Anda di halaman 1dari 2

FORUM 5: JELASKAN KONSEP GURU BERKESAN

Peranan guru di dalam pembangunan negara adalah amat penting dalam mendidik anak didiknya.
Ini di sebabkan peminpin negara yang ada sekarang ini dilahirkan oleh guru pada masa lepas dan
peminpin masa depan akan di lahirkan oleh guru pada masa sekarang ini. Dalam kelas guru
bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah guru juga merupakan fasilitator atau pemudah
cara dalam proses pembelajaran anak didiknya. Amalan pengajaran guru yang berkesan
bermakna guru tersebut berupaya memperbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu
mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu
mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran atau aras pelajaran, memberi motivasi
kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar dan dapat
memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi
kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran
dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan
menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar.
Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga
harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.selain itu, guru juga harus bijak untuk menarik
perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik
dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang
diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar
secara berkesan. Untuk membuat aktiviti tersebut dapat menarik perhatian pelajar, aktiviti-
aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi
kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang
mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap
intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk
menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru
haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan
strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu
subjek atau modul. Oleh yang demikian, seseorang guru haruslah bijak menyampaikan ilmu
pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-
masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, para guru hendaklah
menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang
unggul.

RUJUKAN :
i. Diperoleh pada September 21, 2010 daripada
http://powerbrainyouth.blogspot.com_konsep-sekolah-dan-guru-berkesan-nota.html

ii. Diperolehi pada September 21, 2010 daripada World Wide Web :
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm

iii. Kamarudin Hj. Husin. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur. Kaya Zano Enterprise

Anda mungkin juga menyukai