Anda di halaman 1dari 1

Hasil nukilan Allahyarham Pendita Za'ba ini amat bermakna bagi orang Melayu

yang sayangkan agama Islam dan kaum Melayu itu sendiri. Buku ini
sememangnya menyentuh tentang sikap lemah dan pemikiran kaum Melayu
yang selalu mengharapkan “tongkat”. Berbeza pula dengan fahaman kaum lain
di Malaysia yang rajin berusaha dan bekerja untuk mendapat kehidupan yang
lebih baik.Adakah dengan mengharapkan bantuan dan subsidi dapat
menyelesaikan masalah 'kemiskinan' yang dihadapi oleh orang Melayu?
 
Penulis ada menekankan agar setiap orang Islam diwajibkan beramal, bekerja,
berusaha dan berjuang sendiri dengan segala kebolehan dan kemampuan untuk
berjaya di dunia mahupun akhirat. Sikap sememangnya bergantung kepada diri
sendiri dan tidak berharap kepada simpati dan bantuan daripada orang lain.
Dengan sikap berusaha inilah, faedah-faedahnyanya akan dirasai individu
berkenaan termasuklah sesuatu bangsa yang terdiri daripada kumpulan setiap
individu itu.

Mungkin hanya sebahagian daripada kaum Melayu yang bersikap begitu atau
mungkin keseluruhannya, iaitu mengharapkan bantuan orang lain dalam
menjalani kehidupan seharian dan mengharapkan anak yang soleh untuk
mendapat doa dan amalan anak-anak soleh selepas meninggal kelak. Penulis
juga menekankan bahawa balasan seksaan dan penderitaan bukanlah hanya
akan dihadapi ketika meninggal nanti, tetapi berlaku didalam kehidupan di dunia
ini jika orang Melayu tidak mahu berubah.

Didalam bab ketiga ada disentuh tentang berfikir dengan menggunakan akal
yang telah dikurniakan Allah SWT dalam menimbang baik dan buruk sesuatu
perkara. Tambahan pula bagi mereka yang yang berilmu, dimana memanfaatkan
ilmu yang ada dengan berkongsi diantara sesama kita, tanpa mengikut hawa
nafsu, bersifat adil dan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran.

Penulis juga ada menyarakan agar orang Islam mengikut contoh yang terbesar
sekali dalam hal kebaikan dan menentang kejahatan, berpandukan kepada Nabi
Muhammad SAW yang telah membawakan agama Islam kepada manusia.

Secara ringkasnya, penulis berpendapat bahawa kemunduran orang Melayu


disebabkan sebahagian besar mereka tidak percaya kepada kebolehan diri
sendiri dan terlalu mengharapkan bantuan orang lain untuk meneruskan
kehidupan. Pandangan penulis mungkin sukar diterima oleh para pembaca
kerana kebanyakkan kaum Melayu sememangnya masih memerlukan bantuan
daripada pihak yang boleh diharapkan untuk memperbaiki taraf hidup.
Walaubagaimanapun, hasil karya Allahyarham amat bermakna dan perlu dibaca
serta difahami setiap individu bagi memperbaiki diri seterusnya kaum dan
masyarakat itu sendiri, Wallahualam….

Eleanor Daniella blog: ketupathaouse@blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai