Anda di halaman 1dari 6

Putaran Tamadun Bangsa

Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kejatuhan pelbagai bangsa dan
tamadunnya. Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi,
Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.

Sudah menjadi sunnatuLlah, putaran tamadun bangsa berlaku dan keadaan ini adalah sebagai
pengajaran kepada manusia.

Allah Ta`ala berfirman di dalam al Quran;

ِ ‫اولُ َها َبي َْن ال َّن‬


‫اس‬ َ ‫َوت ِْل‬
ِ ‫ك األيَّا ُم ُن َد‬
“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat
pelajaran)”
(Ali Imran 3:140)

Kemunculan Islam dengan kelahiran lah-Rasul s.a.w. pada abad ke-6 Masihi berkembang dengan meluas
ke seluruh dunia dengan obornya dijulang oleh pemimpin demi pemimpin sehinggalah kejatuhan
Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Sepanjang abad ke-6 hinggalah abad ke-15, dunia
berpaksikan umat Islam yang menjadi pemimpin terhadap halatuju sosio-ekonomi-politik dunia.
Kemudian, akibat peperangan sesama sendiri, kerana perebutan wilayah, kerana peribadi kepimpinan
maka muncul pula Tamadun Barat Kristian yang mendominasi dunia dan menjadi paksi pada
perkembangan manusia.

Dominasi Tamadun Barat sampai ke kemuncaknya, apabila Gerakan Zionis dengan kekuatan ekonomi,
media dan politik di Amerika Syarikat dan Eropah mengambil alih hegemoni tersebut dan digantikan
dengan Tamadun Yahudi-Zionis yang mencengkam dunia sehingga saat ini.

Professor Norman Cantor menegaskan hakikat hegemoni Zionis dalam bukunya The Sacred Chain (hal.
406-407) seperti berikut:

Jews in the four decades after 1940 came home in American Society to suburban comfort, to
penetration of academia and the privileged bastions of the learned professions, to corporate business,
to politics and government and controlling levels of the media. Jews were over represented in the
learned professions by a factor of five or six. Nothing in Jewish history equaled this degree of Jewish
accession to power, wealth and prominence. Not in Muslim Spain, not in early 20th century Germany
not in Israel itself, because there were no comparable levels of wealth and Power on a world-class scale
in that small Country to attain.

Tamadun Zionis-Yahudi

Abad 21 menderitai krisis kemanusiaan yang parah akibat daripada hegemoni Zionis-Yahudi yang
menunggangi Amerika Syarikat untuk meneruskan agenda Zionis mencengkam dunia. Sebagaimana
kaum Aus dan Khazraj diadu domba oleh masyarakat Yahudi di Madinah sebelum kedatangan Islam,
begitulah yang sedang berlaku pada masa kini. Mereka kini mengadu domba umat Islam dan Kristian
Barat dengan pelbagai cara melalui kekuatan yang ada. Dengan penguasaan media cetak dan elektronik,
mereka memastikan agenda pemusuhan diteruskan di samping melemahkan generasi muda dengan
budaya hedonistik dan satanik.

Allah berfirman,
‫ِين أَ ْش َر ُكو ْا‬
َ ‫ِين آ َم ُنو ْا ْال َيهُو َد َوالَّذ‬ ِ ‫لَ َت ِج َدنَّ أَ َش َّد ال َّن‬
َ ‫اس َع َد َاو ًة لِّلَّذ‬
“Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang-orang
Yahudi dan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”.
(Al-Maidah 5:82)

‫ض‬ ِ ْ‫ب َل ُت ْفسِ ُدنَّ فِي األَر‬ِ ‫ض ْي َنا إِلَى َبنِي إِسْ َرائِي َل فِي ْال ِك َتا‬
َ ‫َو َق‬
َ ً ُ ُ َ َ
‫ْن َولتعْ لنَّ عُل ّوا ك ِبيرً ا‬ َ
ِ ‫مَرَّ تي‬

“Dan telah Kami buat keputusan untuk Bani Israel di dalam kitab: Sesungguhnya kamu akan membuat
bencana di muka bumi dua kali, dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”
(Al-Isra’ 17:4)

Bencana Globalisasi

Melalui manipulasi Zionis Yahudi yang menganggap bangsanya sebagai “bangsa terpilih”, dunia
menghadapi bencana pelbagai dimensi, seperti krisis sosial, kemiskinan, alam sekitar, peperangan dan
pelbagai bencana yang amat menakutkan. Akbar S. Ahmad, seorang ahli sosiologi Islam dalam bukunya,
Islam Under Siege (hal. 15 mengungkapkan pelbagai bencana hari ini seperti berikut:
The common problems in this shrinking world need to be identified: drug and alcohol abuse, divorce,
teenage violence and crime, ethnic and racial prejudice, the problem of the aged and the poor, the
challenge of the growing sense of the anarchy and rampant materialism; the sexual debasement of
women and children, the depletion of our natural resources and ecological concerns.

Konsep ‘Bangsa Terpilih’ tidak mengakui hakikat hak asasi golongan terbanyak, demokrasi dan keadilan
sejagat. Dengan menggunakan kuasa Amerika Syarikat, Zionis-Yahudi menindas umat Islam melalui
agenda terorisme di seluruh dunia. Peristiwa-peristiwa letupan dan pengeboman di dunia ini dikaitkan
dengan pengganasan Islam tanpa bukti-bukti yang lengkap. Orang Islam sewenang-wenangnya
ditangkap tanpa bicara manakala pihak media pula mengipas api kebencian terhadap orang Islam. Punca
sebenar kejadian pengeboman berani mati seperti pembunuhan rakyat Palestin oleh rejim Zionis setiap
hari tidak diendahkan. Pengeboman ke atas rakyat Afghanistan dan Iraq oleh tentera Amerika Syarikat
dianggap korban yang terpaksa ditanggung atas nama hak asasi dan demokrasi. Agenda teroris Zionis-
Yahudi telah meletakkan posisi dunia Islam di kandang orang salah dan lebih menyedihkan bagi
setengah pemimpin dunia Islam menggunakan kesempatan Perang menentang teroris untuk
menghancurkan pihak pembangkang dalam negeri.
Cengkaman pengaruh Zionis-Yahudi di Amerika Syarikat terlalu kuat sehinggakan survival negara Israel
amat bergantung kepada bantuan kewangan dari Amerika Syarikat. Setiap Presiden Amerika kelihatan
umpama boneka yang terpaksa tunduk dan patuh kepada setiap kehendak Zionis-Yahudi, walaupun
bertentangan dengan aspirasi rakyat Amerika Syarikat sendiri.

Satu kajian oleh World Policy Institut, New York (lihat (http://www.worldpolicy.orang) mengenai
bantuan ketenteraan dan ekonomi Amerika Syarikat kepada Israel menyatakan bahawa sejak tahun
1976, Israel merupakan penerima tahunan yang terbesar dari segi jumlah bantuan yang dikeluarkan oleh
AS. Dengan memetik Congressional Research Service report, Israel, laporan tersebut seterusnya
menyatakan bahawa:
...U.S. aid to Israel in the last half century has totaled a whopping $81.3 billion…For 2003, the Bush
administration is proposing that Israel receive $2.76 billion in foreign aid, with $2.1 billion in Foreign
Military Financing (FMF) and $600 million in Economic Support Fund (ESF). An additional $28 million will
go to Israel for the purchase of U.S. manufactured counter terrorism equipment.

Michael Collin Piper telah membuat ulasan terhadap peperangan di Iraq melalui bukunya The High
Priests of War (hal. 5 . Beliau menulis:
The Iraq war was simply part of a plan to establish the age-old Zionist dream of establishing a “Greater
Israel” (an area that stretches from the Nile to Euphrates), of dismantling the Arab states and redrawing
a new Middle East map of seizing absolute control of Arab oil once and for all.

Penguasaan Zionis-Yahudi yang hampir mutlak dalam sistem pemerintahan Amerika Syarikat
memungkinkan cengkamannya menjangkau ke peringkat global dengan menguasai institusi-institusi
antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
dan Bank Dunia.

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

Persoalan yang selalu dibincangkan di kalangan aktivis Islam ialah bagaimana untuk menghadapi
ancaman Zionis-Yahudi yang sedang mencengkam dunia Islam. Lazimnya, dari siri perbincangan yang
dibuat di dalam dan di luar negara, terdapat dua jenis reaksi yang berbeza.

Pertama, dari kalangan generasi yang dijajah seperti Palestin, Kashmir, Afghanistan, Iraq, Chechnya dan
seumpamanya, mereka pada umumnya memilih jalan perang keran tidak diberi pilihan untuk hidup
bermaruah, terhormat, bebas dan merdeka.

Kedua, dari kalangan yang bermastautin di Barat dan di negara yang tidak terlibat dalam peperangan,
majoriti memilih jalan dakwah dan memperhebat gerakan penerangan mengenai Islam dengan
menggunakan teknologi media yang terkini. Mereka seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang
konfrontasi dengan mana-mana pihak, apatah lagi dengan pihak pemerintah.
Memang sukar untuk menentukan jalan mana yang terbaik untuk umat ketika ini kerana setiap tindakan
bergantung pada situasi dan kondisi. Namun, pada masa yang sama, tamadun Barat sedang menghadapi
krisis moral dan sosial yang amat tenat. Kadar kelahiran anak luar nikah di AS dan UK adalah yang
tertinggi di kalangan negara maju. Setiap seorang dari tiga orang kulit hitam di Amerika Syarikat
kemungkinan akan dipenjarakan kerana kesalahan jenayah. Setiap minggu, purata 88 orang kanak-kanak
dibuang sekolah di Amerika Syarikat kerana membawa senjata. Setiap tahun rakyat Amerika Syarikat
membelanjakan AS$10 billion untuk bahan pornografi manakala pada tahun 2003, negara itu
membelanjakan AS$396 bilion untuk melengkapkan pasukan tenteranya. (Lihat 50 facts that should
change the world, Jessica Williams (2004).

Allah Ta`ala berfirman:


ِ ‫ت أَ ْيدِي ال َّن‬
‫اس‬ ْ ‫َظ َه َر ْال َف َسا ُد فِي ْال َبرِّ َو ْال َبحْ ِر ِب َما َك َس َب‬
َ ‫ض الَّذِي َعمِلُوا َل َعلَّ ُه ْم َيرْ ِجع‬
‫ُون‬ َ ْ‫لِ ُيذِي َقهُم َبع‬

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah
menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka; agar mereka kembali
(ke jalan yang benar)
(lah Rum 30:41)

‫ان َعاقِ َب ُة أَ ْم ِر َها ُخسْ رً ا‬


َ ‫ت َو َبا َل أَ ْم ِر َها َو َك‬
ْ ‫َف َذا َق‬
“Sehingga mereka merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya, dan akibat perbuatan mereka itu
adalah kerugian yang besar”
(At Talaq 65:9)

Menggunakan Peluang

Di sebalik cabaran dan masalah yang dihadapi, umat Islam mempunyai peluang dan kekuatan
berdasarkan perkembangan dan situasi yang ada. Peluang ini ini mesti direbut dan digunakan untuk
memartabatkan dirinya. Misalnya, kesedaran beragama di kalangan semua penganut agama di dunia
semakin meningkat akibat dasar pembangunan yang berasaskan faham sekularisme dan materialisme
yang semakin global. Kesedaran agama ini adalah ruang terbaik untuk Islam berkembang.

Umat Islam sendiri semakin ramai yang cuba dan berusaha untuk menghayati Islam secara menyeluruh
akibat kegagalan sistem pemerintahan warisan penjajah yang dipaksakan ke atas mereka. Perang ke atas
pengganas telah mengakibatkan masyarakat Barat yang berbudaya ‘ingin tahu’ semakin mendalami
ajaran Islam sehinggakan semakin ramai yang menganut Islam. Teknologi media yang semakin canggih
memungkinkan ajaran Islam dapat dicapai melalui internet dengan berkesan, cepat dan global.

Mengelakkan Konfrontasi
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan Barat. Pada masa yang
sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bil hal dan dialog antara agama. Islam terbukti
berkembang dengan positif selepas Perjanjian Hudaibiyyah berbanding ketika perang sedang memuncak
dan ini merupakan bukti bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang
pesat. Hanya setelah dua tahun Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani, puluhan ribu umat Islam baik
yang telah lama menganut mahupun yang baru telah berbondong-bondong memasuki Makkah dengan
aman setelah bandar suci itu diserahkan kepada lah-Rasul s.a.w. tanpa perang.

Memperhebat Dialog Antara Agama

Umat Islam mestilah melahirkan pakar-pakar dalam bidang perbandingan agama ketika semua agama
sedang mengalami kebangkitan masing-masing di seluruh dunia. Ulama-Ulama abad 21 harus
mempunyai ilmu perbandingan agama sebagai manhaj dakwah abad baru. Namun, dalam keghairahan
berdialog, kita perlu mengingati panduan al-Quran yang jelas menegaskan “lakum di nukum wali ya din”
di dalam pengertian kita menghormati perbezaan aqidah masing-masing.

Memperkasa Martabat Ulama dan Sarjana

Umat Islam mesti memperkasa martabat ulama dan sarjana dengan memberi kebebasan dan hak
membuat kajian, menulis dan menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggung jawab. Sebagaimana
pihak pemerintah mempunyai pelbagai keistimewaan dan kemudahan untuk memerintah, begitu juga
status ulama dan intelektual harus menyamainya kerana ilmu adalah panduan hidup dan panduan
beragama.

Namun demikian, nasib ulama dan intelektual di dunia Islam amatlah memilukan sehinggakan ramai
yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Akibatnya
maka ramailah ulama dan intelektual yang bisu, pekak dan tuli dalam pengertian tidak lagi berani
menegur pemerintah kerana serba ketakutan atau ditakut-takutkan.

Dr Abdul Hamid Abu Sulayman, Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia
menggambarkan nasib para intelektual di dunia Islam seperti berikut:
The Muslim scholar is either caught between the ignorant Mullahs threatening him with Jahannam or
the corrupt rulers threatening with jail. (lihat Islam under siege, hal. 91-92)

Mengeratkan Hubungan Ulama-Umarak-Ummah


Sejarah perkembangan Islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan kesalingan antara ulama
dan umarak menjadi erat dan kental, maka kerajaan akan bertambah kuat, ummah akan terbela, negara
menjadi menjadi aman dan damai.

Di Alam Melayu, sejarah kerajaan Islam Samudera Pasai, Melaka dan Aceh membuktikan bahawa
wujudnya kesalingan ini telah menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam yang
paling penting dan berpengaruh pada abad 14 sehingga ke-17. Sebaliknya pula, sebaik sahaja ulama dan
umarak bermusuhan, maka pemerintahan akan lemah, ummah tidak terbela, negara akan hancur sama
ada kerana perpecahan dalaman akibat serangan luar atau ditimpa bala bencana.

Menyemarakkan Semangat Kekitaan


Ibn Khaldun (1332-1406) dalam kitab agungnya Mukadimah menekankan kepentingan semangat
kekitaan sebagai prasyarat untuk bangun sebagai suatu bangsa yang kuat dan berpengaruh. Katanya: “
Kuasa raja dan kekuasaan sesebuah dinasti secara meluas hanya boleh ditegakkan melalui usaha sesuatu
kumpulan dan perasaan kekitaan (Mukadimah, hal. 13 .

Akibat badai globalisasi yang melanda dunia pada hari ini, dunia Islam menderitai perpecahan yang
parah. Semangat kekitaan yang berdasarkan persaudaraan Islam (ukhwah Islamiyyah) semakin lumpuh.
Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang antara tujuannya untuk menyatukan umat, telah merosot
peranannya sekadar tempat meluahkan perasaan, melepaskan geram dan marah tanpa berkemampuan
untuk bertindak membela nasib umat yang menderita.

Akhbar S. Ahmad menyatakan 10 sebab mengapa semangat kekitaan hampir lumpuh di batang tubuh
umat Islam:
1. Proses urbanisasi atau perbandaran yang terlalu cepat dan tidak terancang
2. Perubahan demografi yang dramatik akibat ledakan pertambahan penduduk.
3. Pemerintah yang lemah, zalim dan autokratik.
4. Kadar penghijrahan yang besar ke dunia Barat.
5. Jurang miskin-kaya semakin melebar
6. Jenayah rasuah tak terbendung
7. Budaya materialisme menggantikan agama dan adat resam
8. Kualiti pendidikan semakin merosot.
9. Krisis identiti yang parah antara elit dan massa
10. Budaya hedonistik yang subur akibat penyiaran media yang tidak terkawal

Sebagai langkah awal untuk menggembalikan semula semangat kekitaan ini, kita menyeru semua
pemimpin dunia Islam yang berpegang kepada apa yang diseru oleh baginda lah-Rasul s.a.w. dalam
Khutbah Wada’ yang merupakan formula ILahi untuk umatnya meneruskan peranan kekhalifahannya;
“Maka perhatikanlah perkataanku itu, wahai manusia, sesungguhnya telah aku sampaikan. Aku
tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-
lamanya, iaitu; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.” (Sirah Nabawiyyah, al-Buti, masa 435).

Anda mungkin juga menyukai