Anda di halaman 1dari 6

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali
sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan
diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas
yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling
rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan
yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang
paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan
kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan
semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri
manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan
akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat
dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu
dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan
yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan
sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang
menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan,
pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada
pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan
pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk
pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan
keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh
segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara
menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan
warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit
USM, 2007

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan
dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di
Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan
mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul.
Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai
JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut,
yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggung jawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa penting usaha menuju kepada arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Matlamat FPG
-Membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh
mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.
-Mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan
-Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara berkesan.- Mengeluarkan guru
permulaan yang mencukupi untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

BAB 2 KONSEP FALSAFAH


Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK),
yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas
dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. 

Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum 

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan


seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai
matlamat pendidikannya, iaitu :
Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya
melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap
kemajuan dan pembangunan.

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan
cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan
bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan
asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


žtercetus pada 1979 menerusi Laporan Jawatankuasa Kabinet
mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan
pentingnya kita mempunyai suatu falsafah pendidikan yang menekankan pembangunan
kemanusiaan
jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek
pembangunan
Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK
-Rukunegara
-Dasar Ekonomi Baru
-Dasar Pendidikan Kebangsaan
FPK Ditubuhkan pada 1988
FPN – FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas
dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.“ 

Matlamat
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :
Percaya dan patuh kepada Tuhan
Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum 

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah
diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya,
iaitu :
Melahirkan rakyat yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang
warganegara
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya
melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap
kemajuan dan pembangunan 

Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan
cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan
bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan
asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah :
Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
kesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan kemahiran-
kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan
Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam
setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah.

Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan
Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan
Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap
tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak mulia.

Implikasi terhadap institusi pendidikan


Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan
pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara
menyeluruh dan seimbang
Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
pelajar.

Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintakan ilmu
dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Usaha Najib melaksanakan KPI dalam bidang pendidikan akan menjejaskan Falsafah Pendidikan Malaysia. Saya sebagai pendidik telah mengesan
beberapa kelemahan dalam pelaksanaan. Didapati NKRA yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya telah tersasar dari
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, usaha pendidikan di negara ini adalah “suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani”.
Tetapi jika perhatikan NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia, penilaian prestasi sesebuah sekolah amat menumpukan kepada “akademik” iaitu 70%
dengan berdasarkan pencapaian peperiksaan awam, sama ada UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. 30% lagi adalah bergantung kepada penilaian
kendiri pihak sekolah yang juga meliputi sebahagian besarnya bidang akademik. Bidang sahsiah dan sukan cuma meliputi lebih kurang 10% sahaja.

Jika pihak KPM hanya menitikberatkan pencapaian peperiksaan awam sahaja, sudah pasti semua guru akan mengabaikan pencapaian murid dari segi
sahsiah dan sukan. Adakah kita ingin menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik tanpa menghiraukan perkembangan sahsiahnya?
Bukankah ini sudah tersasar dari matlamat pendidikan negara ini? Pihak KPM pula telah menyenaraikan kedudukan sekolah dengan berdasarkan
GPS (Gred Purata Sekolah) yang diambilkira dari keputusan peperiksaan awam. Saya amat percaya ini akan mendorong pihak pentadbir sekolah
hanya mengambil berat terhadap pencapaian akademik sekolah sahaja pada masa akan datang.

Keadaan ini sudah memperlihatkan kesannya terhadap tindakan pegawai-pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri, terutamanya di Negeri Perak, di mana
penilaian prestasi terhadap Guru Besar atau Pengetua semata-mata berdasarkan pencapaian akademik sekolah tanpa menghiraukan pencapaian-
pencapaian sekolah dalam bidang-bidang lain.

Yang lebih menyedihkan saya ialah penilaian prestasi ini dimanipulasikan oleh pegawai-pegawai penilai iaitu mereka hanya ingin melihat wujudnya
“kemajuan” walaupun kemajuan itu mungkin merupakan kemajuan untuk peratusan kelulusan yang sangat rendah. Tetapi untuk sekolah yang merosot
dalam akademik, walaupun kemerosotan yang kecil (peratus kelulusan keseluruhan sebenarnya masih tinggi), Guru Besar dan Pengetua berkenaan
akan diberi markah yang lebih rendah daripada mereka yang mencapai kemajuan dalam peratusan kelulusan keseluruhan yang rendah.

Kesimpulannya, tindakan-tindakan pegawai-pegawai di PPD atau JPN, terutamanya di Negeri Perak, sudah pastinya akan menyebabkan pemimpin
sekolah hanya berusaha mencapai kemajuan dalam bidang akademik sahaja.

Komen:
Penilaian NKRA berdasarkan formula 70/30 sesuai dengan hasrat untuk melonjakkan prestasi sekolah dalam semua aspek, khususnya akademik.
Baiah atau New Deals yang telah pun dipersetujui dan ditandatangani oleh GB/Pengetua merupakan perakuan tentang azam dan kesungguhan untuk
meningkatkan prestasi sekolah pada kadar skor komposit yang ditetapkan. Tanggapan bahawa tumpuan yang diberikan terhadap bidang akademik
akan mengabaikan aspek sahsiah murid mungkin kurang tepat kalau dilihat dari aspek proses pendidikan formal itu sendiri. Pengalaman dan
pemerhatian saya selama hampir 35 tahun dalam bidang pendidikan, menunjukkan bahawa usaha meningkatkan prestasi akademik cuma berhasil
apabila aspek sahsiah dan disiplin murid turut diberi penekanan. Proses memahami pelajaran dan menambah pengetahuan lebih berjaya di kalangan
mereka yang mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta memiliki ciri-ciri positif dalam diri mereka. Bagi mereka yang tidak ada kekuatan untuk
mendisiplinkan diri, kemungkinan untuk mencapai kejayaan akademik adalah kecil. Sekolah perlu berusaha kuat untuk meningkatkan kualiti disipilin
dan sahsiah pelajar sekiranya mahu mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan seterusnya mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pendapat dan pandangan GuruBesarKecewa di atas akhirnya tepat bila mana Menteri Pelajaran umum bercadang memansuhkan UPSR dan PMR.
Sekolah di Malaysia akhirnya terpaksa ikut sistem pengajian pondok yang mana hanya sekali peperiksaan iaitu 4 Thanawi. Dalam pengalaman saya
key-in NKRA untuk dihantar ke JPN, terdapat beberapa perkara yang tidak tepat dalam proses penilaian. Sistem NKRA dilihat mengutamakan
pencapaian guru hanya berdasarkan persepsi pengetua dan PK1 sahaja. Jika sekiranya guru dan pentadbir mengalami masalah peribadi maka
tindakan memberi kategori 3 ke bawah mungkin akan dilakukan oleh pentadbir kepada guru. Ini memberi kuasa penuh kepada
Pengetua/GuruBEsar/PK1 menentukan guru mana yg disukai dan mana yg tidak disenangi. Saya percaya NKRA dibuat secara tergesa-gesa seperti
PIPP dan kemungkinan ia akan mengalami nasib yg sama seperti PIPP dan PPSMI. 
Ya. benar, kita harus melihat yg positif. Masalahnya sekarang KPI ditentukan oleh orang politik bukannya jawatankuasa pendidikan bebas politik. Di
Amerika, JEpun, Israel, Jerman dan kebanyakan negara maju. Pertukaran pemimpin politik dan pentadbiran dalam pilihanraya tidak mennggangu
dasar pendidikan secara total. Dasar pendidikan tetap berjalan walaupun bertukar menteri dan parti. Di Malaysia, menteri pendidikan bukan
dikalangan pelajar-pelajar terbaik SRP/SPM/Ijazah. Apa pun sbg warga pendidik, harus mengikut sahaja dasar baru ini dan cuba memberi

perkhidmatan yg terbaik kepada pelajar dan sekolah.