Anda di halaman 1dari 4

1.

0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat MalzLanz Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 1 Febuari 2011. Syarikat
ini ditubuhkan dengan tujuan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan dengan
penjualan jersi secara online.

Ini adalah selaras dengan wawasan kerajaan dan juga menyahut cabaran
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) di mana pihak kerajaan mengalu-alukan
penglibatan orang awam dalam bidang perniagaan.

Sistem perniagaan Syarikat MalzLanz Sdn. Bhd adalah menjual jersi secara
online dan menggunakan cara pembayaran secara online juga dapat memudahkan
pelanggan kami membuat tempahan dan bayaran. Syarikat kami dapat
membekalkan jersi dengan harga yang murah kerana kami dapat memperolehi jersi
daripada ramai stokis.

Dari segi kewangan, pihak syarikat tidak memerlukan modal yang besar
kerana menjua jersi secara online tidak memerlukan kami mempunyai stok yang
banyak. Apabila adanya tempahan baru kami membuat rujukan kepada stokis
sebelum mengambilnya untuk dibekalkan kepada pelanggan.
1.2 TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Tujuan rancangan perniagaan ini disediakan adalah khusus untuk proses


permohonan mendaftarkan syarikat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
untuk memudahkan proses pendaftaran. Segala bitir-butir maklumat syarikat telah
dicatat agar memudahkan untuk proses semakan pendaftaran.

Dengan rancangan perniagaan ini juga kami dapat menilai sejauh mana
perniagaan secara online ini berkembang. Selama seminggu percubaan kami
mendapat tempahan yang amat menggalakkan dari pelanggan. Kami juga dapat
mengetahui dengan lebih jelas sasaran pelanggan kami. Perniagaan secara online
ini juga tidak memerlukan modal yang besar tetapi dapat memberi pulangan yang
lumayan.

Rancangan perniagaan yang dihasilkan juga dapat menjadi panduan untuk


kami menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih sistematik dan teratur. Segala
aspek jual beli dan penghantaran dapat dijelaskan disini secara terperinci.
1.3 Maklumat Syarikat

Nama Syarikat : MalsLanz Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran : 31124734-2

Alamat Perniagaan : No. 80 Jalan Indah Perdana 1/4B,

Indah Perdana, 42700 Banting, Selangor

No. Telefon : 03-334654

Email : www.malslanz@yahoo.com

Bidang Perniagaan : Perniagaan runcit/ barangan.

Jenis Perniagaan : Sendirian Berhad

Modal : RM 1000

Taraf Syarikat : 100% Bumiputera

Lembaga Pengarah :

 Mohd. Azlan bin Ramli

Pengurus Eksekutif Pemasaran:

 Muhammad Hairul Akmal bin Basirin.


1.4 Objektif, Visi Dan Misi

Objektif

 Memasarkan jersi berkualiti dengan harga yang murah dengan menggunakan


sistem online.
 Memudahkan golongan sasaran mendapatkan pelbagai jersi dengan cepat
dabn mudah.

Visi

 Visi kami adalah untuk menggunakan perniagaan berteraskan online di dalam


sektor perniagaan agar dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Misi

 Misi kami adalah untuk memberi pulangan yang besar kepada pelabur dan
memberi kepuasan kepada pelanggan kami dengan memasarkan produk
yang berkualiti dan sistematik.

Anda mungkin juga menyukai