Anda di halaman 1dari 6

Teks Pidato Contoh

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, gugu-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin
sekalian.

Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “Memartabatkan
Bahasa Melayu.” Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan
“Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Sesuai dengan statusnya sebagai
bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan
dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai
alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk
menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain
itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa
mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus
perubahan zaman.

Saudara saudari yang dihormati sekalian,


Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara
usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang
pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah
ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu
dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan
bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah
menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang
telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15.
Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya.” sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai
bila-bila.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa
yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan
bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan
masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama
dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk
menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut
memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat.
Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai.
Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat
meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya
penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding
dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah,
“Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di
dunia ini.

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,


Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994,
perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta
parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan
pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta
atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan
melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu
Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta
Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya
yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat,
penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu
dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut
menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah
pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita.

Hadirin sekalian,
Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak
berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau
pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan
bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan
terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk
menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau
peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh
parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak
yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan
memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang
betul dalam urusan seharian.

Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa
Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak
diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa
utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama
memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan
ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan
terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA
DARIPADA KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPA
Cahaya matahari menyilau mata,
Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismllah pembuka kata,
Gelanggang pertandingan segera dimulakan.
Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan
Pengerusi Majlis, TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan
Temenggung Ibrahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan
pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami
barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, "Masalah
Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada Kurangnya Kasih
Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi. Sebelum
saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya saya menyimpulkan makna
remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang
meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang
biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian
kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan memperoleh sesuatu.
Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan.
Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari
rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini.
tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga
berakhir.
Hadirin yang dimuliakan,
Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21
tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan.
menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain,
dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini
menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh
melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu
bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk
meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan
ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat
tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa
selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa
bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan
masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah
kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti.
Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada
dua; rakan yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-
rata dipengaruhi oleh teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan
yang baik dari segi fizikal: bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan
menarik. dan berkereta mewah. Pemuda yang kita tidak tahu hati budinya,
biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan memerangkap remaja dengan
kata-kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja perempuan yang tidak
pernah menikmati kemewahan akan mudah terperangkap dengan pujuk rayu
yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka dijanjikan dengan pekerjaan yang
menarik dan gaji melebihi RM2,000.00 sebulan, berpeluang melancong, dan
mendiami rumah mewah. Remaja yang akalnya Cuma sejengkal dan bosan pula
menghadapi timbunan buku, tanpa berfikir panjang akan terpengaruh dengan
pujukan jejaka idaman hati. Kata orang, buang emak buang saudara, kerana
kasih hamba turuti.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak
yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan
diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan
menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah
agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan.
Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh
menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk.
Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula
tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan
berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah
tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang
terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah
dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh
keagamaan.
Hujah saya yang keempat ialah pengaruh mediamassa.
Media massa kita, baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita
dari Barat yang memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita
dari Barat, paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp
membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal
yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet;
paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya
perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup
bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari
dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim.
Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar
atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-
nilai hudaya tempatan.
Hadirin yang dikasihi,
Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari
dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak
senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus
kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan
sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap
seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi
amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan
perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun
tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan
tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang
tidak dikenaii berbual-bual dengan anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap
masyarakat yang negatif ini seakan-akan memberi ruang kepada remaja
melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada
nilai kehidupan masyarakat madani.
Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya,
ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan
anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan
terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini
menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari
akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang
menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai.
Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak
mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah
dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah
remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang
hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia
menanti.
Hadirin yang dimuliakan,
Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh,
kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya
berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-
faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru
barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani
mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap
benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan
saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya
lafazkan serangkap pantun yang berbunyi,
Dari runtuhnya kota Melaka,
Bersama kita dirikan Putrajaya;
Hujah palsu bohong belaka,
Akan ditangkis seberapa daya.
Sekian, terima kasih.