Anda di halaman 1dari 2

Keuntungan Belanja Makan

Bagaimana hendak memahirkan suatu perkara dengan cepat?


Biasanya untuk mahir sesuatu perkara dengan cepat adalah
melalui seminar. Tetapi kos untuk menghadirinya seminar
tersebut biasanya mahal.

Salah satu tips lain adalah dengan mengajak pakar atau kawan
anda yang berjaya dalam bidang tersebut
untukberjumpa. Belanja dia makan tengah hari. Tips ini diberi
dan dikongsi oleh Robert Kiyosaki. Katanya kaedah paling
cepat untuk mahir dalam sesuatu bidang adalah ajak pakar
tersebut makan atau minum.

Mereka sememangnya tidak kedekut untuk berkongsi ilmu.


Lagipun itu merupakan tajuk kegemaran mereka. Lebih-lebih
lagi dapat berjumpa dengan orang lain yang mempunyai
kegemaran yang sama. Sudah tentu mereka lagi bersemangat
untuk berkongsi.

"Cari seorang yang pernah melakukan apa yang mahu anda


lakukan. Belanja dia makan tengah hari. Minta petua atau
sedikit maklumat daripadanya tentang perniagaan." Robert
Kiyosaki

Jika anda ingin mahir dalam dunia saham. Carilah pakar yang
mahir dalam bidang tersebut yang boleh diajar keluar.
Seseorang yang telah berjaya menjana keuntungan seperti
yang anda inginkan. Saya pasti kefahaman tentang saham dan
perspektif anda tentang pelaburan ini turut berubah.

"Owh tak sangka ya dengan bermain saham sahaja boleh jadi


jutawan."

Begitu juga dengan jika anda ingin melabur dalam hartanah.


Ajaklah kenalan yang sudah berjaya dalam bidang ini. Saya
pasti mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan anda.
Itu sememangnya kegemaran mereka. Mereka tidak kedekut.

" Wah. Rupanya tanpa modal juga kita boleh memiliki


hartanah."

'Lepak' dengan cara ini telah membantu Robert berjaya dalam


kewangan. Mengapa tidak kita ikut sahaja tips beliau. Tidak
kira dalam bidang apa pun. Hatta dalam bidang pembelajaran.
Tips belajar dan lain-lain.

Tentu ramai berkata, "Alamak kena belanja ni."

Hai! Kos RM1.50 untuk secawan milo ais. Tambah makanannya


yang dipesan adalah nasi goreng daging merah yang berharga
RM4.50. Jumlah keseluruhannya RM6.00. Memang banyak.

Fikirkan ianya semula. Apa salahnya mengeluarkan RM6.00


untuk mendapatkan sekolompok ilmu? Ilmu tersebut lebih
bernilai daripada RM6.00. Ilmu yang akan membantu anda
lebih berjaya. Jadi siapakah yang untung?

*Ini seakan-akan sama dengan lepak. Tetapi ia berbeza dengan


'lepak' yang sebenar. Lepak yang sebenar anda berbual
kosong dan tidak bertujuan. Tetapi lepak yang sedang dibuat
oleh anda sekarang ini adalah 'lepak ilmuan'!

Selamat beramal!