Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM LINUS

Rabu, 10 Februari 2010 09:01 | Author: Admin |

Program Saringan

Literasi dan Numerasi

(Literacy and Numeracy Screening)

PROGRAM LINUS

LATAR BELAKANG

* Satu daripada National Key Result Area (NKRA)

“semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”.

(NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)

* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort
Pertama).

* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui


usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

Rasional

* Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan
khas di sekolah masing-masing.

* Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk
murid Tahap II.
* PROTIM selepas UPSR.

Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai
kemahiran asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah
melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA.

* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M
dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius
kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko
keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid
yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran
asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi
(LINUS).

Matlamat LINUS

- Celik huruf

- Celik nombor

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.

Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3):

Saringan 1 (Mac)

Saringan 2 (Jun)

Saringan 3 (September)

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan
kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan.

Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.