Anda di halaman 1dari 1

Isu 1.

Remaja dan Kesalahan Juvana Penglibatan golongan remaja dalam masalah


juvana • Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud
yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh
diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan "tanggungjawab jenayah". •
Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun 1997-1998,
685 kes, bulan Januari-Mei 1999, 121 kes. Manakala jumlah tangkapan terhadap
golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang.
Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang
membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi
tempoh tahun 1997 (326 orang), manakala pada tahun 1998 (439 orang), dan antara
bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang). • Kesalahan jenayah yang amat ketara
dilakukan oleh golongan remaja ialah kesalahan yang melibatkan jenayah harta benda
(80 peratus), misalnya mencuri kenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A).
Jumlah keseluruhan tangkapan dalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes
(Jan.-Mei 1999). Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja
yang pernah tertangkap mengulang melakukan jenayah yang sama. • Keseluruhan
tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yang melibatkan kes kecurian
kenderaan bagi tempoh 1997 hingga Mei 1999 adalah sebanyak 447 orang. Dari segi
perbandingan, pada tahun 1997 kes siasatan yang dijalankan berjumlah 269, manakala
tangkapan yang dapat dibuat pula berjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes
siasatan adalah 416, manakalah jumlah tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan
sebanyak 147 kes siasatan, 54.6 peratus. • Kecurian motosikal melibatkan pelajar
sekolah dari tingkatan satu hingga empat. Sesetengah mereka mencuri untuk main-
main sahaja, sesetengahnya memang untuk mendapatkan lebih wang saku dengan
menjual bahagian- bahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya
dalam hidup mereka. Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap,
melakukan jenayah ini lagi setelah dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibu bapa. •
Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupan anak-
anak. Ibu bapa mesti bersikap tegas mengawal disiplin anak. Baru-baru ini berlaku
peristiwa dua kumpulan pelajar semasa makan-makan di medan selera di kawasan
Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut nyawa dua orang pelajar daripada
satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya cuma kerana tindakan ejek-mengejek
antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain disebabkan kehadiran perempuan. .
Didapati salah satu kumpulan meminta bantuan samseng. Dalam siasatan lanjut
terhadap gadis-gadis yang ada