Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera diucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan

Pengetua, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk memberi syarahan sempena hari
perasmian minggu keselamatan jalan raya. Tajuk syarahan saya ialah ”Keselamatan di Jalan Raya
Tanggungjawab Bersama”.

Hadirin yang dihormati sekalian,


(Isi 1 : Keadaan jalan raya pada masa kini)
Tahap keselamatan di jalan raya pada masa kini amat membimbangkan. Banyak kemalangan berlaku
terutamanya ketika musim perayaan, cuti sekolah dan jalan-jalan yang merbahaya seperti selekoh
dan jalan-jalan yang rosak.

(Isi 2 : Tanggungjawab menjaga keselamatan diri dan penumpang)


Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih prihatin dengan keselamatan diri dan penumpang. Ciri-ciri
keselamatan di dalam pemanduan seperti memakai tali pinggang keledar dan memakai topi keledar
bagi penunggang motosikal seharusnya tidak dipandang remeh. Ini dapat mengurangkan tahap
kecederaan yang serius apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Pengguna jalan raya juga diharap tidak memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna
jalan raya yang lain. Kebanyakkan kemalangan berpunca daripada pemandu yang mengantuk,
mabuk, memandu dalam keadaan yang terburu-buru serta lalai terutamanya apabila menggunakan
telefon bimbit ketika memandu atau mengunggang motosikal. Pemandu seharusnya merancang
perjalanan dan menguruskan masa dengan baik agar tidak memadu dengan terburu-buru.

Pengguna jalan raya juga perlu mematuhi pertaturan jalan raya terutamanya mematuhi giliran
lampu isyarat dan had kelajuan yang ditetapkan. Pengguna yang melanggar peraturan ini bukan
sahaja membahayakan diri sendiri dan pemandu yang lain, malah membahayakan pejalan kaki di
sekitar mereka. Pejalan kaki juga harus sentiasa berwaspada dengan menggunakan kemudahan yang
sesuai untuk melintas. Pejalan kaki juga harus memilih arah yang bertentangan dengan laluan
kenderaan. Cara ini lebih selamat kerana pejalan kaki dapat melihat kenderaan yang sedang
bergerak di hadapan mereka berbanding berjalan membelakangi arus kenderaan.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kerajaan juga perlu lebih bertangunggjawab dalam menangani isu keselamatan jalan raya
terutamanya menjalankan tindakan segera sekiranya terdapat jalan-jalan yang rosak atau berlubang
yang menjadi punca kemalangan berlaku. Pihak berkuasa juga perlu menjalankan tugas dengan lebih
cekap bagi memastikan pengguna jalan raya tidak melanggar peraturan dalam usaha mengurangkan
kes-kes kemalangan di jalan raya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Jelas di sini bahawa pengguna jalan raya samada pemandu atau penunggang kenderaan, pejalan
kaki, malah pihak berkuasa dan pihak kerajaan mempunyai peranan dalam isu keselamatan di jalan
raya. Sebelum mengakhiri syarahan saya pada hari ini, saya menyeru agar semua pihak bekerjasama
dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga keselamatan ketika menggunakan
jalan raya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai