Anda di halaman 1dari 4

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid
untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa
pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya
imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta
konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada
kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di
kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan.
Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak.

Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan
kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara
asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui
seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif
dan imaginatif.

Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan
tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang
terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman
yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu
kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat,
dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan seni visual.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek
yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni
Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan
pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi
melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana
seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam
perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia
menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan
minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang
kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu.
Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap
kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta
dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik,
pergerakan dan seni visual.

Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang
lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti

1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses


penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan
kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau
bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu
matlamat

2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran


Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan
dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur
sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati;
menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan
yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan
kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan
mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa
danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam
konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman
berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai
latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang
kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini.

Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan
di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak
langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan
dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan
pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

Anda mungkin juga menyukai