Anda di halaman 1dari 2

Sejarah- Bab 1.

1:Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang

1. Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI


~sebahagian daripada Kedah
~kegemilangan kedah telah menarik minat SHTI
~kedudukan strategik Pulau Pinang

2. Sebab-sebab SHTI hendak menguasai Pulau Pinang. *


a) Pusat Pengumpulan Barang
~ SHTI memerlukan TEH daripada China krn teh mendapat pasaran yg baik di Eropah.
~ Sebagai pertukaran, China memerlukan EMAS, PERAK, BIJI TIMAH dan LADA HITAM
dan ia boleh didapatkan di Kepulauan Melayu.
~Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barangan.

b) Pelabuhan Persinggahan
~ Pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan BEKALAN AIR, MAKANAN dan
KEMUDAHAN MEMBAIKI KAPAL.
~ Sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsoon.

c) Pangkalan Tentera
~ British dan Perancis bersaing utk menguasai perdagangan di India, oleh itu Pulau Pinang
sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera utk mempertahankan petempatannya di India drpd
serangan Perancis.

3) Kedaulatan Kedah Tercabar

Ancaman Bugis
 Pada akhir kurun ke-18, pertikaian dan perubutan taktha yg berlaku di kalangan pembesar
telah mengancam kedaulatan Kedah.
 Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdullah yg bukan anak
gahara menjadi Raja Muda Kedah.
 Oleh sebab, pelantikan tersebut tidak disetujui oleh kerabat diraja Kedah, oleh itu mereka
berpakat dengan Bugis di Selangor utk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
 Raja Ali yang memimpin tentera bugis telah menyerang Kuala Kedah dan Alor Setar.
 Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar bagi meneruskan perjuangan.
 Sultan Muhammad Jiwa meminta bantuan drpd ‘Firma Jourdain Sullivan and de Souze’.
 Pada tahun 1771, firma menghantar Francis Light untuk berunding. Perjanjian membenarkan
firma berniaga di Kuala Kedah dan firma juga bersetuju memberi bantuan ketenteraan kpd
Kedah.
 Perjanjian dibatalkan krn Firma mungkir janji.

Ancaman Siam
 Kedah menghentikan perhantaran bunga emas kepada Siam semasa Perang Siam-Burma pada
tahun 1753-1781.
 Setelah perang tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas , wang serta tenaga
manusia.
 Sultan Abdullah yang memerintah dari tahun 1778- 1797, bimbangkan ancaman Siam, Sultan
Abdullah minta bantuan SHTI.
 Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup menlindungi Kedah.

Anda mungkin juga menyukai