Anda di halaman 1dari 3

S P P DEJARAH ENUBUHAN ENGAKAP UNIA

P engakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert

Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau
BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan
meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G.
Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya
ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth.

Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan
Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon,
menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga
orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan
berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai
Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam
tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha
Tentera.

Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan
satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud
Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan
musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah
tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di
India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-
askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS
(Peninjau).

Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah
peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika
Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan
sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda.
Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan
British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan
Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang
askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan
periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya
memperdayakan orang-orang Boer.

Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya


Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah
dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda
menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan
pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau
menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.

Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan
satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21
orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan
idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids
To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan
berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat
nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di
Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.

Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
"Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa
menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea.
Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap.
Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan
merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun
1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan
selepas itu di seluruh dunia.
B iodata Lord Baden Powell (BP)

Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell

Nama Singkatan : BP

Tarikh Lahir : 22 Februari 1857

Tempat Lahir : London, England

Pendidikan Awal : Charter House, London

Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British

Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell

Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell

Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Anda mungkin juga menyukai