Anda di halaman 1dari 52

PENGGUBALAN SOALAN

OLEH
Hjh. Norhayati bt. Hj. Ahmad Zakaria P.P.T., B.K.M.

UNIT PEPERIKSAAN & PENILAIAN


INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH.
Perancangan Ujian
Rasional
Tujuan
Pembinaan Instrumen
Membina JPU
Membina Item
Mentadbir ujian
Pemeriksaan skrip
Analisis data/item
Rasional

Pengubal perlu mengenal pasti mengapa


perlu sesuatu ujian itu dijalankan dan
Kepada siapa kumpulan sasarannya.
Tujuan

Pengubal juga perlu mengenal pasti


apakah tujuan sesuatu ujian itu
dilaksanakan sebelum menggubal ujian
tersebut.
Kaedah Pembinaan Instrumen
Kenal pasti konstruk/trait
Rancang
Bina
Analisis
Nilai
Rancang
Format ujian
Jenis item
Spesifikasi ujian
Jadual penentu ujian
Matriks konstruk & kontek
Bilangan item per konstruk
Bilangan item per konteks
Aras kesukaran item
Jadual Penentu Ujian

Pengertian
Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang
hendak diukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Fungsi JPU
Sebagai panduan kepada penggubal soalan.
Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif-
objektif pengajaran yang perlu diuji.
Menentukan bidang/topik-topik dan pemberatan
yang akan diberi.
Menentukan aras soalan dan bilangannya.
Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan
taraf dan mutu ujian.
Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu
ujian dengan ujian yang lain.
Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-
penggubal lain.
Penentuan Aras

Penentuan aras mengikut Taksonomi


Bloom
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Taksonomi Bloom
Aras: Pengetahuan
Ciri Soalan: Memerlukan calon
mengingat semula.
Jawapan calon
menggunakan bahasa
asal.
Contoh Kata Kerja:
Labelkan, Senaraikan, Nyatakan,
Manakah, Apakah, Berikan, dll.
Contoh Soalan Aras
Pengetahuan

The word ‘dignity’ in the poem


signifies
A. power
B. wealth
C. honour
D. independence
Aras Pengetahuan

1. Apakah maksud perkataan culas ?

A. Rajin
B. Lalai
C. Malas
D. Cergas
Taksonomi Bloom

Aras: Kefahaman
Ciri Soalan: Memerlukan calon
memahami fakta dan
menghuraikannya, memberi
contoh atau illutrasi dalam
bahasanya sendiri.
Contoh Kata Kerja:
Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan,
Mengapakah, dll.
Contoh Soalan Aras Kefahaman
They wanted to reach Kuantan by 11.00 p.m.
because
A. Puan Ainon had to go to school.
B. Encik Roslan had a meeting that
night.
C. Puan Ainon wanted to have enough
rest.
D. Encik Roslan was afraid of another
puncture.
Aras Kefahaman
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi
penyataan di bawah.

Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai


untuk mencari pekerjaan.

A.Ada ubi ada batas


B.Ada gula ada semut
C.Ada udang di sebalik batu
D.Banyak udang banyak ragam
Taksonomi Bloom
Aras: Aplikasi
Ciri Soalan: Memerlukan calon
menyelesaikan masalah
‘non-routine’ atau masalah baru.
Ciri soalan adalah ‘problem-
solving’. Masalah diselesaikan
dengan cara tersendiri
menggunakan gabungan teori,
pengalaman dan pelbagai
kaedah penyelesaian masalah
yang mempunyai unsur
persamaan.
Taksonomi Bloom

Aras: Aplikasi

Contoh Kata Kerja:


Selesaikan, Binakan,
Carikan,Tunjukkan, Kirakan,
Demostrasikan, dll.
Contoh Soalan Aras Aplikasi

To congratulate
A. Really, Nelson.
B. Well done, Nelson.
C. Thank you, Nelson.
D. I believe you, Nelson.
Aras Aplikasi
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.

i. “Radio ini ada kelasnya yang tersendiri,” kata Adib.


ii. “Jangan makan di dalam kelas!” kata pengawas itu.
iii. Mereka masyarakat kelas menengah.
iv. Kulitnya kelas kerana terkena api.

A. I, ii dan iv sahaja
B. Ii, iii dan iv sahaja
C. I,ii dan iii sahaja
D. I ,ii ,iii dan iv sahaja
Taksonomi Bloom
Aras: Analisis
Ciri Soalan: Memerlukan calon
menganalisis,
memecah/mencerakinkan fakta
untuk mengkaji unsur-
unsurnya secara mendalam
termasuk membanding,
membeza, mengupas dan
membukti.
Contoh Kata Kerja:
Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri
sebab, Buat analisis, Cerakinkan, Tafsirkan,
dll.
Contoh Soalan Aras Analisis

How long did the fireman take to put


out the fire?
A. 1 hour.
B. 40 minutes.
C. 45 minutes.
D. half an hour.
Aras Analisis
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan
di bawah.

Tiba-tiba aku tersedar


Lamunan yang merugikan terlepas kini
Sejarah hempedu pahit ku lupakan
Kini, ku semaikan benih-benih harapan
Bersama jutaan impian
Aku kan tempuh segala cabaran

Soalan 4
Ku semai benih-benih harapan bermaksud

A. Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjaya


B. Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguh
C. Pemuisi menanam benih-benih baru di ladangnya
D. Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan
Taksonomi Bloom
Aras: Sintesis
Ciri Soalan: Memerlukan calon
merancang, mereka/mencipta
dan menghasilkan sesuatu
hasil yang kreatif hasil dari
penggabungan pelbagai unsur.
Ini termasuk penghasilan
sesuatu rancangan, rumusan,
kaedah/prosedur, atau
cadangan.
Contoh Kata Kerja:
Rancangkan, Rumuskan, Sediakan,
Cadangkan, Karangkan, Gubahkan, dll.
Contoh Soalan Aras Sintesis

Sabrina was born in 1985. In what year


did she take her PMR?
A. 1997
B. 1998
C. 1999
D. 2000
Aras Sintesis
Arahan:

Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi


pantun yang lengkap.

Budi yang baik dikenang juga,


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Hancur badan dikandung tanah,
Gunung Daik bercabang tiga

___________________________,
___________________________;
___________________________,
___________________________.
Taksonomi Bloom

Aras: Penilaian
Ciri Soalan: Memerlukan calon
menilai, membuat
pertimbangan atau justifikasi
untuk mencapai atau
mendapatkan sesuatu
kesimpulan. Calon perlu melihat
fakta dari aspek ‘pro dan cons’
semasa membuat penilaian.
Contoh Kata Kerja:
Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri
justifikasi, Pertimbangkan, dll.
Contoh Soalan Aras Penilaian

Why do you think interested members should


submit their names early?
A. They will receive prizes.
B. To show that they are really
interested.
C. The secretary will not be free
after first of April.
D. Only the first 80 names received will
be accepted.
Aras Penilaian
Pencerobohan tentera Amerika dan Britain terhadap Iraq
merupakan satu tindakan yang zalim dan tidak
berperikemanusiaan. Rakyat Iraq sanggup mempertahankan
segenap inci tanah tumpah darah mereka. Mereka sanggup
berputih tulang daripada berputih mata.

Soalan.

Apakah yang anda faham mengenai ungkapan “Biar berputih


tulang jangan berputih mata”.

______________________________________________________
______________________________________________________
______________________________________________________
Penggunaan kata kerja di atas,
bergantung kepada wacana. Sesetengah
kata kerja boleh digunakan merentasi
aras.
Teknik/Spekfikasi
Teknik/Spekfikasi

Font
– New Times Roman System
– Saiz 12
Spacing/Jarak
– Jarak di antara baris dalam soalan ialah 1
jarak
– Jarak di antara rangsangan/situasi dengan
tugasan ialah 2
– Jarak di antara tugasan/soalan dengan pilihan
jawapan bagi soalan objektif ialah 2
– Jarak di antara setiap pilihan jawapan dalam
soalan objektif ialah 2
– Jarak di antara soalan dengan sistem nombor ialah 1
tab
– Jarak di antara soalan dengan ruang jawapan dalam
soalan struktur ialah 2
– Jarak di antara baris-baris ruang jawapan ialah 2
– Jarak di antara soalan dengan soalan ialah 3
– Jarak di antara soalan (esei) / ruang jawapan (soalan
struktur) dengan markah ialah 2
contoh: soalan…………………………………

(2 markah)
Sistem Nombor
– Soalan yang tiada pecahan dinomborkan
dengan nombor biasa (arab), titik dan
mulakan soalan pada jarak 1 tab.
– Nombor soalan pecahan adalah mengikut
nombor arab (biasa) diikuti oleh huruf kecil,
nombor Roman kecil dan berakhir dengan
nombor biasa (semua dalam kurungan)
– Jarak antara sistem nombor di atas ialah 1
tab
contoh: 1. (a) (i) (1) _________
– Jarak soalan pada barisan kedua dan
seterusnya dan nombor adalah mengikut
jarak barisan pertama.
contoh: 1. ___________________
___________________
(a) ________________
________________
(i) ______________
______________
(1) ____________
(2) ____________
– Elakkan daripada membaca soalan yang
mempunyai pecahan soalan yang banyak
seperti di atas.
– Mulakan setiap soalan pada muka surat yang
baru. Sempurnakan setiap soalan dan
pecahan-pecahannya dalam satu muka surat
jika boleh.
Teknik Umum
– Pastikan setiap soalan ada tugasan @ task
– Rangsangan/situasi mungkin tidak perlu bagi
setengah soalan, tetapi soalan yang digubal dengan
baik biasanya mempunyai rangsangan atau situasi.
– Pastikan rangsangan tidak menjadi pembayang
kepada jawapan sama ada bagi soalan itu atau yang
lain.
– Pastikan tanda bacaan (. , ? ; :) digunakan dengan
betul. Soalan atau pilihan jawapan berbentuk
pernyataan lengkap mestilah di akhiri dengan noktah
(.)
– Soalan objektif berbentuk pelengkap tidak di
akhiri dengan sebarang tanda bacaan.
– Huruf besar digunakan dalam permulaan
ayat, nama khas, selepas tanda noktah dan
tanda soal.
– Hitamkan @ boldkan perkataan-perkataan
yang hendak ditekankan seperti: tidak,
kecuali, paling, bukan, semua dan bilangan
seperti: dua
– Tidak ada ruang jawapan di pangkal atau di
tengah dalam soalan struktur atau soalan
objektif berbentuk pelengkap (completion)
– Nombor muka surat mula dicetak pada muka
surat 2. Nombor muka surat pertama (muka
hadapan kertas soalan) tidak dicetak.
– Bahagian bawah muka surat akhir setiap buku
soalan dan buku Peraturan Memberi Markah
(PMM) dituliskan dengan pernyataan berikut
dan ditulis muka surat.

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2004


– Hanya ada 4 pilihan jawapan sahaja dalam
setiap soalan objektif aneka pilihan. Huruf-
huruf untuk pilihan jawapan adalah huruf
besar A, B, C dan D dalam kurungan penuh
dan ditulis 1 tab dari nombor soalan dan 2
jarak di bawah soalan.
Contoh: 1. soalan…………………………

(A) …………….
– Bagi soalan objektif berbentuk cantuman,
pastikan terdapat lima unsur sebagai pilihan
dan dicantumkan dalam pilihan jawapan
seperti contoh berikut:
contoh: 1. soalan…………….

I unsur 1
II unsur 2
III unsur 3
IV unsur 4
V unsur 5

(A) I, II dan III sahaja


(B) II, III dan IV sahaja
(C) I, II, IV dan V sahaja
(D) I, III, IV dan V sahaja

atau
(A) I dan II sahaja
(B) IV dan V sahaja
(C) I, II dan III sahaja
(D) III, IV dan V sahaja

Pastikan kelima-lima unsur disebarkan


seimbang dalam pilihan jawapan. Elakkan
daripada menampakkan unsur secara
maksimum atau minimum dalam pilihan
jawapan. Dalam contoh di atas, contoh pilihan
jawapan kedua adalah lebih baik kerana semua
unsurnya tersebar seimbang.
– Sesuatu unsur menjadi tidak berfungsi
sekiranya terdapat dalam kesemua pilihan
jawapan.
– Pastikan ada tugasan dalam setiap soalan
cantuman.
– Elakkan daripada menggunakan pilihan
jawapan berbentuk pernyataan ‘semua yang
di atas’ atau ‘tiada satu pun yang di atas’. Ini
bermaksud sama ada semua pilihan itu betul
atau semua tidak betul.
– Susun pilihan jawapan mengikut urutan.
Pendek ke panjang
Kuantiti kecil ke banyak
Abjad (bagi nama orang dan tempat)
Soalan struktur
– Pastikan pecahan-pecahan soalan ada menunjukkan
perkaitan dan kesinambungan mengenai sesuatu
tema.
– Adakan sesuatu bahan berbentuk petikan, rajah atau
jadual sebagai asas kepada soalan (rangsangan)
– Pecahan soalan meliputi pelbagai aras yang disusun
mengikut urutan.
– Ruang jawapan bergaris disediakan selepas setiap
pecahan soalan. Bagi pecahan soalan yang
melibatkan pengiraan, ruang jawapan tidak perlu
digariskan.
– Setiap pecahan soalan diberi peruntukan 1 hingga 5
markah.
– Untuk semua jenis soalan, rajah, jadual, peta dan
petikan diletakkan di bahagian atas soalan dan
dinomborkan jika melebihi satu.
– Rajah dinomborkan menggunakan nombor biasa
(Arab) dan jadual dengan nombor Roman besar.
– Rajah, jadual, peta dan sebagainya boleh diletakkan
di bawah soalan jika soalan itu meminta calon
mengisi maklumat pada bahan tersebut.
– Jika petikan digunakan, pastikan sumbernya
dicatatkan.
– Kurungkan serta hitamkan peruntukan markah di
bawah setiap soalan (sebelah kanan – bawah)
Unsur KBKK
– Semua soalan esei dikehendaki mengandungi
unsur KBKK.
– Soalan struktur dan objektif digalakkan
mempunyai unsur KBKK jika didapati sesuai.
– Di mana sesuai, soalan berunsur KBKK perlu
terbuka (open-ended) dan berbentuk rujukan
kriteria.
PMM
– Skima pemarkahan mestilah menepati
kehendak soalan dan mempunyai ciri
keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna
markah yang diberikan kepada setiap soalan
adalah tekal atau konsisten tanpa mengira
siapa yang memeriksa dan dalam situasi apa
sekali pun.
– Untuk memenuhi ciri keobjektifan ini,
pemeriksa perlu menjustifikasi setiap markah
yang diberi secara terperinci.
– Beri 1 markah bagi setiap fakta dan 1-3
markah untuk huraian dan illustrasi/rajah
setiap fakta. Bagi soalan objektif, hanya 1
markah diberi kepada setiap jawapan yang
betul.
– Jika markah soalan itu besar, beri peruntukan
markah 1% kepada pengolahan
– Bagi soalan yang melibatkan KBKK, markah
perlu diberikan kepada ‘proses’ dan kriteria.
– Penggunaan frasa ‘lain-lain jawapan yang
munasabah’ elakkan. Penggubal perlu
menyenaraikan semua jawapan yang
dikatakan munasabah jika boleh.
– Maksimum 1% markah ditolak kerana kesilapan
bahasa.
– Contoh permarkahan adalah seperti berikut dan
dituliskan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan.

(4 fakta/isi x 1 markah) = 4 markah


(4 huraian x 2 markah) = 8 markah
Penggunaan pengurusan grafik = 5 markah
Pengolahan = 2 markah
Nilai afektif = 1 markah

Jumlah = 20 markah
– Hitamkan jumlah markah bagi setiap soalan
dan pecahan soalan.
– Akhiri PMM dengan
© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2004
dan tulis muka surat
SEKIAN
TERIMA KASIH
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Anda mungkin juga menyukai