Anda di halaman 1dari 2

I D I W A N I

N PROFAIL
F
O

D
I
W
s etiap jiwa inginkan hiburan kerana ia merupakan fitrah semulajadi manusia. Manusia akan
hilang bahagia kalau kehilangan hiburan. Namun kebahagiaan yang sebenar hanya akan
dimiliki apabila mereka memperolehi hiburan yang hakiki. Jika tersalah mengambil hiburan,
bahagia yang dirasai hanya seketika atau bahagianya sementara. Jika hiburan sebenar dirasai oleh
manusia, ia akan membawa kebahagiaan hingga ke Akhirat sana.
A
N DIWANI adalah terdiri daripada himpunan individu-individu Muslim yang memiliki jiwa raga
yang bercita-cita untuk merealisasikan cara hidup berTuhan sebagai asas dan panduan kehidupan
I
dan bermasyarakat. Ia juga merupakan sebuah kumpulan Kebudayaan Islam yang menyediakan
wadah Kebudayaan dan Hiburan Islam yang mendidik dan terkini samada melalui pementasan
konsert nasyid, teater, motivasi, kem ibadah, Islamic wedding planning dan sebagainya. Mengorak
langkah seawal tahun 1996 di Kluang, Johor (sebelumnya dikenali sebagai Diwani Creative)
memulakan perjuangan melalui bidang pengiklanan dan kini menumpukan produktiviti dan kreativiti
dalam bidang Kebudayaan dan Hiburan Islam.

Melihat kepada keperluan yang sangat dicari oleh segenap lapisan masyarakat, kami dengan
penuh rasa tanggungjawab memulakan satu evolusi cara hidup yang menjadi wadah kecil kepada
masyarakat yang besar melalui sistem Kebudayaan Islam. Moga-moga dengan anjakan yang kecil ini
dikira sebagai ibadah oleh ALLAH sebagai memulakan satu model dalam mewujudkan satu suasana
dan cara hidup yang sihat di tengah masyarakat umum.

DIWANI bukan sekadar sebuah kumpulan nasyid malah juga merupakan tanggungjawab
Fardhu Kifayah dan sosial yang mesti dibangunkan bagi memberi peluang dan ruang kepada
masyarakat untuk mengetahui, memahami, menghayati, melaksanakan dan seterusnya
memperjuangkan cara hidup positif melalui Budaya Hidup Islam.

Maksud perkataan DIWANI:

Ia adalah ambilan daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘RASMI’. Malah ia juga
merupakan Seni Khat Arab yang digunakan secara rasmi bagi urusan kerajaan Islam dahulu kala
seperti penggunaan cop mohor rasmi kerajaan dan sebagainya. DIWANI mengambil nama ini sebagai
simbolik kepada RASMInya tanggungjawab menyampaikan kebenaran seperti tugas RASMI para
Rasul A.S. Semoga ia menjadi motivasi bagi ahlinya. Amin Ya Rabbal Alamiin.

DITUBUHKAN : 1997

ANGGOTA : 3 ORANG
Kini Diwani telah mendaftarkan sebuah syarikat perniagaan dan menjalankan semua aktiviti
dan program melalui syarikat berikut:

NAMA : I EVENTS SERVICES & MANAGEMENT

NO. PENDAFTARAN : 001724793-K

NO. KKM (MOF) : 357-02115413

ALAMAT : No. 78, Jalan Puteri Heights 15, Puteri

Heights, 48020 Rawang, Selangor.

OWNER : HASNUL JAMAL BIN SULAIMAN

BIDANG : Islamic Events, Islamic Entertainment Product,

Islamic Education Product, Production House,

Motivaion.

PERHUBUNGAN : Mobile: +60133990877 (Hasnul)


E-mail : ievents@myislamicevents.com

LAMAN WEB : www.myislamicevents.com