Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PERJUANGAN UMNO

Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih mengenai rancangan Malayan


Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan Negara ini tanah jajahan
takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan orang Melayu sangat
marah.

Satu kongres tergempar diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru Kuala
Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 untuk mencari jalan menentang rancangan tersebut.
Kongres ini dihadiri wakil dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah
Melayu dan dalam kongres ini juga telah dicadangkan ditubuhkan satu pertubuhan
Melayu dengan tujuan menyatupadukan orang Melayu.
 
Selepas kongres ini, dua lagi kongres diadakan iaitu pada 30 dan 31 Mac 1946 bertempat
di Pejabat Akhbar Majlis di Kuala Lumpur dan hari kedua di Rumah Persatuan Penang
Peranakan Batu Road, Kuala Lumpur. Kemudian diadakan lagi kongres ketiga di Istana
besar Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei 1946. Dalam kongres ini dengan secara rasmi
UMNO ditubuhkan.

Pada mulanya UMNO dicadangkan Oleh Dato’ Onn Jaafar dengan nama “Pertubuhan
Melayu bersatu” atau United Malays Organization”. Bagaimanapun Tuan Za’aba
mencadangkan supaya ditambah perkataan “kebangsaan” atau “national” selepas
perkataan “pertubuhan”. Akhirnya kongres bersetuju untuk menamakan “Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu” (PEKEMBAR) atau “United Malays National
Organization” (UMNO).

Setelah UMNO dilahirkan maka perjuangan menentang Melayan Union habis-habisan


dijalankan oleh orang-orang Melayu. Dalam tempoh dua (2) tahun sahaja Malayan Union
dapat dihapuskan, kemudian digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
diisytiharkan secara rasminya pada 1 Februari 1948.

Walau Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan dan Raja-Raja Melayu dikembalikan


kuasa di negeri masing-masing,tetapi penjajahan British masih berkuasa dalam
pentadbiran dan berkuasa membongkar sagala hasil kekayaan yang ada di dalam Negara
ini. Sementara orang-orang Melayu diketepikan tanpa mendapat apa-apa pembelaan.

Bagi membebaskan orang Melayu dari cengkaman penjajahan ini, maka kemerdekaan
bagi Negara ini harus diperjuangkan. Justeru itu Majlis Mesyuarat Agung Setengah
Tahun UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Mac 1951 meluluskan
usul yang dikemukakan oleh wakil Perikatan Pemuda supaya slogan “Hidup Melayu”
digantikan kepada “Merdeka”.

Tunku Abdul Rahman Putra selaku Yang Dipertua UMNO semasa berucap sebelum
meluluskan cadangan tersebut dengan tegas menyatakan “dalam lima tahun dahulu kita
sama-sama meruntuhkan ‘ Malayan Union’, maka sekarang ini kita akan robohkan
pula ‘Persekutuan Tanah Melayu’ ini yang tidak berguna langsung dan kita akan
dirikan kemerdekaan bagi bangsa kita”.

Kerajaan British, apabila menyedari UMNO sudah mula bertindak ke arah perjuangan
menuntut kemerdekaan, telah mensyaratkan kemerdekaan itu tidak akan diberikan
sekiranya Negara ini masih dalam keadaan darurat dan tidak adanya kerjasama dan
persefahaman antara kaum dalam Negara ini.

Walau bagaimanapun di atas kegigihan UMNO dalam perjuangan menuntut


kemerdekaan disamping kerjasama daripada MCA, serta kejayaan besar UMNO /
Perikatan dalam Pilihan Raya 1955 menyebabkan British terpaksa akur di atas tuntutan
UMNO. Akhirnya tarikh kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957 dipersetujui.

Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, UMNO sebagai tonggak


kepada parti perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menumpukan
perjuangannya untuk mengisi kemerdekaan itu. Kerajaan yang diterajui UMNO telah
mengadakan berbagai-bagai program pembangunan dalam bidang ekonomi, agama dan
sebagainya.

Antara program-program pembangunan ekonomi yang dijalankan adalah membuka


ladang-ladang getah dan kelapa sawit serta mewujudkan institusi yang berkaitan seperti
RISDA, FELDA FELCRA dan sebagainya. Dalam bidang pelajaran kerajaan mendirikan
berbagai-bagai sekolah, maktab pengajian dan institusi-institusi pendidikan tinggi seperti
Institusi Teknologi MARA (sekarang Universiti Teknologi MARA atau UiTM),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan
lain-lain.

Di bidang pembangunan agama pula kerajaan di bawah pimpinan UMNO mendirikan


Pusat Islam, sekolah-sekolah agama, pusat-pusat dakwah, jabatan-jabatan Agama Islam
di negeri-negeri dan sebagainya. Semua program-program ini diadakan berasaskan dasar
yang ditetapkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan
dan sebagainya.
Hari ini Malaysia sudahpun 48 tahun merdeka dan terkenal sebagai sebuah Negara
termaju di kalangan Negara-negara membangun manakala UMNO pun telah menjangkau
usia 58 tahun dan ahli-ahlinya melebihi 3 juta orang meliputi 191 bahagian. Ia merupakan
sebuah parti politik yang tertua dan terunggul di dunia, tidak ada sebuah parti politik pun
yang dapat menandinginya.

UMNO telah menempuh pilihan raya sebanyak 12 kali dan setiap kali pilihanraya UMNO
mencapai kemenangan dengan cemerlang. Dalam Pilihan Raya Umum 2004, bagi
kawasan Parlimen, UMNO telah memenangi 109 kerusi daripada 117 kerusi yang
dipertandingkan manakala peringkat DUN sebanyak 303 kerusi daripada 337 kerusi telah
dimenangi oleh UMNO.
Bagi mengekalkan kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik yang terunggul di
dunia, maka setiap ahli UMNO terutamanya Ketua-Ketua Penerangan di semua peringkat
hendaklah bertanggungjawab mengawal segala isu-isu yang boleh menjejaskan kekuatan
UMNO.

Sementara pejabat-pejabat UMNO sebagai nadi kekuatan UMNO hendaklah bertindak


pantas dalam menyelesaikan segala masalah yang timbul seperti masalah politik wang,
kurang penghayatan terhadap perjuangan UMNO di kalangan ahli-ahli dan sebagainya,
kerana masalah-masalah tersebut jika tidak diatasi akan menghancurkan masa depan
UMNO.

UMNO mestilah dipelihara, dipupuk dan dibaja dengan amalan nilai-nilai murni
dikalangan supaya ia terus menjadi satu-satunya wadah perjuangan bagi membela nasib
orang Melayu sepanjang masa. Tindakan kerajaan British mengisytiharkan kertas putih
mengenai rancangan Malayan Union pada 22 Januari 1946, yang bertujuan menjadikan
Negara ini tanah jajahan takluknya, manakala kuasa Raja- Raja tempatan, menyebabkan
orang Melayu sangat marah.

Anda mungkin juga menyukai