Anda di halaman 1dari 32

HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

MOHD FARID BIN ZAKARIA


MUHAMMAD AZIZI BIN CHE RUSLI
MOHD NORHAZRIL BIN MOHD KAMARULZAMAN
SHARIFAH BINTI AHMAD
ROSMAWATI BINTI ISMAIL

JABATAN PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP,


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

20 OKTOBER 2010

Abstrak
Peranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan dan
pembangunan seseorang kanak-kanak. Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yang
dijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidak
kira di bandar ataupun di luar bandar. Disamping itu juga, kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi
kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikut peringkat yang telah
disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalam sistem pendidikan awal
kanak-kanak. Di Malaysia terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan
prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta bertujuan memastikan
kanak-kanak yang ada di negara ini memperolehi pendidikan yang secukupnya selaras
dengan perkembangan minda dan usia mereka.

1
1.HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

dan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat

pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya

dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat empat agensi utama yang menjalankan pendidikan prasekolah iaitu

Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah

Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swasta. Dari segi statistik didapati sehingga kini,

KPM telah menyediakan sebanyak 7511 kelas prasekolah, KEMAS sebanyak 8,525,

JPNIN 1643 dan prasekolah swasta yang berdaftar sebanyak 6378 Ini menunjukkan

bahawa terdapat peningkatan sebanyak lebih kurang 2.9 peratus (69.9%) daripada

kadar enrolmen pada tahun 2009 iaitu 67 peratus.

2.SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK

2.1 SEBELUM MERDEKA

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an iaitu bermula

selepas perang dunia ke 2. Pada tahun 1900-an pendidikan awal kanak-kanak mula

ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia,

perkembangan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak bermula pada tahun 1940 an.

Pada tahun 1940-an pendidikan awal kanak-kanak mula dibuka oleh missionari

Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British (sistem pendidikan British) dengan

mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di

2
tadika itu. Guru-guru pendidikan awal kanak-kanak pula terdiri daripada bekas guru

sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di tadika.

Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis

kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh

individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan

Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran.

Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang

mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga

yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

2.2 ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara

umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan

kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Pada tahun 1969 satu

revolusi telah berlaku iaitu, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada

Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia (Worker Society of Malaysia) bagi mendirikan

tadika yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah

ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.

Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dan

miskin terdiri dari keturunan Melayu, Cina dan India. Satu kajian telah diambil di

Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah

mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan

dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009).

3
Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar

bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti

dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan

Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah

menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah

prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas,

Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru

KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras

dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan

kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan

berpendapatan rendah dan miskin.

Melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada

program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan

Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan

Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta

Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan

Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk

penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina

akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran

1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ SekolahAsuhan)(Pendaftaran).

4
Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat

kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di

peringkat prasekolah. Sebanyak 90% daripada kanak-kanak yang mendapat

pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka

memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).

Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan

Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan

Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan

seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk

pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan

pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan

awal kanak-kanak.

Sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula

menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-

kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek

rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri

Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan

Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation

2009).

Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika

di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada

Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk

membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992,

5
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan

mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta

Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem

Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6

Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada

tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa

pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun.

Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman

Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku

ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia

juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran

prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para

pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.

Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah

Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis

Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4

tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama

bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan

peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga

bertambah dari setahun ke setahun.

6
3.KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan Peraturan-

peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu program

pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid

dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam

dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kurikulum pendidikan apabila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia

adalah sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas,

aktiviti, peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari

dan juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-

kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu

yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi

segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah

atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National

Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahawa kurikulum untuk kanak-

kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah

merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-

kanak

2. Segala aktiviti, sikap dan tingkah laku samada yang dirancang atau tidak,

samada digalakkan atau ditegah.

7
3. Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun dan

juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu sendiri.

4. Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah,

mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh

kanak-kanak.

5. Penglibatan ibu bapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989, p.11).

Di dalam penulisan Prof. Madya Dr. Mastura Badzis ada menyatakan Bruce dan

Meggitt (2005) menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu yang dapat

membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu

tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang

dapat menyokong dan merangsang potensi yang ada pada seseorang kanak-kanak dan

ianya bersesuaian dengan keperluan dan keupayaan kanak-kanak melakukan atau

mempelajarinya.

Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak

khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran

yang didedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak, secara

langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang

proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari

sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan

masyarakat sekitar.

Dalam erti kata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah

merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh orang

dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri,

8
termasuklah juga bahasa dan teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa

dan kanak-kanak menggunakannya dalam kalangan rakan sebaya atau orang lain,

malah segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar daripada persekitaran mereka.

Kadang kala kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang tidak

dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai contohnya masa

atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-kanak terhadap

sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan sesuatu perkara itu

lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.

4.TRANSFORMASI KURIKULUM DAN PERUBAHAN DALAM SISTEM

4.1 Transformasi Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan

nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi

menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat

dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang.

Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi

semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk

membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek (JERI).

Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti

kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran

serta interaksi guru murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannya

9
satu entiti yang konsistan tetapi berubah mengikut senario dan keperluan ekonomi,

sosial dan politik tanah air.

4.2 Transformasi Kurikulum

Kajian keberkesanan KBSR dan KBSM yang dijalankan oleh agensi dalam Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) banyak menunjukkan kelemahan dari aspek pelaksanaan

kurikulum tersebut di sekolah. Beberapa prinsip KBSR dan KBSM tidak dilaksanakan

dengan berkesan dalam proses P&P. Ini mengakibatkan kesepaduan pengetahuan,

kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah.

Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah fokus berlebihan untuk

mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan proses P&P yang

berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk peperiksaan,

bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu

seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung

mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri

dan ciri modal insan cemerlang yang dihasratkan.

Ke arah itu, satu bentuk pengubahsuaian sedang dijalankan bagi mengatasi

masalah ini. Dari aspek kurikulum sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)

sedang berusaha membangunkan satu bentuk kurikulum baru yang lebih berpusatkan

murid, lebih memberikan peluang kepada murid untuk meneroka bidang ilmu tersebut

dengan lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan dan tidak berorientasikan

peperiksaan. Berdasarkan keperluan ini, BPK membangunkan konsep Transformasi

Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk,

10
struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan. Struktur kurikulum baru

KBSR memperkenalkan konsep tunjang – satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu,

kemahiran dan nilai yang berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari

segi jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Enam tunjang di kenalpasti mewakili bidang

ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang

dihasratkan.

Transformasi Kurikulum Kebangsaan dan Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan merupakan dua strategi yang saling melengkapi ke arah merealisasikan

agenda untuk membangunkan modal melalui pendidikan. Kedua-dua strategi

menekankan kepada pencapain standard yang ditetapkan; Transformasi Kurikulum

melalui penetapan standard kandungan dan standard pencapaian manakala SPPK

melalui Ujian Rujukan Standard. Pelaksanaan Transformasi Kurikulum Kebangsaan

dan SPPK akan memastikan prestasi murid dibitara dan setanding dengan standard

antarabangsa dalam pelbagai bidang pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

5.Dasar & Polisi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membantu perkembangan otak

kanak-kanak yang berlaku dengan pantas mengikut peringkat umur masing-masing.

Oleh yang demikian, beberapa dasar dan polisi dalam pendidikan awal kanak-kanak

diwujudkan untuk menentukan hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-

kanak tersebut.

Dalam satu pertubuhan iaitu, Convention On The Rights Of the Child – CRC

adalah satu pertubuhan antarabangsa. Konvensyen ini banyak membincangkan

11
khususnya tentang keperluan-keperluan dan hak–hak kanak–kanak dan berfokuskan

kepada kanak–kanak berumur 0 hingga 18 tahun (Sumber: Convention On The Rights

Of the Child 2009).

Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1

Ogos 2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-

undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-

kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan

bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611

adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara

kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan

kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman

(Sumber: Akta Kanak-Kanak 2009).

Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007 (Act 308) suatu akta untuk

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-

taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institusi-kanak-kanak & Itemid 2009).

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan

memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut

telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud

melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (Sumber: Akta Pendidikan 1996).

12
Oleh itu, rasionalnya dasar ini ditubuhkan adalah kerana keperluan dasar yang

komprehensif Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mewujudkan dasar pendidikan

awal untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Sehingga kini, masih belum ada

satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan asuhan dan didikan awal kanak-

kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini.

Dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ini merupakan asas

penting sebagai landasan jangka panjang dari pelaburan awal dalam pembangunan

modal insan seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia ke-9. Kanak-kanak

hari ini merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan.

Penumpuan kepada peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi

mengasaskan pendidikan sepanjang hayat dengan menghasilkan insan berjiwa murni,

berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan

sosioekonomi global.

Penjelasan secara khusus penyataan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-

kanak Kebangsaan ialah "Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi

semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada

pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah

pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Penyataan Dasar ini penting memandangkan kanak-kanak merupakan kumpulan

masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan, ibu bapa, NGO dan pihak swasta

supaya mereka dibesarkan mengikut acuan Malaysia ke arah melahirkan modal insan

yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia. Justeru semua pihak yang

13
bertanggungjawab perlu menggembeleng tenaga, kepakaran dan sumber,

menyediakan program, perkhidmatan, pendidikan dan latihan, perlindungan serta

kemudahan yang dapat merangsang perkembangan positif kanak-kanak.

Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah :

• Menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan

optimum berlandaskan acuan tersendiri dengan mengambil kira nilai-nilai

tempatan dan amalan bijak antarabangsa;

• Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan

didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka yang

sesuai mengikut kumpulan umur dari segi fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi

dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan.

• Membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-

kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan

kesihatan.

• Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk

peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil

pembelajaran yang positif.

• Menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, Kerajaan,

pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat

setempat di dalam pengasuhan dan pendidikanawal kanak-kanak.

• Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan

awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama

pembangunan holistik mereka sebelum memasuki alam persekolahan formal.

14
• Memastikan kewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian

keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanakkanak.

Kumpulan sasar bagi Dasar ini adalah kanak-kanak di bawah umur 4 tahun

khususnya bagi kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dari kawasan luar

bandar dan pinggir bandar. Mengikut statistik 2007, populasi kanak-kanak yang

berumur di bawah 4 tahun adalah seramai 3,116,200 orang. Dari jumlah ini hanya 10%

atau seramai 300,000 orang kanak-kanak yang dianggarkan menghadiri taman asuhan

kanak-kanak di 8841 buah TASKA (iaitu 2,176 buah TASKA yang berdaftar dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat dan di 6,665 buah TASKA yang tidak berdaftar dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini hanya 30% atau 2,653 buah

TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang

memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah

umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 TASKA adalah

dibawah kelolaan KEMAS dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.

Komponen dasar asuhan dan didikan Awal Kanak-kanak ini meliputi 4 komponen

utama iaitu :

I. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan

II. Kemudahan Fizikal

III. Tenaga pendidik dan

IV. Penglibatan Ibu Bapa

15
Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Kurikulum PERMATA)

Fokus Umur

Dasar / Polisi / Akta (Tahun)


Convention On The Rights Of the Child – CRC 0 – 18
Child Act 2001 (Act 611) 0 – 18
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308) 0–4
Education Act 1996 ( Act 550 ) 4–6
Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997) 4–6
Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 - 2010 5–6
The Early Childhood Care & Development (ECCD) Policy 2007 0–8
Child Health Services Policy – 1950 0 – 18
National Child Protection Policy (Act 574 & 521) 0 – 18
National Policy on Disable Child (article 21 of CRC) 0 – 18
National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC) 0 – 18
9th Malaysian Plan (2006 – 2010) 0 – 18

(Sumber: En. Azman b. Abd Salam 2009)

5.1 Pelan Tindakan Pelaksanaan Dasar

Pelaksanaan Dasar ini akan dijalankan secara berperingkat melalui fasa I dan fasa II

mulai tahun 2009.

Fasa Pertama (Mulai 2009)

16
Penggunaan Kurikulum Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan di taska

yang dikelolakan oleh kerajaan. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan ini hanya terpakai

bagi TASKA yang dikelolakan oleh Kerajaan atau badan-badan berkanun.

• TASKA KEMAS yang dikelolakan oleh KEMAS, Kementerian Kemajuan Luar

Bandar.

• TASKA Perpaduan yang dikelolakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan.

• TASKA Kementerian Pertahanan.

• Pusat Anak PERMATA Negara.

Pemakaian kurikulum ini boleh dibuat secara pentadbiran, tanpa perlu meminda

mana-mana undang-undang. Ini adalah kerana TASKA yang dikelolakan oleh agensi

Kerajaan tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang. Seksyen 3 Akta Taman

Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) telah mengecualikan TASKA yang dikelolakan

oleh kerajaan daripada pemakaian Akta tersebut.

Bagi TASKA yang dikelolakan oleh pertubuhan perbadanan dan perlu berdaftar

di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, seperti TASKA FELDA, pertubuhan

perbadanan boleh memilih untuk menerima pakai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal

Kanak-kanak Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pelajaran.

5.2 Penubuhan Pusat PERMATA KEMAS

Fasa 1 akan melibatkan peningkatan taraf 304 taska sedia ada dari aspek

latihan, perjawatan, kemudahan dan peralatan.

• Latihan

17
Bagi melaksanakan kurikulum PERMATA di semua Taska KEMAS sepenuhnya, latihan

tambahan kepada pegawai dan kakitangan KEMAS sedia ada yang mengendali dan

memantau Taska KEMAS perlu diadakan seperti berikut :

a) kursus Jurulatih Utama kepada seramai 20 orang Jurulatih KEMAS

dan Pegawai / Penyelia Prasekolah untuk menjadi 'Master Trainers'.

b) kursus Orientasi Kurikulum PERMATA kepada seramai 840 orang Pengasuh dan

Penyelia / Pegawai Pemantau. Ia akan di buat secara berperingkat dalam jangka

masa 3 tahun.

c) Mempertingkatkan tahap kelulusan akademik Pemaju Masyarakat sedia ada ke

peringkat diploma di institusi pengajian tinggi secara jarak jauh pada hujung

minggu.

d) Latihan pra perkhidmatan kepada Pemaju Masyarakat baru yang akan dilantik.

e) Dengan mengambil kira nisbah seorang pengasuh kepada 5 orang kanak-kanak

dari itu program PERMATA KEMAS akan memerlukan seramai 818 orang

pengasuh tambahan.

• Kemudahan Premis dan Peralatan

Bagi menjadikan Taska KEMAS setaraf dengan Pusat PERMATA pengubahsuaian dan

naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan pembelajaran perlu

dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan.

• Perjawatan

Pada masa kini jawatan Pemaju Masyarakat Taska KEMAS adalah bertaraf kontrak

dengan tangga gaji disandarkan ke jawatan Gred N11. Dengan perancangan latihan

dan cadangan peningkatan tahap kelulusan akademik, gred jawatan Pemaju

18
Masyarakat Taska KEMAS ini perlu disesuaikan selaras dengan kelulusan akademik.

Disamping itu KEMAS juga memerlukan penambahan jawatan sebanyak 818 orang di

peringkat pemaju Masyarakat dan 356 orang di peringkat Pembantu Taska.

5.3 Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan

Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam

lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat

Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi Fasa

I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009,

30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011.

• Kemudahan Premis dan Peralatan

Kebanyakan bangunan dan premis sedia ada JPNIN perlu ditambah baik dan

diubahsuai supaya setaraf dengan Pusat PERMATA. Memandangkan kini terdapat 415

buah bangunan yang sesuai dijadikan sebagai Taska PERMATA Perpaduan,

pelaksanaannya perlulah dibuat secara berperingkat bersesuaian dengan kemampuan

kewangan.

• Perjawatan

Bilangan jawatan yang diperlukan bagi 105 Taska PERMATA Perpaduan ialah seperti

berikut:

Tahun taska pendidik pembantu pendidik

19
TAHUN TASKA PENDIDIK PEMBANTU PENDIDIK
2009 15 60 30
2010 30 120 60
2011 60 240 120
Jumlah 105 420 210

JPNIN mencadangkan supaya Pendidik dilantik pada Gred S27 dengan pembantunya

pada Gred N11 berasaskan kelayakan akademik mereka.

• Latihan

Pendidik di Pusat PERMATA Perpaduan di jangka perlu mengikuti latihan dalam bidang

pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak selama 6 minggu.

5.4 Penubuhan pusat permata felda

FELDA bercadang untuk memperluaskan program PERMATA dengan menambah lima

lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout, FELDA Gugusan

Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunan-bangunan sedia ada

di lokasi-lokasi tersebut akan dinaik tarafkan supaya sesuai dengan keperluan program

PERMATA.

5.5 Penubuhan pusat permata angkatan tentera malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah lokasi

iaitu Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas ATM), Kem

Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat), Pangkalan TLDM Lumut (Markas

Tentera Laut), Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara), dan Taskanita

Kementerian Pertahanan (PUSPANITA). ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat

20
PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2

lokasi bagi Tentera udara.

Fasa Kedua (Mulai 2010)

Pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan Di Taska

Swasta. Sekiranya pemakaian Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak ini

akan dijadikan mandatori bagi semua taska, termasuklah yang ditubuhkan dan

dikelolakan oleh pihak swasta, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 22

Akta Pendidikan 1996 bagi pemakaian Kurikulum Kebangsaan prasekolah di termasuk

TADIKA Swasta, maka pindaan hendaklah di buat kepada Akta Pendidikan 1996 bagi

memasukkan peruntukan yang serupa.

Dengan ini, Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak akan menjadi

sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Bagi maksud ini, pindaan yang

substansif perlu dibuat kepada Akta Pendidikan 1996, khususnya yang melibatkan

Bahagian IV yang memperuntukkan perkara-perkara berhubungan dengan Sistem

Pendidikan Kebangsaan.

Peruntukan mengenai kenyataan dasar yang disebut dalam perenggan 14 diatas

adalah peruntukan membolehkan (enabling clause) yang memperuntukkan bahawa

Menteri Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal atau menetapkan serta

bertanggungjawab bagi hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum asuhan dan

didikanawal kanak-kanak. Selain itu, kenyataan Dasar ini tidak menyentuh obligasi

mana-mana pihak untuk melaksanakan kurikulum tersebut. Ini adalah kerana

pelaksanaannya boleh dibuat secara pentadbiran.

21
Berhubung dengan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 yang

memperuntukkan mengenai pengawalseliaan taska swasta, khususnya pendaftaran

TASKA swasta, walaupun ia tidak memperuntukkan mengenai penggubalan dan

pemakaian kurikulum di TASKA, namun pemakaian Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak

adalah di peruntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak

1984 (Di Institusi) 1985 yang dibuat di bawah Akta tersebut. Memandangkan Kurikulum

Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh Kementerian Pelajaran akan

terpakai bagi semua TASKA, maka beberapa pindaan mungkin perlu dibuat kepada

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Bagi melaksanakan pemakaian Kurikulum Kebangsaan di semua TASKA

swasta, adalah dicadangkan supaya pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 dan Akta

Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dipinda pada tahun 2010.

6. HALA TUJU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak ke alam

persekolahan telah banyak didokumentasikan. Menurut UNESCO, pendidikan awal

kanak kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangan minda kanak-

kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia ada dan di masa depan. 26 Kajian

dijalankan di Amerika Syarikat mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan

22
prasekolah, lebih komited dalam pendidikan dan memperolehi pendapatan lebih tinggi

pada masa hadapan

Menyedari kepentingan pendidikan prasekolah serta skop Malaysia dalam

meningkatkan kadar penyertaan prasekolah, yang mana kadar semasa ialah 67% bagi

kanak-kanak yang berumur empat dan lima tahun, kami telah mengenalpasti

pendidikan prasekolah sebagai salah satu fokus di bawah NKRA Pendidikan.

23
Bagi meningkatkan kadar penyertaan dan kualiti pendidikan prasekolah, terdapat tujuh

teras yang dikenalpasti bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan

prasekolah yang berkualiti.

• Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini

berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan

prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan

dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta

memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah

masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada

24
Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian

Pendidikan Swasta (MOE).

• Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula

Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK

memberi penekanan dalam aspek berikut:

 Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada

hasil pembelajaran

 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar

belakang pelajar yang berbeza

 Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan

Mandarin sebagai bahasa instruksional.

 Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta

aktiviti pelbagai bangsa.

Penambaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu

inisiatif yang diterima baik

• Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk

penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS

dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.

• Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan

Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru

prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria

kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda.

Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka

25
kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu

dicapai oleh prasekolah.

• Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4

tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan

kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai

sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta.

• Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan

prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta

khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta

pula , perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa

Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan.

• Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan

mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar,

personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan

sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan

dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan

berkesan serta dapat merancang dasar-dasar baru bagi memantapkan

6.1 LITERASI DAN NUMERASI: MEMASTIKAN SEMUA KANAK-KANAK

BERUPAYA MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS LITERASI DAN NUMERASI

SELEPAS TIGA TAHUN MENGIKUTI PENDIDIKAN RENDAH

26
Sasaran yang ditetapkan agak sukar dicapai, walaupun untuk golongan dewasa kerana

kurang daripada 30 negara mempunyai kadar literasi mencapai 100%. Namum,

sasaran yang tinggi untuk kadar literasi dan numerasi amat penting. Ini disebabkan

pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13%

daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi

dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi

yang ditetapkan.

Kajian yang telah

dijalankan oleh MOE menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran

pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada

tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan

kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi

penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan

dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal

27
pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan

menjadi lebih sukar di masa hadapan – kegagalan adalah kumulatif.

6.2 SENARIO KEWUJUDAN PRASEKOLAH ALAF BARU

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan untuk membantu pertumbuhan dan

perkembangan jasmani dan rohani anak didik di luar lingkungan keluarga sebelum

memasuki pendidikan dasar, Pendidikan prasekolah juga bertujuan untuk membantu

meletakkan dasar ke arah perkembangan sikap, pengetahuan, ketrampilan, dan daya

cipta yang diperlukan oleh anak didik dalam menyesuaikan diri dengan lingkungannya

dan untuk pertumbuhan serta perkembangan selanjutnya.

7. PENUTUP

Usaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukan

modal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomi

kerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan dan

menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukan

sahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yang

mungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betul

adalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi juga

bagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagi

mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunan

modal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan

28
kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemai

sikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur

hidup.

Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagi

pembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masih

bayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabila

mengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak boleh

menghasilkan kesan positif jangka panjang. Kerajaan Malaysia sentiasa secara

konsisten memperuntuk sejumlah besar wang bagi bajet pembangunan untuk kemajuan

pendidikan bagi memastikan sasaran dalam pelan pendidikannya mencapai matlamat.

Pada 2007, kanak-kanak berumur lima dan enam tahun yang mendapat

pendidikan pra sekolah adalah tinggi iaitu 67 peratus dan dijangka ia akan meningkat

kepada 80 peratus menjelang akhir 2010. Bagaimanapun, peratusan ibu bapa yang

menggunakan pusat jagaan kanak-kanak bagi kanak-kanak yang berumur empat tahun

ke bawah adalah rendah. Kaji selidik pada 2006 yang dijalankan oleh Lembaga

Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara mendapati hanya 10.6 peratus ibu bapa

menggunakan pusat itu berbanding 5.9 peratus bagi mereka yang tinggal di luar

bandar.

Objektif program Permata adalah bagi mengisi jurang pembangunan, pendidikan

dan jagaan kanak-kanak sejak mereka lahir hingga mencapai umur lima tahun dalam

usaha untuk menyediakan jagaan berterusan sebelum mereka memasuki pra sekolah

dan sistem persekolahan formal. Oleh itu, falsafah dan kurikulum disamping proses

pembelajaran dan pengajaran perlu selari bagi mencapai pembangunan berterusan. Ibu

29
bapa perlu lebih mesra dalam memandu kanak-kanak dalam menemukan mereka

dengan persekitaran.

Dengan dunia tanpa sempadan dan proses globalisasi, wujud keperluan bagi

menyediakan kanak-kanak untuk menjadi warganegara global dan mereka perlu

diingatkan mengenai padang permainan mereka sebagai orang dewasa tidak terhad

kepada tanah air mereka. Mereka perlu peka sejak awal mengenai kepelbagaian

budaya, berurusan dan berinteraksi dengan yang lain merentasi dunia melalui teknologi

maklumat dan komunikasi dan mengenai keupayaan untuk bekerja di dunia yang

berbeza.

Oleh itu, adalah penting bagi memastikan semua sistem dalam masyarakat

bermula dari ibu bapa, keluarga dan masyarakat dan sistem sekolah, untuk

bekerjasama sepenuhnya bagi memaksimumkan potensi kanak-kanak itu dalam

persekitaran holistik merangkumi lingkungan intelektual, kebudayaan dan kerohanian

RUJUKAN

Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh pada Ogos 14, 2010 daripada

http://leeannkang.tripod.com/home.htm

Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm

(14 Ogos 2010).

Akta Pendidikan. 1996. Diperolehi pada 14 Ogos, 2010 daripada

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf

Akta Pendidikan. 1996. Diperolehi daripada http://jpt.mohe.gov.my

30
Ali Ab. Ghani.2008. Konvensyen Nasional Pipp Kedua : Membangun Modal

Insan. Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

Bernard Van Leer. 2009. About the Bernard van Leer Foundation. Diperoleh dari

http://www.bernardvanleer.org/about

Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak

Kebangsaan. Selangor: PERMATA Negara.

Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-

kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. Perak:

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Mastura Badzis. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan

Binaan Kurikulum yang Integratif. Malaysia

Pendidikan Awal Kanak-Kanak : Pra 3101. Diperolehi daripada

http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/pra-3101-asas-pendidikan-awal

kanak.html/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf

Permata Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan,

Jabatan Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah

http://www.kemas.gov.my/7#

http://www.moe.gov.my/?id=134&lang=my

31
http://www.permata.jpm.my/buletin/28.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0224&pub=Utusan_Malays

&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

http://www.google.com.my/search?q=kualiti+jumlah+kelas+pendidikan+awal+kanak

kanak&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a

http://www.e-kedai.net/en/prasekolah/tadika-berkualiti.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=Utusan_Malays

&sec=Pendidikan&pg=pe_08.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malays

&sec=Rencana&pg=re_07.htm

www.mindamadani.my/index2.php?option=com_content

32