Anda di halaman 1dari 34

1.

0 Pengenalan
Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya
usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai
matlamat yang ditentukan (Stoner, 1984). Definisi pengurusan itu juga merupakan satu
proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat
(Robbins, 1984). Pengurusan itu mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti
kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat
organisasi (Shukur, 1988).
Sekolah pula merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana
organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan
berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain. Sehubungan itu,
terdapat tiga ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir iaitu
sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia,
sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia. Kumpulan sasaran
manusia ialah kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan
mental, fizikal, emosi, dan sosial. Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan.
Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
Hal ini kerana manusia ialah modal insan atau aset utama sesebuah negara.
Menurut Abd RahimAbd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu
kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis
mencakupi pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan
pembangunan potensi manusia. Namun menurut Senge (2000), sekolah merupakan
institut yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan
tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Lantaran itu, pengurusan strategic
dalam kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi mewujudkan sekolah
yang berkesan.

1
2.0 Kecerdasan Pelbagai
2.1 Definisi Kecerdasan Pelbagai
Persepsi masyarakat tentang kecerdasan biasanya menjurus kepada kepintaran dan
kebijaksanaan pelajar dalam bidang akademik sahaja. Padahal, kecerdasan berkait
rapat dengan cara pelajar memproses maklumat secara terperinci bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
mereka. Secara umumnya, kecerdasan dapat ditakrifkan sebagai kesempurnaan
akal (iaitu akal untuk berfikir, mengerti dan lain-lain) seperti kepandaian,
kecerdika dan keintelektualan (Kamus Dewan, 2002).
Definisi kecerdasan ini terus berubah dan berkembang dari semasa ke
semasa berdasarkan penemuan saintifik dan pengumpulan maklumat yang baharu.
Selaras dengan teori-teori kecerdasan, terdapat pelbagai pandangan dan teori yang
diberikan oleh tokoh-tokoh psikologi untuk menerangkan kecerdasan manusia. Di
samping itu, terdapat juga aspek kecerdasan yang bukan kognitif seperti
kecerdasan sosial yang pernah ditulis oleh Thorndike pada tahun 1937,
kecerdasan pelbagai oleh Gardner pada tahun 1983 dan kecerdasan emosi oleh
Salavery dan Mayer pada tahun 1990.
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh Howard Gardner pada tahun 1983.
Teori beliau ini telah dibina berasaskan kajian beliau terhadap pelbagai lapisan
masyarakat yang mempunyai pelbagai criteria tersendiri termasuklah kanak-kanak
biasa dan kanak-kanak istimewa. Gardner cuba memahami kecerdasan dari sudut
bagaimana seseorang individu memproses maklumat dan menyelesaikan masalah
serta apakah strategi yang digunakan? Menurut Gardner, kecerdasan bukanlah
diwarisi semata-mata. Hal ini kerana kecerdasan juga dipengaruhi oleh budaya,
penyesuaian individu kepada persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana
pembelajaran, dan pelbagai faktor lagi.
Sehubungan itu, kecerdasan dapat ditingkatkan melalui pendidikan atau
latihan. Gardner juga tidak percaya kepada ujian kecerdasan yang piawai
(standard). Menurutnya, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia,
iaitu berdasarkan ujian IQ yang piawai adalah terhad dan bukanlah cara terbaik

2
kerana kaedah ini menekankan kepada kecerdasan logical matematik dan bahasa
sahaja. Oleh itu, Gardner telah memperkenalkan Sembilan jenis kecerdasan
sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia. Menurutnya lagi,
cara terbaik adalah dengan melihat cara individu menyelesaikan masalah dan
menganalisis proses yang digunakan.
2.3 Ciri-ciri Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu, iaitu:
 Setiap individu mempunyai sembilan kecerdasan
 Kecerdasan boleh dipelajari, dididik dan dipertingkatkan
 Kecerdasan tidak berkembang seiring
 Kecerdasan tidak boleh dinilai secara berasingan
 Satu atau dua kecerdasan tersebut boleh berkembang sepenuhnya
 Kecerdasan boleh dirangsang
 Kecerdasan boleh dipindahkan. Contohnya, daripada kecerdasan
interpersonal kepada kecerdasan verbal-linguistik.
2.4 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

3
 Kecerdasan logik-matematik

Kebolehan mengenal nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak serta


perkaitan sebab dan akibat. Kemahiran yang dominan di bahagian kiri otak
membolehkan pelajar yang memiliki kecerdasan ini menaakul secara deduktif dan
induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Kecerdasan ini juga
melibatkan pemikiran secara saintifik dan heuristic. Penaakulan secara deduktif
ini membuatkan pelajar yang mempunyai kecerdasan ini dikatakan berupaya
menyelesaikan masalah yang kompleks dan berkaitan dengan matematik dengan
mudah sahaja. Mereka juga dapat membuat perkaitan, mengkategori,
mengklasifikasi, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira, pengujian
hipotesis dan menggunakan komputer dengan cekap.

Mereka sering bertanya tentang pelbagai fenomena yang berlaku di


sekeliling mereka. Biasanya mereka akan mencari penjelasan yang logik daripada
setiap pertanyaa. Mereka juga sangat menyukai permainan yang banyak
melibatkan kegiatan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti
bermain catur, teka-teki atau kegiatan berbentuk eksplorasi. Kecerdasan ini
biasanya dimiliki oleh ahli matematik, ahli kewangan, ekonomi, statistik, ilmuan,
programmer dan sebagainya. Antara tokoh yang mempunyai kecerdasan logikal-
matematik ini seperti Isaac Newton, Al-Khawarizmi, Carl Friderich Gauss dan
Adi Putra.

 Kecerdasan verbal-linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa dan kata-kata untuk menyampaikan sesuatu


secara berkesan sama ada secara lisan atau penulisan. Individu atau pelajar yang
memiliki kecerdasan ini mampu memahami bahasa yang kompleks dan lebih
sensitif serta peka terhadap sesuatu perkataan. Mereka juga mahir untuk
memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi (bunyi bahasa),
semantik (makna bahasa), pragmatik (penggunaan bahasa) serta pengucapan
dengan baik dan sempurna.

4
Mereka mampu untuk berkomunikasi dengan lebih baik berbanding dengan
orang lain serta mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi. Hal ini membuatkan
mereka selesa dengan aktiviti yang berkaitan dengan bahasa seperti membaca,
menulis karangan, membuat puisi, menyusun kata-kata, bercerita, berjenaka,
mendengar, bertutur, dan sangat mudah menghafal lirik lagu atau ayat pendek.
Hal ini menjadikan mereka lebih mudah untuk menerima proses pembelajaran
secara mendengar dan verbalisasi.

Selain itu, penggunaan bahasa mereka juga mampu untuk mempengaruhi


orang, berkebolehan mencuit pelbagai perasaan dan emosi dengan penggunaan
bahasa mereka. Mereka cenderung untuk mengingat nama-nama seseorang dan
istilah-istilah baharu. Aktiviti yang sesuai bagi individu atau pelajar yang
mempunyai kecerdasan ini ialah perbahasan, penulisan karya kreatif, bersajak dan
bercerita. Sementara itu, kerjaya yang sesuai bagi mereka ialah sasterawan,
penulis, penyajak, penceramah, pensyarah dalam bidang sastera, penyampai
berita, pengacara dan ahli politik. Antara tokoh yang memiliki kecerdasan verbal-
linguistik seperti sasterawan negara, iaitu A. Samad Said, Willian Shakespeare,
Rene Blanco, Aznil Hj. Nawawi, Sir Arthur Conan Doyle dan penulis novel, iaitu,
Ahadiat Akashah.

 Kecerdasan kinestetik badan

Kebolehan dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh


badan mereka untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kecerdasan berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi
tubuh badan, keseimbangan, ketangkasan dan kelenturan badan. Individu yang
mempunyai kecerdasan ini lebih banyak menggunakan anggota badan untuk
meluahkan perassan dan idea-idea mereka serta cekap untuk menginterpretasi
pergerakan anggota dan tubuh badan mereka.

Selain itu, mereka juga berkebolehan untuk memanipulasikan objek-objek


fizikal serta mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Oleh itu, mereka
cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan fizikal seperti menari,

5
gimrama, aktiviti jasmani, latihan fizikal, bersukan dan seni mempertahankan diri.
Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan ini ialah pakar bedah, olahragawan, ahli
gimnastik, penari, polis atau tentera dan pembuat kraf tangan. Antara tokoh yang
mempunyai kecerdasan ini seperti Tiger Wood, Nicol David, David Beckham dan
adik-beradik Sidek.

 Kecerdasan muzik

Kebolehan untuk menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi,


membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecerdasan ini
memberikan kelebihan kepada seseorang untuk menginterpretasikan, melahir dan
membentuk serta memanipulasi bunyi-bunyian atau suara secara kreatif. Mereka
sangat sensitif kepada bunyi dan suara yang wujud di sekeliling mereka seperti
bunyi daripada alat muzik dan suara manusia serta bunyi nonverbal seperti bunyi-
bunyian daripada alam semula jadi yang lain di dunia ini. Mereka juga mampu
menggunakan elemen muzik, menggubah rentak dan tempo muzik, bermain alat
muzik, mudah mengingati nada-nada bunyi dan muzik serta dapat menghafal lirik
dengan baik.

Menurut Gardner, terdapat hubungan yang paralel antara kecerdasan muzikal


dengan bahasa. Contohnya, individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat
mengubah kata-kata menjadi lagu, pintar melantunkan nada lagu dengan baik,
pandai menggunakan kosa kata muzikal, dan peka terhadap rima, ketukan, melodi
serta warna suara dalam komposisi sesebuah muzik. Menurut Gardner lagi, semua
orang mempunyai kecerdasan muzikal tetapi hanya mereka yang mempunyai
kecerdasan muzikal yang mendalam sahaja dapat menghayati muzik yang ada di
sekeliling mereka dan dapat menggunakan pengalaman muzik ini dalam
kehidupan mereka.

Seseorang guru haruslah memahami pelajar yang mempunyai kecerdasan


muzikal ini supaya mereka dapat menyesuaikan pelajar tersebut dengan kaedah
pengajaran serta aktiviti pembelajaran yang mereka gemari dan tidak
membosankan. Antara aktiviti yang dikaitkan dengan kecerdasan ini termasuklah

6
persembahan muzik, bunyi vokal, instrumental, nyanyian dan drama lagu.
Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan ini ialah penyanyi, penggubah lagu, penulis
lirik, dan pemain alat muzik. Tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan
muzikal inis eperti Kitaro, Beethoven, P.Ramli, M. Nasir dan Siti Nurhaliza.

 Kecerdasan ruang visual

Kebolehan seseorang individu memahami secara mendalam hubungan antara


objek dengan ruang dan dapat mencipta imaginasi yang tinggi sehingga dapat
mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka
juga mampu untuk mencipta gambaran mental dan berupaya mengamati dunia
visual dengan baik serta bijak menghubungkaitkan objek-objek dalam ruang.
Sehubungan itu, mereka peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang
dalam persekitaran mereka. Hal ini membolehkan mereka membuat persepsi alam
sekitar dengan tepat dan betul, di samping berkebolehan berfikir secara tiga
dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan.

Individu yang mempunyai kecerdasan ini berminat untuk melakukan aktiviti


seperti melukis, mengecat, mengenali skema warna, garis, bentuk dan ruang,
mencipta gambaran mental, berimaginasi dengan aktif, menghasilkan peta,carta,
lukisan dan gemar menguruskan peta minda. Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan
ini ialah pelukis, pengukir, arkitek dan juruterbang. Antara tokoh yang dikaitkan
dengan kecerdasan ini seperti Leonardo Da Vinci dan Pablo Picasso.

 Kecerdasan interpersonal

Kebolehan individu dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.


Kecerdasan ini menunjukkan kemampuan seseorang dalam memahami dan
membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. Mereka juga
lebih sensitive terhadap perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku dan harapan
orang lain. Oleh itu, mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan baik, dapat
memberikan respons terhadap sesuatu dengan sebaiknya, dapat memberikan
motivasi serta mudah bekerjasama dengan orang di sekeliling mereka. Mereka
juga dapat membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan

7
perselisihan dengan orang lain. Hal ini demikian kerana, mereka bijak
menggunakan pelbagai cara semasa menjalinkan hubungan sosial, pandai bergaul
dan disenangi oleh orang lain.

Kecerdasan interpersonal amat penting dalam kehidupan. Pada dasarnya,


kita tidak dapat hidup sendirian kerana perhubungan dengan orang lain adalah
amat penting. Kecerdasan ini akan membantu seseorang menjalani kehidupan
dengan lebih mudah. Dalam skop pendidikan, pelajar yang mempunyai
kecerdasan ini akan dapat belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran
kerjasama dengan rakan sekelas. Mereka dapat melakukan aktiviti pembelajaran
seperti komunikasi sesame individu pelajar, latihan kolaboratif, memberikan
maklum balas dan pembelajaran kooperatif. Kerjaya yang sesuai untuk
kecerdasan ini ialah ahli politik, pemimpin agama, jurujual, pengacara, pakar
jiwa, guru, pekerja sosial dan usahawan. Antara tokoh yang dikatakan mempunyai
kecerdasan ini seperti Mahatma Gandhi, Aznil Hj. Nawawi dan Tun Dr, Mahathir
Mohamad.

 Kecerdasan intrapersonal

Kebolehan untuk menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat
tentamg diri sendiri (berpengetahuan kendiri), mempunyai kesedaran terhadap
perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan
untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Individu yang mempunayi kecerdasan ini
mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap diri sendiri, iaitu dari segi
kekuatan dan kelemahan dalam diri serta mampu memperbaiki kelemahan yang
ada. Keupayaan ini akan memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada mereka
dan pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip
dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Walaupun mereka ini lebih suka
bersendirian, suka akan kesunyian, dan suka bermonolog, tetapi dalam masa yang
sama mereka juga sentiasa waspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu.

Dalam konteks pendidikan di sekolah, pelajar yang mempunyai


kecerdasan ini lebih selesa belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar

8
melakukan renungan yang mendalam serta termenung di persekitaran yang sepi.
Kebiasaanya, pelajar ini mempunyai ciri-ciri seperti cenderung untuk
mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar
sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang
tertutup. Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan ini ialah pengarah, penyajak, ahli
falsafah, ahli motivasi, pakar kaunseling, novelis, ahli psikologi dan pakar
kaunseling. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini seperti Sigmund
Freud dan Dr. Fadilah Kamsah.

 Kecerdasan naturalis

Kebolehan untuk mengenal pasti, mengkategorikan pola, corak atau bentuk yang
terdapat di alam sekitar serta menggunakan ciri-ciri alam persekitaran. Individu
yang memiliki kecerdasan ini sangat peka terhadap alam sekelilingnya dan
mereka dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan
mudah. Mereka juga sangat selesa berada bersama alam yang terbuka seperti
pantai, gunung, dan hutan serta banyak menghabiskan masa di luar dengan
mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar.

Secara tepatnya, mereka tergolong sebagai pecinta alam, iaitu mereka juga
sangat sensitif dengan isu-isu persekitaran global, isu kemanusiaan, dan
kehidupan sejagat. Individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat menikmati
benda-benda dan cerita-cerita yang berkaitan dengan fenomena alam seperti
proses terjadinya awan dan hujan, asal-usul binatang, tumbuhan dan tanaman,
bermacam jenis batu, galian serta jenis-jenis lapisan tanah. Pelajar yang
mempunyai kecerdasan ini akan lebih berkesan pembelajarannya jika
mengadakan aktiviti di luar kelas. Kerjaya yang sesuai bagi kecerdasan naturalis
ialah ahli biologi, zoologi, renjer hutan, pendaki gunung, petani, ahli botani, dan
ahli geologi. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini seperti Lois
Agassiz. Edward D. Cope. Karam Singh Walia dan Charles Darwin.

9
 Kecerdasan eksistensialis

Kecerdasan eksistensialis ini merupakan falsafah yang fahamannya berpusat


kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga
realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Individu yang
mempunyai kecerdasan ini sering menimbulkan persoalan seperti adakah makhluk
lain selain daripada manusia di alam semester ini? Untuk mencari jawapan secara
mendalam kepada pelbagai persoalan tentang kehidupan ini, mereka cenderung
untuk membaca buku-buku falsafah. Mereka juga berkemampuan untuk menelaah
nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat sama ada nilai-nilai
tradisional atau pun nilai-nilai baharu yang sedang berkembang. Antara tokoh
yang dikaitkan dengan kecerdasan ini seperti Aristotle, Confusius, Plato, Socrates,
Emerson dan Einstein.

2.5 Kecerdasan Pelbagai dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kecerdasan Bentuk Kegemaran Bahan Bantu Kaedah


Pelbagai Pemikiran Mengajar yang pengajaran
Diperlukan
Bahasa Dalam bentuk Membaca, Buku, kaset, Perbahasan,
perkataan. menulis, alat tulis, diari. dialog,
bercerita, ceramah,
bermain words, bercerita.
game, dll.
Logik- Penaakulan Eksperimen, Objek atau Penerokaan,
matematik bertanya soalan, bahan untuk manipulasi,
menyelesaikan, diterokai, lawatan ke
teka silang kata, bahan-bahan planetarium/
mengira, dll. sains. muzium
sains.
Spatial Dalam bentuk Mereka cipta, Seni, LEGO, Lawatan ke
imej dan melukis, video, filem, muzium seni.
gambar visualizing, tayangan slaid,

10
menconteng, permainan
dll. imaginasi,
mazes, puzzles,
buku-buku
bergambar.
Kinestetik Melalui tubuh Menari, berlari, Main peranan, Pembelajaran
badan badan. melompat, drama, hands-on,
menyentuh, pergerakan, membina
aktiviti latihan amali, sesuatu.
pergerakan, dll. sukan dan
permainan
fizikal,
pengalaman
tactile.
Muzik Melalui irama Menyanyi, Menyanyi Muzik latar
dan melodi. bersiul, bersama-sama, semasa
menggoyangka lawatan ke belajar,
n kaki dan konsert, alat menulis lirik.
tangan, muzik, kaset,
mendengar radio.
muzik, dll.
Interpersonal Secara Memimpin, Kawan, Interaksi
lantunan idea- membuat permainan dengan
idea orang lain. pengaturan, berkumpulan, pelajar lain,
hubungan, perhimpunan perbincangan
manipulasi, sosial, acara / kerja
pengantara, kemasyarakatan berkumpulan.
partying,dll. , kelab, projek
berkumpulan.
Intrapersonal Refleksi ke Menetapkan Masa untuk Peluang
dalam diri matlamat, berseorangan, untuk
sendiri pengantar, jurnal, projek meluahkan

11
berkhayal, individu, log pendapat
mendiamkan pemikiran. peribadi,
diri. membuat
analogi, set
matlamat, dll.
Naturalis Berorientasika Gemar Makmal hands- Penjagaan
n alam sekitar menikmati alam on, lawatan ke haiwan/
flora dan fauna, zoo/ taman tumbuhan,
mengutip dan botani, aktiviti
membuat rangsangan kajian,
koleksi deria. lawatan atau
tumbuhan, pemerhatian
haiwan dan terhadap
batu-batan, dll. alam
semulajadi,
klasifikasi
spesies.
Eksistensiali Kesedaran Pembelajaran Replika seni, Pemerhatian
s menyeluruh bermakna, lawatan ke terhadap
terhadap membuat planetarium, kejadian
kehidupan, sistesis idea, buku sastera alam,
nilai dan perkaitan dan filosofi mengaitkan
kepercayaan. dengan klasik, symbol- bahan dengan
kurikulum, simbol agama, tema dan
sastera dan blog. konsep serta
budaya. bincang topik
daripada
semua
perspektif.

12
2.6 Kepentingan Ilmu Kecerdasan Pelbagai dalam Membantu Guru Memahami
Pelajar
Ramai pelajar yang berbakat tetapi kurang motivasi untuk pergi ke sekolah dan
tidka berminat untuk melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Banyak
faktor yang menyumbang terjadinya fenomena ini. Antara faktor yang harus
diambil kira ialah kelemahan guru di sekolah yang hanya menumpukan kepada
aspek kognitif sahaja, iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logic-matematik dan
kecerdasan ruang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Manakalan kecerdasan yang bukan kognitif seperti kecerdasan muzik, kinestetik,
interpersonal dan intrapersonal jarang dinilai oleh guru di sekolah.
Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian kecerdasan yang
dimiliki oleh pelajar. Mereka lebih senang menggunakan kaedah pengajaran yang
lama dan kesannya pelajar menjadi cepat bosan serta tidak bersemangat untuk
belajar lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar remaja yang sedang melalui tahap
perkembangan yang penuh konflik ini. Oleh itu, teori kecerdasan pelbagai oleh
Howard Gardner ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi mengatasi kekurangan dan kelemahan dalam sistem pendidikan yang sedia
ada. Hal ini kerana kesemua sembilan jenis kecerdasan ini bersesuaian dengan
kekuatan dan stail pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.
Teori kecerdasan pelbagai ini banyak membantu guru dalam memahami
faktor yang mengaktifkan atau menghalang perkembangan kecerdasan. Konsep
ini sangat penting kerana guru akan dapat mengenal pasti faktor yang
mengaktifkan atau menghalang perkembangan kecerdasan, kebolehan, dan bakat
yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang pelajar. Oleh itu, ilmu tentang
teori ini akan membantu guru mewujudkan dan menyediakan pengalaman yang
boleh mencetuskan kecerdasan yang terpendam dalam diri seseorang pelajar itu
dan seterusnya meningkatkan lagi kecerdasan itu ke tahap yang lebih tinggi.
Teori ini juga membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mempunyai
harga diri yang tinggi, berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang.
Segala maklumat dan ilmu yang disampaikan oleh guru seharusnya menggunakan

13
pendekatan baharu dengan dibantu oleh pelbagai kemudahan teknologi
pengajaran seperti internet. Sekiranya guru tidak mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka, mungkin sesetengah pelajar akan berasa bosan kerana kaedah
tersebut tidak selari dengan kecenderungan, minat dan cara mereka memproses
maklumat.
Selain itu, teori ini juga dapat memberikan kefahaman kepada guru
bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai itu akan dapat mengembangkan
kecerdasan yang berbeza. Contohnya, dengan memberikan tugasan dalam
kumpulan atau kerja berpasangan akan dapat meningkatkan kecerdasan
interpersonal dan verbal-linguistik. Pelajar akan dapat memahami perasaan,
tabiat, motivasi dan hasrat orang lain melalui interaksi sesama mereka secara
langsung. Mereka juga mampu untuk berkomunikasi dengan baik melalui aktiviti
yang memerlukan mereka mendengar dan bertutur dalam tugasan berkumpulan
serta dapat memupuk kemahiran bersosial dan komunikasi mereka.
Guru juga dapat menyediakan satu pembelajaran yang sukar dilupakan
dan seterusnya membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Menurut teori
ini, guru dapat menyediakan suatu modul pembelajaran yang ringkas dan padat
serta boleh difahami oleh semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang
mempunyai pelbagai jenis dan tahap kecerdasan yang berbeza, maka pelajar
tersebut akan berminat untuk belajar setiap hari.
Teori ini turut menuntut agar guru memberikan tunjuk ajar dan panduan
kepada pelajar tentang cara menggunakan sepenuhnya kecerdasan yang ada dalam
diri mereka. Apabila guru menyatupadukan teori kecerdasan pelbagai ini ke
dalam pengajaran mereka, secara tidak langsung akan membuka minda pelajar
dan menyedarkan mereka tentang kecenderungan dan kecerdasan yang mereka
miliki kerana kadangkala ada pelajar yang tidak menyedari potensi yang ada
dalam diri mereka sendiri. Oleh itu, guru akan dapat mengenal pasti minat pelajar
dan menggunakan pendekatan yang sesuai agar pelajar tersebut dapat belajar
dengan lebih berkesan. Jika pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap apa-
apa yang dipelajari, maka hal ini akan membuahkan hasil yang sangat positif.

14
Di samping itu juga, teori ini membantu meningkatkan keyakinan diri
pelajar. Apabila guru dapat membuatkan seseorang pelajar itu menyedari
kecenderungannya dalam sesuatu jenis kecerdasan, maka mereka tidak perlu
berasa rendah tinggi jika mereka lemah dalam bidang lain. Contohnya, jika ada
pelajar yang lemah dalam kecerdasan logik-matematik atau verbal-linguistik,
mereka tidak perlu berasa rendah diri kerana mungkin mereka mempunyai
kecerdasan kinestetik atau spatial atau naturalis atau intrapersonal dan sebagainya
yang tidak boleh dinilai melalui peperiksaan.

2.7 Sumbangan Kecerdasan Pelbagai dalam Menyelesaikan Masalah Pembelajaran


Keperluan Khas
Berasaskan pengetahuan tentang kecerdasan emosi, guru boleh mengaplikasikan
teori ini dalam konteks sekolah untuk membantu pelajar memahami kemampuan
mereka sendiri dan mengenal pasti kecenderungan atau bakat mereka dalam
bidang tertentu. Contohnya, pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang
tinggi biasanya akan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang
banyak menggunakan anggota badan dan ketahanan fizikal seperti berlari dan
berenang. Oleh itu, tidak mustahil mereka akan menjadi seorang atlet yang
berjaya sekiranya mereka menggunakan kecerdasan tersebut untuk melatih
bersungguh-sungguh dan mengembangkan bakat serta kebolehan mereka dengan
sebaiknya.
Kecerdasan pelbagai juga dapat membantu memberikan tunjuk ajar
kepada pelajar untuk menggunakan sepenuhnya kekuatan atau kecerdasan yang
ada dalam diri mereka dan seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada.
Pengaplikasian pengetahuan teori kecerdasan pelbagai berupaya membangunkan
bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Guru tidak lagi menilai kecerdasan
seseorang pelajar itu berdasarkan kecerdasan intelek semata-mata seperti
kecerdasan logik-matematik atau bahasa, tetapi juga melihat kepada kecerdasan
emosi.
Pelajar yang dikatakan bijak dan cerdas tidak lagi boleh diukur atau dilihat
kecemerlangannya dalam bidang akademik sahaja. Oleh itu, usaha guru untuk

15
mempelbagaikan kaedah dan pendekatan pengajaran mereka berasaskan
kecerdasan pelbagai mampu membangunkan bidang akademik. Usaha guru
memperbanyakkan aktiviti kokurikulum dalam dan di luar sekolah akan
mengembangkan segala bakat dan potensi pelajar yang terpendam itu untuk
kepentingan pelajar itu sendiri. Di samping itu, sumbangan kecerdasan pelbagai
juga dilihat memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk berjaya dalam
bidang tertentu mengikut kecenderungan dan minat yang dimiliki oleh mereka.
Pemahaman terhadap kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru menjalankan
aktiviti pengajaran mengikut minat pelajar dengan berpandukan jenis-jenis
kecerdasan pelbagai. Pelajar juga tidak akan berasa bosan apabila guru faham
kehendak dan kecenderungan mereka malah mereka akan dapat belajar dengan
lebih efektif lagi.
3.0 Keperluan Khas
Zaman remaja berbeza dengan zaman kanak-kanak. Oleh itu, keperluan remaja juga
adalah berbeza. Seseorang remaja berada dalam proses pencarian identiti, pencarian
rakan terutama pasangan hidup dan kerjaya. Keperluan pelajar terdiri daripada keperluan
hayat dan psikologi seperti kasih sayang dan pengiktirafan
3.1 Kesediaan Pelajar Belajar
Pembelajaran di dalam bilik darjah hanya akan berlaku sekiranya wujud
kesediaan. Kesediaan ini merangkumi tiga bahagian, iaitu kesediaan kognitif,
kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor.
a) Kesediaan kognitif
Kesediaan kognitif merujuk kepada peringkat perkembangan mental untuk
menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul, dan berfikir serta
dapat menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Keupayaan
ini akan bertambah mengikut tahap perkembangan seseorang.
b) Kesediaan afektif
Kesediaan afektif pula merupakan sikap dan minat pelajar terhadap
sesuatu pelajaran. Apabila pelajar mempunyai kesediaan afektif yang
positif, secara tidak langsung mereka akan menjadi aktif dan mudah untuk
menerima pembelajaran. Secara tidak langsung, pelajar memperoleh

16
kepuasan dan keseronokan dalam pembelajaran malahan ini menjadi
dorongan kepada mereka untuk lebih berjaya.
Hal ini berbeza dengan pelajar yang tidak mempunyai kesediaan
dari segi afektif, mereka berkemungkinan tidak dapat menerima
pengajaran guru dengan sempurna dan boleh menimbulkan masalah
kepada pelajar lain yang bersama-sama mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran.
c) Kesediaan psikomotor
Kesediaan psikomotor ialah kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani
latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai penggerak utama.
Penguasaan kesediaan psikomotor bergantung kepada kesediaan kognitif
serta kesediaan afektif pelajar. Contohnya, dalam sesuatu permainan,
teknik menggunakan taktik menjadi salah satu faktor yang boleh
memberikan kemenangan dalam sesuatu permainan. Tidak sukup dengan
menggunakan teknik sahaja. Sikap ingin menang yang ditanam dalam diri
juga mampu untuk menentukan sesuatu kejayaan dalam permainan.

Antara faktor dominan yang mempengaruhi kesediaan belajar ialah faktor


pengalaman dan kematangan.

a) Pengalaman
Pengalaman yang sedia ada dalam diri seseorang pelajar menjadi faktor
utama mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Perkara ini yang menjadi prinsip asas kepada
penentu kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sesetengah
guru menghadapi kesukaran dalam melaksanakan pengajaran kerana isi
pelajaran yang disampaikan itu berada di luar pengalaman pelajar. Namun
begitu, setelah didedahkan (memperoleh pengalaman), secara tidak
langsung pengalaman ini yang membantu pelajar dengan mudah menguasai
isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

17
b) Kematangan
Kematangan merupakan tahap pertumbuhan fisiologi yang akan
mempengaruhi perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi.
i. Kematangan fizikal
Kematangan fizikal melibatkan perkembangan psikomotor. Individu
yang normal akan mengalami perkembangan dan mencapai satu
tahap kematangan fizikal yang sama dalam satu tempoh masa yang
seragam. Aspek ini menjadi rujukan utama kepada guru-guru yang
mengendalikan subjek berkaitan dengan penggunaan tubuh badan.
Guru perlu melaksanakan pemerintahan yang teliti agar sebarang
jenis kemalangan dapat dielakkan supaya tidak membawa apa-apa
kecederaan kepada pelajar sewaktu aktiviti dijalankan.
ii. Kematangan mental
Kematangan mental merupakan perkembangan dan persediaan
minda manusia untuk menerima sesuatu pembelajaran.
Kebiasaanya, kanak-kanak berusia enam tahun tidak boleh
memahami apa-apa yang dipelajari oleh murid tahun enam. Hal ini
kerana kanak-kanak enam tahun belum didedahkan dengan konsep-
konsep abstrak yang telah dipelajari oleh murid tahun enam. Hal ini
juga disebabkan oleh kematangan mental seseorang adalah berbeza
dengan seseorang yang lain. Namun begitu, individu yang berada
pada lingkungan umur yang sama berkemungkinan akan mengalami
proses kematangan mental yang sama.
iii. Kematangan sosial
Kematangan sosial merupakan keupayaan seseorang individu itu
membentuk hubungan baik dengan individu lain. Individu yang
mempunyai kematangan sosial yang baik akan mempamerkan sikap
dan tingkah laku yang positif apabila berinteraksi dengan individu
lain. Kematangan sosial ini banyak dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran individu tersebut.

18
iv. Kematangan emosi
Menurut Shahbuddin Hashim dan Dr. Rohizani Yaakob (2003:14).
Kematangan emosi merujuk kepada kestabilan dalam minat, sikap
serta keinginan. Oleh itu, rangsangan yang selaras dengan minat dan
keinginan tentunya akan mempengaruhi kesediaanya untuk
menerima pelajaran. Walau bagaimanapun, perlu diberi perhatian
bahawa tidak semua individu menerima rangsangan yang sama
mempunyai perasaan yang sama dan serupa.

3.2 Pelajar Remaja Berkeperluan Khas (disleksia dan epilepsi)


Tidak semua manusia memiliki kesempurnaan dari segi fizikal, mental, emosi dan
sosialnya. Mereka ini dikenali sebagai individu berkeperluan khas. Remaja yang
dikategorikan sebagai berkeperluan khas ialah (Ormrord,2000):
 bermasalah dalam pembelajaran
 kecacatan bahasa atau percakapan
 gangguan emosi
 autisma
 kecacatan mental
 kecacatan anggota
 kecacatan penglihatan
 kecederaan otak akibat kemalangan trauma
 kecacatan pendengaran
 lain-lain masalah akibat kesihatan
 pintar cerdas

Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran akan mempunyai


ciri-ciri berikut:

 Mempunyai kecerdasan normal, tetapi prestasi pembelajaran di bawah


tahap yang dijangkakan
 Mempunyai keupayaan koordinasi motor yang lemah

19
 Mengalami kesulitan dalam mengkoordinasi motor
 Kurang memberikan perhatian kepada pembelajaran
 Mengalami kesulitan dalam komunikasi
 Mempunyai kesukaran dalam tulisan
 Mempunyai kesukaran dalam bidang matematik (numerisi)
3.2.1 Disleksia
Perkataan disleksia merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu ‘dys’
yang bermaksud kesukaran dan ‘lexia’ membawa maksud perkataan. Jika
diterjemahkan secara terus perkataan itu membawa maksud perkataan
kepada kesulitan dengan perkataan bertulis. Perkataan dyslexia ini mula
diperkenalkan oleh Profesor Berlin yang merupakan seorang pakar
ophatalmotologist. Istilah lain yang digunakan untuk merujuk kepada
masalah ini ialah buta huruf. Disleksia boleh dibahagikan kepada tiga,
iaitu disparaxia (masalah koordinasi motor-mata-tangan), diskalkulia
(merujuk kepada masalah matematik) dan disgrafia (merujuk kepada
bahasa).
Ciri-ciri pelajar disleksia dapat dilihat dari aspek bahasa dan
pertuturan, urutan (sequencing) dan kemahiran motor. Di mana bahasa dan
pertuturan menerangkan pelajar mempunyai kesukaran fonologikal dalam
proses pertuturan seperti salah sebut,mencampuradukkan perkataan, dan
lemah sintaksis. Urutan atau sequencing pula ialah ciri pelajar yang
mempunyai kesukaran visual dan auditori iaitu sukar untuk memadan,
mengasing dan sukar memakai pakaian, masalah membuka dan menutup
paip manakala kemahiran motor pula menunjukkan pelajar yang
mempunyai masalah dalam mengkoordinasi motor kasar dan halus seperti
sukar menggunting, memegang pensil, melompat, menangkap bola, turun
naik tangga, dan mengikut arahan seperti kiri, kanan, maju dan mundur.
3.2.2 Epilepsi
Epilepsi dalam masyarakat Melayu lebih dikenali sebagai sawan. Menurut
Kamus Dewan Edisi 2002, mendefinisikan epilepsy sebagi satu penyakit
yang datang secara tiba-tiba dan mengakibatkan kekejangan anggota

20
badan serta menjadi kaku, tegang, dan kadangkala mengakibatkan mulut
menjadi lebih berbuih. Sehubungan itu terdapat tiga jenis sawan yang
diketahui umum, iaitu sawan grand mal, sawan petit mal, dan sawan
psikomotor.
Sawan grand mal merupakan sawan yang ditandai dengan
kehilangan ingatan, kekakuan badan, badan menjadi menggeletar dan
akhirnya menjadi letih dan tertidur. Sawan petit mal pula merupakan
sawan yang ditandai dengan sifat seperti merenung jauh seolah-olah
seseorang sedang bermimpi. Kadangkala individu yang mengalami sawan
ini akan mengenyitkan mata secara tiba-tiba atau diikuti dengan beberapa
pergerakan yang melibatkan anggota badan seperti kaki, tangan, dan pipi
berulang kali. Sawan yang mengaitkan perlakuan-perlakuan yang
disengajakan walaupun tidak sesuai dengan keadaan dikenali sebagai
sawan psikomotor. Individu yang mengalami sawan ini seolah-olah seperti
dirasuk dan mendecap-decap bibirnya. Sawan ini berlangsung beberapa
minit sahaja dan tidak disertai dengan pergerakan badan yang maksimum
atau boleh mengakibatkan individu terjatuh.
3.2.3 Kecelaruan Tingkah Laku
Kecelaruan tingkah laku ialah satu gangguan utama dalam sikap dan
hubungan antara individu dengan individu lain. Individu yang mengalami
masalah ini sering menunjukkan sikap antisocial, suka melanggar arahan
dan menimbulkan gangguan kepada individu lain. Mereka akan
menunjukkan tidak berempati dengan orang lain, malah lebih bersikap
agresif. Keadaan ini membolehkan mereka sering terjebak dengan
individu yang bersikap negatif seperti minum arak, mengambil dadah,
memiliki senjata api, dan sebagainya. Kecelaruan tingkah laku ini
disebabkan oleh faktor perpecahan sesebuah institusi kekeluargaan.
Kehidupan yang dibelenggu dengan masalah seperti pertengkaran ibu
bapa, kehidupan yang tidak memuaskan dan kurangnya asuhan daripada
ibu bapa boleh menjejaskan perkembangan emosi dan sosial yang normal.

21
3.2.4 Kurang Keyakinan Diri (Lower Self Esteem)
Masalah kurang keyakinan diri merujuk kepada apabila seseorang individu
meletakkan nilai yang rendah terhadap dirinya. Mereka akan beranggapan
bahawa diri mereka tidak sebagus orang lain, sentiasa gagal membuat
sesuatu perkara, dan sering menganggap diri mereka tidak disayangi oleh
orang lain. Pelajar yang mengalami masalah ini akan berasa bimbang
tentang sebarang kesusahan dan tidak mahu mengambil risiko untuk
menghadapi sesuatu perkara.
Secara tidak langsung, mereka akan menjadi seorang yang pasif
dan sering mengelak untuk menyertai sebarang aktiviti bersama rakan
yang lain. Permasalahan yang timbul ini memperlihatkan beberapa faktor
yang mendorong seseorang itu bersikap kurang keyakinan diri.
Pertamanya, mungkin disebabkan oleh pengalaman hidup yang kurang
baik dari segi aspek seksual, fizikal, serta emosi mendorong merosakkan
tahap keyakinan seseorang. Di samping itu, cara ibu bapa yang terlalu
memberikan kritikan serta mempersendakan anak memungkinkan kurang
keyakinan diri dalam diri seseorang individu itu menebal.
3.2.5 Pintar Cerdas atau Berbakat
Selain berhadapan dengan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran
dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar remaja
yang mempunyai keistimewaan luar biasa dlam kategori pintar cerdas atau
berbakat. Golongan pelajar ini juga sering kali diabaikan kerana guru
beranggapan bahawa mereka sudah dapat menguasai isi pelajaran dengan
cepat berbanding rakan yang lain. Ciri-ciri pelajra cerdas adalah seperti
mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas berbanding rakan-rakan
yang lain, mempunyai kematangan dari segi menggunakan sesuatu istilah
dengan bermakna, mempunyai keistimewaan dalam matematik, berusaha
ke arah kesempurnaan, tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang
terlalu mudah, selalu bertanya sesuatu perkara dengan lebih mendalam dan
petah berkomunikasi.

22
3.3 Teori Hierarki Keperluan Maslow
Davidoff (1976) menyatakan keperluan sebagai unsur yang diperlukan untuk
memenuhi kekurangan dari aspek jasmani, rohani, dan sosial. Menurut Maslow,
manusia digerakkan oleh motivasi untuk memenuhi keperluan mereka. Beliau
menjelaskan bahawa keperluan manusia terdiri daripada tujuh tahap, iaitu
keperluan asas seperti keperluan fisiologi, diikuti oleh keperluan keselamatan,
seterusnya keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan penerimaan,
keperluan mengetahui dan memahami, keperluan estetik serta akhirnya keperluan
sempurna kendiri. Hal ini dapat dilihat seperti dalam rajah dibawah;

23
3.4 Kesihatan Mental Pelajar
Pelajar yang sihat tingkah lakunya atau sihat mental ialah pelajar yang dapat
mencapai kesejahteraan (well being), mengalami perkembangan (fizikal, kognitif,
emosi, sosial, afektif, rohani) yang sempurna, dapat mencapai cita-cita serta
menjadi warganegara yang berbakti kepada bangsa dan Negara. Tingkah laku
pelajar yang tidak normal atau bermasalah termasuk tingka laku devian atau salah
laku, salah penyesuaian dan depresi. Kesihatan mental pelajar dipengaruhi oleh
faktor biologi, psikologi, dan sosiobudaya (Santrock, 2001).
3.4.1 Punca Tingkah Laku Tidak Normal Pelajar
Punca tingkah laku tidak normal pelajar terdiri daripada faktor biologi,
psikologi, dan sosiobudaya.
a) Biologi
Berdasarkan pendapat ahli psikobiologi, punca masalah mental ialah
tubuh badan seseorang gagal berfungsi dengan sempurna. Kegagalan
tubuh badan itu termasuklah kegagalan saraf penghantar berfungsi
(neurotransmitters) dan faktor biologi atau faktor genetik. Pendekatan
ini menamakan remaja sebagai ‘pesakit mental’ dan berpendapat
mereka mesti dimasukkan ke hospital sakit jiwa dan dirawat oleh
doktor atau psikiatris.
b) Psikologi
Antara faktor psikologi yang boleh menyebabkan remaja mengalami
‘sakit mental’ ialah kecelaruan mental, gangguan emosi, pembelajaran
yang membosankan dan masalah interpersonal dengan orang yang
signifikan kepada mereka.
c) Sosiobudaya
Daripada perspektif ahli psikologi abnormal, masalah ‘sakit jiwa’ ialah
fenomena biasa dalam setiap budaya. Faktor sosiobudaya termasuklah
status sosioekonomi, di mana melalui kajian Grienzeko (1998, dalam
Santrock, 2001), ramai remaja daripada kalangan status sosioekonomi
rendah atau miskin mengalami ‘sakit jiwa’ berbanding remaja
berlatarbelakangkan sosioekonomi tinggi.

24
d) Interactionis atau Biopsikososial
Pendekatan ini percaya faktor biologi, psikologi dan sosiobudaya
berinteraksi dan menjadi faktor remaja mengalami ‘sakit jiwa’.
e) Pendekatan Psikopatologi
Ahli psikologi daripada pendekatan ini percaya bahawa faktor seperti
stress, depresi, dan gangguan emosi merupakan penyebab remaja
mengalami ‘sakit jiwa’.
3.4.2 Cabaran Remaja yang Dihadapi Pada Masa Kini.
Antara cabaran yang dihadapi pelajar pada masa kini ialah:
 Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
 Sering berasa diri disalahfaham dan dipersalahkan
 Berasa diri dilayan secara tidak adil
 Kesunyian
 Sukar memahami emosi
 Susah membuat keputusan
 Masalah hubungan interpersonal (ibu bapa, adik beradik dan
rakan)
 Perubahan fizikal, emosi, dan sosial remaja memberi kesan
terhadap kesihatan mental
 Masalah kecelaruan tingkah laku
3.4.3 Kesan Kesihatan Mental Pelajar
Kesan kesihatan mental pelajar ini akan melibatkan banyak aspek iaitu
individu, keluarga, masyarakat dan negara. Kesan ke atas individu dapat
dilihat di mana gangguan penyakit mental ini akan banyak memberikan
beban kepada mereka sehingga boleh mengakibatkan mereka tidak hadir
ke sekolah. Lantaran itu, prsetasi pelajaran mereka mula menurun.
Kebanyakan aktiviti harian mereka seperti bersukan seringkali terganggu.
Begitu juga perhubungan dengan orang lain dan keupayaan untuk
menikmati keseronokan hidup turut terjejas. Akibat tidak dapat mengawal
emosi, selera makan mereka juga turut merosot.

25
Mereka juga turut mengalami perasaan sedih, resah, tertekan,
kesukaran untuk tidur sehingga menyebabkan tahap kesihatan juga
terjejas. Kebiasaanya, mereka merasakan diri mereka tidak diperlukan dan
tidak berguna lagi sehingga ke satu tahap, mereka terpaksa dimasukkan ke
hospital untuk mendapatkan rawatan. Tahap yang paling membimbangkan
apabila mereka sentiasa rasa bersalah, resah dan ada keinginan untuk
membunuh diri. Sebagai seorang Islam, perbuatan ini sama sekali tidak
dibenarkan.
Permasalahan penyakit mental ini juga turut mendatangkan kesan
negatif kepada sesebuah institusi kekeluargaan terutamanya keluarga
pesakit itu sendiri. Menurut Profesor Dr. Hussain Habil, Ketua Jabatan
Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dalam
satu taklimat bertajuk ‘Mengembalikan Fungsi Minda’ bersempena
dengan Bulan Kesedaran Skizofrenia anjura PPUM: Kajian menunjukkan
bahawa ahli keluarga juga terganggu kerana kebanyakan mereka terpaksa
memperuntukkan 15 jam seminggu untuk menjaga pesakit. Hal ini kerana
fungsi otak mereka menjadi lebih lemah dan semakin sukar dipulihkan.
Kadangkala, mereka tidak mampu berkomunikasi secara berkesan,
tidak mampu memberi dan menerima kasih sayang sehingga
mengakibatkan pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga atau
keluarga. Mereka juga tidak tahu menghargai dan mempercayai orang lain
kecuali apabila setelah mendapat perhatian yang secukupnya dan mereka
juga tidak dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka. Konflik
yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau
keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.
Oleh itu, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit
menjelaskan keadaan yang dialami mereka bagi membantu mereka
menangani masalah yang dihadapi. Kajian psikologi membuktikan, salah
satu punca kepada penyakit mental ialah berlakunya kematian dan
penceraian dalam keluarga. Hal ini kerana emosi ibu tunggal, bapa tunggal
atau ahli keluarga menjadi sangat tidak stabil pada setengah tahun pertama

26
kerana menjadi terawang-awang dan sukar menjalankan urusan seharian.
Peristiwa kematian dan penceraian turut menyumbang kepada gangguan
emosi yang lebih serius kepada anak-anak.
Di samping itu, kesan yang paling ketara ialah kebanyakan pesakit
mental dilabel sebagai ‘gila’ dan sering dicemuh dan dihina masyarakat.
Hal ini kerana masyarakat tidak dapat menerima kehadiran mereka dan
sebahagian masyarakat pula menganggap mereka sebagai sampah
masyarakat dan menjijikkan. Pada masa dahulu, pesakit mental diasingkan
dan dipisahkan daripada masyarakat. Namun pada hari ini, dengan adanya
rawatan dan ubat yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani
kehidupan yang produktif dan bermakna.
Tambahan pula, terdapat segelintir pesakit mental ini
berkecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral seperti minum arak,
bohsia, penyalahgunaan najis dadah dan penzinaan. Keadaan ini akan
menyebabkan kepincangan sesebuah masyarakat dan negara yang
seterusnya menyumbang kepada ketidakstabilan ekonomi negara kerana
kerajaan terpaksa berbelanja ribuan ringgit untuk membanteras gejala ini.
Ada juga yang mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah, iaitu
berkecenderungan menggunakan keganasan seperti penderaan kanak-
kanak atau pasangan dan mejadi pembuli di jalan raya.
3.4.4 Cabaran untuk Guru
Remaja yang abnormal atau menghadapi masalah mental merupakan
cabaran kepada guru seperti masalah disiplin, sikap remaja yang negatif,
dan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan. Guru memainkan
peranan penting dalam pembentukan diri remaja, selepas ibu bapa mereka.
Hal ini kerana kebanykan masa remaha dihabiskan di sekolah. Sepanjang
proses pembelajaran, banyak tingkah laku remaja yang membuatkan para
guru marah. Setiap tindakan ini merupakan cabaran yang perlu ditempuhi
oleh para guru dalam menangani masalah remaja. Antara cabaran tersebut
ialah masalah ponteng, meniru dalam peperiksaan, merokok, melepak dan
membuli. Sikap malas serta pengaruh rakan sebaya menyebabkan mereka

27
kerap melakukan kesalahan. Sikap cepat berputus asa dan menilai diri
tidak pandai seperti rakan yang lain turut mendorong mereka untuk
ponteng sekolah.
Cabaran kedua kepada guru ialah sikap remaja yang tidak
mendengar kata dan suka memberontak menyebabkan mereka melakukan
jenayah vandalisme seperti merosakkan harta benda awam, sekolah dan
guru. Keadaan seperti ini menuntut kesabaran yang tinggi dalam
kalaangan guru dan pihak pentadbir. Peranan guru disiplin dan kaunselor
adalah untuk mengenal pasti punca masalah, menyelesaikan masalah ini
dan mengubah sikap pelajar ini agar lebih berdisiplin dan
bertanggungjawab. Pelajar ini juga perlu diberikan bimbingan serta
peluang untuk mereka menyatakan sebab mereka melakukan kesalahan
ini. Kenyataan yang dikemukakan oleh mereka akan membantu guru
mengenal pasti masalah tersebut dan memperbaiki masalah yang dihadapi.
Selain itu, pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan
menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Hal
ini kerana terdapat sesetengah pelajar lelaki dan perempuan yang
ditangkap melakukan hubungan seks tanpa nikah. Kesannya,
menyebabkan sesetengah pelajar perempuan telah hamil sebelum
berkahwin. Keadaan yang berlaku ini telah memberikan tamparan yang
hebat kepada kredibiliti seorang guru dalam mendidik pelajar mereka agar
menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Cabaran
seperti ini perlu dihadapi dengan pemikiran yang rasional agar setiap
tindakan yang dilakukan tidak memberikan impak yang besra kepada
pihak sekolah dan guru-guru. Oleh itu, guru perlu melihat punca
berlakunya perkara ini dan mengenal pasti langkah-langkah mengatasinya
agara masalah ini dapat dibendung dengan segera.

28
3.5 Cara Mengatasi Keperluan Pelajar Individu dalam Konteks Pengajaran dan
Pembelajaran
Antara cara memenuhi keperluan pelajar semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dengan cara memberikan kebebasan kepada pelajar
menjalankan aktiviti. Sebagaimana yang diketahui, pelajar tidak suka dikongkong
dan suka diberikan kebebasan. Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan
kepada pelajar perlulah dikawal serta dipantau agar mereka tidak melakukan
kesalahan yang menyebabkan kerugian kepada diri sendiri. Oleh itu, guru mesti
menjadikan pelajar ini sebagai orang yang boleh diamanahkan serta memberikan
keyakinan kepada mereka dalam menjalankan tugas.
Semasa pengajaran di dalam kelas, guru perlulah memberikan peluang
kepada setiap pelajar untuk memberikan pendapat. Setiap pendapat yang
diutarakan itu tidak semestinya boleh diterima bulat-bulat tetapi boleh dijadikan
kayu pengukur. Hal ini kerana sekiranya pandangan mereka diterima oleh guru,
mereka akan berasa dihargai dan ini memberikan mereka motivasi dalam
meningkatkan kecemerlangan dalam diri. Di samping itu, pengumpulan mengikut
kebolehan boleh dilakukan dengan mengumpul kanak-kanak atau remaja yang
pintar dengan kandungan pembelajaran yang direka bentuk bagi mereka, supaya
mereka bebas daripada batasan-batasan yang ada di dalam bilik darjah biasa. Hal
ini mampu meningkatkan minat mereka di sekolah, meningkatkan pencapaian,
sikap dan penyesuaian psikologi.
Acceleration atau memendekkan masa belajar mungkin dapat dilakukan
melalui kemasukan ke sekolah pada umur yang lebih rendah, lompat kelas,
memendekkan masa untuk sesuatu kurikulum, menghadiri sekolah untuk gred
yang berbeza serentak, acceleration dalam beberapa mata pelajaran atau
mengurangkan jangka masa bagi kandungan kurikulum. Cara ini pernah
digunakan bagi mengatasi masalah kekurangan dalam kurikulum bilik darjah
biasa bagi kanak-kanak pintar dan cerdas. Pelaksanaan program ini bertujuan agar
apabila kanak-kanak ini mencapai usia remaja, perkembangan kognitif mereka
dapat berkembang selaras dengan kebolehan yang dimiliki.

29
Kajian yang dilakukan oleh Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2007),
menunjukkan bahawa program acceleration banyak menghasilkan faedah kepada
kanak-kanak pintar dan cerdas. Mereka bukan sahaja dapat meningkatkan
pencapaian akademik tetapi menunjukkan penyesuaian emosi, sosial, dan fizikal
yang memuaskan berbanding dengan rakan sedarjah yang lebih tua daripada
mereka.
Pengkayaan kandungan kurikulum boleh meningkatkan kecekapan serta
kefahaman pelajar pintar dan cerdas. Penekanan bukan sahaja diberikan kepada
penguasaan konsep dan pemahaman tetapi memberikan perhatian kepada
pemindahan generalisasi serta aplikasi. Contohnya, daripada pembacaan mereka
tentang sebab-sebab pencemaran, mereka boleh mencadangkan penyelesaian
kepada masalah jerebu di kawasan bandar. Antara bahan dan prosedur pengajaran
adalah seperti berikut:
 Aktiviti pembelajaran yang ditentukan oleh pelajar. Guru menjadi
penasihat, pembimbing dan sumber rujukan.
 Pembinaan pakej belajar berdasarkan topik atau soalan-soalan utama yang
diminati oleh pelajar pintar dan cerdas.
 Membentuk kursus yang menjadi pilihan pelajar untuk jangka masa
panjang.
 Perancangan dan penilaian sesuatu kursus dibuat bersama dengan guru,
manakala pelajar diletakkan di bawah mentor untuk pengajian individu.
 Pembelajaran penemuan dan perkembangan kreativiti juga diberi
penekanan supaya pelajar pintar dan cerdas dapat mengembangkan potensi
masing-masing ke peringkat yang optimum.

Guru perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana
sikap dan personaliti guru amat mempengaruhi sikap dan tingkah laku pelajar.
Perbincangan antara guru dengan remaja secara sederhana serta menghormati
antara satu sama lain mampu mendidik pelajar untuk mendengar nasihat guru. Hal
ini kerana walaupun mereka dapat menyelesaikan masalah dengan sendiri tetapi
guru masih lagi berperanan dalam meletakkan batas-batas perlakuan terhadap

30
tingkah laku pelajar. Oleh yang demikian, perbincangan yang baik antara guru
dengan remaja mampu mengatasi keperluan mereka, malah mereka akan lebih
memberikan tumpuan kepada guru daripada ibu bapa mereka sendiri.

Guru perlu memainkan peranan penting terutama semasa remaja meluahkan


perasaan. Hal ini bertujuan agar mereka tidak segan silu serta dapat berkongsi
pendapat dan idea yang bernas secara bersama. Melalui perkongsian ini, maka
mereka juga dapat membina keyakinan dalam diri. Alam remaja menuntut mereka
untuk diberikan kebebasan dan kehendak. Walau bagaimanapun, guru perlulah
memainkan peranan agar dapat mengimbangi antara kebebasan dengan kehendak
remaja melalui pengawalan dan pemantauan. Hal ini bertujuan agar mereka tidak
melakukan kesalahan atau tindakan yang dapat mendatangkan kesan pada masa
akan datang. Oleh itu, mereka ini perlu dikawal tetapi kawalannya dilaksanakan
secara tegas dan dalam belaian.

Guru perlu menunjukkan minat terhadap kemahiran yang diminati oleh


remaja. Hal ini kerana melalui perlakuan ini akan memberikan kepercayaan dan
keselesaan kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan guru. Selain itu, guru
perlu memantau pergaulan mereka, di samping mengelakkan daripada
mengongkong pelajar kerana situasi ini akan menyebabkan mereka akan berasa
tidak selesa dan menjauhkan diri daripada guru serta menyebabkan mereka
memberontak. Interaksi yang harmoni mampu menjadikan perhubungan antara
guru dengan pelajar lebih selesa dan mengeratkan perhubungan antara mereka.

Seterusnya bagi mengatasi keperluan remaja dalam konteks pengajaran dan


pembelajaran aspek peniruan terhadap orang atau individu dijadikan model
panduan dalam mengubah personaliti remaja. Hal ini kerana, remaja zaman ini
lebih terikut-ikut dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka yang
menjadi idola remaja terbabit. Selalunya idola yang menjadi ikutan remaja pada
masa kini seperti artis. Oleh yang sedemikian, mereka akan meniru tingkah laku
artis atau individu yang mereka suka untuk dijadikan mentor dalam kehidupan
mereka.

31
Perwatakan, tingkah laku dan pemakaian baju yang ditunjukkan oleh mentor
mereka akan menjadi ikutan para remaja pada zaman ini. Bandura (1963) dalam
Santrock (2007) telah mengemukakan teori pemerhatian bagi menjelaskan
pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori pemerhatian
Bandura ini dikenali sebagai teori peniruan atau teori permodelan. Antara ciri
Teori Permodelan Bandura ialah:

 Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan


 Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan.
 Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru
sebagai modelnya dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia
memperoleh kepuasan serta peneguhan yang berpatutan
 Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan,
peniruan, tingkah laku, atau gerak balas yang sesuai.

Oleh itu, pemilihan model atau mentor yang baik akan memberikan impak
yang positif dan sebaliknya. Peniruan mentor ini juga seterusnya akan
memberikan kesan terhadap penumpuan pengajaran dan pembelajaran. Remaja
yang menjadikan idola mereka yang berjaya di dalam pelajaran akan meniru cara
mentor mereka belajar serta memberikan sepenuh tumpuan dalam pelajaran agar
mereka juga akan Berjaya. Peniruan seperti ini akan memberikan kesan yang
positif terhadap remaja bagi memajukan diri dalam pelajaran dan untuk kemajuan
pada masa akan datang.

32
4.0 Kesimpulan
Sekolah bukanlah tempat pelajar normal sahaja tetapi juga pelajar berkeperluan khas.
Pelajar berkeperluan khas juga berhak menikmati kemudahan di sekolah. Perkara
sebegini yang dimaksudkan oleh kerajaan sebagai pendemokrasian pendidikan. Guru-
guru perlu memahami dan menyediakan keperluan kanak-kanak ‘ berkeperluan khas’.
Keperluan tersebut terdiri daripada keperluan bangunan, alatan pengajaran dan
pembelajaran, guru pembantu, guru media dan lain-lain.
Secara ringkasnya, semua guru mahukan pelajar mereka berjaya, tenang, gembira dan
dapat menjalani kehidupan pelajar mereka dengan positif. Walau bagaimanapun,
ketidakfahaman, ketidakperihatinan, dan pendekatan yang tidak sesuai oleh guru sering
menjadi punca kepada proses pembelajaran yang tidak berkesan dan pembentukan emosi
yang negatif. Oleh sebab itu, guru patut mengambil sesuatu tindakan untuk
menambahkan kefahaman mereka tentang kecerdasan pelbagai serta berusaha
membentuk persekitaran pembelajaran yang sesuai, dan seterusnya meningkatkan
motivasi dan minat mereka untuk belajar.

33
5.0 Rujukan
Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2005),
Psikologi Sosial Alam Remaja, Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Crawford, G. B. (2007), Brain-Based Teaching with Adolescent Learning in Mind,


Corwin Press.

Hassan Langgulung (1983), Psikologi Pendidikan dan Kesihatan Mental di Sekolah-


Sekolah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamila K.A Mohamed (2008), Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa,


Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin (2003), Psikologi Perkembangan Teori dan Konsep,


Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Mak Soon Sang (2003), Psikologi Pendidikan, untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad (1994), Kaunseling Remaja, Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Lazear, D. (2000), The Intelligent Curriculum: Using Multiple Intelligence to Develop


Your Students’ Full Potential, Tucson, Arizona: Zephyr Press.

Lenore M.T Derville (1979), Penggunaan Psikologi dalam Pengajaran, Kuala


Lumpur: Longman.

Santrock, J. W. (2001), Adolescent, New York: McGRaw-Hill Inc.

Shaffer D. R dan Katherine Kipp (2007), Developmental Psychology, Canada:


Thomson Wadsworth Inc.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, dan Abdul Aziz Abdul Shukor,(2008),


Psikologi Pendidikan, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Thomsen, K, (2002), Building Resilient Students: Integrating Resiliency Into What


You Already Know and Do, Thousand Oaks, California: Corwin Press, Inc.

34

Anda mungkin juga menyukai