SK Kampung Sungai Mati adalah sekolahku yang ke tiga. Sebelum itu
aku telah bertugas di SK Seri Kota, Melaka dan SK Simpang Empat di Pulau
Pinang. SK Kampung Sungai Mati terletak di Negeri Perlis. Aku bertukar ke SK
Kampung Sungai Mati sebaik sahaja bercerai dengan suamiku, juga seorang
guru. Kami hanya ada seorang anak. Anak kami telah berusia 13 tahun dan
belajar di MRSM Arau, Perlis. Aku memilih untuk datang ke Perlis supaya lebih
mudah aku melawat anak tunggalku, Muhammad Khairul Hisham. Selain itu,
penghijrahan ku ini kuharapkan akan membuatkan aku dapat melupakan bekas
suamiku yang telah berkhawin lain. Walaupun pedih dengan perpisahan ini
namun aku redha dengan ketentuannya.

Perjalanan aku ke Kampung Sungai Mati tidaklah sukar. Ini kerana walaupun
Kampung Sungai Mati terletak agak jauh di pedalaman tetapi perhubungan
jalanraya agak baik. Aku memandu kereta Kenariku melalui hutan-hutan kelapa
sawit. Tidak banyak kampung yang aku lalui sebelum sampai ke Kampung
Sungai Mati. Sampai di SK Kampung Sungai Mati hari sudah pun petang. Hari itu
hari sabtu. Aku meminta Cikgu Zalina untuk menungguku di hadapan sekolah.
Cikgu Zalina adalah rakan sekelasku semasa kami belajar di Maktab. Dia kini
telah berkhawin dengan rakan sekelas kami , Kamarul dan memiliki tiga orang
cahaya mata. Sampai di hadapan sekolah, Zalina menyambutku dengan
senyuman. Aku dan dia berpelukan melepaskan rasa rindu pada persahabatan
kami yang lalu. Selain kerana anakku, aku memilih untuk bertugas di sini kerana
adanya Zalina. Aku selalu menceritakan perihal penderitaan ku dan berharap
Zalina dapat membantuku mencari tempat tinggal di kampung itu.

Zalina membawaku ke rumahnya. Zalina menawarkan untuk aku tinggal sahaja


dengannya. Tapi aku menolak. Aku tidak mahu menyusahkan dia. Lagipun aku
janda. Aku tidak mahu nanti kehidupan Zalina suami isteri terganggu dengan
kehadiranku selain mengelak dari fitnah orang.

“Nur, macam kau tak biasa dengan Kamarul tu. Kita dulu bertiga memang
kamceng kan”

Kata Zalina sebaik sahaja aku mengatakan bahawa aku segan tinggal dengan
mereka dan tidak mahu menyusahkan mereka.

“Macam nilah... malam ni kau tidur je di rumah aku. Esok kita cari rumah lain
untuk kau” Kata zalina lagi. Aku setuju. Malam itu aku bermalam di rumah
Zalina.
Esok pagi kami bersama-sama ke sekolah dan ini hari pertamaku bertugas di
sekolah baru. Zalina naik keretaku dan Kamarul pergi sendiri ke sekolah tempat
dia bertugas di SK Sungai Batu lebih kurang 7 Km jauhnya dari sekolah kami ,SK
Sungai Mati. Biasanya Kamarul akan menghantar Zalina dahulu sebelum ke
tempat kerjanya setiap pagi.

Sampai di sekolah, Guru Besar SK Sungai Mati, Cikgu Abdul Rahim Jamaluddin
mengalu-alukan kedatanganku. Selain dari aku ada 2 orang guru pelatih juga
melapor diri di sekolah itu pada hari tersebut. Guru-guru pelatih itu ialah Cikgu
Zainal dan Cikgu Siti Halimah. Setelah melaporkan diri, aku menceritakan
masalahku kepada Guru Besar di mana aku masih tidak dapat rumah untuk di
sewa. Guru Besar berjanji akan membantuku mencari tempat tinggal dan
masalah ku ini bukan sahaja di hadapi olehku tapi guru pelatih baru juga, Cikgu
Siti Halimah juga begitu sementara Cikgu Zainal memilih untuk tinggal di rumah
bapa saudaranya yang terletak di kampung itu. Akhirnya dengan budi bicara
guru besar yang prihatin, beliau menawarkan aku untuk tinggal di sebuah bilik
yang terletak di Pusat Sumber sekolah. Oleh kerana aku di lantik menjadi guru
pusat sumber yang baru, menggantikan Cikgu Isma yang baru sahaja berpindah
ke Johor maka tentu aku lebih mudah untuk melaksanakan tugas ku jika tinggal
di Pusat sumber itu. Aku akan tinggal bersama-sama guru pelatih itu sementara
mencari tempat tinggal yang lebih sesuai. Pusat sumber SK Sungai mati terletak
di tingkat atas blok C. SK Sungai Mati memiliki tiga blok yang bersambung.
Kebanyakan kelas terletak di blok B, sementara blok C terletak Pusat sumber,
Bilik Seni , Bilik Komputer dan bilik kemahiran hidup. Blok A pula terletak pejabat
, bilik guru, bilik sains dan bilik mesyurat.

Anda mungkin juga menyukai