Anda di halaman 1dari 1

SELAMAT PAGI DAN SALAM 1 MALAYSIA

YANG DIHORMATI TUAN PENGETUA SEKOLAH EN LEE CHIN HOI, YANG


DIKASIHI GURU PENOLONG KANAN 1 PUAN TAN PUAH ENG, GURU
PENOLONG KANAN HEM EN GANESAN, GURU PENOLONG KANAN
TINGKATAN 6 PUAN GRACE, KETUA-KETUA BIDANG, KETUA-KETUA
PANITIA, BARISAN GURU, KAKITANGAN BUKAN MENGAJAR, SERTA
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN SEKALIAN.

Bertemu kembali dalam slot anti dadah, di bawah bidang pendidikan pencegahan dadah.
pada minggu ini saya akan berkongsi maklumat bersama anda semua mengenai kesan
pengambilan dan penyalahgunaan dadah.

Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:-

 akibat keatas penagih


 akibat keatas keluarga penagih
 akibat keatas masyarakat dan
 akibat keatas negara

pada hari ini saya akan berkongsi kesan ke atas penagih. Akibat yang jelas
ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan
diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-
penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada
kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah
tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan
tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang
berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah
yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah
dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

sekian sahaja dari saya untuk minggu ini. sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai