Anda di halaman 1dari 8

SOALAN B.

JELASKAN RASIONAL DAN KEPENTINGAN PENGISIAN KURIKULUM


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH.

Setiap perkara meliputi matlamat dimana setiap matlamat tersebut


mempunyai isi serta kepentingan-kepentingannya yang tertentu dimana jika
dilihat dari sudut hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Negara. Ianya adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bagi
melengkapkan pendidikan tanpa sempadan, sudut pendidikan adalah nadi
dimana endidikan adalah aspek terpenting dalam pembangunan sesebuah
negara yang bermula dengan pendidikan peringkat rendah dan bagi
meralisasikan hasrat ini, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara.

Selain itu, pengisian kurikulum adalah aset penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu sekolah rendah kerana
terdapat beberapa sebab dimana antaranya dapat dilihat dari aspek
pengetahuan yang merangkumi pelbagai bidang ilmu sebagai contoh, ilmu
bidang sains , geografi dan lain-lain yang boleh digunakan untuk
memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu bidang sains
dapat digunakan dalam pelbagai terma berkaitan sains yang boleh
memperkembangkan kemahiran bahasa dan juga ilmu pengetahuan. Kini, ilmu
sains dan matematik juga dipelajari secara dwibahasa melalui Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu, dimana Bahasa Melayu tetap diambil kira dan dititik
beratkan bagi pemahaman yang lebih mudah untuk pelajar. Pengetahuan juga
termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pemerolehan ilmu juga dapat
membantu murid terutama dalam menyelesaikan masalah serta menggalakkan
mereka berfikir secara kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh
itu, sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru akan memberi kesan serta input
kepada minda pelajar dan mereka memproses pengajaran tersebut dimana
ketika itulah mereka belajar dengan input-input yang disampaikan oleh guru.
Komunikasi amat penting dan ia melibatkan pembukaan minda rangsangan
pelajar dan isi yang ringkas melalui bahasa Melayu memudahkan pelajar.

Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan


perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek
ilmu,nilai,kewarganegaraan, sosio budaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu
kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi,kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan konstektual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh
murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan
dan patriotism diberi penekanan selaras dengan matlamat Negara
membangunkan masyarakat madani. Apabila ditekankan kelima-lima perkara
inilah yang menyumbang kepada kepentingan pengisian tersebut. Pengetahuan
merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya bidang sains, geografi
dan lain-lain yang boleh digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan
kemahiran berbahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu dimana ianya
adalah amat penting dalam laluan bagi melahirkan generasi yang berbudi pekerti
tinggi, berakhlak mulia dan mampu menjadi modal insan seterusnya bakal
menjadi pemimpin yang dinamik pada masa depan. Aspek nilai sangat penting
dalam penyerapan nilai murni dalam pendidikan bahasa Melayu untuk
melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan
dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang
berhemah tinggi dan berperibadi mulia selain membantu melahirkan murid yang
memiliki tahap keprihatinan mereka yang semakin bertambah. Nilai penting
untuk kehidupan manusia dari awal kelahiran hingga akhir hayat. In kerana kita
sebagai orang Melayu hendaklah menghormati hak dan keistimewaan kaum lain
serta saling menghormati antara satu sama lain bagi melahirkan suasana yang
harmoni dan aman. Perasaan seperti ini haruslah dipupuk sejak awal lagi
terutama di sekolah rendah supaya murid-murid menyedari akan kepentingan
nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Ketiga, dari sudut kewarganegaraan. Disini kita dapat lihat dimana


pengisian kurikulum merupakan perkara positif yang dapat dicapai dan
antaranya ialah unsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan pada pemupukan
semangat cinta dan taat tanah air. Buku-buku sejarah yang dihasilkan oleh
tokoh-tokoh sejarawan negara bertujuan mengekalkan sikap patriotik diri rakyat
terhadap jasa-jasa wira-wira negara yang berjuang untuk kemerdekaan negara
dimana cetusan jiwa bersemangat patriotic menjadikan kita rakyat yang berdikari
dan tidak memerlukan penjajahan. Ini disebabkan oleh semangat patriotisme
atau cinta kepada negara semakin pudar dan pupus di kalangan masyarakat
Malaysia terutamanya dalam generasi kini dan masa depan.

Pemupukan unsur yang meluas bertujuan untuk melahirkan


warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa
dan negara serta mendidik murid - murid supaya lebih prihatin tentang
keselamatan negara sekaligus melahirkan pemimpin yang mempunyai komitmen
tinggi dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, unsure-unsur budaya barat
amnya dapat dibendung bagi melahirkan rakyat yang berjiwa patriotisme dan
mengikut budaya orang Melayu yang kaya dengan adab serta budi pekerti yang
sopan dan disanjungi.
Keempat, dari aspek peraturan sosiobudaya dapat ditafsirkan bahawa
peraturan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa Melayu meliputi kesantunan
bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat
Malaysia. Kesantunan dan laras bahasa penting dalam masyarakat Melayu
kerana masyarakat Melayu masih mengamalkan adat resam yang sangat
sinonim dengan Melayu supaya murid – murid dapat mengetahui cirri - ciri bagi
kaum Melayu agar mereka dapat mengenali jati diri mereka sebagai kaum
Melayu. Sebagai contohnya tidak melupai asal usul tanah air walaupun jauh
berkelana mencari ilmu dan menguasai bahasa asing, tetapi tidak melupakan
bahasa ibunda.

Kelima adalah kemahiran bernilai tambah. Kemahiran bernilai tambah alaf


baru merangkumi beberapa kemahiran iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran
kontekstual dimana ia mengutamakan murid dalam mengaplikasikan kemahiran
ilmu berteknologi baru dalam kehidupan seharian mereka yang sekaligus
memudahkan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi
selain pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar
murid serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum Bahasa
Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan mengenai fungsi-fungsi
kecanggihan teknologi moden kepada generasi baru amat penting kerana kita
perlu seiringan dengan negara maju yang lain dan tidak sekali ketinggalan dek
zaman. Kemahiran berfikir juga mempunyai kepentingannya tersendiri dimana
kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur ,
membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan
idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Penguasaan kemahiran
ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk
menghadapi dunia yang sering berubah dalam kehidupan harian dan kerjaya
murid pada masa depan.

Kesimpulannya, pengisian kurikulum adalah sangat penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga penting bagi guru
kerana guru perlu bijak menyesuaikan murid dengan kaedah yang betul dalam
memberi pengajaran kepada pelajar supaya pelajar mampu menerima input
dengan mudah dan guru juga berperanan dalam menghasilkan strategi yang
dinamik dalam memberi impak kepada pelajarnya dalam pendidikan.
Penjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti dibawah :

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui


aktiviti dan soalan yang memerlukan pemikiran

KEMAHIRAN kritis dan kreatis dalam aktiviti mendengar,


BERFIKIR bertutur,membaca dan menulis. Kemahiran berfikir
samaada dari segi mengkonsepsikan idea,
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
adalah penting dalam kehidupan harian dan
kerjaya murid pada masa akan datang.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi


perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh

KEMAHIRAN menggunakan computer untuk tujuan komunikasi


TEKNOLOGI seperti menghantar mel elektronik, menggunakan
MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan
harian, dan mengakses maklumat yang terdapat
dalam internet.

Kemahiran belajar cara belajar perlu di ajarkan


kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik
pembelajaran yang berkesan. Penguasaan terhadap
KEMAHIRAN
BELAJAR CARA kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan
BELAJAR pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi
dunia yang sering berubah dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup.
Kajian masa depan adalah satu pendekatan
pembelajaran bagi membolehkan murid
KAJIAN MASA menyedari isu atau permasalahan masa lampau,
DEPAN masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid
dapat membuat sesuatu ramalan serta
mengendalikan perubahan supaya murid dapat
manfaat yang maksimum.

Kecerdasan pelbagai merangkumi linguistic, logic


matematik, muzik, kinestatik, ruang,
KECERDASAN interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh
PELBAGAI
itu, guru perlu mengembangkan potensi
kecerdasan murid dengan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan
mereka kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Pembelajaran konstuktivisme dalam


pembelajaran dapat melahirkan murid yang boleh
membina pemahaman dan pengetahuan baru
PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman yang sedia ada. Pembelajaran ini
menjadikan murid lebih yakin, faham dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
Pembelajaran konstektual adalah kaedah
pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran
dengan pengalaman harian individu, masyarakat
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL dalam alam pekerjaan. Pembelajaran konstektual
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,
secara konkrit yang melibatkan latih amal dan
berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid
berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru
secara bermakna, dan menghayati kerelevana