3.00 pm Mengalu-alukan ketibaan yg berbahagia En. Azman Bin Siti Fairus Ibarahim, Pengarah Bahagian Penyelarasan & Penyertaan Bumiputera, Pulau Pinang serta tetamu jemputan. Hadirin di jemput berdiri.
Yang berbahagia, En. Azman Bin Ibrahim Pengarah
Bahagian Penyelarasan & Penyertaan Bumiputera, Pulau Pinang. Yang berusaha, Yang Dipertua PIBG En. Abdul Wahab Bin Tahir. Yang berusaha, Pengetua Sek. Men. Keb Tanjong Bunga, Cik Nooriah Bt Mohamad. Yang dihormati, barisan pentadbir Sek Men Keb Tanjong Bunga, para guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya , dapat kita bersama-sama dalam Mesyuarat PIBG Sek. Men. Keb Tanjong Bunga Kali ke-38 ini. Beli belati buat keronsang,, Noor Afidah Cantik berseri nama kerdipan, Besarnya hati bukan kepalang, Menyambut tiba hadirmu tuan.
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis
dengan ini menjemput Al-Fathil En. Mohd Fazli Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Amin..amin..amiin ya rabbal alamin.. Siti Fairus Majlis merakamkan jutaan penghargaan kepada En. Mohd Fazli Ibrahim.
Hadirin yang dimuliakan,
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pengetua SMK Tanjong Bunga, Cik Nooriah Bt Mohamad untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya , dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Cik Nooriah Bt Mohamad. Noor Afidah
Majlis seterusnya menjemput Yang Dipertua PIBG, En.
Abdul Wahab bin Tahir untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En Abdul Wahab atas Siti Fairus ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis mempersilakan En. Azman Bin Ibrahim, Pengarah bahagian Penyelarasan & Penyertaan Bumiputera, Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SMK Tanjong Bunga kali ke-38. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. Terima kasihi di ucapkan kepada En Azman B Ibrahim Noor Afidah diatas ucapan dan perasmian beliau sebentar tadi. Diharap segala nasihatyang diberikan dapat diambil iktibar dan pedoman oleh hadirin sekalian.
Seterusnya, bagi menghargai kesudian tetamu kehormat
kita hadir pada petang ini, dijemput Yang Dipertua PIBG En Abdul Wahab Bin Tahir untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Maka dengan ini dijemput tetamu kehormat kita, En Azman Bin Ibrahim dengan diiringi oleh Puan Pengetua untuk menerima cenderamata seikhlas hati dari PIBG. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada En. Azman. Siti Fairus
Majlis seterusnya menjemput tetamu kehormat kita, En
Azman B Ibrahim bersama barisan pentadbir sekolah untuk menikmati juadah yang disediakan.
Hadirin diminta terus berada di dewan untuk
meneruskan mesyuarat PIBG SMk Tanjong Bunga kali ke- 38.
Bagi meneruskan mesyuarat, majlis dengan berbesar hati
menyerahkan mesyuarat ini kepada Yang Dipertua PIBG En. Abdul Wahab untuk meneruskan agenda seterusnya. Terima kasih kepada _________________________ . Noor Afidah maka dengan ini berakhirlah mesyuarat PIBG SMK Tanjong Bunga kali ke-38.
Maaf jua dipinta jika ada sebarang kecacatan sepanjang
majlis ini berlangsung.
Diharap Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan meneruskan
kerjasama yang jitu bagi meningkatkan prestasi akademik, kokurikulum, dan pembentukan sahsiah yang baik untuk anak-anak pelajar kita.
Dengan itu, hadirin dijemput ke kantin untuk menikmati