Anda di halaman 1dari 18

Masalah Bahasa Kanak-kanak

Autisme

Hasimie Bin Jakir


Saidi Bin Ismawi
Samai Empera Lee
Definisi Autisme
• Autisme adalah ketidakupayaan yang rencam
yang pada kebiasaanya kelihatan pada masa
kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga
tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada
kecelaruan neurologikal yang menggangu
fungsi otak.
• Istilah autisme berasal dari perkataan autos
yang bermakna diri sendiri dan isme yang
bermaksud aliran.
• Ini bermakna autisme membawa maksud
kanak-kanak yang berada dalam dunianya
sendiri.
• Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-
kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik,
mementingkan diri dan berkemungkinan besar
keciciran dalam pelajaran.
• Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme
ada masalah terencat akal, tetapi melalui
pendidikan sewajarnya mereka mampu
memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih
berjaya daripada individu normal.
• Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi
misteri kerana tiada siapa tahu apa yang
bermain dalam fikiran mereka, khususnya
apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama
ada tidak mengendahkan orang lain, asyik
mengulangi perkara sama atau melakukan
perkara yang boleh mencederakan diri.
• Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang
dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi,
emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain
serta menunjukkan tingkah laku terhad dan
berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan
perangai.
• Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di
Malaysia mengalami masalah ini dan statistik
menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk
negara kita menghidap autisme.
Ciri Ciri Budak Autisme
1. Tidak mampu bersosial
2. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
3. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan
perlakuan
4. Masalah tingkah laku
Tanda Dan Gejala
• Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3
faktor utama :
1. Komunikasi
 Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
 Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh,
kurang pergerakan anggota badan.
 Kurang cerdas semasa bermain
 Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan
orang lain
2. Tindak balas sosial
 Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
 Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
 Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman
dengan orang lain
 Suka bermain sendirian
• Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan
aktiviti
– Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti
bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan
dan belakang, menganguk kepala
– Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja
seperti tayar kereta mainan
– Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam
persekitaran
– Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Perkembangan bahasa
• Kanak-kanak autistik lemah dalam
menghasilkan pertuturan yang nonsegmental
atau dikenali sebagai prosodi. Kelainan
prosodi yang ditunjukkan adalah seperti
berikut :
Kelainan Prosodi
– Irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan
bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan
– Pengeluaran bunyi vokal yang berubahubah turun
naiknya dan tidak seperti biasa.
– Pertuturan yang monotous dengan nada suara
yang terhad.
– Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi
dalam percakapan.
Bahasa Indiosinkratik
• Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa
mereka yang tersendiri, iaitu perkataan dan frasa yang
dikeluarkan adalah unik.
• Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan
proses semantik yang ganjil dan kekurangan
kefahaman.
• Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-
perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi
gagal membuat generalisasi untuk menggunakan
perkataan tersebut dalam situasi yang baru.
Masalah kata ganti nama
“Pronoun reversal”
• Penggunaan kata ganti nama dalam
pertuturan kanak-kanak autisme kerap
menimbulkan kekeliruan terutamanya yang
melibatkan rujukan jantina seperti “he” atau
“she”.
• Menyebut ‘awak’ atau ‘kamu’ merujuk kepada
diri sendiri
• Menyebut ‘saya’ merujuk padaorang lain.
Ekolia
• Immediate echolalia
– Contoh : Guru kata “Apa yang kamu buat
semalam?”
– Murid ulang “Apa yang kamu buat semalam?”
• Delayed echolalia
– Contoh : Semasa membuat kerja tiba-tiba murid
menyebut “Apa kena dengan kamu?”
• Mitigated echolalia
– Contoh : Guru kata “Apa yang kamu buat
semalam?”
– Murid ulang “Semalam”
Rawatan
• Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini
diperlukan untuk :
i. Membaiki kemahiran sosial
ii. Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal
pasti kelakuan mereka
iii. Menambah baikkan komunikasi verbal dan non
verbal
iv. Membantu keluarga mengendalikan masalah ini
dengan jayanya.
• Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism
tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat
mengawal gejala-gejala yang timbul
disebabkan autism seperti:
– Kelakuan ganas
– Hiperaktif
– Kebimbangan yang mungkin timbul

Anda mungkin juga menyukai