Anda di halaman 1dari 9

TOKOH PENDIDIK ISLAM DAN

TIMUR
DISEDIAKAN OLEH :

NUR IZZAH ATHIRA BT ROSLI


NUR AMIRAH BT HAMZAH
NUR AMIRA BT ISMAIL
KHAIRUL FAIZAL HALIM
AHMAD FARIS JAMALUDIN
MUHAMMAD NAIMULLAH RAMLAN
NADZRUL REDUAN KAMARUDIN
TOKOH PENDIDIK ISLAM
Imam al-Ghazali

Riwayat Hidup :
dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi
di atTaabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).
Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad
bin Muhammad bin Ahmad AlGhazali.
Digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang
bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang
mengatakan mengambil sempena kampung kelahirannya,
Ghazalah.
Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun
505 Hijrah ( 1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di
tempat kelahirannya
PERIBADI
Mempunyai daya hafalan dan ingatan yang kuat dan
bijak berhujah.
Beliau menguasai berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan.
Imam Al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan.
Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan
hidup untuk bermusafir demi untuk mencari dan
menuntut ilmu pengetahuan.
Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah
mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui
hasil-hasil karyanya yang bermutu tinggi.
PENDIDIKAN
Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma
kerana keluarganya miskin. Beliau mempelajari ilmu fikah pada waktu itu.
Beliau seterusnya mempelajari tauhid, mantiq, usul fikah dan falsafah serta
menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir
dalam bidang-bidang tersebut. 2
Selepas itu beliau menyambung pelajarannya dengan seorang guru yang
bernama Ahmad AlRazkani, kemudian berguru pula dengan Abu Nasr Al-
Ismail di Jorjan.
Oleh sebab Al-Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu beliau telah
dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizamiah di Baghdad.
Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah,
Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk mendalami ilmu falsafah yang
dipelajarinya.
Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab "Ihya Ulumiddin"
yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran
Islam dalam semua masalah yang mana masih menjadi rujukan pada masa
kini.
SUMBANGAN
Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa, untuk mendapat kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat, seseorang itu hendaklah mempunyai
ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.
Imam Al-Ghazali adalah seorang merupakan ahli fikir Islam yang telah
meninggalkan jasa yang dapat di nilai melalui hasil-hasil karyanya.
Beberapa hasil karya Imam Al-Ghazali telah diterjemahkan ke dalam
berbagai-bagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada
penuntut-penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.
Hasil karya beliau yang terkenal ialah Ihya Ulumiddin yang
merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf.
Segala hasil-hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam
selepasnya, seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Al-Ashraf, Ibnu Rusyd
dan Syah Waliyullah.
Antara hasilhasil karya beliau yang lain termasuklah:. Ihya
Ulumiddin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Mizanul-amal, Tahafut al-
Falasifah , Hidayah Al-Salikin .
TOKOH PENDIDIK TIMUR
CONFUCIUS (551-479)

Biodata :
Merupakan pengasas konfusianisme.
Dilahirkan di negeri Lu (kini wilayah Shandong),China
pada tahun 551 SM.
Beliau telah membuka sekolah sendiri pada umur 30 tahun
Dikenali sebagai pakar adat-istiadat negeri China.
Dilantik sebagai penasihat adat-istiadat negeri Lu.
502 TM- dilantik sebagai Menteri Keadilan.
Oleh kerana reformasi beliau tidak mendapat sokongan
daripada pemerintah Lu, Confucius bersama pengikutnya
mengunjungi negeri-negeri dan berusaha menyebarkan
ideologinya kepada raja masing-masing, tetapi kurang berjaya.

Bermastautin di luar negeri Lu selama 14 tahun.

Pulang ke negeri Lu setelah menjangkau umur 60 tahun.

Menegaskan bahawa pendidikan adalah proses untuk


memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh
dicapai melalui tingkah laku yang bersopan santun,bertimbang
rasa,ikhlas,kesederhanaan,menghormati orang
tua,menyanyangi orang muda serta taat dan cinta kepada
pemerintah dan negara.
PENDAPAT AHLI-AHLI KONFUSIANISME
Pendidikan merupakan alat yang penting untuk
mengekalkan nilai dan norma masyarakat
Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati.
Untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya
memberi sumbangan kepada kemajuan
masyarakat,murid hendaklah dididik dengan
nilai,norma,peraturan dan kebudayaan masyarakat.
Murid hendaklah menghafal kelima-lima buku klasik
yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendekiawan dari
tamadun purba kala, iaitu Buku Syair,Buku
Sejarah,Buku elemen,Buku Upacara dan Buku Annals.
Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai

potensi yang berbeza.


Mengajar muridnya mengikut kebolehan individu.

Menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan

pelajaran.
Sehingga tahun 1911, aliran konfusianisme menjadi

falsafah pendidikan yang terpengaruh di dalam sistem


pendidikan di negeri China.

Anda mungkin juga menyukai