Anda di halaman 1dari 4

SEJAUH MANAKAH PENGURUSAN STRATEGIK MEMAINKAN

PERANAN PENTING DALAM MEMBANTU MAJIKAN MENYUSUN


SISTEM PENGURUSAN ORGANISASI DAN SUMBER MANUSIA YANG
BERKESAN?

1. PENGENALAN

“Without a strategy the organization is like a ship without of rudder, going around in
circles.” Joel Ross and Michael Kami. “Strategic Planning. Doing things today to
make us better tomorrow. Because the future belongs to those who make the hard
decisions today.” Eaton Corporation. “Strategi adalah “game plan” pengurus dalam
melaksanakan operasi dan mencapai objektif organisasi.” Fred R. David 1993.

2. ISTILAH STRATEGI

Strategi adalah berasal dari bahasa Greek ‘Strategos’ yang bermaksud ‘fungsi
seorang Jeneral’ Ia sebenarnya berasal dari dua gabungan perkataan iaitu Stratos
(tentera) dan Agos (memimpin) di mana ia bermatlamatkan untuk mendapat kelebihan
bersaing terutama dalam peperangan.

3. PEMIKIRAN STRATEGI

Pemikiran Strategi adalah “Satu proses mengintegrasi intuisi dan analisis


kepada pendekatan yang objektif, logik dan sistematik untuk membuat keputusan.”
Di mana organisasi sekarang? Kearah mana hendak dituju? Iaitu kenal pasti siapa
pelanggan/stake holder dan apa perkhidmatan diperlukan dan akhirnya bagaimana
cara untuk mencapainya? Dalam hal ini pengurus haruslah jangan sekali-kali berhenti
daripada berfikir di antara lain tentang tujuan atau matlamat, cabaran, risiko,
kejayaan,aset organisasi, bagaimana untuk terus maju kehadapan, perubahan dan
persamaan, persaingan, teknologi dan tanggungjawab.
2

4. PENGURUSAN STRATEGIK

Pengurusan strategi adalah “Satu pendekatan tentang fomulasi, pelaksanaan


dan menilai keputusan fungsian pelbagai silang yang membolehkan sesebuah
organisasi mencapai matlamatnya. Pengurusan strategi memfokuskan kepada
integrasi di antara pengurusan, kewangan, perkhidmatan, penyelidikan dan
pembangunan serta sistem pengurusan maklumat untuk mencapai kejayaan
organisasi.” Bourgeois 1966.

Strategi adalah satu bentuk rancangan menyatupadukan matlamat utama, polisi


dan tindakan susulan sesebuah organisasi dan menentukan semua ini searah-aliran.
Strategi yang disediakan dengan baik dapat membantu organisasi mengagihkan
sumber-sumber yang ada dalam keadaan unik dan kukuh setelah mengambil kira
kecekapan-kecekapan dalaman dan jangka perubahan persekitaran dan tindakan
penambahbaikan kearah mencapai matlamat organisasi.” Quinn 1980.

“Strategi mengandungi satu tindakan ke arah berdaya saing dan


penambahbaikan berterusan yang dilakukan oleh pengurus untuk memastikan sesuatu
organisasi kompeten kepada pengguna atau orang ramai.” R. Edward Preeman 1984.

Pengurusan strategik adalah satu set tindakan dan keputusan pengurusan yang
menentukan kepenghasilan jangka panjang sesebuah koperasi atau organisasi. Ia
termasuklah pandangan persekitaran dalaman dan luaran, fomulasi strategi ( strategik
dan perancangan jangka panjang, implimentasi strategi kawalan dan penilaian), ia
adalah kemajuan gabungan bentuk pemikiran strategik yang cuba untuk
memperkembangkan visi strategik melalui kesemua unit dalam organisasi termasuklah
kesemua sistem pentadbiran. Ia mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh
individu dan kumpulan dan pengaruh budaya koperat.

Dalam menjayakan pengurusan strategik seseorang pengurus haruslah


merangka peta perancangan strategik di dalam merangka arah tujuan organisasi itu,
sasaran pelaksanaan jangka panjang dan pendek dan tindakan pengurusan dalam
mencapai hasil pengeluaran.
3

Perancangan strategik mengandungi visi strategik dan misi perniagaan,


objektif pelaksanaan strategik dan kewangan dan strategik komprehensif bagi
mencapai objektif. Dalam hal ini seseorang pengurus mestilah mempunyai pemikiran
strategik iaitu jangan berhenti berfikir tentang matlamat, cabaran, risiko dan kejayaan
kerana ini adalah aset besar bagi organisasi dalam bagaimana untuk bertahan,
berubah, persamaan, bersaing, teknologi dan tanggungjawab. Bagi pemikiran
strategik ini tiga persoalan besar strategik adalah dimana kita sekarang? Ke mana kita
hendak tuju? Dan bagaimana kita hendak ke sana?

5. PENGURUSAN ORGANISASI

Organisasi telah muncul sebagai fenomenon yang penting dalam dunia moden.
Di sekeliling kita, organisasi telah lahir dan berkembang dari segi saiz dan pengaruh.
Manifestasi perkembangan organisasi ini dapat kita lihat dalam firma-firma swasta
serta birokrasi kerajaan yang mempunyai bangunan-bangunan besar dan pelbagai
agensi. Boleh dikatakan bahawa hampir semua gerakan manusia dalam kerja seharian
mereka pada zaman moden ini dikawal dan berkisar pada kehendak organisasi. Di
samping itu, banyak negara terpaksa bergantung pada keberkesanan organisasi yang
diharapkan dapat menggerakkan pembangunan ekonomi negara berkenaan. Jentera
kerajaan juga bergantung pada kecekapan agensi-agensi kementerian untuk
menguruskan aktiviti pentadbiran negara.

Peter Drucker (1968) yang banyak menulis berkenaan pengurusan organisasi


menyatakan bahawa masyarakat moden adalah masyarakat organisasi. Manusia
organisasi (the organizational man) merupakan satu kumpulan manusia yang paling
dominan dalam masyarakat moden serta mempunyai pengaruh politik dan ekonomi
dalam strata sosial. Malahan di dunia Barat dan juga di negara kita, ramai siswazah
universiti ingin bekerja dalam organisasi daripada bekerja bersendirian supaya
menjadi seorang eksekutif ataupun mencapai hasrat sypaya dilambangkan sebagai
yuppies (young urban professionals). Sejak revolusi perindustrian pada abad ke-19,
organisasi telah berkembang luas dan akan berkembang dengan lebih pesat lagi untuk
menyebarkan kuasa, pengaruh dan kawalan terhadap kegiatan manusia.
4

6. TUJUAN PENGURUSAN STRATEGIK

Pengurusan strategik adalah bertujuan untuk; mengenalpasti, memberi keutamaan


peluang, menyediakan pandangan yang objektif mengenai masalah, merangka kerja
bagi pembaikan dan pengawalan aktiviti, meminimakan kesan buruk akibat keadaan,
memastikan setiap keputusan menyokong objektif, mengoptimakan agihan sumber-
sumber, memastikan aliran maklumat secara berkesan, menggalakan pemikiran
kehadapan yang inovatif, menggalakan pendekatan bekerjasama dan bersepadu dan
menggalakan sikap positif di atas perubahan.

7. PERINGKAT PENGURUSAN STRATEGIK

Dalam peringkat pembentukan strategik pihak pengurusan harus membangunkan visi


dan misi, mengenalpasti peluang dan ancaman, kenal pasti kekuatan dan kelemahan,
objektif jangka panjang dan menjana strategik dan memilih. Pada peringkat
pelaksanaan strategik pihak pengurus mesti menyiapkan program, belanjawan,
prosedur, disiplin, motivasi, komitmen. Dan yang akhir pengurus mesti melakukan
penilaian strategik iaitu menialai, mengukur dan tindakan pembetulan.

Apa kah yang dikatakan visi, visi adalah satu pandangan jauh yang organisasi
itu ingin mencapainya mungkin dalam tempoh 10 tahun atau lebih Bagi menjayakan
visi ini para pengurus perlu melaksanakan beberapa perkara sebagaimana berikut:

Melibatkan pemikiran strategik,


Perancangan masa depan organisasi.
Membentuk ‘Raod Map’ organisasi.
Melibatkan hala tuju jangka panjang.
Meningkatkan identiti yang cemerlang dan
Membangunkan keupayaan Research and Development

Visi ini penting kerana ia ada kaitan dengan kesan kepada perkembangan
teknologi, keperluan/jangkaan pengguna sentiasa berubah dan faktor dalaman dan
luaran adalah penentu kepada masa depan organisasi

Anda mungkin juga menyukai