Anda di halaman 1dari 15

 

BAHASA MELAYU TINGGI

sebelum balik depan

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BBM3401

Oleh:  HAJIMIN HAJI MASLIN


N.m: J05475 Bacelor Komunikasi
Universiti Putra Malaysia.

1.0 Pendahuluan:

Kertas kerja ini adalah membentangkan Sejarah Perkembangan


Bahasa Melayu dan konsep penggunaan Bahasa Melayu secara umum
pada abad ke-7 masihi tetapi lebih dikhususkan selepas tahun 50'an.
Dengan harapan sejarah perkembangan bahasa Melayu dapat difahami
secara ringkas tetapi lengkap dan padat.

1.1 Pengenalan

Pada umumnya Bahasa Melayu telah mula digunakan dalam sistem


pentadbiran kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Namun
perkembangan Bahasa Melayu dipergiatkan lagi pada era
kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan statusnya
sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu. Menurut
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie
Sujud (1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah
melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan Zaman
Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan Bahasa
Melayu selepas Merdeka. Namun untuk tujuan kertas kerja ini,
perbincangan hanya difokuskan kepada sejarah perkembangan Melayu
selepas merdeka sekitar 50'an sehinggalah ke hari ini kearah
pemupukan, kemantapan, kesempurnaan Bahasa Melayu dalam
pelbagai disiplin kehidupan melalui sistem pendidikan negara dan
tokoh-tokoh bahasa Melayu di Malaysia.
1.2 Matlamat/Objektif:

Dapat mengetahui sejarah perkembangan, peranan dan sumbangan


bahasa Melayu ke arah pembentukan bahasa rasmi negara sebagai
suatu identiti unggul yang dimiliki oleh masyarakat majmuknya dan
negara Malaysia yang berdaulat.

1.3 Kaedah:

Kertas kerja ini disiapkan bersumberkan data dan maklumat sekunder


yang asasnya melalui beberapa rujukan dan pembacaan buku umum,
buku ilmiah dan juga melalui perbincangan serakan semahasiswa.

1.4 Batasan

Skop analisis dan pembentangan hanya ditumpuhkan kepada sejarah


perkembangan bahasa melayu selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan. Peringkat-peringkat perkembangan tersebut ialah
Proses Pemupukan Bahasa, Proses Pembinaan Bahasa dan yang ketiga
Proses Pemantapan Bahasa.

1.5 Definisi /Konsep:

Menurut Profesor Dr Asmah Haji Omar 1985 Perkembangan


Bahasa Melayu merupakan pembaharuan yang terjadi pada bahasa itu
untuk memenuhi kehendak sesuatu masyarakat tertentu.
Perkembangan itu juga seiring dengan perkembangan kebudayaan,
pembaharuan-pembaharuan material dan kerohanian yang mendukung
konsep-konsep baru. Konsep-konsep ini mempunyai unsur-unsur yang
terdiri daripada bunyi bahasa, susunan bunyi, awalan, akhiran dan
sebagainya.

2.0 Tahap- Tahap Perkembangan Bahasa Melayu:

Sebelum mencapai kemerdekaan Bahasa Melayu hanya digunakan di


sekolah-sekolah rendah Melayu, di Maktab Pergurusan Sultan Idris
Tanjung Malim, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan
diajar di beberapa buah Sekolah Menengah Kerajaan Inggeris tetapi
setelah Malaysia mencapai kemerdekan pada tanggal 31 Ogos 1957
bukan sahaja rakyat Malaysia mengalami perubahan dari segi cara
kehidupan dengan sambutan tempikan-tempikan Merdeka! Merdeka!
Merdeka! tetapi juga Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
Kebangsaan telah dijadikan agenda utama untuk mengisi kemerdekaan
seperti yang termaktub dalam perkara 152 (1) pelembagaan Malaysia.
Mesej jelasnya adalah seperti berikut:

" Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan


sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
parlimen."

Rasional kepada pernyataan ini dalam pelembagaan ialah bersesuaian


dengan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan
falsafah Dasar Bahasa Kebangsaan adalah wajar bagi negara ini bukan
sahaja mempunyai satu Bahasa Kebangsaan sebagai alat penghubung
dan alat perpaduan tetapi dari sudut politik antarabangsa, negara ini
memerlukan identiti sendiri yang dapat dilambangkan oleh bahasa
yang dituturkan oleh rakyatnya. Berikut adalah tahap-tahap
perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

2.1. Tahap Permulaan Proses Pemupukan Bahasa (PPB)

Proses pemupukan bahasa menurut Muhd Amin Arshad (Mei 1999)


dalam buku modulnya BBM3402 adalah melalui tiga tahap yang
penting iaitu tokoh-tokoh yang berwibawa, kegiatan dan melalui
sasaran-sasaran tertentu:

i. Tokoh-tokoh Yang Berwibawa:

Selain Tan Sri Syed Nasir, masih ramai lagi tokoh yang telah
menyumbang kepada kebangkitan perkembangan Bahasa Melayu di
Malaysia. Antara tokoh tersebut ialah Profesor Dato' Dr Asmah Hj
Omar, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dato' Dr Hassan Ahmad bekas
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dan ramai lagi.
Terbukti mereka banyak membuat kajian dan menulis buku mengenai
bahasa Melayu ke arah membantu perkembangan bahasa Melayu itu
sendiri.

Contohnya: Dato' Dr Hassan Hj Ahmad yang telah menggubal Sistem


Ejaan Universiti Malaysia pada 1971 berdasarkan Sistem Ejaan
Malaysia-Indonesia 1967. Akhirnya sistem standard Bahasa Malaysia
Indonesia diisytiharkan secara rasmi di Jakarta oleh Presiden Soeharto
dan Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur pada 16 Ogos 1972.

ii. Kegiatan Kempen Bahasa:

Terdapat dua cara kempen bahasa dilaksanakan iaitu melalui kempen


slogan dan penamaan. Kempen ini bertujuan mengajak rakyat
Malaysia menggunakan bahasa Melayu. Contohnya kempen Minggu
Bahasa Melayu yang dilakukan di sekolah-sekolah dengan
mewajibkan semua murid bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa
Melayu semasa berada di kawasan sekolah. Minggu Bahasa
Kebangsaan Sektor Pelancongan dan Perhotelan yang akan diadakan
pada 10 Ogos 1999 ini juga merupakan cara kempen bahasa
dilaksanakan dan sebagainya.

Melalui cogan kata yang ekonomis tapi padat, informatif dan emotif
seperti "Bahasa Jiwa Bangsa", "Gunakan Bahasa Kebangsaan Kita",
"Bersatu Bertambah Mutu, Merdeka, Berjaya" dan sebagainya. Dari
segi seni penamaan pula ia meliputi penciptaan nama-nama bangunan-
bangunan, institusi-institusi, tempat-tempat, taman-taman, jalanraya
dan sebagainya. Seni penamaan yang mempunyai keindahan dan
unsur-unsur estetik seperti Universiti Putra Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Wisma Putra, Angkasapuri, Stadium Merdeka
dan sebagainya.

iii. Sasaran:

Semua golongan rakyat Malaysia adalah menjadi sasaran kepada


penggunaan bahasa Melayu. Untuk mencapai hasrat ini, maka melalui
Dasar Pendidikan Kebangsaan, semua sekolah termasuk sekoleh jenis
kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar diganti dengan bahasa Melayu.

Falsafah dibelakang "Laporan Razak dan Rahman Talib terhadap


Dasar Sekolah, Maktab dan di Universiti" dimana sekolah-sekolah
peringkat rendah, Penyata Razak telah menyatakan satu mesej jelas
untuk menyatukan budak-budak daripada pelbagai bangsa di dalam
negara ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi
semua lapisan bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantara utama. Para pelajar yang ingin memohon
untuk mengikuti program di peringkat universiti pula adalah
diwajibkan mendapat sekurang-kurangnya lulus atau kepujian Bahasa
Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Begitu juga dengan
kemasukan ke maktab-maktab perguruan di mana bahasa Malaysia
disarankan agar dijadikan mata pelajaran penting dan dijadikan
sebagai syarat wajib kemasukan ke mana-mana institusi latihan
perguruan di Malaysia. Antara mesej dalam pelaksanaan Dasar
Pelajaran 1979 tersebut ialah:

"DAN BAHAWASANYA peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki


untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan,
termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif
bagi suatu sistem pelajaran dalam mana bahasa kebangsaan adalah
menjadi bahasa pengantara utama".

2.2 Tahap Pembinaan Bahasa (TPB)

Pembinaan bahasa Melayu telah pun bermula sejak tahun 1956 lagi
dan melibatkan dua institusi iaitu Maktab Perguruan Bahasa Tanjung
Malim dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Maktab Perguruan di
pertanggungjawab mengajar bahasa Melayu dan DBP diberi
tanggungjawab mencipta istilah, menggubal sistem ejaan standard
(1972) dan menyusun tatabahasa standard. Namun dalam tahun 70"an
fokus utama pembinaan bahasa ialah melibatkan aspek ejaan,
tatabahasa (nahu), peristilahan dan perkamusan atau ringkasnya ETIK:

i. Ejaan:

Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan


perkataan yang mempunyai maksud tertentu kemudian disebut serta
difahami. Terdapat tujuh jenis sistem ejaan yang pernah wujud di
Malaysia. Daftar ejaan Za'ba telah pun dikeluarkan pada tahun 1937
manakala daftar ejaan baru Bahasa Melayu dikeluarkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka pada 1980. Ejaan dalam Bahasa Melayu terdiri
daripada dua aspek iaitu aspek sistem ejaan rumi lama dan ejaan rumi
baru. Pada tahun 1972 sistem ejaan rumi baru Bahasa Melayu telah
dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia untuk mencapai tujuan
standardisasi atau pembakuan bahasa antara Malaysia dan Indonesia.
Namun masih terdapat tiada kesepakatan dalam beberapa keadaan
tentang ejaan seperti berikut:

Malaysia Indonesia

mahu mau

ubat obat

muzium museum

kerana karena

Mengadakan standardisasi pula mempunyai dua peringkat iaitu


peringkat nasional dan peringkat supranasional. Walaupun
standardisasi ejaan sukar dicapai tetapi sistem ejaan peringkat nasional
wajar dijayakan agar masalah tidak timbul diperingkat supranasional.

ii. Tatabahasa:

Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah


peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan
bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain
untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain,
tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta
pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut
konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa
berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu
berdasarkan makna. Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai
noun dan perbuatan adalah verb. Ayat sebagai ucapan juga
mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu ayat penyata,
ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika.

Keperluan, pertumbuhan dan perkembangan tatabahasa di dalam


pengajian pendidikan dan masyarakat umum telah mula sejak zaman
berzaman lagi sehinggalah sekarang. Antara tokoh-tokoh penulis
tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada
perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah
Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam &
Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo
(1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913)
menulis buku tatabahasa "Malay Grammar".

Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah


buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab
Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan
Ilmu Mengarang Melayu (1950). Di Universiti Malaya, buku karangan
Lufti Abas (1971) "Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu"
telah menjadi rujukan para mahasiswanya. Buku ini telah
membincangkan tentang linguistik dan bahasa, nahu, fonetik,
fonologi, sintaksis dan nahu tranformasi-generatif bahasa Melayu.
Hasil tulisan Abdullah Hassan (1980) dalam buku "Linguistik Am
Untuk Guru Bahasa Malaysia" telah juga menerangkan tentang konsep
tatabahasa dan menghuraikan dengan jelas kompenan-kompenan nahu
tranformasi. Begitu juga dengan buku tulisan Lim Kiat Boey (1975)
bertajuk "An Introduction to Linguistics for the Language Teacher"
yang menerangkan konsep-konsep dan peraturan-peraturan tatabahasa
tranformasi-generatif.

                    iii. Istilah

Istilah bermakna kata atau gabungan kata yang menerangkan satu


makna, konsep, proses, keadaan atau sifat yang khas dalam bidang
tertentu (PUPIBM, 1981: 1)

Dalam usaha pembinaan bahasa yang berterusan, DBP diberi peranan


sebagai urusetia dan tempat merujuk sementara IPT berperanan
menyediakan kepakaran dan mencipta istilah. Strategi-strategi ke arah
mencapai matlamat ini, berbagai program, polisi/dasar dan
jawatankuasa-jawatankuasa dibentuk untuk menyelaras peristilahan.
Contoh Jawatankuasa Istilah DBP(1957), Pedoman Umum
Pembentukan Istilah (1975), Pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa penghantar di IPT (1975), Jawatankuasa Penyelaras ialah
Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Panitia Perkembangan dan
Pembinaan Bahasa Indonesia dan Majlis Bahasa Malaysia-Indonesia
(di Malaysia) dan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (di Indonesia).
Menurut (Abdullah Hassan 1987) dalam "Isu-isu Perancangan Bahasa:
Pengintelektualan Bahasa Malaysia", DBP telah mencipta istilah
487249 buah meliputi 36 bidang (1957). Antaranya ialah istilah
linguistik (cetakan ke-2, 1975), istilah Seni Muzik (1974), istilah
pentadbiran (1962), istilah undang-undang (1970), istilah
kesusasteraan (1972), istilah ekonomi (1967), istilah sains am, jabatan
pertanian, fizik dan perhutanan (Ainuddin Wahid:1958), contoh:
boiler= dandang; chemical bond = ikatan kimia.

Di samping perkembangan peristilahan giat dilaksanakan terdapat juga


beberapa masalah seperti kurangnya kepakaran, pertindihan istilah
yang dicipta atau satu istilah dikongsi oleh lebih satu bidang dan
penerimaan serta mendukung konsep istilah masih terdapat perbelahan
antara bijak pandai memilih sendiri istilah yang diperlukannya.

iv. Kamus:

Kamus merupakan alat penunjang yang amat penting kerana kamuslah


terutamanya perbendaharaan kata bahasa diberikan , lengkap dengan
maknanya, penggunaannya serta disertai dengan ejaan. Kamus bukan
sahaja sebagai alat rujukan tetapi alat penyelarasan penggunaan
bahasa apatah lagi dalam situasi masyarakat di Malaysia yang
mempunyai pelbagai bangsa, etenik, bahasa dan dialek. Jadi kamuslah
sebagai satu alat sebagai penyatuan khusus dalam pelaksanaan bahasa
kebangsaan. Untuk mencapai objektif kamus itu sendiri, berbagai jenis
kamus diterbitkan oleh institusi yang dipertanggungjawab seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh kamus DwiBahasa "Bahasa-Inggeris" oleh Khalid M.Hussain


telah menerangkan pelbagai aspek yang boleh membantu masyarakat
umum dalam memperkayakan perbendaharaan, konteks pengertian
dan penggunaanya. Antara yang telah diungkapkan dalam kamus ini
ialah:

a. Kata (entri) pokok disusun menurut senarai kata sebagaimana


terdapat dalam kamus bahasa Inggeris yang standard. Contoh-
contohnya:

edit = sunting
economy = ekonomi

help = tolong

b. Kata (entri) pokok termasuk homonim yang dijadikan kata senarai


didaftarkan menurut abjad. Contoh-contohnya:

aback = ke belakang

abacus = pemidang yang dipasangi bola-bola kecil yang boleh


bergerak

pada dawai digunakan sebagai alat untuk mengajar. Seperti Sempoa.

abaft = di atau ke arah belakang kapal, dan sebagainya.

c. Kata terbitan (entri bawahan) dimuatkan sebagai kata senarai yang


berasingan. Contoh-contohnya:

editor = penyunting

educationist = pakar pendidikan

helpful = suka menolong

d. Kata majmuk. Contoh:

The house costs him RM10,000 ATAU

Rumah itu dibelinya dengan harga RM10,000.

e. Penggolongan jenis kata diterjemahkan secara langsung dari


penggolongan jenis kata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia.
Contoh-contohnya:

kn (noun) kata nama, ks (adjective) kata sifat, kkt (adverb) kata


keterangan, U.K (United Kingdom) United Kingdom, utk (for) untuk
dan sebagainya.
f. Lambang fonetik untuk membantu pengguna kamus ini
mengucapkan kata-kata dalam bahasa Inggeris serta terjemahan dalam
bahasa Malaysia. Contoh-contohnya seperti:

[u] cook [kuk] kn 'jurumasak', [i:] see[si:] kk '(me) lihat', [a:] grass
[gra:s]kn 'rumput' dan sebagainya.

g. Contoh-contoh frasa dan ayat bagi menjelaskan lagi maknanya


sesudah definisi dan tafsirannya. Contoh-contohnya:

Pusaka (seerti warisan). Ayahnya baru meninggal dunia dengan


meninggalkannya pusaka yang agak banyak juga.

Keramat (seerti suci dan berkat). Makam Habib Noh di Singapura


diziarahi ramai orang kerana dianggap makam yang keramat.

h. Bahasa kiasan, pepatah dan peribahasa yang ada persamaan dari


bahasa Inggeris ke dalam bahas Melayu. Contoh:

Flowers of speech atau membawa maksud Bunga Bahasa.

Satan atau membawa maksud orang yang jahat dan buruk


perangainya.

i. Kata (entri) pokok dan kata terbitan (entri bawahan) diberi definisi
dan tafsirannya dan disusuli dengan contoh-contoh punya (ada),
berpunya (bertuan), mempunyai (memiliki) dan kepunyaan (dimiliki).

                  i. Sharifah sudah berpunya.

                 ii. Jalan punya jalan bersualah mereka dengan seorang


perempuan.

                  iii. Duit itu kepunyaan saya bukan kepunyaan tuan.

                  iv. Pak Kaduk dan Lebai Malang memang merupakan
manusia   yang dungu tetapi mempunyai daya berfikir.

           j. Tanda baca seperti tanda koma (,), tanda titik bertindih(:),
tanda garis (-), tanda kurung(...), tanda kurung siku [....],                
tanda petik tunggal '....', angka 1,2,3 melambang kata kerja,                
frasa, dan kata majmuk dan angka ke 1, ke 2, ke 3                 
menjelaskan tingkatan makna. Contoh-contohnya:

i. Pujangga 1. pengarang sajak (syair dan lain-lain) yang agung dan


tinggi mutunya; 2. ahli fikir, ahli sastera (bahasa);

                              ii. Memuja 1. memuja dewa-dewa dengan


membakar dupa.

                              iii. Bagi saya ungkapan 'tatabahasa yang lengkap'


itu adalah ungkapan yang kabur.

                              iv. Slyness [slaili] kn perihal licik; kelicikan.

v. Sejarah perkembangan Bahasa Melayu bermula pada abad ke 7 lagi


sementara perkembangan Bahasa Inggeris moden bermula di zaman
pembangkitan ( Renaissane) kira-kira 500 tahun atau 5 abad yang lalu.

Sebagai rumusan, kamus bukan sahaja menjadi rujukan semata-mata


dari segi maknanya tetepi kamus juga dapat membantu meningkatkan
lagi perbendaharan kata dan mengetahui maksudnya daripada
kalangan penggunaannya.

3.0 Tahap Pemantapan Bahasa (PB)

Mengikut Muhd Amin Arshad (Mei 1999) dalam "modul


BBM3401", tahap pemantapan bahasa dapat dicapai melalui
kecendekiaan (keintelektualan) dan kesempurnaan bahasa:

3.1 Kecendekiaan atau keintelektualan:

Dirumuskan sebagai bahasa Ilmu yang dapat disesuaikan dengan


sistem, ekspresi serta dapat menyampaikan fikiran yang kompleks
yang berkait-kaitan antara satu dengan yang lain dan dapat membuat
pernyataan yang tepat, padat dan abstrak. Selain itu penggunaan gaya
dan laras yang ilmiah seperti ada ciri-ciri ketepatan, kejelasan dan
lojik serta boleh dicapai melalui perkembangan kosa kata atau
perbendaharaan dan struktur tatabahasa.

i. Pengembangan Kosa Kata Perbendaharaan:


Leksis atau kosa kata Perbendaharan boleh dicapai melalui penerbitan
istilah pinjaman dan bukan pinjaman. Istilah-istilah ini juga boleh
ditumpukan kepada pelbagai bidang tertentu yang khusus dan juga
am. Misalnya istilah-istilah dalam bidang sejarah, perubatan,
komunikasi dan pendidikan. Antara contoh-contoh istilah yang
dipinjam dari bahasa Inggeris dalam bidang sejarah seperti residen,
komunis, politik, empayar, gabenor, monopoli dan revolusi. Istilah-
istilah ini hanya dibuat penyesuaian dari segi ejaan dan lafaznya
sahaja.

Sementara istilah-istilah bukan pinjaman pula terdiri daripada dua


kumpulan utama iaitu kata umum dan kata terbitan yang dihasilkan
melalui proses pengimbuhan. Antara contoh istilah geografi seperti
latitud, hutan paya air tawar, tebus guna, angin pantai, suhu tahunan,
iklim, monsun, timur laut, hujan, bintang, sejuk, sungai, hutan
sederhana, malar hijau dan sebagainya.

Sementara kata umum kepada kata terbitan seperti duduk kepada


menduduki, besar kepada pembesar, turun kepada keturunan, saing
kepada persaingan dan duduk kepada kedudukan dan sebagainya.

ii. Struktur Tatabahasa:

Menurut ahli-ahli Prague Linguistic Circle (1929) memberi


pengertian "structuralism" bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri
daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan. Di Malaysia antara
buku-buku tatabahasa bahasa Melayu disusun berdasarkan struktur
bermula di tahun 60'an lagi. Contohnya ialah Mari Belajar Bahasa
Kita oleh Asraf (1971) yang menekankan teknik soal jawab. "An
Introduction to Malay Grammar oleh Asmah Haji Omar dan Rama
Subbiah (1968) memperhalkan tentang strukturial sistem yang sesuai
dijadikan rujukan oleh para mahasiswa, orang-orang dewasa dan
pelajar sekolah-sekolah tinggi. Buku-buku ini sebenarnya banyak
memperhalkan tentang linguistik dan tatabahasa struktural yang
akhirnya memberi kesedaran dan membiasakan para pelajar tentang
pola-pola struktur dengan cara yang berperingkat-peringkat.

3.2 Kesempurnaan bahasa:


Terdapat beberapa ciri-coro bagi kesempurnaan sesuatu bahasa seperti
ketekalan, ketertiban, keindahan, keberadaban dan keberkasanan.
Akan tetapi antara ciri-ciri yang utama dan sewajarnya ada pada
sebuah bahasa ialah:

i. Kecendekiaan:

Dimana bahasa berkebolehan untuk menyampai idea, hujah dan lojik


iaitu Bahasa Ilmu dan Bahasa Pembicaraan Tinggi. Contohnya
seorang pemidato boleh berhujah, seorang hakim membuat keputusan
atau pensyarah dapat menyampai mesej pengajaran melalui bahasa
yang mudah difahami atau dimengertikan.

ii. Kepelbagaian:

Bahasa Melayu dapat menyajikan pelbagai fakta atau idea di dalam


pelbagai disiplin kehidupan. Maknanya satu istilah dapat memberi
lebih satu erti atau makna.

iii. Kelenturan:

Bahasa Melayu boleh disesuaikan dalam pelbagai keadaan atau


perubahan tanpa menjejaskan ciri-ciri keaslian maknanya. Misalnya
Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas oleh pedagang-
pedagang, pengembang-pengembang agama Budda dan Hindu
sebelum masihi dan pengembang agama Kristian, Islam dan penulisan
kesusasteraan pada zaman keagungan Melaka.

Adalah dipercayai bahawa Bahasa Melayu paling tua ialah tulisan


Melayu Kuno yang diubahsuai pada sistem tulisan Pali daripada India.
Ini dapat dibuktikan dengan terdapatnya dalam prasasti-prasasti di
Bangka, di Tulang Tuwo dan Kedukan Bukit di Sumatera. Lihat Rajah
(2) tentang kronologi perubahan tulisan Bahasa Melayu.

Ini bukti menunjukkan bahasa Melayu adalah bahasa yang mudah


lentur atau diubahsuai mengikut zaman serta menjadi salah satu ciri-
ciri dalam pemantapan bahasa rasmi negara Malaysia.

Rumusan:
Pelbagai tahap, polisi, dasar dan tindakan telah dilakukan untuk
membantu perkembangan Bahasa Melayu (Malaysia) di negara ini,
namun apa yang mustahak ialah perkembangan bahasa dan
kejayaanya adalah memerlukan latihan dan penyertaan daripada
segenap lapisan masyarakat di negara ini kerana tanpa ada pengucap
atau penutur bahasa itu akan lambat laun akan hilang. Mengikut
Kamaruddin, Siti dan Aba'ie (1997), 4 strategi perancangan ke arah
mencapai matlamat perkembangan Bahasa Melayu, iaitu tahap
penentuan dasar, tahap pengkodan, tahap pembinaan dan tahap
pengembangan bahasa itu sendiri.

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997)


Pengajian Melayu 1: (Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa).
Selangor: L.C.Marketing.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa:


Pengintelektualan Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu


(Perkataan).Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa


Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof.Dr.Asmah Haji Omar (1985) Perancangan Bahasa Dengan


Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran
Bahasa Malaysia. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.Nathesan(1995) Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai