Anda di halaman 1dari 1

Soalan (9)

Model Pergantungan Neo-Kolonial merupakan kesinambungan daripada


teori pemikiran Marxist dan mempunyai ciri-ciri yang hamper sama. Ia
menyumbang kepada kewujudan satu tahap yang disebut ‘tahap di bawah
paras pembangunan’. Neo-kolonial menggambarkan sifat-sifat ‘tahap di
bawah paras pembangunan’, adalah sebahagian besar daripada
pembangunan dunia yang berterusan dengan tujuan menjadikan keadaan
kemiskinan lebih teruk dan polisi-polisi negara industry kapitalis di
hemisfera utara dan perluasan mereka dalam kelompok elit yang kecil
tetapi berkuasa ke atas NKM berterusan.

Soalan (10)

Model ini menyifatkan kesalahan dan nasihat yang kurang sesuai yang
bersifat pentingkan diri, berat sebelah dan bersifat perkauman yang diberi
oleh pakar penasihat antarabangsa dari agensi-agensi negara
membangun dan organisasi multinasional. Pakar-pakar ini menawarkan
konsep-konsep yang canggih, struktur-struktur teori yang hebat dan
model-model pembangunan ekonomi yang kompleks yang hanya
membawa kepada polisi yang tidak sesuai dan salah. Polisi-polisi yang
dibentuk adalah berdasarkan aliran utama ‘Teori Lebihan Buruh Lewis’
atau ‘Model Perubahan Struktur Chenery’, di mana kebanyakan kes
hanyalah untuk memenuhi kepentingan pihak berkuasa tempatan dan
juga antarabangsa.