Anda di halaman 1dari 3

Lalat Yang Disebut Dalam Al-Quran

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah


olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu
seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor
lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya.
Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah
mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat
lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang
disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan
sebenarbenarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar
Mahakuat lagi Mahaperkasa.” (Surah Al-Hajj, 22: 73-74)

Hikmah Pertama

Pernahkah kita berfikir sejenak hikmah penciptaan seekor lalat yang dianggap jijik oleh manusia? Cerita
lalat bukan suatu hikayat baru, lalat pernah mewarnai kisah sejarah yang tercatit dalam lembaran Al-Quran
mulia. Buktinya? Ayuh perhatikan kalam Agung ini:

‫ن‬ ‫إ‬ ‫ۥ‬


ۤ ‌ ۚ ‫ه‬ َ ‫ل‬ ْ ‫ا‬ ‫عو‬ ‫م‬ ‫ت‬‫س‬ ۡ ‫ٱ‬ َ ‫ف‬ ٌ
‫ل‬ ۬ َ ‫ث‬‫م‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫ض‬ ‫س‬ ‫نا‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ها‬ ‫ي‬َ ‫ٰٓـأ‬
ّ ِ ُ ُ ِ َ َ َ ِ ُ ُ ّ َّ َ‫ي‬
‫قوا ْ ذ َُبا ً۬با‬ ُ ُ ‫ن ٱلل ّهِ َلن ي َ ۡخل‬ ِ ‫من ُدو‬ ِ ‫ن‬ َ ‫عو‬ ُ ‫ن ت َ ۡد‬ َ ‫ذي‬ ِ ّ ‫ٱل‬
‫ش ۡي ً۬ٔـا ّل‬ َ ‫ب‬ ُ ‫م ٱلذ َّبا‬ُ ‫س ُبُۡۡہ‬ ‫إن ي َ ۡ ل‬ ۖ‌‫م ُ ۥ‬
ُ ِ َ ‫عوا ْوَل‬
‫ه‬ َ َ ‫وَل َوِ ٱ ۡجت‬
‫ب‬ُ ‫م ۡطُلو‬ َ ‫ب وَٱ ۡل‬ُ ِ ‫طال‬ّ ‫ف ٱل‬ َ ُ ‫ضع‬ َ ۡ ‫م ۡن ‌ُۚه‬ ِ ُ‫ذوه‬ ُ ‫ق‬ ِ ‫ۡسَتن‬ َ‫ي‬
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka
dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya
mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak
sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka
berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu
mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya
balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang
meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada
menunaikannya)
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 73)

Photo by:Naza
Gambaran yang dilukis dalam ayat Al-Quran ini menunjukkan pengajaran yang berguna untuk difikirkan
secara teliti. Ini kerana, Allah SWT telah mendatangkan perbandingan yang ringkas tetapi kesannya cukup
besar kepada manusia khususnya kepada golongan kafir. Kesan besar yang dimaksudkan ialah kerana ia
melibatkan soal Aqidah. Dakwaan golongan kafir yang mengatakan patung-patung ukiran tangan mereka
adalah Tuhan harus disembah telah dijawab oleh Allah SWT dengan sindiran tajam yang menyucuk jiwa-
jiwa mereka. Allah SWT telah menghina golongan yang menyembah patung dengan suatu penghinaan yang
melumpuhkan daya fikir mereka secara logikal.

Dalam membicarakan berkenaan konsep ketuhanan ianya tidak dapat lari daripada membincangkan konsep
penciptaan. Oleh yang demikian itu, Allah SWT telah menyuruh golongan ini menciptakan seekor lalat
seandainya mereka mengaku mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diberikan patung sembahan
mereka. Lalu, kehinaan ini terus menerus menusuk ke ulu hati mereka memandangkan patung keras tidak
bernyawa itu mana mungkin mampu menciptakan serangga sekecil lalat bahkan tidak memberikan
sebarang kelebihan apapun kepada mereka yang menyembah.

Tidak cukup dengan itu, Allah SWT mendatangkan lagi suruhan dengan gaya bahasa dan uslub yang cukup
berbekas iaitu seandainya patung itu berkuasa maka halaulah lalat yang hinggap dihidung ukiran itu tanpa
bantuan sesiapapun. Ternyata patung itu tidak berkemampuan. Malah tidak langsung memberikan
sebarang reaksi tindak balas.

Begitu juga Allah SWT turut menyuruh agar golongan kafir memohon kepada patung mereka
menghapuskan segala macam penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat. Juga tidak mampu!

Uslub Balaghah

Di dalam ayat di atas, Allah SWT menyeru kepada manusia dengan seruan ‫ يا أيها الناس‬bermaksud “Wahai
sekalian manusia!” dan ia adalah seruan berbentuk umum. Menurut pengertian bahasa arab, seruan itu
seolah-olah suatu panggilan yang jauh. Apa yang dimaksudkan dengan suatu panggilan jauh pula? Maksud
firman Allah SWT dalam ayat ini adalah suatu seruan kepada semua manusia semenjak dahulu sehinggalah
datangnya hari pengakhiran iaitu hari kiamat.

Photo by:Naza
Apakah rahsia Allah SWT menyebut perkataan lalat, bukan gajah atau unta?

Ini kerana ayat ini seolah-seolah menempelak orang kafir yang berkata Tuhan mereka mampu melakukan
segala-galanya. Oleh itu didatang suruhan untuk mencipta lalat yang jijik agar mereka berfikir dan terus
berfikir. Hatta mencipta benda sekecil lalat juga tidak mampu inikan pula haiwan sebesar gajah dan unta.

Apakah pula hikmah Allah SWT memilih lalat untuk dijadikan contoh?

Seperti yang manusia sedia maklum bahawa lalat merupakan serangga yang kecil, lemah dan hina bahkan
mampu memberi kemudharatan kepada manusia dengan di datangkan bermacam penyakit yang berbahaya
sehingga membawa kepada hilangnya nyawa manusia.

Menurut Kitab Jaulah fi Dauhah Al-Adab, di antara penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat ialah
jangkitanTuberculosis (Jarsumah As-sel), Salmonella typhi (At-Taifud), Amebiasis (Ad-Dusnataria) dan Pink
Eye (Ar-Ramd).
Hikmah Kedua

“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan
kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah
sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” (Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn
Majah)
Betapa hebat mukjizat kurniaan Allah SWT kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW yang mengetahui
perkara-perkara ghaib. Sedangkan jikalau menurut logik akal tidak relevan untuk mencelup lalat yang kotor
kali kedua di dalam bekas air minuman. Namun kajian saintifik kini membuktikan kebenaran kata-kata
baginda Rasulullah SAW. Menurut Dr Danial Zainal Abidin dari petikan buku Perubatan Islam dan Bukti
Sains Moden:

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah
haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain,
contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan
belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.

Hikmah Ketiga

Saya tertarik bila membaca artikel sebuah blog mengatakan bahawa di negara-negara Eropah serangga-
serangga kecil misalnya seperti lalat jarang ditemui. Ini berbeza jika mahu dibandingkan dengan negara-
negara timur tengah dan beriklim khatulistiwa. Seperti yang saya sebutkan di permulaan artikel, apabila
iklim bertukar ke musim panas maka kehadiran lalat yang beribu-ribu itu akan memenuhi ruang udara
negara Mesir. Umumnya masyarakat mengetahui lalat ialah sejenis serangga yang hidup di persekitaran
kotor dan menjijikkan. Malah lalat terus aktif membiak jika kawasan tersebut dibiarkan tanpa seliaan yang
bersistematik.

Justeru, saya melihat ini adalah merupakan hikmah mengapa Allah SWT mendatangkan serangga lalat
kepada manusia. Bukankah Islam mengajar bahawa menjaga kebersihan itu adalah suatu perkara yang
dituntut oleh umatnya? Nah, lihat dan fikirlah hikmahnya.

Masakan lalat mahu hidup ditempat yang bersih dan tiada sebarang pencemaran yang menjijikkan bukan?

SubhanALLAH!