Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati pengerusi majlis, pengetua kanan SMK Bintulu, Encik

Ananthan A/L Subramaniam, PK HEM, Chin Kee Sen, Superitendant


PERPIKAT, En. Liu Chieng Hoong, Guru kanan, Exco ibu bapa dan guru,
guru-guru , para pelajar SMK Bintulu, para wartawan dan yang diraihkan
para pelajar Perpikat BIntulu yang disayangi sekalian. Terlebih dahulu
saya wakil PIBG sangat berbesar hati kerana dapat bersama-sama
meraihkan pelajar Perpikat sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2011.

Tuan /puan dan para hadirin sekalian,

Peranan PIBG di sekolah bukan hanya tertumpu dalam membantu


pembangunan prasarana dan fizikal sekolah akan tetapi berusaha untuk
mendekatkan diri dengan komuniti /masyrakata sekeliling. Atas
keprihatinan PIBG, maka diharapkan lawatan ini dapat merapatkan
jurang yang sedia ada antara sekolah dengan masyarakat dan komuniti.

Pelajar yang disayangi

Pendidikan bukan hanya berpusat di sekolah melalui pendidikan formal,


malah pendidikan yang optimum perlu dirasai melalui aktiviti tidak
formal seperti lawatan hari ini. Pendidikan adalah untuk semua, maka ,
pendidikan yang setara perlu dikecapi oleh pelajar di Perpikat ini juga.
Diharapkan dengan adanya lawatan /program seumpama ini dapat
membuka ruang kepada semua betapa pendidikan itu luas dan tiada
batasan, PIBG mengharapkan pengkongsian pengalaman dapat
dijalinkan agar semua pihak dapat memahami dan prihatin denga
keperluan pelajar yang disayangi ini.

AKhir kata, bersama-samalah kita meraihkan pelajar sekalian agar hari


ini akan lebih baik daripada kelmarin dan memberi seribu kenangan
kepada kita dan semua pelajar .PIBG PRIHATIN

GONG XI FA CAI, MAY HAVE PROSPEROUS CHINESE NEW YEAR 2011

THANK YOU

Anda mungkin juga menyukai