Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENDAHULUAN

Kecemerlangan pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi Kementerian


Pelajaran Malaysia. Tuntutan untuk menyediakan kesamarataan juga menjadi
tanggungjawab bagi memastikan murid-murid istimewa di seluruh Negara mencapai
tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua program yang
dilaksanakan. Program Semarak Islam Pendidikan Khas Negeri Johor dijalankan
kerana aktiviti kokurikulum merupakan satu landasan ke arah kecemerlangan
kurikulum. Ia juga memberi peluang kepada murid-murid istimewa daripada
kepelbagaian kategori mempertingkatkan potensi diri dan sahsiah bagi memenuhi
tuntutan rohani. Melalui aktiviti ini, murid akan dapat turut serta di dalam
pertandingan sama seperti murid-murid dalam aliran perdana.

2.0 TUJUAN
Mendedahkan murid kepada aspek-aspek keagamaan selaras dengan nilai-nilai murni
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil bakat dan potensi murid berkeperluan khas di dalam aktiviti
Hafazan, Tilawah, Bercerita Kisah Nabi, Azan, Nasyid, Merumikan Teks Jawi
Dan Khat Jawi.
3.2 Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk turut serta dalam
aktiviti ko-kurikulum bagi meningkatkan keyakinan diri ke arah hidup
berdikari.

4.0 TARIKH & LOKASI


4.1 20 April 2011 (Rabu)
4.2 SMK Dato’ Sulaiman
5.0 BORANG PENYERTAAN

Nama sekolah :

Acara 1 : Nasyid

Tajuk lagu : 1._________________________________________________

2.__________________________________________________

Bil Nama S.lahir / Kad No. OKU `BP/BL


Pengenalan

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10
.

11
.

12
.
Acara 2 : Tilawah

Bil Nama S.lahir / Kad No. OKU `BP/BL Surah


Pengenalan

1.

2.

Acara 3 : Hafazan

Bil Nama S.lahir / Kad No. OKU `BP/BL Kelompok


Pengenalan

1.

2.

Acara 4 : Khat Jawi

Bil Nama S.lahir / Kad Pengenalan No. OKU

1.

Acara 5 : Azan

Acara 6 : Bercerita Kisah Nabi


Bil Nama S.lahir / Kad No. OKU `BP /BL
Pengenalan
Nama S.lahir / Kad Pengenalan No. OKU `BP
(S/J)
/BL

1. (S/J)
Acara 7 : Merumikan Jawi

Nama S.lahir / Kad Pengenalan No. OKU `BP /BL


(S/J)

6.0 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 TILAWAH AL-QURAN

6.11 Syarat-syarat:

a) Terbuka kepada semua murid bermasalah Pembelajaran & Bermasalah


Penglihatan, kategori Senior dan Junior.

b) Lelaki dan perempuan

c) Masa bacaan 8 minit

d) Pemarkahan:

Bil Perkara Markah


1. Tajwid 40
2. Suara 15
3. Fasahah 20
4. Lagu/taranum 25
Jumlah 100

e) BL /BP Junior (Pilih 1 Surah)

i. Surah Al-‘Alaq

ii. Surah Al-‘Ala

iii. Surah Al- Baiyinah

iv. Surah Al-Baqarah (Ayat 1-10)

v. Surah Yassin (Ayat 1-10)


f) BP Senior (Pilih 1 Surah)

i. Surah Ali-Imran (Ayat 15-22)

ii. Surah Al-Baqarah (Ayat 21-29)

iii. Surah As-Sajadah (Ayat 22-30)

iv. Surah Yassin (Ayat 13-27)

v. Surah Al-Mulk (Ayat 1-15)

g) BL Senior (Undi 1 Surah)

i. Surah Al-Baqarah (Ayat 21-29)

ii. Surah As-Sajjadah (Ayat 22-10)

iii. Surah Yassin (Ayat 13-27)

h) Seorang peserta perlu membaca satu pilihan surah sahaja

i) Keputusan hakim adalah muktamad

j) Tiga peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai pemenang

k) Jika peserta tersalah surah, penyertaan akan terbatal dan tiada


pemarkahan

6.2 HAFAZAN

`6.2.1 Syarat-syarat:

a) Terbuka kepada semua murid bermasalah Pembelajaran & Bermasalah


Penglihatan, kategori Senior dan Junior.
b) Lelaki dan perempuan

c) Masa bacaan 8 minit

d) Pemarkahan:

Bil Perkara Markah


1. Hafaz dan lancar 50
2. Suara/ Gaya 10
3. Fasahah dan Tajwid 40
Jumlah 100

e) Surah bagi BP Junior mengikut kelompok seperti di bawah:

Kelompok 1 Kelompok 2
1. Surah Al-Fatihah 1. Al-Fatihah
2. Surah An-Nas 2. Al-Falaq
3. Surah Al-Ma’un 3. Al-Lahab
4. Surah At-Tin 4. Al-Qariah

Kelompok 3 Kelompok 4
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Ikhlas 2. Surah An-Nas
3. Surah An-Nasr 3. Surah Al-Kaafirun
4. Surah Al-humazah 4. Surah Al-Insyirah
Kelompok 5 Kelompok 6
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Falaq 2. Surah Al-Ikhlas
3. Surah Al-Kauthar 3. Surah Al-Quraish
4. Surah At-Takathur 4. Surah Al-Adiyat
Kelompok 7 Kelompok 8
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah An-Nas 2. Surah Al-Falaq
3. Surah Al-Fil 3. Surah Al-Ma’un
4. Surah Al-A’la 4. Surah Al-Asr

f) Surah bagi BP Senior/BL Junior (pilih 1 kelompok)

Kelompok 1 Kelompok 2
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Ma’un 2. Surah Al-Asr
3. Surah Al-Kauthar 3. Surah Al-Fil
4. Surah Ad-Dhuha 4. Surah Al-Zalzalah

Kelompok 3 Kelompok 4
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Tin 2. Surah Al-Qariah
3. Surah Al-‘Alaq 3. Surah Al-Adiyat
4. Surah Al-Insyirah 4. Surah Al-Zalzalah

Kelompok 5 Kelompok 6
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Yassin (Ayat 1-21) 2. Surah Al-Baqarah (Ayat 1-18)

g) Surah bagi BL Senior (diundi salah satu kelompok)

Kelompok 1 Kelompok 2
1. Surah Al-Fatihah 1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah (Ayat 1-30) 2. Surah Yassin (Ayat 1-30)
3. Surah Al-Insan 3. Surah As-Sajjadah

h) Keputusan hakim adalah muktamad

i) 3 peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai pemenang

6.3 NASYID

6.3.1 Syarat-syarat:

a) Terbuka untuk 1 kumpulan Bermasalah Pembelajaran

b) Masa persembahan adalah 8 hingga 10 minit sahaja. 2 markah akan


ditolak jika kurang dua minit dan melebihi 10 minit.

c) 2 buah lagu iaitu:

i. Irama padang pasir (Masri)

ii. Nasyid kontemporari

d) Pemarkahan:

Bil Perkara Markah


1. Suara 30
2. Gaya persembahan/ Props 20
3. Lirik 20
4. Lagu 30
Jumlah 100
e) Hanya penggunaan Bahasa Melayu sahaja yang dibenarkan untuk lagu
pertama dan lagu kedua boleh menggunakan bahasa yang lain.

f) Penggunaan alat muzik yang dibenarkan adalah kompang, alat perkusi


dan alat gendering (alatan bertali seperti gitar, piano, biola dan
berongga seperti seruling atau terompet tidak dibenarkan)
g) Keputusan hakim adalah muktamad.
h) Tiga pasukan akan dipilih sebagai pemenang.

6.4 KHAT JAWI

6.4.1 Syarat-syarat:

a) Terbuka kepada semua murid (Bermasalah Pendengaran dan


Bermasalah Pembelajaran). Kategori junior dan senior.

b) Lelaki dan perempuan (Terbuka kepada semua bangsa, tidak terhad


kepada yang beragama Islam)

c) Masa pertandingan adalah 1 jam 30 minit.

d) Ejaan Jawi adalah mengikut kaedah ejaan yang terbaru. Ayat


disediakan oleh pihak penganjur.

e) Peserta dikehendaki membawa sendiri alat tulis yang sesuai. Saiz mata
pen adalah 3.0.

f) Kertas disediakan oleh penganjur, kertas yang rosak hanya dibenarkan


pertukaran sekali sahaja.

g) Pemarkahan:
Bil Perkara Markah
1. Bentuk tulisan – BEBAS 50
(contoh: Naskh, Thuluth, rakaah, Dewani dan
lain-lain)

2. Teknik Tulisan 20
(susunan Khat baik, jelas & munasabah serta
tidak bercampur jenis khat)
3. Kebersihan 20
(tulisan bersih, terang dan mudah dibaca)
*markah akan dipotong sekiraya tulisan
luntur, sukar dibaca seperti dakwat kembang
dan garisan pensel yang tidak dipadam
4. Hiasan 30
(Hiasan dalaman dan luaran yang menarik)
Jumlah 100

h) Keputusan hakim adalam muktamad

6.5 AZAN

6.5.1 Syarat-syarat:
a) Terbuka kepada murid lelaki sahaja

b) Terbuka kepada semua murid (Bermasalah Penglihatan dan


Bermasalah Pembelajaran). Kategori junior dan senior.

c) Hanya azan Subuh sahaja yang dipertandingkan

d) Pemarkahan:

Bil Perkara Markah


1. Alunan lagu 40
2. Kelancaran 30
3. Suara/ Gaya 30
Jumlah 100
6.6
BERCERITA KISAH NABI

6.6.1 Syarat-syarat:

a) Terbuka kepada semua murid (Bermasalah Pendengaran dan


Bermasalah Pembelajaran). Kategori junior dan senior.

b) Lelaki dan perempuan

c) 3 peserta dari setiap kategori akan dipilih sebagai pemenang.

d) Masa bercerita adalah 8 minit.

e) Markah tidak akan dikira sekiranya para peserta mengambil masa lebih
dari masa pertandingan yang telah ditetapkan.

f) Penggunaan props adalah digalakkan dan diberi markah.

g) Giliran peserta adalah mengikut undian semasa pendaftaran.

h) Peserta tidak dibenarkan melihat skrip

i) Guru pembimbing boleh membantu tetapi tidak keterlaluan.

j) Keputusan hakim adalah muktamad

k) Pemarkahan:
Bil Perkara Markah
1. Isi 40
2. Penggunaan bahasa isyarat & 20
komunikasi keseluruhan
3. Gaya penyampaian 30
4. Props 10
Jumlah 100

l) Pemotongan markah akan dilakukan sekiranya:

i. Peserta menggunakan bahasa isyarat yang tidak difahami @


tidak lazim digunakan seperti yang terdapat dalam buku BMKT
atau BMKT (Pend. Islam)–Bagi Bermasalah Pendengaran (BD)

ii. Peserta menggunakan bahsa isyarat yang menyindir mana-


mana pihak (bagi BD).

iii. Penggunaan bahasa isyarat yang berulang-ulang(Bagi BD)

iv. Peserta berhanti semasa bercerita samada lupa, salah atau


tersekat-sekat.

v. Peserta melakukan gerak geri yang keterlaluan.

vi. Persembahan peserta yang tidak meyakinkan.

vii. Setiap kesalahan akan dipotong 1 markah dan jumlah


maksimus pemotongan markah ialah 5 markah sahaja dari
setiap bahagian yang dipertandingkan.

viii. Sekiranya guru pembimbing membantu peserta lebih daripada


3 kali, 2 markah akan ditolak. Markah akan terus dipotong
sebanyak 1 markah untuk setiap kali bantuan yang seterusnya.

Perhatian:

1. Setiap peserta dikehendaki mengutarakan 4 isi dan setiap isi akan


diberi 2 markah. ( 4x2=8)
2. Setiap huraian dan pengajaran dari isi yang tepat akan diberi 8 markah.
(4x8=32)

3. Jika peserta menyertakan satu maksud nas atau dalil, peserta akan
diberi 2 markah tambahan.

7.0 MERUMIKAN JAWI

7.1 Peserta dikehendaki merumikan 10 ayat (setiap ayat mengandungi


sekurang-kurangnya 5 patah perkataan dan tidak lebih daripada 10
patah perkataan)
7.2 Masa yang ditetapkan ialah 1 jam
7.3 Markah yang diberi mengikut ejaan, struktur ayat yang betul,
kekemasan dan juga kebersihan

8.0 KELAYAKAN HAD UMUR PESERTA

8.1 Pertandingan peringkat MPKKPM (SPECC) hanya untuk


Warganegara Malaysia.
8.2 Murid-murid yang berdaftar di bawah Peraturan-peraturan
Pendidikan Khas 1997 di sekolah-sekolah kelolaan Kementerian
Pelajaran Malaysia LAYAK menyertai kejohanan anjuran di
Jabatan Pendidikan Khas
8.3 Ketetapan umur adalah seperti berikut:
8.3.1 Junior (14 tahun ke bawah)

(Lahir pada atau selepas tahun 1997)

8.3.2 Senior (19 tahun ke bawah)

(Lahir pada tahun 1992 hingga 1996)

8.4 Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam


satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan

8.5 Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai pertandingan dalam


satu kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa
yang sama kecuali sesuatu ketetapan khas dilakukan
8.6 Selain daripada yang disebutkan seseorang peserta dibenarkan
menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
daripada kumpulan umurnya.

8.7 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan dan


Kad OKU asal untuk pemeriksaan oleh pihak pengelola pertandingan
sebelum pertandingan dijalankan. Kegagalan menunjukkan dokumen

tersebut menyebabkan peserta tersebut dihalang dari menyertai


Pertandingan atau dibatalkan penyertaan pasukannya.

9.0 BANTAHAN

9.1 Segala bantahan hendaklah secara bertulis.


9.2 Segala masalah dari segi kelayakan dan status peserta hendaklah
diselesaikan 1 jam sebelum pertandingan bermula
9.3 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan
sebanyak RM100 (seratus sahaja) secara tunai. Wang pertaruhan tidak
akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
9.4 Keputusan jawatankuasa bantahan akan dibuat secara bertulis kepada
yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
9.5 Keanggotaan jawatankuasa bantahan terdiri daripada Penolong
Pengarah Pendidikan Khas JPN.
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
Pengerusi Jawatankuasa Teknik Kokurikulum Pendidikan Khas.
Tiga Ketua Kontijen Daerah yang tidak terlibat dengan bantahan.

10. JURI RAYUAN

10.1 Juri rayuan terdiri daripada:

10.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Induk/Wakil

10.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola/Wakil

10.1.3 Pengerusi Jemaah Hakim/Wakil


10.1.4 Tiga Ketua Kontinjen Daerah yang tidak terlibat dengan
bantahan

11.0 PERBELANJAAN

Bil Item Kuantiti RM Jumlah

1 Makan minum:

- Pegawai 75 RM 3.50 RM 265.50

- VIP 20 RM 4.00 RM 80.00

2 Hadiah 63 RM 4.00 RM 252.00

3 Cenderahati Hakim & 16 RM 10.00 RM 160.00


Penjaga Masa

4 Bahan Pertandingan RM 150.00

5 Kain Rentang RM 60.00 RM 60.00

JUMLAH RM 1027.50