Anda di halaman 1dari 10

1

Ulasan Literatur

THE INTERNATIONAL TRADE REGIME.

OLEH: RAJA MUSA BIN RAJA

Didalam tajuk The International Trade Regime, isunya penulis telah mengkritik World

Trade Organisation (WTO) sebagai badan yang sepatutnya mengawal peraturan

pedagangan bebas dan juga memajukan pasaran dagangan global tetapi sebaliknya telah

berlaku tidak adil terhadap negara miskin dan negara ketiga. Penulis juga telah

memberikan impak akibat daripada liberalisasi pedagangan.

Di dalam pengenalannya, dengan berpandukan dari penulisan John Baylis dan

Steve Smith, penulis menyatakan politik dan ekonomi tidak boleh dipisahkan sejak

beberapa dekad yang lalu. Prinsip kepada perdagangan bebas dan liberal perlu dihadapi

oleh semua untuk hidup dalam konteks globalisasi ekonomi. Transnational corporation

dimilikki oleh negara yang kaya dan mengawal satu pertiga dari pengeluaran dunia.

Sistem pengeluaran dan pengagihan tiada kaitan dengan negara atau tiada mempunyai

sempadan.

Penulis menyatakan proses globalisasi dan perdagangan antarabangsa dikawal

oleh perjanjian regim antarabangsa seperti WTO (World Trade Organisation) NAFTA

(North America Free Trade Area, APC (Asia Pacific Economic Cooperation) AFTA

(ASEAN Free Trade Area) dan lain-lain lagi. Tetapi organisasi yang mengawal

perdagangan global adalah WTO kerana idea utama WTO ditubuhkan adalah untuk
2

menjelaskan dan menguatkuasakan perdagangan bebas global atau pasaran liberal.

Sebagai badan yang mengawal perdagangan antarabangsa regim ini sepatutnya bukan

sahaja mengawal secara teratur tetap juga memajukan perdagangan global. Pada

peraturan dan polisinya badan ini sepatutnya membekalkan global commerce dan

kemajuan pertumbuhan ekonomi serantau supaya negara dan rantau ini menuju kepada

kemajuan diri sendiri.

Penulis tidak menafikan liberalisasi perdagangan sebagai penggerak bagi

perubahan dimana membolehkan semua negara termasuk yang miskin meningkatkan lagi

taraf penadapatan dan menaikkan ekonominya tetapi keputusan yang positif tidak

terjamin. Dengan itu banyak negara mengatakan WTO tidak adil kepada negara miskin

atau kepada negara ketiga di mana Malaysia berada. Mereka mengatakan perdagangan

liberal memberi keuntungan kepada negara kaya melalui transnationalnya sedangkan

majoriti negara miskin tidak menikmati manfaat daripada sekuriti makanan dan ekonomi.

Sebab itu jika ada persidangan WTO dimana-mana ia akan dibantah melalui demonstrasi

dan protes seperti yang berlaku di Cancun Mexico, Seattle USA dan di Doha Qatar.

Seterusnya penulis mengatakan bahawa idea liberalisasi perdagangan adalah baik

dari segi servis dimana ia mengurangkan tarif berkenaan dengan impot makanan dan

produk pertanian. Tetapi kemudiannya baru negara miskin dan negara ketiga sedar

bahawa apabila mereka liberalisasi perdagangannya mereka adalah terhutang budi untuk

membuka ekonomi perdagangannya kepada impot makanan yang murah dan akibatnya

kerajaan mereka mengurangkan bantuan kepada industri pertanian. Pengeluaran dari


3

negara ini tidak dapat bersaing dengan pengimpotan barangan yang murah. Akibatnya

berlaku gulung tikar dan banyak pengangguran dan penjenayahan.

Di para yang kedua penulis memberikan latar belakang mengenai WTO dari segi

penubuhannya, tujuan penubuhannya dan perjanjian yang telah ditanda tangani .

WTO mengandungi 149 negara keahlian dan telah menandatangani 700 perjanjian

berkenaan dengan perdagangan barangan, perhidmatan dan harta. Perjanjian seperti:

1. General Agreement on Tariff and Trade (GATT) adalah berkaitan dengan

pertanian, tektils dan produk pakaian, investment measure, peraturan kesihatan

berkenaan dengan produk pertanian, cara penilaian, asal usul, sibsidi dan kawalan

pemeriksaan sebelum diekspot.

2. General Agreement on Trade Services (GATS) adalah berkaitan dengan isu

penghantaran melalui udara, service kewangan, perkapalan, telekomunikasi adan

pergerakan personel.

3. Trade-related Aspects of Intellectual Property (TRIPS) berkenaan dengan hak

harta intelektual.

Semua perjanjian ini adalah bertujuan untuk prinsip liberalisasi perdagangan.Dalam

para ini juga penulis menerangkan bahawa dari sejarahnya perjanjian WTO adalah

berkenaan dengan perdagangan barangan perkilangan dan hasil asli di antara negara,
4

tetapi kini telah dikembangkan lagi dengan memasukkan peraturan mengenai investment,

hak harta intelektual dan semua jenis peraturan perhidmatan domestik.

WTO dikatakan mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat untuk menentukan sesuatu

kerajaan itu menghormati peraturan had kuasa perdagangan yang telah ditetapkan.

Walaupun negara kaya, juga boleh dikenakan tindakan seperti negara Amerika dikenakan

tindakan berkaitan dengan isu Clean Air Regulation.

Di para yang ketiga penulis memberikan definisi dan menerangkan konsep

mengenai Free Trade, Trade Liberalisation, Coercive Economic Diplomacy, Tariffs,

Subsidi dan menjadualkan amalan perdagangan yang tidak adil.

i. Free Trade- didefinisikan sebagai pertukaran baragan dengan wang diantara dua

pihak dalam pasaran seimbang. Negara maju dikatakan mengawal perdagangan

dunia sementara negara miskin tidak boleh berbuat apa-apa.

ii. Trade Liberation -mengikut Mats Berdal 2002 bertujuan untuk meningkat

persaingan, innovasi dan responsive kepada pasaran.

iii. Capital Market Liberation -. Pada teorinya ia membenarkan pengeluaran wang

dari dalam dan keluar negara. Pada amalannya wang akan keluar dari negara

miskin ke negara maju. Ia lebih memberi keuntungan kepada multinationals dan

bukan negara tuan rumah.


5

iv. Coercive Economic Diplomacy-. Negara maju gunakan cara ini untuk

memaksa negara miskin untuk manipulasikan peraturan perdagangan yang tidak

sesuai untuknya.

v. Tariff.- Bayaran bagi barangan yang telah diproses.

vi.Subsidies – membuatkan harga barang menjadi rendah. Harga jualan akan lebih

rendah dari harga untuk mengeluarkannya.j

Di para yang keempat penulis Tuan Raja Musa telah menyenaraikan impak

kepada Liberalisasi perdagangan. Semua negara dikatakan merasai impak kepada

liberalisasi perdagangan walaupun negara kaya atau miskin. Impak kepada socio-

ekonomi, kewangan dan politik tidak dapat dielakkan.

Di bawah tajuk kesan impak Threat to economy (ancaman kepada ekonomi)

penulis mengatakan semua negara tidak kira kaya atau miskin perlu membuat perubahan

kepada polisi untuk akur kepada perjanjian WTO mengenai liberalisasi perdagangan.

Organisasi Multinational dari negara kaya akan memonopoli pasaran dan akibatnya

industri kecil domestik akan gagal. Globalisasi dan perdagangan liberal sepatutnya boleh

menyelamatkan dunia tetapi sebaliknya ekonomi negara tidak menjadi stabil dan kita

dirompak. Negara miskin mengharapkan sumber asli untuk dieksport dan mendapat

pulangan dari pertukaran matawang, sebaliknya negara kaya tidak mengharap sangat

kepada bahan mentah untuk industrinya kerana mereka ada bahan pilihan yang lain dan

mengawal harga pasaran bahan mentah. Berdasarkan kenyataan dari John Baylis dan
6

Steve Smith, mereka mengatakan IMF memaksa menghentikan subsidi kepada negara

miskin tetapi tidak memaksa negara kaya dari memberikan subsidi yang tidak adil.

Penulis juga menyatakan liberalisai perdagangan boleh memberi impak kepada

ancaman kepada demokrasi (Threat to democracy) . Perjanjian dari WTO merendahkan

demokrasi. Peraturan yang ditetapkan mengawal sesebuah negara dari cara demokrasi.

Negara yang engkar akan dihukum dengan penalti yang berat. Konsep WTO ini

mengatakan hanya ada satu sahaja sistem dan entiti global di mana sepatutnya sistem

demokrasi dan kebebasan harus berjalan seiringan dengannya.

Dibawah tajuk Neo-imperialism threat (ancaman neo-imperialisme) penulis

menerangkan pengertian neo-imperialisme yang bererti polisi negara kaya dan maju

untuk memperluaskan kuasa kawasannya dengan menggunakan kuasa dan pengaruhnya

terhadap negara miskin atau kurang maju. Kuasa di sebaliknya adalah kuasa ekonomi

melalui perdagangan global. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kuasa ekonomi.

Mereka dikatakan cuba untuk mengganggu dan menghancurkan perkembangan ekonomi

dan budaya masyarakat terhadap sasaran yang dikenalpasti. Dengan itu negara ini akan

berada dalam keadaan berhutang dan akan mengharapkan bantuan ekonomi yang

berpanjangan daripada mereka. Negara yang tertindas ini takut, bukan kerana akan

dikolonikan secara ketenteraan, tetapi melalui tekanan ekonomi. Bagi negara maju WTO

membuatkan perdagangan liberal sebagai panduan untuk mencapai cita-citanya. Ianya

berbahaya kerana akan institutionalise nilai, norma, budaya, agama dan kepercayaan

mengikut cara barat.


7

Penulis percaya bahawa perkara ini bukanlah satu perkara yang diperbesar-

besarkan dan sebagai satu amaran. Ini adalah disebabkan oleh kerana kerajaan tidak boleh

berbuat apa. Pasaran liberal adalah berpandukan kepada tidak campur tangan oleh

kerajaan yang berkuasa.

Dibawah tajuk Threat to financial instrument, impaknya kepada regim

perdagangan antarabangsa, penulis telah menerangkan, sebagai teorinya WTO adalah

bertujuan untuk memberikan kebebasan pergerakan wang di dalam dan luar negara dari

negara miskin kepada negara kaya supaya kedua-dua negara ini dapat manfaat darinya.

Aktiviti perniagaan tidak memberi keuntungan kepada negara tuan rumah tetapi kepada

multinationals. Contoh dari hasil kerja manipulasi kewangan adalah semasa krisis

kewangan Asia pada tahun 1997. Negara Korea Selatan telah menjadi mangsa kepada

keadaan ini di mana negara ini akhirnya perlu akur kepada beberapa peraturan mengenai

eksport barang pengeluarannya. Kejatuhan matawang di Asia Tenggara melemahkan

pasaran saham.

Pada kesimpulannya mengenai leberalisasi kewangan, penulis menyatakan

bahawa banyak pengajaran dapat dipelajari dari peristiwa masa yang lalu. Liberalisasi

kewangan jika tidak diuruskan dengan betul boleh mengakibatkan krisis ekonomi seperti

apa yang terjadi di Asia Timur. Negara membangun perlu ada keupayaan, kebebasan dan

flekisibiliti untuk membuat pilihan strategi mengenai kewangan, perdagangan dan

pelaburan
8

Pada kekuatan esei ini, penulis telah berjaya untuk menerangkan secara terperinci

bagaimana ekonomi global telah dikawal oleh liberalisasi regim perdagangan. Penulis

telah menitikberatkan kepada isu WTO sebagai organisasi yang mengaturkan

perdagangan global dan aktivitinya.

Di dalam penulisan ini penulis telah berjaya untuk menerangkan dengan lengkap

mengenai WTO dan mengapa ia dipanggil sebagai regim perdagangan antarabangsa.

Penulis juga telah dapat menghuraikan beberapa impak darpada perdagangan bebas.

Tiada perkara baik yang dinyatakan atau dibincangkan mengenai WTO.Walaupun tujuan

penubuhannya adalah untuk tujuan yang baik. Tetapi ia telah tersasar dari tujuan asalnya.

Walau bagaimanapun, tajuk esei ini adalah Regim Perdagangan antarabangsa atau

(International Trade Regime). Berpandukan pada tajuk ini penulis telah hanya mengambil

pendekatan kepada WTO sahaja sebagai regim perdagangan antarabangsa walaupun

terdapat banyak bentuk regim perdagangan lain yang telah ditubuhkan di dunia . Penulis

seharusnya menerangkan serba sedikit mengenai peranan yang dimainkan oleh lain-lain

regim itu dan sama ada ia boleh bersaing atau mengawal WTO pula. Kajian juga perlu

dilakukan samada lain-lain pertubuhan itu dianggap sebagai regim atau boleh membawa

kebaikan kepada negara serantau..

Sebagai contoh menurut menurut Wikipedia encylopedia mengenai NAFTA

“Unlike other Free Trade Agreements in the world, NAFTA is more

comprehensive in its scope and was complemented by the North American


9

Agreement for Environmental Cooperation (NAAEC) and the North American

Agreement on Labor Cooperation (NAALC).

The NAAEC agreement was a response to environmentalists' concerns that

companies would relocate to Mexico or the United States would lower its

standards if the three countries did not achieve a unanimous regulation on the

environment. The NAAEC, in an aim to be more than a set of environmental

regulations, established the North American Commission for Environmental

Cooperation (NACEC), a mechanism for addressing trade and environmental

issues, the North American Development Bank (NADBank) for assisting and

financing investments in pollution reduction and the Border Environmental

Cooperation Commission (BECC). The NADBank and the BECC have provided

economic benefits to Mexico by financing 36 projects, mostly in the water sector.

By complementing NAFTA with the NAAEC, it has been labeled the "greenest"

trade agreement; though, being a pioneer in this area, it was not hard for the

agreement to be labeled "green".

Menurut Chichilnisky mengenai AFTA:

“The six members of Assosiation of South East Asian Nations- Singapore

Malaysia, Thailand, Indonesia, Philipines and Brunei have begun 1992 to build

their Asean free trade are AFTA as a future counterweight to other international

trading blocks. Japan have increasingly formed their economic attention in their

own region leading to more investment in an imports from the new Asean

manufacturing exports”.
10

Di atas adalah beberapa contoh yang menunjukkan beberapa regim perdagangan

lain cuba untuk menangkis regim yang lebih berkuasa.

Sepatutnya tajuk yang sesuai mengenai esei ini adalah WTO atau perdagangan

bebas. Walau bagaimanapun penulis dapat menghuraikan mengenai WTO dan isu

perdagangan bebas dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai