Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara merdeka yang mengamalkan dasar bebas dan

berkecuali. Selain itu, Malaysia juga mementingkan dasar yang mengutamakan semangat

berbaik-baik dan memupuk semangat setiakawan antara semua negara di dunia tanpa

mengambil kira kedudukan dan fahaman ideologinya dengan syarat negara-negara itu

menghormati negara-negara lain dan mengamalkan dasar yang adil dan bertamadun.

Sebaik sahaja Malaysia memperoleh kemerdekaan daripada pihak British pada 31

Ogos 1957, Malaysia telah mengamalkan dasar luar yang aktif. Malaysia juga telah memberi

komitmen yang berkesan dalam arena politik antarabangsa. Setiap tindakan yang diambil oleh

Malaysia adalah berlandaskan dasar domestik negara iaitu dasar yang mementingkan

keamanan, kebebasan dan semangat kerjasama dalam perhubungan antarabangsa.

ASEAN merupakan singkatan daripada Association of Southeast Asian Nations atau

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. ASEAN telah ditubuhkan secara rasminya pada 8

Ogos 1967. ASEAN yang dianggotai 10 buah negara mempunyai penduduk berjumlah kira-

kira 515 juta orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah

keluasan lebih kurang 4.5 juta kilometer persegi 1. ASEAN pada awal penubuhannya

dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Brunei kemudiannya

telah menganggotai pertubuhan ini pada 8 Januari 1984 dan diikuti oleh Negara Vietnam pada

28 Julai 1995. Keahlian negara Laos dan Myanmar dalam pertubuhan ini pada 23 Julai 1997.

Namun kemasukan Kemboja yang dirancang bersama-sama Laos dan Myanmar terpaksa

ditangguhkan kerana masalah politik dalaman.

Tujuan ASEAN ditubuhkan adalah untuk mewujudkan keamanan serta menjaga

kepentingan negara anggota dengan tiga objektif utama iaitu untuk mempertingkatkan

kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial serta mengembangkan kebudayaan melalui program
1
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=1060%3Apengenalan&catid=238%3Aasean&Itemid=39.
1
kerjasama, menjaga kestabilan politik dan ekonomi daripada kuasa-kuasa besar sekaligus

bertindak sebagai forum serantau untuk berbincang dan menyelesaikan sebarang masalah dan

kekeliruan yang wujud.

Semasa penubuhan ASEAN, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam semua

aspek khususnya dalam pembangunan ekonomi dan pertahanan politik di rantau Asia

Tenggara. Namun disebalik usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam menggerakkan

pertubuhan ini, terdapat beberapa cabaran yang terpaksa ditempuhi. Contohnya, Masalah

semasa pertubuhan EAEG (East Asia Economic Group), masalah krisis kewangan dan

sebagainya.

ISI

2
Setiap negara di dunia mempunyai keutamaan tertentu dalam dasar luarnya dan segala

keutamaan itu adalah bergantung kepada kepentingan negara. Bagi Malaysia, pertubuhan

ASEAN merupakan salah satu keutamaan dalam arah tuju dasar luar negara. Malaysia lebih

memfokuskan dasar luarnya terhadap ASEAN. Hal ini kerana, bagi Malaysia jika kestabilan

ASEAN tergugat maka ia akan memberi impak negatif kepada Malaysia.

Berdasarkan kepada asas dan matlamat dalam Delarasi Bangkok, Malaysia yang

merupakan salah sebuah negara yang menjadi pengasas kepada pertubuhan ASEAN telah

memainkan peranan yang penting khususnya dalam aspek keselamatan politik dan ekonomi.

Antara contoh sumbangan Malaysia kepada ASEAN dalam bidang ekonomi seperti East Asia

Economic Caucus (EAEC), ASEAN+3, East Asia Summit (EAS) dan sebagainya. Manakala

sumbangan Malaysia kepada ASEAN dalam bidang pertahanan politik pula ialah penubuhan

Zone, peace, free and neutrality (ZOPFAN), Southeast Asian Nuclear Weapon- Free Zone

(SEANWFZ), Treaty of Amity Cooperation (TAC), Deklarasi ASEAN Concord dan lain-lain.

Antara cabaran yang dihadapi oleh ASEAN pula adalah seperti krisis kewangan 1997,

bantahan kepada penubuhan EAEG dan sebagainya.

SUMBANGAN MALAYSIA DALAM POLITIK ASEAN

3
Zone,Peace,free and neutrality (ZOPFAN)

Malaysia sentiasa menumpukan perhatiannya kepada kerjasama dan kestabilan politik

serantau. Dalam ASEAN, Malaysia merupakan sebuah negara yang menyokong kuat usaha-

usaha untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai suatu zon yang aman, bebas dan berkecuali

melalui konsep ZOPFAN daripada pengaruh-pengaruh luar.

Semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang menjadi perdana menteri Malaysia

pada tanggal 22 September 1970. Beliau mendapati bahawa dasar luar yang diamalkan oleh

Tunku mempunyai banyak kelemahan dan mendatangan kerugian kepada Negara. Oleh itu,

semasa pemerintahannya, beliau telah mengubah hala tuju dasar luar Tunku yang bersifat pro-

barat dan anti komunis kepada dasar berkecuali dan bersahabat dengan mana-mana negara

tanpa mengira ideologi khusunya diperingkat rantau.

Berikut adalah pendirian dasar luar Tun Abdul Razak ketika pemerintahannya :

“……adalah menjadi asas dasar luar Malaysia yang utama untuk menjalinkan persahabatan

dengan semua Negara yang menghormati kita dan yang ingin bersahabat dengan kita tanpa

mengira ideology politik mereka atau corak sosial mereka. Kita di Malaysia akan terus

mengikut dasar luar yang berkecuali dan dasar bersahabat kita dengan semua Negara

disamping membuat pengukran bebas dalam semua perkara…..”2

Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang sangat berminat terhadap kerjasama di

peringkat rantau atau ragional mahupun kerjasama di peringkat antarabangsa yang lebih
2
Buku Rasmi Tahunan Malaysia 1972 (1974), Jilid 5, Kuala Lumpur: Jabatan Chetak Kerajaan.
4
mementingkan aspek dialog dan berdiplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah

berbanding dengan cara berkonflik dan berkonfrantasi3. Hal ini adalah selari dengan dasar

luar melaysia ketika itu yang lebih bersifat neutral dalam mengadakan hubungan yang bersifat

keserantauan dan dasar ini merupakan konsep yang penting dalam perjuangan Tun Razak.

Oleh itu, Tun Razak memainkan peranan yang sangat penting dalam menjalinkan hubungan

Malaysia dengan Negara-negara Asia Tenggara melalui dasar berkecuali4.

Oleh itu, Tun Razak melihat bahawa keselamatan Negara-negara Asia Tenggara

sememangnya sangat terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman luar terutamanya dari kuasa-

kuasa besar dunia ketika itu iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Atas sebab untuk

mengelakkan rantau ini menjadi tempat pertembungan antara dua kuasa besar, maka Tun

Razak ketika itu telah mencadangkan pembentukan konsep ZOPFAN (zone, peace, free and

neutrality) yang diistiharkan pada persidangan ketua Negara ASEAN di Kuala Lumpur pada

27 November 1971.

Konsep ZOPFAN ini menguatkan lagi Deklarasi Bangkok untuk mewujudkan keadaan

aman, stabil dan bebas dari campur tangan kuasa luar. Konsep ZOPFAN ini diharap dapat

mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tanpa mengira fahaman ideology

politik supaya keamanan dan keselamatan rantau ini terus terjamin, melalui konsep ZOPFAN

ini juga, sebarang penyelesaian yang timbul di rantau Asia Tenggara ini perlu diselesaikan

secara aman tanpa menggunakan kekerasan serta menghalang mana-mana kuasa luar dari

mencari alasan untuk campurtangan dalam hal ehwal rantau ini. Hal ini bertujuan untuk

mengelakkan kawasan di rantau Asia Tenggara ini menjadi medan pertempuran dan perebutan

antara kuasa-kuasa besar ini tanpa mangambil kira kepentingan Negara dalam rantau ini.

Nyata bahawa prinsip-prinsip berkecuali, tidak campur tangan dan mengamalkan konsep
3
http://www. Geocities.com/tokoh agung/tokoh PMTun Abdul Razak. Htm.
4
Rozeman Abu Hassan. Tun Abdul Razak bin Dato Hussein : dasar luar Malaysia 1970-1976. 2003. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
5
hidup bersama secara damai (peaceful co-existance) serta menghormati intrigiti sempadan

wilayah Negara-negara jiran tanpa mengira ideology dan juga menggalakkan kerjasama

regional melalui ASEAN adalah prinsip dasar luar Malaysia terhadap rantau ini kerana bagi

Malaysia kepentingan Negara hanya dapat dicapai sebaik-baiknya melalui kegiatan diplomasi

yang aktif dan Malaysia berharap konsep ZOPFAN ini akan dapat memberi keselamatan dan

kesejahteraan kepada rantau ini dan Negara Malaysia sendiri5.

Deklarasi Bangkok yang merintis kepada penubuhan ASEAN kemudiannya di

perkukuhkan lagi melalui persidangan Bali yang berlangsung pada bulan Febuari 1976 yang

mana menyaksikan dua perjanjian termeterai iaitu deklarasi Kerukunan ASEAN dan

perjanjian persahabatan dan kerjasama dalam rantau Asia Tenggara.

Melalui deklarasi Kerukunan ASEAN, adalah perlu untuk semua Negara ahli ASEAN

hidup secara aman dengan menghormati kedaulatan Negara jiran dan tidak mencampuri

urusan hal ehwal dalaman negara lain melainkan dengan permintaan dari negara itu sendiri.

Manakala melalui Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dalam rantau Asia

Tenggara, menyatakan bahawa semua Negara dalam rantau Asia Tenggara adalah bersahabat

tanpa rasa curiga dan tidak percaya terhadap Negara lain, oleh itu persefahaman adalah

sesuatu perkara yang perlu diterapkan dan saling berkerjasama dalam segala bentuk yang

dirasakan perlu untuk membawa kepada keamanan rantau ini dari segi politik, ekonomi

mahupun sosiobudaya demi kesejahteraan bersama.

Konsep kewaspadaan yang ditekankan dalam menjalinkan kerjasama dalam rantau ini,

secara langsung telah membawa kepada semangat ASEAN dan perasaan kekitaan sebagai satu

masyarakat Asia yang berkongsi sejarah dan budaya masyarakat yang hampir sama. Perdana

Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1992
5
Ibid.
6
menyatakan bahawa sebagai satu rahsia kejayaan ASEAN adalah dengan berpegang kepada

prinsip 5C iaitu, Consultation, Consensus, Caring, Cornerstone dan Consolidation. Prinsip

5C inilah yang mewujudkan keadaan aman dalam rantau Asia Tenggara di mana segala

masalah yang timbul di selesaikan secara persahabatan. Oleh itu, masalah-masalah seperti

kepulauan Spratlys, Paracels dan Batu Putih tidak menjadi perbalahan Politik. Yang akan

melemahkan ASEAN sebaliknya mengeratkan hubungan multilateral Negara yang berkonflik.

Berdasarkan semangat kekitaan dan kejayaan yang dicapai oleh ASEAN ini maka

timbul satu idea baru untuk mewujudkan perlembagaan ASEAN bagi mengantikan Deklarasi

Bangkok yang bertujuan untuk membentukan perlembagaan bagi mengikat Negara ahli

kepada satu konsep kerjasama yang lebih erat khususnya dalam mengintergerasikan ekonomi

di rantau ini. Disamping itu juga, untuk memastikan rantau ini sentiasa aman dan stabil serta

bebas dari pengaruh luar yang boleh memecah belahkan kerukunan ASEAN yang

sememangnya telah sedia terjalin serta sebagai proses untuk mengintergerasikan penduduk

ASEAN yang berkongsi sejarah dan budaya hidup yang hampir sama, seperti yang wujud

dalam Kesatuan Eropah (EU).

Southeast Asian Nuclear Weapon Free-Zone (SEANWFZ)

Pada tahun 1987, Dengan sokongan Malaysia, Indonesia telah membangkitkan semula

cadangan untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan bebas senjata nuklear atau

7
dikenali sebagai SEANWFZ. Tujuan penubuhan SEANWFZ ini juga untuk meletakkan

kembali konsep ZOPFAN ke dalam agenda politik negara anggota. Thailand dan Singapura

telah menentang idea ini kerana merasakan idea ini tidak realistik ketika Amerika Syarikat

dan Rusia berusaha mempertingkatkan keupayaan tentera di rantau ini. Thailand juga

menegaskan bahawa konsep ini hanya akan menguntungkan pihak Rusia. Namun kenyataan

tersebut disangkal oleh Indonesia dengan mengatakan bahawa konsep ini juga turut

melibatkan tentera Rusia.

Amerika Syarikat walaupun menentang zon ini kerana merasa terkilan dengan isu

yang dibawa oleh ASEAN. Manakala Washington yang tidak mahu berada dipihak yang

bertentangan apatah lagi Rusia dan China telah bersetuju untuk menerima cadangan ini.

Seperti Perjanjian Zon Bebas Nuklear Pasifik Selatan yang menerima tentangan Washington

adalah berdasarkan kepada keadaan yang boleh mengurangkan keupayaannya sebagai sebuah

kuasa laut(Sea Power). Namun cadangan ini tidak diterima oleh Amerika Syarikat disebabkan

keseluruhan Armada lautnya mempunyai kuasa nuklear dalam dekad 90-an.

ASEAN yang menerima pelbagai tentangan pada ketika itu tidak pernah berputus asa

mengenai keadaan ini. Pengistiharan Bangkok 1995 telah berjaya menunjukkan komitmen

yang kuat dalam menyatakan isu ini termasuk Negara-negara seperti Kemboja, Laos dan

Myanmar. Perjanjian ini telah meliputi seluruh rantau Asia Tenggara yang pada ketika itu

mnjadi pelantar benuanya bagi Zon Ekonomi Ekslusif(ZEE). Melalui perjanjian ini, negara-

negara anggota mempunyai hak untuk membenarkan atau tidak kapal-kapal perang dan

pesawat asing menggunakan lapangan terbang dan pelabuhan di negara mereka6.

6
Dewan Masyarakat :Feb 1996-12.
8
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM EKONOMI ASEAN

East Asia Economic Caucus (EAEC)

Malaysia telah memberi sumbangan dengan mengemukakan idea melalui ASEAN

bagi memperluaskan lagi skop kerjasama ekonomi serantau yang melibatkan negara-negara

Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan pada tahun 1990an yang dikenali sebagai

East Asia Economic Group (EAEG) yang kemudiannya ditukar kepada East Asian Economic

9
Caucus (EAEC) kerana menerima bantahan khususnya daripada Negara Amerika Syarikat

serta Negara Australia7. Idea ini telah dikemukakan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad.

Pembentukan EAEC secara rasmi telah diumumkan semasa mesyuarat Pegawai-

Pegawai Kanan ASEAN Keempat di Singapura pada 27 Julai 1992. Namun, pada ketika ini,

penubuhan EAEC masih belum mendapat restu sepenuhnya daripada komuniti antarabangsa.

Idea penubuhan EAEC merupakan satu forum yang akan membincangkan masalah

berkenaan ekonomi bersama dan merupakan satu suara sepakat dalam dialog-dialog

antarabangsa dengan harapan dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenalkan serta

mempertahankan konsep perdagangan bebas, memacu kepada pertumbuhan ekonomi serta

memperkenalkan konsep “open regionalism: untuk memenuhi konsep perdagangan

multilitaral.

Cadangan Malaysia dalam memberikan idea untuk menubuhkan EAEC ini dilihat

sesuai dan tepat pada masanya. Hal ini kerana, dunia pada ketika itu mengalami perubahan

dramatik dalam strukturnya yang mana keadaan dunia yang tidak menentu serta keperluan

untuk melakukan perubahan ke era baru selepas runtuhnya Soviet Union atau dikenali sebagai

tamatnya zaman Perang Dingin. Selain itu, pada akhir tahun 1980-an telah memperlihatkan

satu era baru kebangkitan Era Pasifik yang membawa kepada ekonomi Asia Timur yang

dilihat lebih dinamik dan tercetusnya kebangkitan bercorak serantau dengan penyatuan

Eropah serta pembentukan North American Free Trade Agreement (NAFTA). Pembentukan

NAFTA pada 1 Januari 1994 telah memperlihatkan satu Perjanjian dimana berlakunya

pengalihan terhadap halangan-halangan kepada perdagangan dan pelaburan antara Amerika

Syarikat, Kanada , dan Mexico8.

7
http//www.neac.gov.my/index.php?

8
http://www.fas.usda.gov/itp/Policy/NAFTA/nafta.asp
10
Pada pandangan Dr. Mahathir Mohamad, keadaan ini akan membangkitkan semangan

untuk Kebangkitan Asia Timur bagi mengelakkan daripada penguasan ekonomi barat. Selain

itu, pada pendapat beliau juga, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

maju menjelang tahun 2020 dapat mengambil kedudukan utama daripada lain-lain dasar

negara. Dasar luarnya sejak

mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981 dilihat lebih menjurus kepada

keadaan ini9.

ASEAN+3

Selain itu, penubuhan ASEAN+3 yang merupakan alternatif kepada penubuhan

EAEC telah dicadangkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad pada Disember 1997. Akhirnya

pada 1999, dalam persidangan peringkat Menteri ASEAN di Manila satu kata sepakat telah

dicapai berkenaan penubuhan ASEAN+3 yang melibatkan Negara-negara anggota ASEAN

dengan tambahan tiga Negara Asia Timur iaitu Korea Selatan, Jepun dan China. Pakatan ini

di bentuk bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pembangunan sosial, sumber

manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya, informasi serta pembangunan

infrastruktur.

ASEAN+3 ini juga menekankan kerjasama erat dalam bidang politik dan keselamatan

yang mana, mereka telah bersetuju untuk membentuk kerjasama keselamatan serantau, hal ini

dapat dilihat apabila Negara-negara anggota ASEAN dan China bertemu pada persidangan di

Bali, Indonesia Dalam pertemuan ini, China bersetuju dalam kerjasama ASEAN untuk

mewujudkan kawasan bebas senjata Nuklear. Bagi kerjasama dengan Jepun pula dapat dilihat

9
Chamil Wariya. Dasar luar era Mahathir. 1989. Fajar Bakti. Hlm 134.
11
melalui persetujuan antara keduanya untuk berkerjasama dalam mengadakan kemuncak

persidangan ASEAN-Jepun yang diadakan di Tokyo pada 11-12 Disember 200310.

ASEAN dengan Korea pula telah mengadakan perbincangan mengenai masalah yang

dihadapi di semenanjung Korea dan perjumpaan ini telah mencapai kata sepakat untuk

membentuk kawasan yang aman di semenanjung Korea. ASEAN dan Korea juga berharap

dapat mengekalkan persahabatan yang telah lama terjalin.

ASEAN+3 yang dicadangkan oleh Tun. Dr. Mahathir ini juga telah merintis kepada

penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Timur walaupun perjalanan untuk

merealisasikannya masih jauh. Namun apa yang jelas dalam persidangan di Manila pada

tahun 1999 ialah cadangan untuk membentuk kawasan perdagangan Bebas ASEAN-China.

Semasa persidangan ke-8 ASEAN+3 di Phnom Penh pada 4 November 2002, anggota

ASEAN dan China telah menandatangani perjanjian penubuhan Free Trade Area (FTA)

ASEAN-China. Seandainya matlamat ini tercapai maka satu kawasan perdagangan bebas

terbesar dunia akan muncul dengan meliputi 1.7 billion penduduk dengan KDNK sebanyak

US$ 2 trillion dan jumlah peragangan dua hala sebanyak US$ 1.23 trillion11.

East Asia Summit (EAS)

Selain itu juga, penubuhan East Asia Summit (EAS) yang merupakan kesinambungan

daripada penubuhan ASEAN+3 yang merupakan satu forum Pan-Asia yang diadakan secara

tahunan dan dihadiri oleh 16 buah Negara12. Sidang akhbar pertama berkenaan perjalanan

EAS oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7

November 2005 jelas membuktikan bahawa Asia Timur sebagai komuniti dan bukan lagi

sebagai sebuah idealism yang dianggap sebagai pemikiran teori semata-mata.

10
http://www.aseansec.com.my
11
http://www.utusan.com.my/special.asp?pr=asean2005.
12
http://www.wilkipedia.org/wiki/eas.
12
Negara-negara anggota EAS ini terdiri dari 13 negara ASEAN+3 dan ditambah

dengan 3 lagi Negara iaitu, Australia, India dan New Zeealand. Rusia juga memohon untuk

menjadi ahli kepada pertubuhan ini tetapi pada peringkat awal, Rusia hanya diberikan status

pemerhati sahaja pada tahun 2005. Ternyata kehadiran Presiden Rusia Vladimir Putin pada

persidangan pertama EAS di Kuala Lumpur tidak sisa-sia apabila Malaysia selaku pengerusi

persidangan berjanji untuk memberikan status keahlian kepada Rusia pada persidangan akan

datang yang akan dijadualkan berlangsung pada 11-13 Disember 2006 di Cebu, Filipina.

Keahlian Rusia dilihat perlu untuk mengimbangi pengaruh Jepun, China dan Australia pada

persidangan akan datang.

Sungguhpun begitu, persidangan kali pertama ini disifatkan oleh bekas perdana

menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai sidang kemuncak Asia Timur-

Australasia kerana Australia dan New Zealand terletak di Australasia. Secara peribadi, beliau

mengatakan bahawa Australia kini secara asasnya merupakan sebuah negara Eropah. Oleh itu,

pandangan-pandangan Australia tidak akan mewakili Timur sebaliknya pandangan mengenai

pendirian Amerika13.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa sidang kemuncak EAS

yang berlangsung di Kuala Lumpur sebagai berjaya yang mana, para pemimpin bersetuju

untuk mewujudkan persefahaman demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini bagi

mewujudkan komoditi Asia Timur. EAS merupakan satu pakatan regionalism yang akan

bertindak sebagai penggerak kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara Negara-

negara Asia Timur dalam bidang keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. EAS juga diharap

dapat menjadi platform untuk merapatkan jurang ekonomi antara Negara-negara Asia Timur

13
http//webevents.bernama.com/events/aseansummit/newsbm.php?

13
serta untuk tujuan keselamatan seperti mana Kesatuan Eropah (EU) dan Perjanjian

Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA)14.

CABARAN MALAYSIA DALAM ASEAN

Bantahan penubuhan East Asia Economic Group (EAEG)

Antara cabaran yang ditempuhi oleh Malaysia dalam membentuk pertubuhan-

pertubuhan didalam ASEAN adalah menerima bantahan penubuhan East Asia Economic

Group (EAEG). Rancangan awal penubuhan East Asia Economic Group adalah pada tahun

1990. Penubuhan EAEG ini telah dirancang oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Dr

Mahathir Mohammad. Antara ahli-ahli didalam pertubuhan ini merangkumi sepuluh negara-

negara ASEAN, China, Jepun dan Korea. Tujuan utama penubuhan EAEG adalah untuk
14
Ibid.
14
membawa Asia Timur bersama bagi mewujudkan skala yang lebih besar dalam konteks

bekerjasama terutama dalam bidang ekonomi15.

Keinginan untuk membentuk EAEG ini adalah disebabkan oleh kesan negatif yang

mungkin akan diterima oleh ASEAN ekoran daripada kepesatan ekonomi China yang

kemungkinan akan menarik pelabur asing dari ASEAN. Pelabur asing dari ASEAN mungkin

berpindah untuk melabur kepasaran China ekoran kepesatan ekonomi Negara China.

Walaupun cadangan penubuhan EAEG ini telah diutarakan pada tahun 1990 untuk

tujuan memperkukuhkan kedudukan Negara-negara membangun sempena menjelangnya

Rundingan Pusingan Uruguay pada 1993. Namun hanya selepas tahun 1995, barulah konsep

ini mula diterima oleh ASEAN dengan menggunakan nama East Asian Economic Caucus

(EAEC) semasa mesyuarat menteri-menteri Luar ASEAN di Bandar Seri Begawan, Brunei.16

Hal ini kerana, penubuhan EAEG telah menerima bantahan khususnya dari Amerika

Syarikat serta dari Negara-negara seperti Australia. Amerika Syarikat berpendapat bahawa

penggunaan istilah grouping oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada pertubuhan ketika itu

merupakan satu ancaman dan saingan kepada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik

(APEC) yang telah sedia wujud dan diterajui oleh Amerika Syarikat. Oleh itu, nama

pertubuhan ini telah ditukar menjadi EAEC yang memperlihatkan konsep yang lebih longgar
17
. Idea penubuhan EAEC oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad ini sebenarnya merupakan satu

forum yang akan membincangkan mengenai masalah ekonomi bersama dan merupakan satu

suara sepakat dalam dialog-dialog antarabangsa yang diharap dapat meningkatken kerjasama

ekonomi, memperkenal serta mempertahankan konsep perdagangan bebas, memacu

pertumbuhan ekonomi serta memperkenalkan konsep open regionalism untuk memenuhi

15
http://www.megaessays.com/viewpaper/2832.html

16
http//Wikipedia.org/wiki/eaec

17
http//www.neac.gov.my/index.php?
15
konsep perdagangan multilitaral. Akhirnya matlamat EAEC telah mencapai kejayaan hasil

daripada kesinambungan pertubuhan EAEG.

Krisi Kewangan 1997

Selain itu, krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 juga merupakan cabaran

yang dihadapai oleh Malaysia sebagai salah satu anggota dalam Pertubuhan ASEAN.

Samaada secara kebetulan atau dirancang, kemasukan negara-negara transisional seperti

Myanmar dan Laos PDR ke dalam ASEAN telah diiringi dengan keadaan krisis kewangan

negara-negara asal ASEAN terutama Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia. Begitu juga

hubungan antara ASEAN dan Negara Kemboja yang kini mencapai tahap kritikal dan tidak

menentu juga diselubungi oleh kemelut yang sama. Negara Vietnam yang hanya beberapa

tahun menyertai ASEAN juga terpaksa berdepan dengan masalah ini.

Kemakmuran dan kepesatan ekonomi ASEAN akhirnya tergugat akibat daripada

keadaan krisis kewangan ini akibat draipada kejatuhan nilai mata wang dan pasaran-pasaran

saham di negara asal ASEAN. Pertumbuhan yang telah dirancang bertahun-tahun lamanya

telah runtuh satu demi satu sehingga Negara Indonesia dan Thailand terpaksa meminta

bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Krisis kewangan yang mula-mula melanda di Negara Thai turut dirasai oleh Malaysia

pada kemudiannya. Ketidakstabilan dalam kadar pertukaran asing telah menyebabkan negara-

negara yang tidak mempunyai rizab asing yang kukuh tidak mampu mempertahankan nilai

matawang mereka dalam pasaran spekulasi. Pada permulaan krisis ini, Malaysia cuba

mengekalkan nilai ringgit terhadap matawang asing. Bagaimanapun, langkah ini tidak kekal

lama memandangkan ia melibatkan kos yang tinggi. Ekonomi negara berada dalam

kedudukan yang lemah memandangkan sektor korporat mengalami kesukaran dalam

mendapatkan kredit dan pada masa yang sama mengalami peningkatan hutang yang semakin

tinggi.
16
KESIMPULAN

Penglibatan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan rantau Asia Tenggara ini

Khususnya dalam pertubuhan ASEAN telah merintis kepada kemajuan ekonomi dan

kemakmuran politik di rantau Asia Tenggara. Pembentukan kerjasama dengan Negara-negara

Asia Timur nyata membuahkan hasil apabila matlamat untuk mewujudkan kawasan rantau

perdagangan bebas cukai atau Asia Free Trade Area (AFTA) menjelang 2008 hampir tercapai

dan ini sekaligus memberi tamparan dan saingan kepada APEC (Asia Pacific Economy

Coropration) di bawah Amerika Syarikat, serta kesatuan Eropah EU dalam persaingan

ekonomi era ini. Selain itu, dasar kerukunan yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir

Mohammad yang menekankan perlunya rasa hormat-menghormati antara Negara ASEAN

dengan tidak mencampuri urusan hal ehwal dalaman Negara lain, serta menyelesaikan segala

17
pertikaian secara aman dan berdiplomasi telah merintis kepada kemakmuran rantau ini yang

bebas dari persaingan kuasa luar. Di sebabkan oleh sifat aktif dan rasa tanggungjawab yang

tinggi Malaysia kepada kemakmuran rantau Asia Tenggara ini maka tidak hairanlah

seandainya Malaysia dilantik sebagai pengerusi kepada beberapa pertubuhan di bawah

ASEAN seperti East Asean Summit.

BIBILIOGRAFI

1. Lotfi Ismail, (1974), Tinjauan Dasar Luar 1957-1973, Dewan Msyarakat, April.

2. Milne, R.S, dan Mauzy, D.K, (1982), Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala
Lumpur: Utusan Printcrop, Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. The ASEAN Declaration, The Indonesia Quarterly, Vol.iv.no.2,3,4 Special Issue,


1976.

4. Http://www.aseasec.com.my, Association Of Southeast Asian Nations.

5. Salehah Abdul Hak. ASEAN 35 tahun, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia


2002.

18
6. Buku Rasmi Tahunan Malaysia 1972 (1974), Jilid 5, Kuala Lumpur: Jabatan Chetak
Kerajaan.

7. http://www. Geocities.com/tokoh agung/tokohPMTun Abdul Razak. Htm.

8. Rozeman Hussin.Op.Cit.

9. Pearl Imada & Seiji Naya, AFTA The Way Ahead, Institute Of Southeast Asian
Studies.

10. http//www.neac.gov.my/index.php?

11. http//Wikipedia.org/wiki/eaec

12. http//www.Pathfinder.com/asiaweek/foc/2000/03/15.

13. http//www.aseansec.com.my.

14. http//www.utusan.com.my/special.asp?pr=asean2005

19

Anda mungkin juga menyukai