Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI TEMUBUAL

Temubual didefinisikan sebagai interview atau wawancara. Dalam erti kata lain, Ia adalah suatu
percakapan yang diarahkan pada suatu masa tertentu. Ia adalah soal jawab yang dikemukakan
secara lisan (contohnya diutarakan dalam bentuk laporan kajian akademik). Lazimnya, temubual
berlaku kepada dua pihak, pihak pertama iaitu interviewer (penemubual) atau information
hunter. Pihak kedua pula bertindak sebagai informan (penyalur maklumat). (Kartono, 1980,
hlm. 171) (Bailey, 1984, hlm. 289).

JENIS –JENIS TEMUBUAL


Temubual ini dikategorikan kepada beberapa jenis, seperti berikut : (Kartono, 1980, hlm.174)
1. Temubual tidak terpimpin
2. Temubual terpimpin (structural interview / Controlled interview)
3. Temubual bebas (terpimpin)
4. Temubual perseorangan atau peribadi (personal)
5. Temubual berkelompok
6. Bebas bercakap
7. Diskusi atau perbincangan

ETIKA DALAM TEMUBUAL


Dalam melaksanakan Temubual, seorang penemubual perlu mematuhi etika-etika yang tertentu
seperti yang diterangkan dibawah ini :
1. Seorang penemubual perlu berkemahiran dalam berinteraksi (Oppenheim, 1966, hlm. 65)
misalnya apabila bertemu dengan respondan/informan buat pertama kalinya, pengkaji
hendaklah memperkenalkan dirinya dengan sikap rendah diri. Kemudian, penerangan
tujuannya datang dan dari institusi mana. (Ahmad Mahdzan Ayob, 1984).
2. Dekatilah informan secara beransur-ansur untuk menimbulkan suasana persaudaraan dan
suasana perkenalan. Ini adalah untuk membuat responden merasa selesa dan tenang
(Ahmad Mahzan Ayob, 1984) (Oppenheim, 1966, hlm.65)
3. Bantulah responden supaya merasa lega, senang dan selesa dengan kata-kata manis yang
ikhlas
4. Berilah peluang kepada informan untuk menyudahkan cakapnya. Jgn menggesa-gesa
informan, berilah masa yg cukup untuk menjawab.
5. Berusahalah bersungguh-sungguh utk menerangkan soalan yg kurang tenang; jangan
menanya solan yg boleh menyinggung peribadi, yang tidak ada hubungan dengan
matlamat kajian.
6. Pengkaji hendaklah bersikap lurus dan jujur
7. Dengar segala percakapan informan dengan sabar dan mulakan yg manis tetapi secara
kritis
8. Jangan bersikap sebagai guru yang mengajar atau yang suka menunjukkan kuasanya;
jangan tunjuk pandai.
9. Jangan suka memberi nasihat yang tidak diminta oleh informan
10. Jangan membincang tentang politk atau agama melainkan jika informan memulakannya
dan temuramah pun sudah selesai
11. Jangan bertengkar dengan informan
12. Dengar bukan saja kepada apa yg hendak dicakap oleh responden tetapi cuba juga
bersikap terbuka ke atas perkara yg susah hendak dicakapkan oleh informan tanpa
pertolongan pengkaji
13. Jangan dibincangkan implikasi jawapan yang telah diberikan oleh informan

Bailey (1984) mengutarakan beberapa kebaikan dan kelemahan kajian temubual:


Kebaikan kajian temubual

1. Tingkah laku bukan ‘verbal’.


Penemubual boleh memerhatikan tingkah laku bukan ‘verbal’ dan menilai kesahihan
jawapan yang diberikan informan.

2. Kawalan terhadap persekitaran


Penemubual boleh menyelaraskan persekitaran temubual dengan memastikan temubual
itu dilakukan secara sendirian, suasana yang senyap dan sebagainya

3. Susunan soalan
Penemubual dapat mengawal susunan soalan dan dapat memastikan supaya informan
menjawab soalan-soalan mengikut susunannya.

4. Kespontanan
Penemubual dapat mencatatkan jawapan secara spontan. Responden tidak berpeluang
menarik balik jawapannya yang pertama dan menulis jawapan yang lainseperti yang
dilakukan dalam soalselidik. Jawapan yang spontan mungkin lebih banyak mengandungi
maklumat dan tidak normatif seperti jawapan semasa responden mempunyai masa untuk
memikirkannya.

Kelemahan temubual

1. Perbelanjaan
Kajian temubual melibatkan perbelanjaan yang besar. Kajian-kajian yang lebih kompleks
memerlukan pentadbir, pengawas luar, penemubual dan mungkin juga kaki-tangan
perhubungan awam. Tambahan lagi, penemubual bukan saja mesti dibayar mengikut jam
mereka mengadakan temubual tetapi juga perbelanjaan semasa menjalani latihan dan
mereka juga mesti dibayar perbelanjaan perjalanan.

2. Masa
Biasanya masa untuk temubual adalah panjang dan mungkin penemubual terpaksa
berjalan berbatu-batu. Tambahan lagi, penemubual mesti memilih masa bila responden
berada di rumah untuk mengadakan temubual; kadang-kadang penemubual hanya boleh
menyiapkan satu ataupun beberapa temubual saja dalam satu hari walaupun masa sebenar
temubual itu secara relatifnya adalah singkat. Usaha menemubual boleh mengambil masa
yang panjang misalan selama 6 bulan terutama bagi bagi yang menggunakan sampel yang
besar atau bagi responden yang tidak berpusat dari segi geografi. Malangnya dalam
tempoh itu berbagai peristiwa boleh berlaku iaitu yang mungkin menjejaskan jawapan-
jawapan yang diterima.
3. Bias temubual
Penemubual mempunyai peranan penting iaitu memastikan bahawa semua soalan
dijawab dan responden memahami arahan dan soalan. Walaubagaimanapun kesilapan
boleh dilakukan oleh penemubual misalan jawapan yang diberikan responden telah
disalah ertikan oleh penemubual atau penemubual mungkin memahaminya tetapi
membuat kesilapan ketika mencatatkannya atau mungkin mencatatkan jawapan walaupun
responden gagal memberikan jawapan. Tambahan lagi, jawapan responden boleh
dipengaruhi melalui reaksinya terhadap jantina, ras, kelas sosial, umur, pakaian, rupa
fizikal dan cara pengucapan.

4. Tidak selesa
Daya pemikiran seseorang itu dapat dipengaruhi oleh factor-faktor seperti kelesuan,
tekanan, sakit panas dan kepadatan. Dalam situasi ini responden mungkin memberi
jawapannya yang tidak terfikirkannya secara bersungguh-sungguh kerana sewaktu
penemubual datang mungkin akan gangguan lain seperti anaknya menangis dan
sebagainya.

5. Susunan kata dalam soalan kurang selaras


Mungkin penemubual perlu menyiasat dengan teliti, merangka semua soalan yang sama
untuk responden yang berbeza atau mungkin mengemukakan soalan yang berlainan dari
responden yang berbeza. Meskipun kelonggaran ini boleh mendatangkan manfaat, ia
juga boleh merugikan sekiranya ia menyulitkan penyelidik untuk membandingkan
jawapan-jawapan responden.

TAJUK : SENI SILAT ASLI BRUNEI: PENYEBARANNYA KEPADA RAKYAT

Tujuan dan objektif kajian

Tujuan kajian adalah untuk mengetengahkan segala usaha-usaha yang telah dilakukan
dewasa ini untuk menyebarluaskan Seni Silat Asli Brunei kepada rakyat. Bagi menghasilkan
tujuan ini beberapa objektif akan dicapai, diantaranya ialah:

1. Mengetahui lebih dekat mengenai sejarah dan latarbelakang Seni Silat Asli Brunei di
Kampong Ayer.
2. Mengetahui dan memahami apa dia Seni Silat Asli Brunei termasuk fungsi dan
disiplinnya.
3. Melihat sejauhmana Silat Asli Brunei dimartabatkan dan diperagakan .

Contoh soalan-soalan temubual Silat

1. Menurut pengetahuan kita, bilakah sejarah silat Asli Brunei ini berkembang di Kampong
Ayer dan siapa gurunya?
2. Dari siapa kita mewarisi ilmu silat asli ini?

3. Apa yang menyebabkan kita minat dengan ilmu silat?

4. Sejak bila kita belajar silat Cakak Asli ini?

5. Silat Asli Brunei ada berapa jenis?

6. Adakah kita mengetahui asal usul bermulanya Silat Cakak Asli dan Kuntau?

7. Apa perbezaan silat cakak Asli dan Kuntau?

8. Jika pada zaman dahulu, apakah kedudukan silat Cakak Asli ini dan bilakah ia akan
dimainkan?

9. Kalau dulu di Kampong Ayer, dimana tempat latihan persilatan di adakan dan pada hari
apa?

10. Di dalam Silat Cakak Asli ada berapa rangkaian?

11. Dari segi pakaian, kenapa orang yang besilat menggunakan baju warna hitam?

12. Apakah pantang larang bagi orang yang mempelajari ilmu silat?

13. Di ketahui bahawa orang tua waktu dulu yang mahir dalam persilatan akan menurunkan
ilmu kebatinan kepada murid yang dipercayainya, apa saja ilmu yang diturunkan itu?

14. Seperti yang diketahui, jabatan Ko Kurikulum ada membuat perancangan untuk mengajar
atau menyalurkan Seni Cakak Asli kepada sekolah-sekolah, Apakah sebenarnya matlamat
nya?

15. Bilakah ia mula dirancang dan dilaksanakan?

16. Menurut Pendapat kita, apakah perlu silat Cakak Asli ini disebarkan ? kepada siapa ia
perlu disebarkan?

17. Setakat ini, bagaimana respon atau feedback dari pihak sekolah dan pelajar-pelajar?

18. Di zaman ini, banyak belia-belia yang mengikuti silat tapi majoriti dari mereka mengikuti
silat olahraga biasanya untuk pertandingan. Apa perbezaan silat asli dengan Silat
Olahraga?

19. Kenapa mereka lebih berminat pada silat olahraga?

20. Bagi pandangan kita, bagaimanakah kedudukan silat Cakak Asli pada masa kini
memandangkan banyak saingan seni mempetahankan diri dari luar?
21. Menurut pendapat kita apakah fungsi Silat Cakak Asli ini sebenarnya, adakah ia hanya
untuk bela diri atau hanya semata-mata untuk mempertahankan warisan bangsa?

22. Menurut pendapat kita, bagaimana cara untuk menarik minat belia-belia kita untuk
turutserta dalam seni silat terutama Cakak Asli?

CHECKLIST
Jadual Kajian : Warisan Kebudayaan Kampong Ayer
Tarikh Masa Aktiviti Tanda

Sabtu 8.00am Membuat kajian


perpustakaan.
8 Ogos 09

Rabu 10:44 am Menemubual Pg Haji


Mohamed bin Pg Haji
12 Ogos 09 Ludin di Kampung
Mata-Mata Gadong

Khamis 2.00pm Membuat tembubual


dengan Hj Ahmad bin
20 Ogos 09 Timbang

Jumaat 12:21 Meriki-riki di


Kg.Ayer untuk kajian
21 Ogos 09 Silat.

Rabu 10:45 am Pusat Sejarah mencari


bahan rujukan.
26 ogos 09

Sabtu 9:00 am Menemubual Pg Haji


Jaludin bin Pg Haji
29 Ogos 09 Salleh.

12:00pm Menemubual Hj
Aslan Hj Tengah

Rabu 9.45am Menghantar surat ke


Ko-kurikulum dan
2 September 09 membuat perjanjian
temubual.

Ke Stadium Hassanal
10.40am Bolkiah bertemu-bual
dengan Pg Haji Daud.

Khamis 9.02am Temubual bersama


dengan Haji Abd Razak
3 September 09 bin Hj Md Dali

Sabtu 9:00 am Temubual bersama Pg


Hj Daud di Kompleks
5 September 09 Sukan Menglait
Checklist – Warisan Kebudayaan Kampong Ayer

Pekara Lokasi Tanda

Peruntukan Kewangan yang diperlukan –


Perbelanjaan minyak kenderaan, Saguhati
untuk informan dan pembukuan.

Barang kelengkapan untuk menemubual para


informan – Tape recorder, tape, recorder device,
battery, camera, buku catitan,

Kajian Perpustakaan Perpustakaan UBD, Dewan Bahasa dan Pusat


Sejarah.

Nama-nama informan yang ditemubual

 Pg Hj Mohamed bin Pg Hj Ludin Kg.Mata-Mata Gadong

 Pg Hj Jaludin bin Pg Hj Salleh Kg.Lambak Kiri

 Pg Hj Daud bin Pg Hj Salleh Stadium Haji Hassanal Bolkiah

 Hj Abd Razak bin Hj Md Dali Ko-Kurikulum

Kg.Peramu
 Hj Ahmad bin Timbang

Pengumpulan Data

Perbincangan bersama

Menghantar Surat kajian Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum

Penyediaan soalan-soalan temubual


BIBLIOGRAFI

A.N Oppenheim, Questionnaire Design, Interviewing and Attitude Measurement, Continuum,


London and New York, 1966

Koentjaraningrat, Metode-Metode Penelitian Masyarakat, Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia,


Jakarta, 1973

Floyed J. Fowler, Jr. Survey Research Methods, SAGE Publications, United State, 1984

Dra. Kartini Kartono, Pengantar Metodologi Research Sosial, Alummi, Bandung, 1980

Kenneth D. Bailey, Kaedah Penyelidikan Sosial, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1984