Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN KAWAT KECEMASAN / KEBAKARAN SEKOLAH

PERATURAN

1. Membunyikan loceng isyarat kecemasan

Sesiapa yang melihat kebakaran di bangunan sekolah atau kebakaran yang mencemaskan
hendaklah membunyikan loceng kecemasan dengan serta merta. Loceng ini dibunyikan
berbeza daripada loceng biasa iaitu dibunyikan panjang. Sekiranya bekalan elektrik
terputus, loceng yang dipalu dengan tangan hendaklah digunakan dan dipalu bertalu-talu.

2. Mengosongkan bangunan

Apabila mendengar loceng kecemasan, semua murid berdiri disisi meja. Tunggu arahan
guru yang berada didalam bilik darjah ketika itu. Guru tersebut adalah bertanggungjawab
ke atas semua anak muridnya. Guru hendaklah mengarahkan semua murid keluar dalam
satu barisan dan menuju kea rah tempat yang ditentukan sebagaimana pelan kecemasan
yang disediakan. Bawa bersama buku daftar kedatangan murid.

Pegawai Pembantu Tadbir / Pembantu Pejabat mestilah menyelamatkan buku kedatangan


dan dibawa ke tempat perhimpunan.

Sekiranya BDKM berada di dalam bilik darjah, guru berkenaan hendaklah bertanggungjawab
menyelamatkan dan dibawa ke tempat perhimpunan. Semua murid hendaklah
meninggalkan bilik darjah dengan teratur dan penuh disiplin.

3. Menghubungi Bomba

Guru yang bertugas pada hari tersebut bertanggungjawab menhubungi pihak bomba.
Gunakan budi bicara untuk menghubungi pihak terbabit.

4. Tempat Berkumpul

Sila rujuk pelan laluan kecemasan. Hendaklah berdiri dalam barisan.

5. Panggilan Berbaris

Setelah semua murid dan kakitangan sampai ke tempat berkumpul, barulah panggilan
berbaris dilakukan. Panggilan berdasarkan Buku Daftar Kedatangan Murid. Kemudian,
laporkan kepada Guru Besar / GPK / GPP sama ada murid dan kakitangan di bawah
jagaannya telah sampai ke tempat berkumpul dengan selamat. Jika berlaku kekurangan,
ambil tindakan serta merta untuk mencari.
6. Mencegah Kebakaran

Pekerja dan guru-guru yang tidak berada di dalam bilik darjah pada ketika itu. Hendaklah
berusaha mencegah kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba. Gulakan alat
pemadam kebakaran yang ada sekiranya anda tahu cara menggunakannya.
7. Langkah-langkah Keselamatan

Apabila semua murid telah selamat berkumpul, guru-guru berikut adalah ditugaskan untuk
memeriksa bangunan sekali lagi dan memastikan tiada sesiapa pun yang masih berada di
dalam bangunan atau berhampiran dengannya.

8. Isyarat Keadaan Normal

Guru Besar / GPK / GPP akan menentukan dengan memberikan isyarat setelah keadaan
kembali seperti sediakala sama ada membenarkan murid-murid pulang atau menyambung
semula pelajaran. Isyarat bunyi loceng seperti memulakan waktu persekolahan biasa akan
dibunyikan.

Kawad kecemasan seperti di atas diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam sepenggal
persekolahan.

9. Ahli Jawatankuasa Kecemasan dan Kebakaran

Pengerusi : Guru Besar


Naib Pengerusi : GPK HEM
GPK KURIKULUM
GPK KO-KURIKULUM
Setiausaha : Encik Sulaiman A.Talib
AJK : Tuan Syed Isa Bin Abdullah Al-Habshee
Puan Hasroha Binti Yusoff

JAWATANKUASA 3K - KESELAMATAN
SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1
JOHOR BAHRU

Anda mungkin juga menyukai