Anda di halaman 1dari 4

Kaunseling

Definisi

Pepinsky h & pepinsky p

Suatu perhubungan atau interaksi yang berlaku antara dua belah pihak iaitu
kaunselor(cr) dan klien(cl). Proses kaunseling ini berlaku di dalam setting
profesional dan merupakan satu cara untuk menolong klien.

Blos dan pepinsky

Kaunseling merupakan cara untuk menangani kes-kes masalah yang belum


berkembang menjadi corak neuratik yang rigid tetapi menjadi mangsa tekanan
persekitaran.

Gustad

Proses yang berorientasikan pembelajaran, dijalankan secara mudah di dalam


persekitaran sosial antara 1 pihak dengan 1 pihak yang lain, di mana kaunselor
yang cekap di dalam kehamiharan dan pengetahuan yang sesuai , menolong klien
dengan kaedah yang sesuai dengan keperluan klien.

Thorn

Sejenis psikoterapi yang disesuaikan dengan permasalahan manusia yang normal.


Boleh juga dianggap sebagai menolong manusia yang normal untuk mencapai
tahap kemahiran tahap penyesuaian yang tinggi.
Matlamat kaunseling

Perubahan
Kesihatan mental
tingkah laku
yang positif

Matlamat

kaunseling

Keberkesanan peribadi
Menyelesai
masalah

Membuat
keputusan

1. Perubahan tingkah laku


matlamat utama kauseling adalah menjerumus kepada perubahan tingkah laku
yang membolehkan klien untuk hidup lebih produktif dan efektif di dalam limitasi
masyarakat dalam hubungannya dengan orang lain di dalam konteks kekeluargaan,
pencapaian di tempat kerja dan sekolah dan sebagainya.

2. Kesihatan mental yang positif

jika matlamat kesihatan mental diperolehi, klien mendapat integrasi, penyesuaian


dan idetifikasi yang positif dengan orang lain. Klien belajar menerusi
tanggungjawab, berdikari dan berintegrasi tingkah laku.

Menurut Patterson :

“…since the goal of counseling is the preservation, or restoration, of good


mental health, or self esteem, then it follows that the counseling situation must
be characterized by an absence of threat.”

3. Menyelesai masalah

Matlamat kaunseling merupakan satu penyelesaian kepada apa jua bentuk


permasalahan yang dibawa semasa sesi berlangsung.

Menurut Krumboltz, :

“ kewujudan kaunseling adalah disebabkan oleh factor yang manusia


mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh dirinya sendiri dan
mereka berjumpa kaunselor kerena mereka percaya kaunselor boleh
menyelesaikan masalah mereka.”

4. Keberkesanan peribadi
Membaiki keberkesanan personaliti mempunyai hubungan dengan matlamai
mencapai kesihatan mental yang baik dan perubahan tingkah laku individu.

Menurut Blocher, definisi peribadi individu yang berkesan ialah :

“individu yang dapat dilihat melibatkan diri dengan melakukan projek, melabur
tenaga dan masa dan bersedia mengambil risiko ekonomi, psikoterapi dan
fizikal. Selain itu, individu tersebut mempunyai keupayaan untuk mengawal,
mendefinisi dan menyelesai masalah. Individu tersebut juga konsisten dalam
situasi peranan yang dimainkan dan juga dapat dilihat boleh berfikir dengan
cara kreatif, berbeza dan tulus. Akhirnya ia berupaya mengawal diri dan
memberikan tindakbalas yang sesuai kepada kekecewaan, permusuhan dan
ketidakpastian.”

5. Membuat keputusan

matlamat yang terpenting ialah membolehkan individu membuat keputusan.


Kaunselor tidak boleh menentukan apa yang harus yang dibuat dan dipilih oleh
individu. Keputusan yang diambil adalah hak individu itu sendiri dan individu
tersebut harus tahu mengapa dan bagaimana untuk membuat keputusan. Individu
harus belajar untuk mengambil kira nilai kendiri dan sedar tentang keputusan yang
dibuat.

Anda mungkin juga menyukai