Anda di halaman 1dari 3

Keunggulan Masjid Kul Sharif

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

SEBANYAK 21 replika monumen tersergam indah di


Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, Terengganu.
Kesemua replika itu begitu menarik perhatian para
pengunjung terutamanya melihatkan keunikan yang ada
pada replika sebuah masjid moden yang dikenali Masjid
Kul Sharif atau Qol Sharif.

Sebagaimana monumen-monumen replika yang lain yang


penuh dengan pelbagai kisah dan sejarah tersendiri, begitu
jugalah yang tercatat oleh Masjid Kul Sharif ini.

Ia tidak sekadar sebuah masjid terkenal di dunia iaitu


sebagai masjid terbesar di Rusia dan antara yang terbesar
di Eropah di abad ini.
Azan tetap kuat dan merdu berkumandang dari menara-
Ini kerana di sebalik kehebatan seni bangunannya, masjid menara Masjid Kul Sharif.
ini mempunyai kisah yang wajar dijadikan lambang
perjuangan terutama dalam mempertahankan agama Allah
walaupun diri sendiri akan terkorban.

Akibat sifat gila dan kejam seorang pemerintah atau Tsar, iaitu Tsar Rusia yang pertama, Ivan IV Vasilyyevich ( 25
Ogos 1530 - 18 Mac 1584) yang begitu dikenali sebagai Ivan The Terrible atau Ivan Yang Kejam telah menyebabkan
binaan asal Masjid tersebut dibakar dalam kejadian tragis pada tahun 1552.

Masjid itu dahulunya terletak di ibu kota lama atau tertua di Rusia, Kazan, yang juga merupakan ibu negara
Tatarstan. Majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Tartar iaitu suku kaum dari etnik Turki.

Masjid yang menjadi lambang kekuatan umat Islam Kazan itu dibakar oleh Ivan yang turut dikenali sebagai The Evil
Emperor itu (Ivan IV mendapatkan gelaran 'kejam' kerana pemerintahannya yang zalim. Bagaimanapun, sesetengah
penulis berpendapat Ivan Grozny lebih tepat diterjemahkan sebagai Ivan yang Menggerunkan).

Sebaik beliau bergelar Tsar, Ivan terus melancarkan siri-siri penaklukan terutamanya untuk menghapuskan
penduduk Islam. Tatarstan ketika itu diperintah oleh seorang Ratu yang dikenali sebagai Ratu Suyumbika.

Kekejaman Ivan itu bagaimanapun ditentang dengan begitu hebat oleh Imam Seid Kul Sharif dan anak-anak
muridnya. Mereka cuba mempertahankan Masjid itu dari musnah di tangan Ivan.

Bagaimanapun, mereka tewas dalam mempertahankan masjid tersebut yang akhirnya menyaksikannya yang juga
merupakan sebuah pusat pengajian, pusat sains selain terdapat sebuah perpustakaan musnah. Imam Sharif sendiri
terkorban dan syahid.

Namun dikatakan beberapa bahagian Masjid yang lama itu masih boleh didapati iaitu di Gereja Ortodoks atau
Katedral Saint Basil yang terletak berhampiran dengan masjid Kul Sharif ini.

Masjid itu kembali dibangunkan pada tahun 1996 sehingga siap hampir 10 tahun kemudian dan dibuka secara rasmi
pada tahun 2005 dengan kos pembinaan yang menelan belanja sehingga 400 juta rubel (AS$14 juta).
Pelbagai pihak dari luar dan dalam turut menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos pembinaan masjid itu
terutamanya dari Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Masjid putih dan biru yang sangat indah itu diberi nama Kul Sharif tentunya sebagai memperingati perjuangan suci,
Imam Kul Sharif yang dianggap seorang pahlawan dalam mempertahankan masjid itu dahulu.

Ia kemudian dirasmikan dan pertama kali diadakan sembahyang Jumaat sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun
Ke-1,000 Kota Kazan. Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh tetamu kehormat dari dunia Islam termasuk wakil
Presiden Rusia ketika itu, Vladimir Putin.

Ketika ia dirasmikan, seorang tokoh sejarah terkenal yang juga merupakan anggota Kesatuan Penulis-penulis
Tatarstan, Nurulla Gharif menukilkan catatan istimewa mengenai Imam Kul Sharif.

Nukilan itu antara lain berbunyi: "Namanya tertulis dalam catatan emas untuk sejarah bangsa Tatar. Apabila kita
memperkatakan mengenai Kul Sharif, beliau merupakan seorang yang sangat berbakat besar yang sanggup
mengorbankan hidupnya untuk kebebasan bangsanya. Beliau seorang penyair, diplomat dan seorang yang sangat
alim, seorang yang sangat terkenal di kalangan penduduk dan rakyat Kazan".

Pada tahun lalu, Masjid Kul Sharif diisytihar sebagai masjid kedua terbesar di Eropah (selain Turki) iaitu selepas
Masjid Kubah Besar Grozny (Grozny Central Dome Mosque).

Ini berdasarkan saiz masjid itu yang seluas 19,000 meter persegi. Dikatakan dewan solatnya dapat menampung
1,500 jemaah dalam satu-satu masa dan 9,000 lagi jemaah di ruang terbuka dan halaman masjid.

seni bina Masjid

Dari aspek seni bina Masjid ini, disifatkan sebagai sangat mengkagumkan! Sehingga berjaya menarik perhatian
seluruh dunia terutama pelancong yang ke Moscow. Mereka tidak semata-mata mahu melihat Dataran Merah atau
gereja yang terkenal dengan kubah bawang berwarna warni, St. Basil Basilica yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan
Dunia itu tetapi juga Masjid Kul Sharif.

Masjid itu merupakan salah satu mercu tanda dan destinasi pelancongan utama ke bandar itu.

Masjid itu berkonsep seni bina yang agak kontemporari namun masih kuat dipengaruhi oleh ciri-ciri kebudayaan
tempatan. Iaitu satu bentuk senibina tradisional dari Volga Bulgaria, yang turut digabung dengan elemen-elemen dari
zaman awal Renaissance dan juga seni bina dari zaman Uthmaniah.

Konsep ini terhasil selepas satu pertandingan reka cipta bangunan masjid itu dibuka sehingga ke peringkat
antarabangsa. Mereka menerima 16 penyertaan dan rekaan yang terpilih adalah yang berkonsepkan gabungan dari
pelbagai elemen seperti yang disebutkan.

Iaitu sebuah kompleks yang besar, terdiri dari sebuah bangunan masjid di tengah-tengahnya dan terdapat dua
pavilion yang lengkap dengan kolam air pancuran di bahagian kiri dan kanan masjid. Selain masjid, di kompleks itu
juga terdapat sebuah bangunan sebagai muzium, perpustakaan, pusat penerbitan dan pejabat pentadbiran masjid.

Masjid yang dibina di bahagian barat dalam kawasan Tembok Kremlin ini dibina tinggi dengan sebuah kubah besar
berwarna biru yang disetiap penjuru kubah tersebut terdapat empat menara yang tinggi menjulang ke udara. Iaitu
setiap satunya setinggi kira-kira 63 meter dan dan empat menara kecil yang setinggi 43 meter.

Terdiri dari dua tingkat, bangunan masjid itu begitu unik kerana ia berbentuk oktagonal (bentuk poligon dengan lapan
sisi dan lapan sudut) dengan satu-satunya kubah besar berwarna biru dihiasi sisi-sisi tingkap berbentuk kelopak
bunga tulip yang dihias dengan kaca-kaca berwarna.
Setelah hampir 460 tahun, iaitu sejak dimusnahkan oleh Tsar Ivan, kini masjid Kul Sharif yang baru menjadi lambang
kebanggaan dan kemegahan rakyat berbangsa Tartar di Rusia. Iaitu pada keseluruhannya terdapat hampir lima juta
rakyat berbangsa Tartar menetap di Rusia dengan 30,000 dari mereka menetap di Kazan.

Hampir kesemua mereka beragama Islam. Sejak dari abad ke 10 lagi mereka dikatakan telah memeluk Islam yang
dibawa oleh para pedagang Arab dari Asia Barat.

Anda mungkin juga menyukai