Anda di halaman 1dari 3

APA yang ingin dibuktikan kumpulan remaja yang memperjudikan nyawa sendiri di litar lumba haram

setiap malam terutama di hujung minggu?


Apakah kepuasan yang mereka cari? Adakah habuan wang, sorakan penonton atau bermalam di
lokap.Cuma yang nyata, setiap malam minggu di laluan tertentu di ibu kota pasti bingit dengan deruman
motosikal serta aksi gila penunggangnya yang langsung tidak mempedulikan nyawa sendiri atau orang
lain.Golongan Mat Rempit tidak pernah serik, walaupun ditahan polis, terbabit dalam kemalangan, dijatuhi
hukuman oleh mahkamah atau melihat rakan ‘seperjuangan’ maut di depan mata.Mereka terus mahu
menjadi raja di jalan raya dan terus angkuh memperlihatkan aksi akrobatik seperti dirasuk syaitan.
Sesetengah daripada mereka pula mengambil dadah jenis syabu bagi menimbulkan perasaan berani
malah diperoleh dengan mudah daripada penaja lumba haram.Paling menyedihkan, golongan berani mati
ini terdiri daripada remaja masih bersekolah hinggalah remaja berusia awal 20-an yang bakal menerajui
negara.Kegilaan itu berlaku hampir di semua negeri di negara ini. Sama ada di kawasan bandar hingga
ke kampung, suasana hening malam minggu bising dengan deruman motosikal.Di Negeri Sembilan
contohnya, Jalan Senawang-Paroi yang dikenali sebagai ‘Litar Seri Pagi’ menjadi pilihan utama kumpulan
Mat Rempit untuk menunjukkan aksi gila dan bahaya terutama pada malam minggu.Malah keadaan jalan
yang lurus itu turut dikatakan menjadi ‘litar utama’ sejak kebelakangan ini, selain dapat menghimpunkan
ratusan kaki rempit.Tinjauan mendapati kira-kira 100 remaja berusia belasan dan awal 20 tahun terutama
pekerja kilang menjadikan laluan itu sebagai tempat lepas gian untuk berlumba dan menunjukkan
kehebatan masing-masing.Walaupun polis kerap menjalankan operasi di laluan itu, namun Litar Seri Pagi
tetap menjadi pilihan Mat Rempit.
Apa yang membimbangkan, kegiatan itu dikatakan bukan saja disertai pekerja kilang dan penganggur
malah pelajar sekolah dan penghantar cepat turut terbabit melepaskan gian memecut.Walaupun pihak
berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sering membuat pemantauan dan operasi
namun golongan ini tidak pernah gentar.Lebih membimbangkan, kegiatan curi motosikal bagi
mendapatkan komponen dan jentera lumba bagi diubahsuai semakin menjadi-jadi.Seperti berpegang
kepada matlamat menghalalkan cara, ada antara mereka bertindak agresif memecah masuk ke
perkarangan rumah untuk mencuri motosikal.Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan semua pihak
bermula daripada kerajaan sehingga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sering mengambil tindakan
proaktif untuk membendung dan menyedarkan belia mengenai bahaya perilaku itu.
Statistik kematian membabitkan penunggang motosikal sepanjang tahun lalu juga menakutkan apabila
mencatat 57.9 peratus berbanding 20 peratus pemandu kereta dan 9.7 peratus pejalan kaki.Seksyen 42
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 turut memperuntukkan kesalahan lumba haram kali pertama boleh
dijatuhkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda maksimum RM15,000 atau kedua-duanya
manakala jika melakukannya buat kali kedua penjara maksimum 10 tahun dijatuhkan dan denda
RM20,000 atau kedua-duanya sekali.Malah, penonton lumba haram serta penaja juga boleh dikenakan
hukuman berat menerusi pindaan Seksyen 81 APJ.
Mudah-mudahan dengan pemgemblingan semua pihak dalam menangani gejala ini akan akan
menghapuskan apa yang dikatakan "Mat Rempit"
ESAN KRONISME DAN NEPOTISME KEPADA MASYARAKAT 
Istilah ³Kronisme´ diambildariperkataanInggeris³ crony ´ yang
membawa maksud konco , sahabat ,teman atau kakitangan.Nepotisme
juga berasal dari perkataan Inggeris ³nepotism´ yang bermaksud pilih
keluarga atau yang ada hubungan persaudaraan.BudayaKronisme dan
Nepotisme boleh diertikan sebagai mengutamakan sahabathandai, ³klik´,
ahli keluarga atau yangmempunyai talian persaudaraan dalam sesuatu
urusan dan pekerjaan yang hendak dilakukan. Antara punca amalan
kronis medan nepotisme ini berlaku ialah kerana hendak menjaga
hubungan persahabatan atau persaudaraan yang telah sedia terjalin.Pihak
pengurusan sudah semestinya bimbang akan perkara ini kerana ia
kadangkala boleh memutuskan hubungan tersebut. Terdapat pelbagai
kesan daripada budaya ini.Kesan pertama ialah sesuatu pekerjaan itu
tidak dapat dilakukan dengan cemerlang kerana criteria utama dalam
pemilihannya ialah kerana ada hubungan persahabatan atau
persaudaraan dengan pihak pengurusan.Kesan seterusnya ialah orang-
orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut akan diabaikan
kerana budaya negative ini.Ini akan menyebabkan mereka akan hilang
minat untuk memberikan sumbangan yang terbaik dalam organisasi
tersebut. Selain daripada itu, budaya ini juga boleh melonggarkan
hubungan antara staff atau kakitangan yang terbabit.Hasil kerja sesuatu
organisasi juga akan terjejas sekiranya ia dilakukan oleh orang-orang
yang tidak berkelayakan.Sesebuah organisasi itu akan kehilangan
tenaga-tenaga pakar dan professional dan seterusnya akan mengganggu
kelancaran organisasi tersebut.Tindakan mereka ini juga akan
mendorong pekerja-pekerja lain untuk mengamalkan budaya nepotisme
dan kronisme ini.Kesan seterusnya ialah,budaya nepotisme dan
kronisme boleh mendatangkan rasa tidak puas hati seseorang pekerja
yang berkemampuan kepada majikan yang pilihkasih.

Alam pekerjaan merupakan suatu alam yang mencabar


seseorang.Seseorang pekerja itu perlu menguasai dan mendalami
kemahiran-kemahiran tertentu sebelum melangkah kealam
pekerjaan.Teori-teori yang diperolehi semasa menuntut di kolej atau
universiti adalah tidak memadai jika tidak disertai dengan kemahiran-
kemahiran untuk membolehkannya menjadi seorang pekerja yang cekap
dan berjaya. Oleh itu, budaya nepotisme dan kronisme patut dibendung
untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti

Anda mungkin juga menyukai