Anda di halaman 1dari 67

EDU 3103

MURID DAN ALAM BELAJAR

AHLI KUMPULAN
AZLIZA BINTI MOHAMED
NURHAIMI BINTI ABDUL RAHMAN
NUR HAFIZAH BINTI BACHOK
HAZWANI BINTI NAWI
RAMIZAH BINTI MAHMOOD
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
GARDNER
GARDNER (1983)
• Mengetengahkan pelbagai cara untuk tahu,
belajar dan melahirkan apa-apa yang
diketahui.

• Mengemukakan analisis pencapaian manusia


dalam 8 domain yang berbeza untuk
mengukuhkan konsep kecerdasan pelbagai.
• Kecerdasan tersebut dapat dijadikan panduan
kepada guru dalam mendorong pembelajaran
murid serta merangsang murid untuk membina
masa depan mereka berdasarkan kelebihan
yang dimiliki oleh mereka.

• Ia juga dapat dimanfaatkan oleh guru dengan


menterjemahkannya dalam perlakuan
pembelajaran yang mendorong kerjaya murid.
• Teori pelbagai kecerdasan adalah konsep yang agak baru.

• Ia adalah amat sesuai digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Pendidkan Jasmani kerana
fleksibilitinya dalam cara pengendalian.

• Aktiviti-aktiviti yang dirancang dikendalikan di luar bilik darjah


dengan cara berstesyen dan murid-murid dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil semasa aktiviti perkembangan.

• Kandungan pengajaran atau situasi-situasi boleh diubah tahap


kesukarannya mengikut tahun pelajaran murid.
KEPENTINGAN
• Petunjuk kepada potensi murid.

• Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang


pengajarannya.

• Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut


lapan kecerdasan.

• Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar.

• Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.


• Mempelbagaikan cara penilaian.

• Menyokong pembelajaran bersepadu yang


menyeluruh selaras dengan FPK dan keperluan murid

• Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

• Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam


pengajaran dan pembelajaran.
DOMAIN KECERDASAN PELBAGAI
KECERDASAN LINGUISTIK
keupayaan menggunakan bahasa dengan berkesan

• Cth perlakuan
- membina pernyataan yang berpengaruh
sama ada secara lisan atau penulisan.
- berkarya atau berpuisi.
- berkeupayaan untuk memberikan makna
perkataan dengan jelas.
• Pilihan kerjaya
- penyair
- pemidato
- ahli politik
- wartawan
KECERDASAN LOGIKAL-MATEMATIK
(keupayaan menyatakan alasan secara logik, terutama dalam sains dan matematik

• Cth perlakuan
- Menyelesaikan masalah matematik dengan
pantas
- Membuktikan penyelesaian matematik
- Memformulakan dan menguji hipotesis sesuatu
fenomena yang diperhatikan
• Pilihan kerjaya
- Saintis
- Ahli matematik
KECERDASAN RUANG-VISUAL (SPATIAL)
(keupayaan untuk memperincikan sesuatu yang dilihat dan mengubahnya dalam bentuk objek visual

• Cth perlakuan
- Dapat mempersembahkan sesuatu visual melalui objek
- Keupayaan menerima dan menggambarkan visual alam
sekitar dengan tepat
- Penuh imaginasi dan kreatif
• Pilihan kerjaya
- Pengukir
- Pelukis
- Arkitek
- Juruterbang
KECERDASAN MUZIK
keupayaan mencipta, menghayati dan menghargai muzik, peka
terhadap melodi dan tone

• Cth perlakuan
- Dapat bermain alat-alat muzik
- Mencipta lagu
- Melantunkan nada dan bunyi dengan baik
- Menghayati lirik dan menyampaikannya dalam
nada yang penuh penghayatan
• Pilihan kerjaya
- Penggubah lagu
- Penyanyi
KECERDASAN KINESTETIK
keupayaan menggunakan anggota tubuh dan
mampu mengawal dan menyeimbangkan objek

- Dapat menggunakan sepenuh atau sebahagian


anggota tubuh untuk menyampaikan maksud
- Cekap membaca dan mengenal pasti pergerakan
tubuh
- Berupaya untuk mengimbangi antara objek dengan
mental
• Pilihan kerjaya
- Penari
- Ahli gimrama
- Peninju
- Pemain badminton
KECERDASAN INTERPERSONAL
keupayaan memahami diri dan orang lain

• cth perlakuan
- Mudah bergaul dan berinterkasi dengan orang lain
- Mampu bekerjasama dengan orang lain
- Menggunakan pelbagai cara untuk berhubung
dengan orang lain yang mempunyai pelbagai ragam
- Mudah menyesuaikan diri
- Memahami kehendak orang lain
• Pilihan kerjaya
- Guru
- Jururawat
- Jurujual
- Doktor
- Pemimpin
- Pengacara
KECERDASAN INTRAPERSONAL
keupayaan mengenal diri sendiri
• Cth perlakuan
- Mampu menilai dan mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan diri
- Ada prinsip tersendiri
- Bersendirian
- Menggunakan pengetahuan sendiri untuk
berhubung dengan pihak lain
• Pilihan kerjaya
- Penulis
- Kaunselor
- Ahli falsafah
KECERDASAN NATURALIST
keupayaan mengenal pasti bentuk, pola dan corak semula jadi

• Cth perlakuan
- Mampu mengenal persamaan dan perbezaan
pelbagai sumber semula jadi
- Sensitif terhadap alam sekitar seperti unsur flora
dan fauna
- Gemar akan aktiviti luar sperti berkebun,
memelihara haiwan, treking
• Pilihan kerjaya
- Ahli kaji hayat
- Zoologist
- Perancang bandar
- Ahli geologi
- Pendaki gunung
PENGAPLIKASIAN KECERDASAN
PELBAGAI GARDNER
LINGUISTIK
• APLIKASI
- Bagaimana saya dapat mendorong murid saya
melahirkan perasaan dan pengalaman mereka
melalui lisan dan penulisan?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Bawa murid anda ke luar bilik darjah
- Bincangkan keindahan setiap elemen alam semula
jadi ciptaan Tuhan dengan memfokus pada sifat-
sifatnya dan kepentingan kepada manusia
- Minta murid melahirkan perasaan mereka
terhadap keindahan alam semula jadi dalam
bentuk lisan (perbincangan, nyanyian, syarahan)
atau penulisan (karangan, puisi atau cerita)
LOGIKAL-MATEMATIK
• APLIKASI
- Bagaimana saya dapat menggalakkan murid
saya membuktikan dan menjelaskan nombor,
logik dan klasifikasi terhadap sesuatu idea?
- Bagaimana saya dapat menggunakan nombor,
logik dan klasifikasi untuk membuktikan
sesuatu idea?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Minta murid anda mengumpulkan maklumat
berhubung binatang peliharaan rakan-rakannya:
 binatang yang paling disayangi
Jumlah yang dipelihara
Perbelanjaan sebulan untuk binatang tersebut
Makanan kesukaan binatang
- Murid diminta untuk menganalisis jenis binatang
peliharaan yang paling disukai oleh kelas.
- Murid melukis graf untuk memaparkan jenis
binatang peliharaan yang paling popular dan
yang kurang popular
- Murid menjumlahkan perbelanjaan yang
paling tinggi dan yang paling kurang
RUANG-VISUAL (SPATIAL)
• APLIKASI
- Bagaimanakah saya dapat mendorong murid
visualkan, lukiskan dan konseptualkan ruang-
visual?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Sediakan aktiviti bermain logo dan minta
murid anda membina sebuah objek daripada
susunan logo
- Daripada objek binaan itu, minta murid anda
melukis pelan untuk menambah baik objek
binaannya itu
MUZIK
• APLIKASI
- Bagaimanakah saya dapat mendorong murid
menggunakan bunyi-bunyian alam semula jadi
(deruan ombak, air terjun, desiran angin,
kicauan burung) dan menggunakannya untuk
mencipta ritma dan melodi?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Anjurkan pertandingan mencipta lagu antara
kumpulan dengan menggunakan apa-apa
sahaja peralatan yang boleh diperoleh oleh
murid (kayu, tempurung, timba, buluh, botol,
air, daun)
- Dengan diiringi bunyian/muzik tersebut,
mereka boleh diminta untuk menyanyi
KINESTETIK
• APLIKASI
- Bagaimanakah saya dapat mendorong murid
saya menggunakan anggota tubuh badan
mereka untuk memperoleh pengalaman
dalam aktiviti drama tari?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Murid mengambil bahagian dalam drama tari
dengan menggunakan selendang,
mengayunkan badan mengikut irama dan
pergerakan lembut selendang
- Dalam pelbagai pergerakan dan kedudukan,
selendang menjadi alat yang menonjolkan
kelembutan pergerakan badan
INTERPERSONAL
• APLIKASI
- Bagaimanakah saya dapat menggunakan
aktiviti pembelajaran koperatif untuk
menggalakkan murid saya memperkembang
kemahiran berinteraksi antara mereka?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Rancang pembelajaran berasaskan projek
yang bertemakan “semangat kejiranan di
tempat tinggal anda”.
- Murid diminta untuk mengumpulkan
maklumat tentang jiran yang paling
berdekatan dan menulis biografi tentang jiran
tersebut
- Setiap penulisan projek perlu dikepilkan
dengan gambar-gambar jiran
- Murid diminta untuk merakamkan
perbualan /temubual mereka bersama-sama
jiran tersebut
INTRAPERSONAL
• APLIKASI
- Bagaimana saya dapat menyedarkan murid
saya tentang keupayaan mereka dan
menyedarkan mereka tentang diri mereka
sebagai seorang pelajar?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Secara individu, dengan menggunakan borang
grafik, murid menyenaraikan ciri kekuatan,
kelemahan dan potensi/bakat di dalam dirinya
- Murid didorong untuk membuat renungan
kendiri ke arah masa depannya, sama ada
kejayaan atau sebaliknya dengan
menggunakan kekuatan/kelemahan yang ada
- Murid menulis perjanjian dengan dirinya
untuk memperbaiki kelemahan yang ada
dengan menggunakan segala kekuatan yang
dimilikinya.
NATURALIST
• APLIKASI
- Bagaimanakah saya dapat mendorong murid
saya untuk membezakan sesuatu objek dan
mengklasifikasikan setiap satu daripadanya?
• AKTIVITI DALAM P&P
- Bawa murid ke suatu kawasan yang dipenuhi
dengan pokok (taman botani, hutan simpan)
- Murid diminta untuk memerhati setiap pokok
yang berdekatan dengannya
- Murid diminta untuk mengenal pasti
perbezaan setiap bentuk pokok (batang,
ranting)
- Murid melukis 3 jenis pokok yang mempunyai
ciri yang berbeza dan membuat buku skrap
dengan menampal daun, ranting dll.
- Murid didorong untuk membuat kesimpulan
bahawa walaupun pokok kelihatan sama,
tetapi masih banyak ciri yang berbeza
MODEL KECERDASAN EMOSI
GOLEMAN
DEFINISI
• Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu
keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang
lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan
emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang
lain.

• Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba


menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada
kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap
kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.
KONSEP
• Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi,
Goleman (1995) membahagikan kecerdasan emosi
kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen
yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua
komponen berbentuk kompetensi sosial.

• Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi


diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri,
memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang
lain dan membina hubungan.
KOMPONEN-KOMPONEN
MENGENALI EMOSI DIRI SENDIRI
• bertujuan agar seseorang itu dapat merasai
apakah keadaan emosinya pada waktu itu
berupaya untuk membuat keputusan yang
rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta
mempunyai keyakinan diri sendiri yang kukuh.

• Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialah


kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri
dan keyakinan kendiri.
KEBOLEHAN MENGATUR EMOSI SERTA KEUPAYAAN
MENANGANI KEHIDUPAN DAN PSIKOLOGI DIRI SENDIRI
DENGAN LEBIH TERKAWAL
• Terdapat lima subkompetensi iaitu kawalan kendiri,
amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi.

• Bagi Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat


mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan dapat
menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai
matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat
mengawal sesuatu keinginan yang mendesak.
• Peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat
membantu seseorang mengawal perasaan
kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari
melakukan tingkah laku yang tersasar.

• ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi


ke arah yang lebih positif setelah berhadapan
dengan sesuatu ujian atau halangan.
KEUPAYAAN UNTUK MENGGERAKKAN DAN MENDORONG
DIRI SENDIRI UNTUK BERTINDAK/MOTIVASI

• Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan iaitu


dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme.

• Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya


untuk bertindak, mengambil inisiatif dan berusaha ke arah
pencapaian matlamat hidup.

• Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk meningkatkan


diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari
kegagalan.
EMPATI
• empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang
orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik
dengan setiap lapisan masyarakat.

• Selain itu, kanak- kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat
memahami perasaan teman yang sedang menangis.

• Keupayaan dan kemahiran sedemikian boleh membantu seseorang


mewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang.

• Kemahiran ini dapat memberikan panduan kepada seseorang


mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusuli
kemudian.
KEMAHIRAN SOSIAL
• Melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan
dan membina hubungan sosial yang baik.

• Seseorang yang cerdas dikatakan berupaya


mengurus dan memahami situasi serta emosi
orang lain dengan tepat.

• Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang


berinteraksi dengan baik.
• Kebolehan juga membolehkan seseorang mempengaruhi dan
merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik.

• Kemahiran ini juga untuk mengurus perhubungan antara


perseorangan melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana
untuk menyesuaikankannya semasa membina perhubungan
dengan orang lain.

• Terdapat lapan subkompetensi yang mewakili kompetensi ini iaitu


pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan,
pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan
keupayaan berkumpulan.
DIMENSI-DIMENSI
• Goleman merangkumkan beberapa elemen
kepada empat dimensi iaitu dua kompetensi
emosi atau personal dan dua kompetensi sosial.

• Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh


seseorang yang mempunyai kecergasan emosi
dan menggunakannya mengikut masa yang
sesuai.
4 DIMENSI
• Kesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap kesedaran
emosi kendiri, ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan.

• Pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan kendiri, amanah,


berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif.

• Kesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan


orientasi perkhidmatan.

• Kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama dan


berkumpulan, membantu rakan, kepimpinan, pengaruh,
komunikasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik dan
menjalinkan hubungan.
KESIMPULAN MODEL GOLEMAN
• Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model
kecerdasan emosi yang diutarakannya merupakan satu
model psikologi yang positif kerana ia dapat
membantu menyelesaikan banyak masalah dalam
kehidupan seharian.

• Model tersebut juga menjanjikan satu agenda


sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum
mekanisme psikologi yang lebih luas dalam kehidupan,
pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.
APLIKASI TEORI KECERDASAN
PELBAGAI DAN KECERDASAN
EMOSI DALAM P&P
Visual-Ruang
• Pergerakan imaginasi - pelajar melakukan aksi
atau gaya haiwan seperti ayam, burung,
lompat kanggaru dan lain- lain.
Kinestetik
• Manipulasi alatan- menggunakan bahan bantu
mengajar iaitu “baton” dalam aktiviti
perkembangan.

• Lakuan dalam aktiviti- pelajar melakukan aktiviti


regangan anggota badan

• Kemahiran- pelajar melakukan teknik hantaran


dan terima baton
Interpersonal
• Kerja kumpulan- pelajar melakukan aktiviti
secara berpasangan dan berkumpulan

• Interaksi- pelajar perlu berkomunikasi dengan


rakan semasa melakukan aktiviti hantaran dan
terima baton.
Muzik
• Pergerakan berentak- pelajar melakukan
aktiviti menyejukkan badan mengikut muzik

• Menyanyi- pelajar menyanyi bersama-sama


guru semasa aktiviti menyejukkan badan
Kesedaran Kendiri
• Keyakinan kendiri
Kemahiran sosial
• Bekerjasama dan berkumpulan

• Membantu rakan

Anda mungkin juga menyukai