Anda di halaman 1dari 1

Ujian Itu

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku


melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan.
Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang.
Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji
hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan
mendapat ganjaran.

Dan aku tertanya.


Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang
aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah
kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?

Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan.
Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku
sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu

Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu.
Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana
dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.

Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak
terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara
yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik
daripada perancangan manusia untuk aku.

Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan
manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku
mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.